Saturday, August 31, 2013

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai tajuk di atas - bagaiman menjadi orang Islam yang baik, orang yang menombor-satukan pertimbangan kehidupan akhirat, dan menombor-duakan kepentingan duniawi. Dunia adalah adalah tempat menyediakan diri untuk kejayaan akhirat.


Ikrar Syaitan: Berwaspadalah dengan Pengaruh Syaitan
 
Dalam Surah al-A’raf, Ayat 14 – 18 Allah (a.w) memiberitahu dendam jahat syaitan apakah angkara syaitan setelah dimurkai Allah (a.w) dan diperintah keluar dari syurga kerana sombong dan engkar mentaati perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat kepada Adam (a.s) yang dijadikan oleh Allah (a.w). Syaitan sombong kerana berbangga dengan kejadiannya yang (kerana dijadikan dari api) dia fikirkan lebih baik dan mulia dari Adam (a.s) (yang dijadikan dari tanah), maka dia ingkar perintah Allah (a.w) supaya menghormati Adam (a.s). Dia juga telah mempengaruhi Adam (a.s) dan isterinya, Hawa, memakan buah terlarang. Maka syaitan diusir keluar dari syurga.
Walaupun syaitan telah engkar, namun dia tidak mahu bertaibat. Malah dia secara terang-terangan berazam untuk merosakkan manusia yang Islam supaya kufur kepada Allah (a.w) dan supaya bersamanya terjerumus ke dalam neraka. Ramai umat Islam, walaupun Islam dan mengerjakan amal dan ibadah sebaik mungkin, tetap dapat dipengaruhi oleh syaitan, terutama umat Islam yang jahil terhadap Islam dan tutututannya dan tidak pula berjema’ah dalam Islam. Jahil, maka umat Islam itu lakukan yang diperintah tetapi silap dan menyimpang dari ketetapan atau pertauran sebenarnya, maka sia-saia segala amalan. Jahil melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana kelihatan baik pada kaca mata manusia. Maka dengan itu orang yang berilmu dan faham ilmunya dan mengamalkannya berpandukan ilmu yang betul, sukar bagi syaitan mempengaruhi mereka. Kalau jahil nampak alim dan istiqamah beramal dan beribadah, namun hakikatnya melakukan pebagai keslahan dan kesilapan yang menyebabkan amala dan ibadah tak mendapat sebarang ganjaran pahala, malah mendapat dosa pula. Kalau tidak berjema’ah maka bersendirian dalam mengerjakan ketetapan Islam, tiada sesiapa yang boleh memberi nasihat dan peringatan, maka mudah terjerumus dipengaruhi oleh syaitan. Apabila berjema’ah sentiasalah secara berterusan diberi pengajaran dan ilmu dan diberi peringatan tentang bahayanya sesuatu kebatilan yang dikerjakan.
Ayat 15: Syaitan atau iblis berkata: ‘Tangguhkanlah untukku sampai hari mereka (manusia) dibangkitkan (i.e. kiamat).
Ayat 16: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya kamu (adalah) dari kalangan mereka yang diberi tempoh.’
Ayat 17: ‘Berkata iblis atau syaitan: ‘Maka dengan apa-apa yang Engkau hukumi aku tersesat sungguh-sungguh aku akan halangi mereka (orang iman) dari ‘siratul mustaqim’ (= jalanMu yang lurus ke syurga itu).
Ayat 18: (Sambung syaitan) ‘Kemudian nescaya aku datangi mereka dari arah depan mereka dan dari arah belakang mereka dan dari arah kanan mereka dan dari arah kiri mereka, dan tidaklah Engkau dapati (kecuali) kebanyakan mereka orang-orang yang tidak bersyukur (yakni, tidak bersyukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kerana tidak patuh dia dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan para rasul yang ditugaskan oleh Allah (a.w) menetapi perintah Allah (a.w)) pasti masuk neraka).’
Ayat 19: Berfirman Allah (a.w): ‘Keluarlah engkau darinya (i.e. syurga) tercela/terhina terbuang/terusir; nescaya sungguh-sungguh sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka (manusia yang Islam yang beriman) nescaya sungguh Aku (Allah (a.w)) akan penuhi neraka jahannam dari kalangan mereka semuanya.’
[Nota: Yang wajib kita perhatikan adalah Ayat 18, Surah al-A’raf yang menyebutkan azam syaitan menyesatkan umat Islam dari pelbagai sudut dan keadaan, iaitu, dari depannya (=amalan dan ibadahnya untuk mendapat syurga diakhirat kelak, tergelincir kerana hasutan dan tipuhelah syaitan), dari belakangnya (=dari jalan kejahatan dan kemaksiatan yang dihiasi oleh syaitan supaya memperlihatkan baik serta melalaikan pelakunya), dari kanan (=kebaikan yang dilakukan oleh manusia itu batal dan batil kerana tidak mempercayai ajaran dan ajakan yang benar, sebaliknya menyakini ajaran yang batil (kerana melihat kepada orang yang bercakap bukan kepada apa yang dicakapkan), disebabkan sifat-sifat riak, ujub dan bangga diri, kagum dengan kemampuan diri sendiri, bercakap menyebabkan dosa kerana irihati dan dengki, dan memandang rendah terhadap orang lain) dan dari kiri (=memandang perbuatan yang dilakukan walaupun batil tetapi dirasai baik oleh pelakunya dan tetap diberi pahala, seumpama mengamalkan sesuatu yang bid’ah). Demikianlah, angkara syaitan itu semakin kufur dan semakin menentang Allah (a.w). Tidak seorangpun yang akan berjaya tidak dipengaruhi oleh syiatan kecualilah orang yang berilmu dan dikelilingi oleh anggota jema’ahnya (kerana orang yang berilmu sentiasa diperingatkan akibat segala tindaktanduknya dalam hidupnya, dan orang berjema’ah itu sentiasalah diberi pengajaran dan nasihat oleh kepimpinan jema’ahnya setiap bulan, setiap minggu, malah setiap hari, ketika mereka mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah).
Apakah syaitan berjaya, seperti yang diharapkan olehnya? Syaitan amat berjaya. Pertama, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dari zaman Adam (a.s) hinggalah terjadinya kiamat, daripada 1,000 yang akui diri mereka Islam (= ikuti syaiat agama yang dibawakan oleh para rasul dan para nabi sampailah ke zaman Rasulallah (s.a.w), 999 orang akan terjerumus ke dalam neraka kerana angkara terpengaruh dan dipengaruhi oleh syaitan. Kedua, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa Islam dan umatnya akan berpecah mengikuti 73 jalan atau fahaman Islam, 72 jalan atau fahaman Islam walaupun Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, masuk neraka kerana mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan (ketetapan) Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dengan ketetapan manusia yang memberi tunjuk ajar bertentangan dengan, atau menyimpang dari, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya satu jalan atau fahaman Islam yang berjaya mendapat syurga. Yang berjaya mendapat syurga itu – mengikut yang diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) - adalah orang iman yang mengikuti as-Sunnah dan mereka berjema’ah, kerana dengan ilmu mereka tahu dan faham bahawa dua pra-syarat untuk berjaya mendapat syurga adalah ikuti as-Sunnah (=contohi Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa dialah (i.e. Nabi) ‘uswatun hasanah’, model ikutan terbaik bagi orang iman, dan umat Islam diwajibkan memiliki ilmu dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah) dan berjema’ah dalam Islam, kerana sahnya keIslaman seseorang itu adalah berjema’ah dalam Islam.
Ketiga, dalam mengerjakan amalan dan ibadah serta amal solehpun, syaitan berjaya mengelirukan umat Islam dalam perkara ‘bid’ah’, contohnya. Umat Islam arus perdana begitu yakin dengan wujudnya ‘bid’ah hasanah’, walhal Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberitahu umatnya (= kita semua) bahawa setiap pembaharuan dalam perkara agama adalah bid’ah! Dan, setiap bid’ah, yakni orang yang mengamalkan sesuatu yang bid’ah telah secara langsung dan tak langsung telah mencemarkan syariat agama Allah (a.w) yang murni, dan secara langsung dan tak langsung menyakini bahawa syariat Islam itu tidak atau belum sempurna, walhal Allah (a.w) memberitahu kita dalam al-Quran – Ayat 3, Surah al-Maidah - bahawa syariat dan agama Islam itu sudah sempurna sebelum diwafatkan Rasulallah (s.a.w); iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘Al-yauma yaisal-lazina kafaru min dinikum fala takhsyauhum wakhsyauni; al-yauma akmaltu lakum dinakaum wa-atatmamtu ‘alaikum ni’mati wa-radhitu lakumul-Islama dinan; …’ (Yang bermaksud: ‘Pada hari ini putus asa orang-orang yang kafir (atau yang kufur mereka tentang agama, ditegah dan dilarang sesuatu, mereka engkar, dan ikuti panduan yang batil), maka janganlah kalian takutkan mereka (i.e. orang kafir dan orang yang kufur), dan takutlah kepadaKu; pada hari ini Aku (Allah) sempurnakan bagi kalian agama kalian dan Aku (Allah) telah cukupkan atas kalian nikmatKu (i.e. segala nikmat, terutama nikmat hidayah) dan Aku (Allah) ridha bagi kalian Islam (sebagai) agama kalian.) – Ayat 3, Surah al-Maidah. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa agama Islam dan syariat Islam itu sudahpun sempurna, dalam hadith berikut:
Di riwayatkan hadith daripada Abdul Rahman ibni ‘Amru as-Salamiyu, bahawasanya dia mendengar Irbad bin Sariyah (r.a) berkata: ‘Dan menasihati kami oleh Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang mengalirkan air mata (apabila mendenranya) beberapa mata, dan menggerunkan (apakala mendenranya) beberapa hati, maka berkata kami (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji atas kami (terhadap engkau)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh telah aku tinggalkan kepada kamu atas sesuatu yang ‘putih’. (Putih) ia pada malamnya sebagaimana (putih) ia pada siangnya. Tidak akan menyimpang (yakni, tersesat kamu mendapatkan ‘siratul mustaqim’ ke syurga) kecuali rosak kamu (jika, tidak berpegang dengan ketepan Islam dan panduan syariatnya). Barangsiapa yang hidup lama (yakni, umur panjang) di kalangan kamu, maka (kamu) akan melihat perselisihan (di kalangan umat Islam) yang banyak. Maka (diwajibkan) atas kamu dengan taat (taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w)). Dan (hendaklah kamu taatkan pemimpin, yakni Imam) jikapun (dia) hamba Habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta yang diikat. Dimana ditarik (oleh tuannya) di sana dia mengikut (tuannya).’[Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Keempat, apabila manusia membuat ketetapan baharu seumpama bid’ah, mereka telah mengketepikan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) yang jelas memberitahu manusia bahawa Islam dan syariatnya sudahpun sempurna, tidak boleh diubahsuai, dan ditokok tambah. Jelaslah syaitan berjaya memesongkan umat Islam dari arah depan mereka – beramal dan beribadah dengan istiqamah tetapi tetap tersesat kerana syaitah meyakinkan mereka bahawa ‘bid’ah hasanah’ itu benar-benar wujud. Mereka yakin walaupun batil keyakinan mereka. Jelaslah syaitan sudah berjaya memesongkan mereka kea rah kebatilan. Harus diingat bahawa ‘bid’ah’ itu amat bahaya kerana beramal dan menyakini wujudnya bid’ah dalam syariat Islam itu menyebabkan kesemua amalan dan ibadah kita menjadi batil dan tidak diterima Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa pengamalnya terkeluar tanpa disedari dari aqidah Islam menjadi kafir, wal iya zubillah.
Segala-galanya bergantung kepada hidayah sebagaimana Allah (a.w) beri kita tahu pada Ayat 125, Surah al-An’am: ‘Faman (-ai) yuridillahu an yahdiyahu yasyrahu sodrahu lil-Islam, wa-man(-ai) yurid an yudillahu yaj’aj sodrahu doyikan harajan ka-annama yasso’adu fis-sama’ …’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang dikehendaki Allah (a.w) bahawa diberiNya hidayahNya, maka lapang dadanya terhadap Islam (yakni, mudah menerima Islam dan mudah menerima sesuatu yang diberitahu tentang peraturan Islam yang haq itu); dan barangsiapa yang Allah (a.w) berkehendakkan bahawa kekal sesat dia, menjadikan Allah (a.w) sempit dadanya untuk menerima Islam dan menerima nasihat dan ajaran yang haq mengenai Islam, seumpama apa-apa yang menjadikan dadanya sempit (ketika naik ke langit atau mendaki gunung). Inilah perumpamaan atau bidalan orang-orang yang sukar menerima nasihat dan pengajaran yang haq tentang Islam.
Kelima, ayat ini merujuk kepada manusia yang kafir. Ayat ini juga merujuk kepada manusia yang Islam. Kerana, ada tiga golongan orang Islam; iaitu, golongan pertama, orang Islam yang berpura-pura – munafiq; golongan kedua, orang Islam yang fasiq, menentang sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) serta orang Islam yang menzalimi dirinya sendiri kerana tidak kerjakan apa yang disuruh tetapi lakukan apa yang ditegah/dilarang; dan golongan ketiga, orang Islam yang mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang berpegang kepada syariat Islam yang benar, iaitu ikuti as-Sunnah dan berjema’ah, maka segala amalannya sah dan diterima Allah (a.w). Golongan inilah golongan yang satu daripada 73 golongan Islam yang disebutkan dalam hadith sebelum ini. Kitab Catatan Amalan golongan ini mengandungi banyak pahala dan sedikit dosa. Dan kalau mereka berdosapun, mereka bertaubat, memohon keampunan Allah (a.w) supaya dihakiskan dosa-dosa mereka.] 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment