Monday, August 19, 2013

Jadilah orang Islam yang benar ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, Ilmu itu amat penting. Kerana hanya dngan ilmu kita faham segala sesuatu. Bagitu juga dalam Islam, ilmu itu memberikan kita kefhaman dalam Islam dan dngan kefahaman tersebut, kita lebih mampu menyediakan diri untuk dunia dan untuk akhirat. Tanpa ilmu, kita kecundang di dunia, dan lebih-lebih lagi di akhirat. Maka dengan itulah Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu atau mengaji. Kalau tak belajar atau mengaji, mendapat dosa percuma sahaja setiap saat. Apabila kita luangkan masa untuk mengaji atau belajar ilmu yang haq dalam Islam, maka kita terlepas dari dosa, dan diberi bonos pahala yang amat banyak pula. Orang yang tahu Islam yang benar itu sentiasalah dia mendapat pelbagai keuntungan - pahala yang berbagai-bagai - ketika melakukan sesuatu yang kelihatan insignificant dan tidak fundamental.

Keuntungan Mengaji/Belajar Ilmu

Saudara, kita lihat hadith berikut, bilamana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa seseorang yang mengilmukan dirinya akan berjaya menyempurnakan keIslaman dan keimanannya serta ketaqwaannya. Maka pastilah dia terpandu untuk mendapat syurga di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu beberapa perkara pula. Pertama, seseorang Islam yang menolong seseorang yang lain dalam urusan dunia yang menyusahkan atau menyulitkan diri seseorang itu, maka Allah (a.w) pasti menolongnya ketika di dunia dan ketika di akhirat dari suatu ksusahan yang dihadapinya. Kedua, seseorang yang memudahkan sesuatu yang sulit atau menyulitkan seseorang itu ketika hidupnya, maka Allah (a.w) akan memudahkan sesuatu yang menyulitkannya di dunia dan di akhirat kelak. Ketiga, yang relevan sekali untuk tajuk atau topik perbincangan kita dalam post ini, iaitu ilmu. Sesiapa yang menyempatkan dirinya mencari imu, maka Allah (a.w) memudahkannya jalan mendapat syurga di akhirat kelak. Keempat, sesiapa yang berada dalam perkumpulan majlis ilmiu,  para malaikat berbangga dan mengelilingi mereka dena mendoakan kebaikan bagi mereka yang terlibat, dan Allah (a.w) turunkan ketengangan di kalangan mereka. Kelima, sesiapa yang tidak bersungguh mencari ilmu dan mengilmukan dirinya dengan ilmu akhirat, maka Allah (a.w) tidak akan memudahkan dia mendapat perubahan yang positif terhadap nasibnya di dunia dan di akhirat. Dia dibiarkan oleh Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalanannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, tidak berusaha memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, dalam hadith berikut pula, kita mendapat tahu bahawa sesiapa yang datang ke masjid atau suatu tempat pengajian ilmu untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka orang yang mengajar ilmu dan yang belajar ilmu seumpama berada dalam urusan fi sabilillah. Kalau dia datang ke tempat pengajian ilmu bukan kerana mencari ilmu, maka dia dapat apa yang dilihatnya sahaja, tidak dapat manfaat dari ilmu tersebut sama ada di dunia ataupun di ahirat.
Malah dalam sepotong hadith lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berjalan suatu jalan untuk pergi ke tempat pengajian ilmu, ditakdirkan dia mati dalam perjalanan tersebut, kematiannya dikira seolah-olah mati syahid. malah setiap wang ringgit yang dibelajakannya kerana mencari ilmu itu dikira infaq fi sabilillah, diberi ganjaran pahala sebagaiana infaq atau menginfaq, bersedekah bag membela agama Allah (a.w). Demikianlah besarnya pahala mengaji dan belajar ilmu itu. Satu bentuk pahala yang diabaikan oleh majoriti umat Islam .. dibiarkannya 'pahala terpijak'.  
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendegar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang ke masjid ini (yakni, masjid nabi atau Masjid Madinah, atau, dalam konteks sekarang, mana-mana tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah) tidak datang dia kecuali kerana (mencari) kebaikan belajar (daripada orang yang mengajar) ilmu atau mengajar (orang yang datang) ilmu, maka dia (yang mengajar dan mengajarkan ilmu adalah) berada dalam jalan Allah (a.w) (fi sabilillah). Dan barangsiapa datang kerana tujuan selainnya maka dia bertempat di kalangan orang-orang lelaki melihat ia kesenangan yang selainnya (yakni, selain fi sabilillah).’ [Hadith ibnu Majah] 
Saudara, mudah-mudahan post kali ini direnung dan diambil pengajaran, kerana amat menguntungkan kita kalau kita manfaatkan sedikit ilmu yang kita diberitahu ini.
Jazakalahu khairah

1 comment: