Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa tak semua orang boleh dapat hidayah. Namun, seseorang yang mencari hidayah, insya Allah akan ditunjukkan oleh Allah (a.w) jalan mendapatkannya.

Pertolongan Allah (a.w) dan Hidayah
Saudara, hari ini kita harus berbangga bahawa Islam adalah agama yang terbesar dianuti oleh elbagai bangsa dan negara yang asal-susl mereka dari plbagai benua, keturunan dan warna kulit dan bahasa ibunda. Malah, ramai umat Islam - yang terbanyak adalah di negara-negara spt Indonesia, negara Timur Tengah, di Eropah, Asia Major, Tenggara Asia dan ebagainya. Namun, berapa perastuskah umat Islam yang faham atau benar-benar faham Islam yang mereka anuti semenjak berzaman itu?
Saudara, tidak hairan. Di kalangan orang Melayu sendiri, belum pasti ramai yang benar-benar faham agama Islam yang dianuti. Kenapa? Hari ini ada banyak amalan yang sudah jauh dari keaslian syariat Islam. Malah, ada amalan yang semakin meniru amalan agama-agama lain, spt menggunakan kalimah-kalimah al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) menyanyi dan melagkannya. Malah sudah sudah pula diterima oleh segolongan besr pemimpin dan umat Islam bahawa mendapat pahala apabila seeorang itu memuji-memuji Allah (a.w) dan menyanjung Rasulallah (s.a.w), selain dari berarak atau merayakan beberapa even yang dikaitkan dengan Islam dan Rasulallah (s.a.w).
Soalnya, apakah itu termasuk dalam ketentuan Islam atau dibolhkan oleh syariat Islam? Atau, adakah itu dibolehkan oleh Rasulallah (s.a.w) zamannya? Kalau, semua yang berlaku itu tiada dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), apakah dibolehkan juga?
Insya Allah dalam post ini kita cuba semak kefahaman kita mengenai Islam, agama yang kita anuti itu. Kefahaman menentukan apakah kita diberi Allah (a.w) hidayah (=petunjuk) pada jalan yang benar?
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
[Nota: Hadith di atas memberitahu kita bahawa jika Allah (a.w) ingin menjadikan hambanya seorang yang baik atau mendapat kebaikan dalam hidupnya, dan juga dalam menjalani kehidupan dua alam selepas matinya, maka Allah (a.w) mendorong dia untuk mencari dan belajar ilmu tentang Islam dan syariatnya, dan memudahkan dia faham akan agama Islam dan syariatnya. Jelasnya, jika Allah (a.w) hendak menjadikan seseorang daripada hambaNya orang yang baik, maka Dia (Allah (a.w)) permudahkan orang itu mengenal dan faham akan agamanya.
Demikian jugalah hidayah. Tidak siapa boleh memberi hidayah atau petunjuk kepada seseorang. Malah Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak dapat memberi petunjuk kepada bapa saudaranya, Abu Thalib, yang memelihara dia sampai dewasa, untuk menerima Islam. Abu Thalib telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada agama Allah (a.w), kerana melindungi Rasulallah (s.a.w) dalam berdakwah menyebarkan dan mengajarkan Islam kepada masyarakat Quraisy. Namun dia, tidak mahu mengikut Islam, walaupun dipujuk oleh Rasulallah (s.a.w). Kekal dia menyembah berhala sebagaimana sepupu-sepupunya dan saudaranya sendiri. Namun, kerana jasa beliau terhadap Rasulallah (s.a.w) itulah Allah (a.w) ringankan siksaan neraka baginya. Di kalangan manusia semenjak zaman Adam (a.s) sampaikanlah manusia terakhir ketika terjadinya kiamat kelak, siksaan yang paling ringan adalah kepada Abu Thalib, iaitu diletakkan sepuntung api neraka di telapak kakinya. Walaupun sepuntung sahaja, menggelegak otak kelanya! Fikirkanlah pula bagaimana siksanya kelak seorang wanita Islam yang mendedahkan kepala atau rmbutnya diikat rambutnya dengan tali dari api neraka dan digantung?
Hadith ini memberitahu bahawa jika Allah (a.w) inginkan kebaikan di dapati oleh seseorang yang Islam itu, pasti dia diberi kefahaman oleh Allah (a.w) mengenai agamanya. Antara kefahaman itu adalah: pertama, Islam sahaja agama yang diterima dan diridhai oleh Allah (a.w) dianuti oleh manusia sepanjang zaman, maka agama selain Islam itu pasti menyalahi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat; kedua, kalau dia tidak Islam pastilah dia tidak mendapat syurga di akhirat kelak. Orang yang tidak Islam boleh dapat syurga jikalah boleh unta masuk keluar dari lubang jarum! – Ayat 40, Surah al-A’raf. Ketiga, dia faham mengapa Allah (a.w) peringatkan manusia dalam al-Quran bahawa janganlah mati atau pastikan mati hanya mati sebagai seorang Islam, kerana kalau mati kafir pasti masuk neraka kekal kelak – Ayat 102, Surah ali-Imran. Hanya orang yang Islam sahaja ada peluang masuk syurga setelah dibersihkan dalam neraka kalau dia berdosa dalam hidupnya. Semua manusia berdosa, termasuk Rasulallah (s.a.w) sendiri. Tapi, Allah (a.w) sudah ampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian hari dia dijadikan Utusan Allah (a.w). Manusia yang tidak berdosa hanyalah Nabi Yunus (a.s). Keempat, di faham dalam Islam bahawa panduan hidup sebagai orang Islam dan panduan beramal dan beribadah yang mutlak dalam Islam, hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kelima, jika Allah (a.w) inginkan kebaikan terhadap seseorang yang Islam itu dia faham bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu adalah petunjuk ‘siratul mustaqim’. Keenam, dia akan faham bahawa segala amalan dan ibadahnya hanya diterima Allah (a.w) jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berada dalam Islam yang bentuknya berjema’ah dan panduannnya as-Sunnah – Ayat 103, Surah ali-Imran. Ketujuh, dia tahu dan faham bahawa semua amalan dan ibadah itu diterima Allah (a.w) kalau diamalkan atau diibadahkan olehnya atas dasar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang dia belajar secara khusus melalui system pembelajaran ilmu Islam yang benar – berguru secara mangkul, musnad dan mutassil Ayat 36, Surah an-Nisa’. Kedelapan, dia mendapat kefahaman bahawa segala amalan dan ibadah itu diberipahala atau diterima Allah (a.w) kalau niatnya betul, iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w) – Ayat 56, Surah al-Isra’.
Jika Allah (a.w) inginkan seseorang itu mendapat kebaikan dalam hidupnya dia akan diberi kefahaman oleh Allah (a.w) bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu satu set gandingan panduan dalam Islam. Inilah yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w): Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali dengan al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, yakni as-Sunnah atau al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud].
Umat Islam wajib mentaati ketetapan kedua-duanya – buat yang disuruh sekuat mampu, dan jauhi segala tegahan/larangan. Antara tegahan yang sering disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah jauhi syirik – yang jelas dan yang samar, fahaman kurafat dan tahayul, jangan bertaklid kepada orang tanpa ilmu, jangan amalkan bid’ah dalam beramal dan beribadah, dll.
Allah (a.w) telah memberi kita kebaikan apabila Allah (a.w) memberi kita kefahaman bahawa syurga itu mudah didapatkan jika kita faham Ayat 13, Surah an-Nisa’: ‘Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (i.e. ikut al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e.ikuti as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga. Itulah jalan pints ke syurga. Kerana sesiapa yang akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dosanya minimum dalam hidupnya, dan Allah (a.w) telah janjikan tetap dapat syurga.]

No comments:
Post a Comment