Monday, August 19, 2013

Jadilah orang Islam yang benar ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita - atas dasar ketetapan al-Quran dan as-Sunah - tajuk/topik di atas itu. Tujuannya supaya kita benr-benar berjaya di akhirat kerana kita berada di atas 'siratul mustaqim', kita bermal dan beribadah di dasari ilmu yang benar, dan kita berjayadi akhirat secara pasti.

Ilmu dan Ulama’

Saudara, Islam itu utamakan ilmu. Maka dengan itu dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang Iman terbaik itu adalah orang yang berusaha sekuatmampunya untuk berjaya di dunia dan untuk berjaya di akhirat. Ali b Abi Thalib (r.a) berkata bahawa untuk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat perlukan ilmu, dan untuk berjaya kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu. Takda orang yang berjaya di dunia tanpa ilmu. (Ingat! Ada ilmu bukan bermaksud atau terhad kepada ilmu akademik, tapi ilmu dalam perkara atau bidang tersebut. Untuk berjaya di akhirat sebagai contoh wajib ada ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.) Demikian juga dengan kejayaan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan, ilmu untk akhirat iu sudahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Malah, Allah (a.w) sudahpun bagi kita tahu apakah ilmu untuk kejayaan akhirat itu.
Sehubungan itu jugalah manusia telah diberitahu kepada soalan-soalan yang fundamental dalam Islam, spt bagaimana nak dapatkan syurga? Kita dah diberitahu. Adakah jalan pintas ke syurga? Kitapun dah diberitahu. Allah (a.w) menyoal kita, tapi jawapannya dah pun diberi. Dalam Islam kesemua soalan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat telah dibocorkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Yang perlu untuk mendapat jawapan terhadap apa jua kemusykilan agama, belajarlah al-Quran dan kitab hadith, dari orang yang faham, kemudian kita boleh rujuk kembali jawapan kepada sesuatu permasaalahan agama. Tapi, janganlah buka dan baca sendiri dan fahami sendiri tanpa berguru! Belajarlah dulu daripada guru yang tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yang faham, yakni belajar ilmu dari orang yang faham) dan sesungguhnya orang yang taqwa (i.e. takutkan Allah (a.w) itu) adalah hamba-hambaNya yang berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Hadith ini sering dibacakan oleh para ulama’ dan ilmuwan yang mengajar dalam sesi kuliyah Maghrib atau Subuh atau dalam ceramahnya. Mereka merasa bangga kerana kalimah ‘ulama’ itu kononnya merujuk kepada mereka. Begitu jugalah kalimah ‘ulama’ adalah 'pewaris para nabi’, dalam al-Quran, juga merujuk kepada golongan mereka. Tapi mereka silap mentafsirnya. Hadith ini menyebut bahawa orang yang bertaqwa itu adalah ‘para ulama’. Justeru itu, golongan ‘ulama’ itu ditinggikan darjat kedudukannya dalam Islam sebagai orang bertaqwa itu semestinya ‘ulama’, dan orang yang memainkan peranan sebagai ‘pewaris para nabi’, juga golongan ‘ulama’.
Ada kebenaran dan ada juga kekeliruan di kalangan ulama’ dan ilmuwan dalam perkara ini. Kekeliruan dalam netafsirkan kalimah ‘ulama’ timbul kerana kefahaman kita siapakah yang layak dianggap atau dinobatkan sebagai ‘ulama’. Kalimah ‘ulama’ adalah merujuk kepada golongan orang yang berilmu sebagaimana para nabi adalah orang yang diwahyukan serta diilhamkan oleh Allah (a.w) ilmu yang lengkap lagi sempurna tentang syariat agama Allah (a.w) yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka untuk sampaikan kepada umat mereka dan membimbing mereka kea rah mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan betul dan tidak menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yang dimandatkan atas mereka. Dalam Islam, jelaslah sesiapa yang memiliki ilmu yang lengkap dan sempurna menegnai Islam dan syariatnya adalah layak digelar ‘ulama’. Malah mereka inilah yang dimaksudkan dalam ungkapan tersebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Para rasul dan nabi tidak mewariskan umatnya harta atau kekayaan atau ilmu duniawi. Mereka mewariskan ilmu mengenai agama Allah (a.w) – mengenai perintah dan larangan Allah (a.w) serta bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah yang sejajar dengan ketetapan Allah (a.w). Mereka membmbing umatnya dalam realiti duniawi mengabdikan diri kepada Allah (a.w) supaya cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat, maksudnya supaya berjaya di daua alam kehidupan tersebut. Mereka membimbing umat mereka supaya seramai mungkin menerima syariat agama Allah (a.w), ditunjukkan ‘siratul mustaqim’ dan berjaya menyediakan bekalan untuk akhirat, dan berjaya di akhirat – mendapat syurga dan selamat dari neraka. Supaya umat mereka berjaya dan cemerlang dalam dua perspektif kehidupan ini. Demikianlah Rasulallah (s.a.w). Dia membawakan syariat agama Allah (a.w) kepada manusia, mengajar dan menjelaskan bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan akedah beramal dan beribadah, dan bagaiman menjadi umat Islam yang ulong dalam dunia, berjaya di dunia dan berjaya juga di akirat. Nabi Muhammad (s.a.w) diberi ilmu dan diajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya melali wahyu atau melalui kedatangan Jibril (a.s), jika sesuatu itu perlu didemokan dan ditunjukkan kaedah dan cara melaksanakannya. Justeru itu, Rasulallah (s.a.w), sebagaimana para rasul dan para nabi terdahulu, mewariskan ilmu mengenai agama Allah (a.w) dan ilmu bagaimana mengabdikan dir kepada Allah (a.w) tahap terbaik, dan bagaiman kesudahan manusia di akhirat – yang berjaya atau yang gagal. Justeru itu, ilmu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah dua, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Individu yang boleh diakui ‘ulama’ atau ‘pewaris para nabi’ adalah mereka yang sempurna dan lengkap ilmu al-Quran dan ilmu as-sunnah. Orang yang tidak memiliki ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang sempurna belum layak dipanggil ‘ulama’. Juga, para nabi tidak berani mengubah syariat agama Allah (a.w) yang dimandatkan kepada mereka. Demikianlah Isa (a.s) memberitahu umatnya, kaum Bani Israil. Dan, begitulah juga Nabi Muhammad (s.a.w) menyampaikan syariat Islam kepada manusia zamannya, tanpa membuat sebarang perubahan atau penyesuaian kepada ketetapan Allah (a.w), dalam al-Quran dan ketetapan yang diwahyukan kepada beliau melalui as-Sunnah. Orang yang berilmu dan bertindak sedemikian rupa sahaja yang layak dinobatkan sebagai ‘ulama’ dalam Islam. Ramaikah?
Mesej hadith ini simple dan straight forward, iaitu pertama, ilmu mengenai Islam itu hanyalah didapati dengan belajar (ilmu yang benar – iaitu al-Quran dan as-Sunnah); kedua, hendaklah belajar dari guru yang faham tentang kedua ilmu tersebut (dan dia mendapat ilmu melalui sistem dan kaedah yang sama, sistem dan kaedah manqul (= berguru secara berdepan); dan ketiga, orang yang taqwa itu (= takutkan Allah (a.w)) adalah para ‘ulama’ (i.e. orang yang berilmu – bukan sebarang ulama’ atau sebarang ilmu tetapi ulama’ yang alim dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang didapatinya mengikut kaedah yang benar, iaitu sistem manqul, dipelajari secara berguru dengan membuka kitab al-Quran, kalau ilmu al-Quran, atau membuka kitab hadith kalau belajar ilmu al-Hadith. Ilmu dalam Islam tidak boleh dipelajari dengan membaca sendiri mana-mana kitab, seumpama membaca kitab tafsir al-Quran untuk mengetahui mesej al-Quran atau membaca kitab tafsir hadith untuk mengetahi as-Sunnah. Sahnya ilmu dalam Islam hanyalah dengan mengaji secara berdepan dengan guru (secara mangkul). Guru tersebut hendaklah juga memperolehi ilmunya melalui proses yang sama. Dengan berdepan itu guru dan murid boleh sama-sama memerhatikansat membuka kitab (al-Quran atau kitab-kitab hadith) dan memerhatikan satu sama lain, nasihat menasihati dan ingat serta memperingati satu sama lain, tentang maksud sebenar atau ketetapan sebenar mana-mana ketetapan atau perintah dan suruhan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itulah ilmu tidak boleh dipelajari melalui maya dengan melayari internet, membaca pandangan sianu dan sianu dalam kitab-kitab karangan manusia, tanpa diketahui apakah ilmu yang merka ajarkan kepada kita itu benar atau semata-mata berdasarkan pandangan atau pendapat atau citarsa orang yang mengajar.
Ilmu itu amat utama dalam Islam kerana Allah (a.w) membuat ketetapan bahawa hendaklah beramal dan beribadah hanya dengan didasari ilmu – Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Beramallah dan beribadahlah hanya dengan ilmu’. Jangan beramal dan beribadah dalam kejahila, yakni tanpa ilmu. Atau, jangan beramal dan beribadah atas dasar ikut-ikutan, yakni ikut orang walhal kita tidak pasti apakah orang yang kita ikuti itu memiliki ilmu yang haq. Ilmu yang haq tentang Islam – amalan dan ibadah dan segala sesuatu mengenai tuntutan Islam – adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Ketika tengok orang buat kita buat. Kita dengar orang cakap itu dan ini, begitu dan begini, kita amil pakai dan buat, walhal orang yang bercakap itu sendiri jahil ilmu. Jika kita buat begitu maka kita rugi. Allah (a.w) berfirman bahawa hendaklah kita amalkan dan ibadahkan atau lakukan sesuatu hanya dengan ilmu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hendaklah kita ilmukan diri kita dahulu sebelum kita berbuat amalan dan mengerjakan sesuatu ibadah. Dan, ilmu itu hendaklah dipelajari dari guru yang faham dengan belajar secara berdepan dengan membukan al-Quran atau dengan membuka kitab-kitab hadith. Haya dengan cara itu kita tahu sumber ilmu itu datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Ilmu itu sah kerana terdapat sanad yang sah sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalaulah kita buat sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan (i.e. tidak didasari oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kalaupun amalan itu tepat atau betul sebagaimana yang terdapat dalam ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, tetap amalan atau ibadah itu dikira salah, maka tidak diterima. Sebaliknya pula, kalaulah kita berilmu, kemudian kita laksanakan sesuatu amalan dan ibadah berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah tersebut, namun kita melakukan kesalahan dalam amalan tersebut, tetap kita diberikan satu pahala. Maksudnya, amalan kita itu sah. Kalau dengan ilmu itu kita kerjakan amalan, dan betul mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita diberi dua pahala - satu pahala kerana mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah dengan betul, dan satu lagi kerana kita kerjakan amalan dan ibadah tersebut di dasari dengan ilmu yang betul. Alangkah untungnya kita kalaulah kita lakukan segala sesuatu dalam Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' itu, yakni tahu ilmunya kemudian kerjakan. jangan kerjakan atas persangkaan - ikut-ikutan, tengok orang buat kita buat dan sebagainya. Maka dengan itu kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kalau kita katakan sesuatu atau tafsirkan sesuatu ayat al-Quran tanpa ilmu kalaupun betul dikira salah. Maka dengan itulah wajib kita ilmukan dahulu diri kita mengenai setiap amalan, maka baru kita amalkan. Hanya dengan cara dan kaedah itu amalan dan ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment