Assalamualaikum,
Saudara, dalam post kali ini kita teliti suatu realiti umat Islam yang mencerminkan yang benar dengan yang batil, kerana kejahilan ilmu. Penyakit jahil ilmu ini bukanlah kiat orang biasa yang mengalaminya, tetapi para ulama' dan para ilmuan Islam, termasuk mereka yang dinobatan oleh masyarakat sebagai orang 'alim' atau 'ulama' terkenanya. Dan, sukar bagi mereka membuat pilihan yang mana benar dan yang mana batil. Dalam situasi di Malaysia ini, boleh dikatakan kesemua penjawat agama - yang mentadbir urusan masyarakat Islam - adalah orang perpendidikan tinggi, keluaran universiti tersohor dari Timur Tengah spt Al-Azhar, universiti di Jordan, di Iraq dan paling krang dari UIAM di Malaysia. Juga, terdapat mereka yang berjaya sampai mendapat Ph D dan digelar 'Dr' atau ditulis namanya dengan didahului oleh perkataan 'Dr.' Atau, paling kurang diberi tempat berceramah dalam media letronik spt Tv - TV al-Hijrah, Astro Oasis, TV 1 dan 3 dan TV 9 dan sebagainya. Masyarakat kenal mereka. Dan, jelas kelihatan ketokohan mereka dalam berceramah atau bercakap. Malahan mereka diberi ganjaran lumayan menampilkan diri di kaca TV pula! Tapi, malangnya mereka belum boleh dikatakan berilmu jika beberpa ketetapan hakiki mengenai syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mereka langgar dan remehkan atau langsung pertikaikan, wal iya zubillah.
Saudara, sebagai contoh: Islam melarang wanita Islam menampilkan diri di khalayak ramai dalam usursan agama, walaupun mereka dikatakan berilmu. Kerana bukan tempatnya bagi wanita Islam menonjolkan dan memaparkan dirinya di depan manusia sejagat denga pakaian yan berfesyen pula dan menarik perhatian orang. Lelaki Islam pula ditegah oleh Islam memakai jubah atau pakaian yang ketika berdiri dia melebihi matakaki atau bukulalinya. Lelaki Islam dilarang memakai perhiasan diri yang diperbuat dari emas dan perak. Namun begitu ramai tokoh-tokoh tersebut memakai jubah yang labuh atau memakai jubah yang senteng tetapi anak keluarnya yang menutupi matakaki atau bukulalinya.
Sauadar, ramai lelaki Islam, terutama yang berjawatan tinggi dan berkedudukan memakai baju yang diperbuat dari sutera - yang halus mahupun yang kasar - kerana lelaki Islam yang memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat kelak. Ini adalah ketetapan Islam. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa'. Selain itu, berdasarkan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, sebarang ketetapan Allah (a.w) adalah wajib dipatuhi dan diikuti dan ditaati, dan sebarang tegahan atau larangan beliau wajib seseorang Islam itu akur dan jauhi. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melali al-Hadith bahawa seseorang lelaki Islam yang beriman itu tidak diterima solatnya kalau dia melabuhkan pakaiannya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa lelaki Islam yang memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat, maksudknya takkan masuk syurga. Walhal, segala-gala yang kita yang Islam dan beriman lakukan di dunia dalam perkara amalan dan ibadah adalah semata-mata untuk mencari keridhaan Allah (a.w), yakni mendapatkan syurga Allah (a.w) di akhirat kelak. Tapi, ramai orang Islam jahil mengenainya. Dan, para ilmuwan dan ulama' yang diakui oleh masyarakat Islam berilmu sendiri mungkin jahil atau tahu tetapi remehkan ketetapan tersebut, seolah-olah perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah optional atau tidak mempunyai kedudukan yang sama denga ketetapan al-Quran. Sepatutunya dan sebenarnya ketetapan yang wajib diterima dan dipathi dan ditaati adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Saudara, dalam perkara ini, kita sendiri keliru mengapakan para ulama' yang berbangga dengan diri mereka disebutkan oleh Allah (a.w) 'warasatul anbiya' (Yang bermaksud: pewaris para nabi.), tetapi mengabaikan ketetapan Nabi (s.a.w)? Nabi (s.a.w) tidak mewariskan dirham dan dinar, tapi mewariskan kita - terutama para ilmwan dan ulama' - ilmu, bukan status kedudukan dan gelaran di dunia. Ilmu yang diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Yang lebih utama, lmu yang menentukan apakah amlalan dan ibadah kita itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana hanya amalan dan ibadah yang menepati al-Quran dan as-Sunnah yang diterima Allah (a.w). Ini adalah hakikat yang sering dilupakan oleh kita semua. Para ilmuwan dan ulama' yang sewajarnya mewarisi ilmu sedemikian sepatutnya mwariskan pula kepada kita ilmu tersebut dan tidaklah apakai sebahagian dan tinggakan sebahagian.
Saudara, ada beberapa ketetapan Islam yang kelihatan basic agi remeh atau insignificant - bak kata manusia biasa - tapi amat fundamental kesannya kalau dibaikan. Dalam zaman silam, umat Nabi Salleh (a.s) hanya disuruh bergilir menggunakan air telaga denga lembu mukzizat Nabi Salleh (a.s). Adam (a.s) dan Hawa (a.s) hanyalah dilarang jangan menghampiri pokok larangan dalam syurga. Umat Nabi Musa (a.s) ditegah menangkap ikan pada hari Sabtu. Ini adalah larangan yang nampak remeh, tetapi tegahan dan larangan Allah (a.w) itu tidak boleh diklasifiksikan sebagai kecil, sederhana dan besar. Yang penting, hakikatnya adalah semua itu larangan.
Mudah-mudahan saudara yang membaca dan mengikuti blog ini faham apa yang penulis ingin sampaikan insya Allah.,' Insya Allah kita akan teliti sedikit lagi isu ini dalam post yang akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment