Saturday, August 31, 2013

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita mengenai tajuk di atas, kita lihat pula sepotong hadith berikut. Muda-mudahan, apabila sampai ajal kita kita sudahpun menyediakan bekalan yang menguntungkan kita demi kesejahteraan akhirat kita, insya Allah.

Dividen Akhirat Orang Iman 

Saudara, bagi seorang Islam yang beriman - orang biasa - kita ada 3 aset yang boleh kita mnafaatkan demi mencari kejayaan akhirat, ketika sampai ajal kita. Mungkin kita tiada ilmu. Mustahil Kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, sekurang-kurangkan ada beberapa ayat al-Quran yang kita diajarkan secara berguru, dan mungkin beberapa potong hadith kita diajarkan kepada kita oleh guru kita. Itupun adalah modal untuk kita laburkan. Yang pastinya, kita memiliki anak - lelaki dan perempuan - yang kita boleh didik menepati syariat Islam. Dan, kita ada sedikit wang utnuk kita dermakan demi menyumbang kepada fi sabilillah. Kalau, kita manfaatkan sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. s-Sunnah), kita ada sedikit pelaburan ketika hidup yang dividennya kita terima di akhirat.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Iza matal-insanu inqata’a ‘amaluhu illa min thalathi asy’ya-a min sodaqatin jariatin au ‘ilmin yuntafa’u bihi au waladin solihin yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati anak Adam (yakni, yang Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) maka putuslah semua amalannya (yakni, tidak berkesempatanlah dia melabur untuk akhiratnya, maka tiada tambahan pahala baginya) kecuali tiga perkara (yakni, yang tak putus, walaupun sudah mati dia, kerana akan terus mengalirkan pahala sampai kiamat dunia); (pertama) sedekah jariah (termasuklah zakat dan infaq fi sabilillah – apa-apa yang dibelanjakan untuk melestarikan dan mengembangkan agama Allah (a.w) dan membela umat Islam dalam perkara agama mereka); (kedua) ilmu yang bermanfaat (ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang diajarkannya kepada orang lain, dan, lebih memanfaatkan akhiratnya, mereka yang diajarkan ilmu mengamalkannya, dan mereka pula mengajarkan orang lain, dan seterusnya); dan (ketiga) anak-anak yang soleh/solehah (i.e. dia meninggalkan anak-anak yang soleh/soleh mengamalkan syariat Islam bersumberkan dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang bentuknya berjema’ah) yang mendoakan kepadanya (ibubapa, kesejahteraan bagi akhirat mereka).) [Hadith Abu Daud, Kitab Wasiat]
[Nota: Hadith ini jelas. Tetapi ramai para ulama’ yang tersilap apabila mentafsirkan hadith ini, kerana mereka lupa bahawa segala amalan dan ibadah yang sah adalah amalan dan ibadah yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apa saja amalan dan ibadah yang berlainan dari preskripsi al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w), i.e. tidak mendapat ganjaran pahala, malah boleh menjerumuskan pengamalnya masuk neraka kerana terkeluar dari Islam, menjerumuskan pengamalnya kedalam neraka. Kalaulah simati itu semasa hidupnya mengerjakan amalan dan ibadah menepati tuntutan syariat Islam – didasarkan oleh ilmu yang betul (Ayat 36, Surah al-Isra’), niat yang betul (Ayat 57, Surah al-Isra’) dan bentuk-bentuk amalan dan ibadah tersebut adalah sejajar dengan as-Sunnah atau sebagaimana yang didemokan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan simati juga berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan dia mentaati kepimpinan jema’ahnya (Ayat 59, Surah an-Nisa’) dan dia semasa hidupnya tidak menolak mana-mana ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr) dan keseluruhannya menepati Ayat 13, Surah an-Nisa’, maka amalan simati memanfaatkan dirinya dan doa-doa anak-anak yang ditinggalkannya juga memanfaatkan anak-anaknya yang berdoa dan simati (sbagai ibu atau bapa) yang didoakan. Jika tidak, anaknya tidak dapat membantunya kedua ibubapanya selepas matinya mereka!
Malahan, kalau simati adalah orang yang kaya atau hartawan, apabila mati dia dan dia adalah ahli syurga, maka dia hanya dapat masuk syurga selepas ahli syurga yang faqir dan miskin masuk terlebih dahulu ke dalam syurga 50,000 tahun lebih awal. Kalau dia hartawan maka ketika di alam barzah (dalam kubur) dia tidak menunaikan tanggung jawab terhadap Islam dari membelajakan sebahagian hartanya untuk fi sabilillah, maka dalam kubur Allah (a.w) serahkan kepadanya 99 ekor ular yang amat berbisa untuk menggigitnya sampailah terjadinya kiamat. Di akhirat, dia akan dikenakan pula hisaban yang terperinci (detailed auditing). Maka kalaupun dia terlepas menyeberangi jembatan ke syurga yang dibentangkan di atas neraka, di penghujung jembatan itu dia masih disoal – dari mana dan bagaimana hartanya diperolehi, bagaimana dia menghabiskan atau membelajakannya, dan untuk apa dihabiskan atau dibelanjakan dan kepada siapakah harta-harta tersebut diserahkan. Justeru, jutawan yang meninggalkan hartanya kpada anak-anaknya yang tidak soleh, maka segala perbelanjaan dari harta-harta tersebut ketika simati sudah tiada, akan menghasilkan kiriman dosa dari anak-anaknya pula, bukan kiriman pahala. Kalau anak-anaknya adalah orang soleh (menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), apa-apa yang dibelanjakn oleh anak-anaknya demi fi sabilillah akan mendatangkan pahala kepada anak-anaknya bukan kepada dirinya secara terus, kecuali secara indirect, i.e. doa anaknya, yang memungkinkan dia ditempatkan di atas syurga yang lebih baik (rujuk hadith di bawah).
Jelaslah hisaban kerana kekayaan dan kemewahan itu lebih memungkinkan seseorang itu terjerumus ke dalam neraka dari menempatkan dia ke dalam syurga. Setiap kita akan disoal tentang harta: sumbernya (dari mana didapatkan), caranya (bagaimana di dapatkan) dan kegunaannya (untuk apa kita belanjakan). Dan kesyukuran kita kerananya (apakah kita sudah agihkan sebahagian untuk fi sabilillah untuk membela agama Islam dan umat Islam).
Dalam sepotong hadith lain pula, kita diberitahu bahawa apabila mati seorang Islam, yang mengiringinya ke kuburnya ada tiga golongan/perkara; pertama, ahli (=isteri, anak-anak dan keluarganya); kedua, hartanya (juga menemani ke kuburnya); dan ketiga, amalan dan ibadahnya. Setelah dikemubumikan simati, ahli (=keluarganya) dan hartanya meninggakan simati. Yang bersama menemani jasadnya di alam barzah hanyalah malannya semasa hidupnya. Justeru itu, yang memanfaatkannya dan yang menentukan ‘masa depannya’ dalam alam barzah, ketika berhimpun di padang mahsyar, dan ketika di hisab, dan akhirnya diputuskan oleh Allah (a.w) menjadi ahli syurgake atau ahli nerakake, adalah amalannya.
Sehubungan itulah, seseorang yang kaya dan mendapat rezki melimpah ruah semasa hidupnya, disuruh oleh Allah (a.w) belanjakan sebahagian untuk fi sabilillah – membela agama Islam dan membela orang Islam yang serba kekurangan. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Allah (a.w) berfirman: ‘Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, maka tukarkanlah atau belilah syurgaKu dengan hartaKu.’ Kita disuruh gunakan harta kekayaan ke arah mencari syurga Allah (a.w) dengan membelanjakan sebahagian untuk fi sabilillah’. Harta dan kekayaan itu bukan dikumpul untuk dibanggakan atau untuk diwariskan kepada anak cucu, kerana jika begitu, jauhlah syurga dari capaian kita. Ada orang Islam yang menyangkan, sebagaimana menyangka orang kafir, bahawa harta itu boleh menyelamatkannya dari siksaan neraka. Harta hanya berguna untuk kebajikan akhirat kita kalau kita belanjakan untuk fi sabilillah, lebih banyak lebih baik. Mewariskan banyak harta kepada cucu cicit - sampai 7 generasi, contohnya - membahayakan akhirat pemiliknya!
Kita diberitahu bahawa harta milik kita hanyalah: tiga perkara: pertama, pakaian yang kita pakai sampai koyak rabah, itu milik kita. Pakaian selainnya adalah milik orang lain apabila mati kita. Kedua, apa-apa yang kita makan yang akhirnya menjadi najis yang kita keluarkan setiap hari dari tubuh kita. Selain makanan yang tak kita makan atau yang belum sempat kita makan, adalah milik orang lain. Ketiga, apa-apa yang kita belanjakan untuk fi sabilillah – sedekah, zakat dan infaq - itu adalah milik kita dan akan sampai kepada kita di akhirat kelak manfaatnya. Harta selainnya bukan hak atau milik kita tetapi milik orang lain. Lebih bahaya kalau harta kita itu diwarisi oleh orang lain – isteri atau anak atau saudara mara – jika dibelanjakan atas jalan yang batil padahnya kita yang menerimanya! Oleh itu berwaspadalah.]
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di dalam syurga lalu dia (i.e. hamba itu) berkata (i.e. merasa hairan): ‘Wahai Tuhanku! Dari mana darjat setinggi ini aku perolehi?’ Allah (a.w) berfirman (menjawab): ‘Ini disebabkan permohonan keampunan anak-anakmu untukmu’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Dalam hadith lain disebutkan, darjah syurga itu juga ditingkatkan kerana doa-doa yang dipohon semasa hidup yang tidak dimakbulkan oleh Allah (a.w) ketika di dunia, dan diberikan di akhirat. Justeru itulah disebutkan dalam sepotong hadith bahawa ada ahli syurga yang memohon supaya dia dikembalikan ke dunia semula untuk beramal dan menambahkan doa (yakni, meminta tambahan nikmat), dan memohon kepada Allah (a.w) supaya dia memperbanyakkan doa dan mengharapkan kesemua doa-doanya tidak dibalas oleh Allah (a.w) di dunia tapi dikabulkan di akhirat. Logiknya? Kalau diberikan di dunia, ada tempoh penamatnya, yakni ajalnya. Kalau di akhirat tiada batasan waktu. Justeru itu, jikalah tidak diberikan di dunia kita tetap ridha, dan mengarapkan ganjaran atau permintaan kita itu dikabulkan di akhirat, insya Allah. Doa yang dimakbulkan di akhirat, manfaatnya tiada batasan masa dan waktu, kita nikmati selama-lamanya.] 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment