Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara hakikat-hakikat berikut: pertama, Allah (a.w) itu tuhan manusia semua zaman bermula zaman Adam (a.s) hinggalah lahirnya manusia terakhir ketika terjadinya kiamat nanti. Semua bangsa yang beragama, aki adanya tuhan itu. Tapi, selain Islam, mereka mensyirikkan tuhan merka, kerana ada banyak tuhan selain tuhan yang satu, dan ada pula tuhan yang jahat. Hanya atheists sahaja yang tak akui wujudnya tuhan itu. Merea percayakan 'nature' - jadi atau wujud dengan sendirinya. Oleh itu, semua bangsa dan agama selain Islam, tak percayakan tuhan yang esa, Allah (a.w). Justeru itu, mereka tak berhak menggunakan kalimah 'Allah' untk merujuk kepada tuhan atau tuhan-tuhan mereka. Kedua, al-Quran itu adalah kitab panduan hidup untuk manusia, kalau manusia itu ingin bahagia dan selamat di akhirat. Lazimnya, manusia yang agamanya selain Islam tak percaya dengan kehidupan akhirat. Panduan dan ilmu untuk mengetahui alam selepas matinya manusia itu adalah al-Quran, kerana ia adalah kitab Allah (a.w). Al-Quran mengandungi ketetapan yang boleh dan tak boleh manusia lakukan dalam hidup mereka, dan menjelaskan syariat agama Allah (a.w) wajibkan atas manusia, dan cerita-cerita yang telah berlaku dan akan berlaku. Sesiapa yang meragui ketetapan al-Quran, termasuk cerita-cerita dalam al-Quran dan cerita dalam as-Sunnah, secara otomatis jadi kafir, terkeluar dari Islam, tanpa disedari. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) itu utusan Allah (a.w) kepada manusia dan jin? Rasulallah (s.a.w) membawakan agama Allah, atau agama yang Allah (a.w) tetapkan untuk manusia kalau mereka patuh dengan perintah Allah (a.w) Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (yang bermaksud: Aku (Allah) tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan (=mengerjakan segala yang disuruh dan meninggal segala yang ditegah/dilarang) diri mereka kepadaKu). Hamba itu akur dengan perintah tuannya. Manusia adalah hamba kepada Allah (a.w). Keempat, bahawa selain Allah (a.w) hanya Nabi Muhammad (s.a.w) yang tahu secara sempurna Islam dan syariatnya? Rasulallah (s.a.w) yang diberi peranan oleh Allah (a.w) menyampaikan syariat agama Allah (aw), agama Islam, dan mengajarkan manusia bagaimana menyembahNya, dengan mengerjakan segala amalan dan ibadah dan meninggalkan yang ditegah. Kelima, tahukah saudara, bahawa ada dua komponen pada setiap manusia iaitu, satu dirinya sebagai kejadian manusia - sifat lahiriahnya dan nafsunya, dan dua, rohnya yang ditiupkan oleh malaikat ketika dalam kandungan/rahim ibunya 4 bulan. Manusia itu secara fisikalnya mati, apabila sampai ajalnya dan rohnyadiambil semula oleh Allah (a.w). Kematian adalah perpisahan antara rohnya dengan tubuhnya dan kembali kepada Allah (a.w) menunggu kiamat dunia, kemudian dikembalikan ke dalam tubuhnya semula? Keenam, Allah (a.w) peringatakan dalam al-Quran mansuaia itu jangan mati, kecuali mereka Islam, kemudian mati - Ayat 102, Surah ali-Imran. Kenapa? Kalau mati tak Islam lepas peluang dapat syurga sama sekali. Hanya orang Islam ada peluang dapat syurga selepas di'basuh atau disucikan' dalam neraka segala dosa-dosa mereka. Kalau tak Islam dosa kekal tak dapat keampunan Allah (a.w). Maka dengan itu, bila kiamat dunia, mereka terus dihalau oleh masyarakat ke neraka, tak perlu tunggu Kitab Catatan Amalan mereka, kerana takda isi yang bagus semuanya dosa! Ketujuh, sebelum kita wujud sebagai manusia - malah sebagai bayi yang baru disenyawakan dalam rahim ibu, kemudian dilahirkan - roh kita sudah wujud 50,000 tahun sebelum dunia (=universe) ini dijadikan oleh Allah (a.w) dan kita telah berjanji dan megakui bahawa Allah (a.w) itu tuhan kita? - Ayat 172, Surah al-A'raf. Kedelapan, kehidupan kita sebagai manusia melalui beberapa fasa - mula alam roh (sebelum seorang lelaki = bapa diketemukan dengan seorang perempuan = ibu, bersatu, maka lahirlah kita), kemudian, alam rahim ibu (ketika dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari), kemudian, alam dunia (usia manusia itu), kemudian, alam kubur (ribuan tahun seperti lamanya kini Adam (a.w) dalam kubur), kemudian, alam makhsyar (50,000 tahun menunggu Kitab Catatan Amalan diberikan kepada kita - setiap hari di sana bersamaan dengan 1,000 tahun dunia pula!) dan akhirnya, alam akhirat yang kekal. Berapa lama tempoh antara satu-satu fasa kehidupan itu? Yang pasti alam dunia itu pendek sahaja jarang-jarang sekali melebihi 100 tahun, walhal ribuan tahun dalam alam kubur, 50,000 tahun ketika berhimpun di padang makhsyar, kemudian tanpa batas waktu di alam akhirat. Untung dalam alam akhirat kalau dapat syurga, betapa ruginya dalam alam akhirat, duduk dalam neraka? Dalam syurga, penghuni syurga termiskin memilik 7,500 'hurun-'ain' (=bidadari syurga) yang tiada bandingannya dengan mana-mana wanita di dunia, rumah-rumah dan istana serta mahligai permata dan berlian, dan jumlah hartanya adalah 10 kali dunia??
Justeru itu, seseorang manusia yang utamakan alam dunia berbanding alam yang akan menemuinya kemudian - alam kubur, alam perhimpunan dan alam akhirat - pastilah manusia yang paling bodoh dan tidak rasional. Bagaimana sekalipun nikmatnya hidup di dunia, tak sampaipun 1/99 nikmat akhirat. Fikirkanlah ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment