Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi apa yang telah kita bincangkan dalam post sebelum ini tentang Solat Terawih dan Solat Witir dan bagaimana berbezanya solat kita dengan solat yang diamalkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Yang utama kita wajib ingat adalah pertama, sesuatu amalan dan ibadah itu hendaklah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; kedua, setiap ibadah itu hanya sah kita kerjakan atau ibadahkan kalau kita telahun memiliki ilmu mengenai amalan atau ibadah tersebut; ketiga, dalam urusan agama Islam - khususnya mengenai syariat agama Islam itu - kita wajib ikuti ketetapan atau contoh Rasulallah (s.a.w) dan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang sama sekali tidak terdapat dalam amalan Rasulallah (s.a.w), i.e. sunnah beliau, dan sunnah khalifah ar-rasyidin, kerana sunnah tersebut sahaja yang diakui sah oleh Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa.Keempat, dalam urusan amalan dan ibadah, kita wajib jahui bid'ah kerana bid'ah itu dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya amalkan dan capuradukkan dengan amalan atau ibadah yang haq, kerana perbuatan sedeikian itu membatalkan amalan dan ibdah, dan jika berterusan diamalkan dan dianggap sebagai sebahagian daripada as-Sunnah, maka terbatallak keIslaman kita, wal iya zubillah.
Saudara, kita lihat bagaimana Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yang empat mengerjakan Solat Terawih dan Solat Witir.
Syariat Solat-solat Malam
Sadara, selain solat fardu yang 5 terdapat banyak lagi solat-solat sunat yang digesa umat islam kerjakan, namun tetap bersifat sunat - boleh dibuat atau boleh ditinggalkan.
Dalam perkara solat malam (= Solat Qiam atau qiamul-lail) itu, hadith berikut menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan solat qiam (iaitu dikenal sebagai Solat Tahajjud lazimnya 11 rakaat yang mengandungi dua solat sunat yang dibuat emepat-empat rakaat satu salam, dan dikuit dengan 3 rakaat Solat Witir.
Saudara, sebelum solat fardu yang lima disyariatkan ke atas umat Islam berikutan Isra' dan Mikraj Rasulallah (s.a.w), Solat Witir telah diwajibkan atas beliau solatkan setiap malam. Apabila solat 5 waktu dijadikan slat wajib, maka Solat Witir kekal menjadi solat sunat.
Walaupun Rasulallah (s.a.w) hanya mensolatkan solat-solat malam 8 rakaat (sama ada dua da rakaat pada alam-malam selain Ramadhan atau empat-empat raaat di bulan Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) tidak menambah jumlahnya, yakni tak lebih dari 11 rakaat semuana -tak kira dalam bulan Ramadhan ataupun di luar bulan Ramadhan.Hadith berikut menyebutkan perkara yang sama.
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiyi hadith daripada Abi Salamah hadith daripada Abdil Rahman (r.a) bahawasanya dia bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Bagaimana ada bersolat Rasulallah (s.a.w) di dalam bulan Ramadhan?’ Maka berkata Aisyah (r.ah): ‘Tidak ada menambah (Rasulallah (s.a.w)) di dalam bulan Ramadhan dan tidak (menambah) di dalam selainnya (yakni, lain-lain bulan) atas sebelas (11) rakaat. Bersolat (Rasulallah (s.a.w)) empat rakaat. Maka jangan tanyakan akan bagaimana baiknya (yakni, sempurnanya solat tersebut) dan (jangan tanyakan berapa) lama masanya (dia di dalam solat itu). Kemudian bersolat (Rasulallah (s.a.w)) empat rakaat. Maka jangan tanyakan dari baiknya (yakni, kesempurnaan solat tersebut) dan (jangan tanyakan berapa) lama masanya. Kemudian bersolat (Rasulallah (s.a.w)) tiga rakaat (solat Witir). Maka bertanya aku (kata Aisyah (r.ah)) ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah tidur engkau sebelum bahawasanya witir engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Aisyah! Sesungguhnya kedua mataku tidur keduanya, dan tidak tidur hatiku (qalbuku).’ [Hadith Bukhari, Kitab Terawih & Hadith Muslim]
Saudara,hadith di atas ini menyebutkan - melalui Aisyah (rah) - bahawa Rasulallah (s.a.w) mensolatkan Solat Terawih empat-empat rakaat kemudian ditutup dengan 3 akaat Solat Witir. Walaupun bilangan rakaatnya sedikit, namun beliau membaca surah-surah yang panjang-panjang dan membaca tasbih ketika Rukuk dan Sujud dan duduk di antara dua Sujud banyak kali, sehinggakan hampir msuk waktu Subuh baru selesai.
Saudara, dalam hadith berikut disebutkan bahawa pada 10 malam terakhir Ramadhan Rasulallah (s.a.w) keluar ke mesjib mensolatkan Solat Terawih dan dimakmumkan oleh para sahabat, menjadikan penuh sesak mesjid. Ada kalanya beliau tidak ke mesjid kerana mengkhuatiri akan dijadikan wajib Solat Terawih itu di jema'ahkan. Demikianlah halnya sampaikan wafat beliau. Tradisi itu diteruskan zaman Abu Bakar dan awal pemerintahn Omar (r.a). Omar (r.a) kemudiannya inginkan kerukunan serta kekompakan dalam masyarakat Islam yang dilambangkan juga oleh Solat Terawih yang dijema'ahkan di bawah seorang imam yang tetap, Ubai b Kaab. Inilah yang disebutkan dalam hadith berikutnya.
Solat Terawih di Jema'ahkan?
Saudara, soalnya dalam syariat Islam adakah solat Terawih itu dijema'ahkan atau disolatkan secara bersendirian? Isu ini terjawab dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Aba Zarr (r.a) berkata: ‘Berpuasa kami berserta Rasulallah (s.a.w) maka tidak bersolat dia dengan kami (yakni, di masjid secara berjemaah) hingga tinggal tujuh (hari) daripada bulan (Ramadhan), maka berdiri (yakni, solat) dia dengan kami sehingga hilang sepertiga malam, kemudian tiada berdiri (bersolat) dia dengan kami pada malam yang keenam, dan berdiri (yakni, bersolat) dia dengan (kami malam) yang kelima hingga habis seperdua malam, maka kami kata baginya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seandainya engkau tambah (solat) sunat bagi kami baqi malam kita ini?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya barangsiapa berdiri (bersolat) beserta imam hingga berpaling dia (yakni, beralih atau bersurai imam), disuratkan (yakni, dikira baginya berdiri (bersolat) seluruh (sepenuh) malam.’ Kemudian tiada solat dia dengan kami hingga tinggal tiga (hari) daripada (malam) bulan (Ramadhan) dan solat dia dengan kami pada (malam) yang ketiga dan menyeru dia (yakni, memanggil) akan ahli-ahlinya (keluarganya) dan perempuan-perempuannya (isteri-isterinya), maka berdiri (yakni, bersolat) dengan kami hingga takut kami akan ‘falah’. [Apabila didengar oleh Jabir bin Nafir akan perkataan ‘falah’ dari Aba Zarr itu tidak faham dia], maka kata aku (Jabir) baginya (yakni, pada Aba Zarr): ‘Dan apa itu ‘falah’.’ Berkata dia (yakni, Aba Zarr): ‘Sahur.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Saudara, dalam zaman Raulallah (s.a.w) Solat Terawih itu disolatkan secara bersendirian, sebagaiman solat-solat sunat lainnya, dibuat dirumah lebih adhal. Dilapurkan bahawa Rasulallah (s.a.w) datang ke masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan untuk mensolatkannya di Masjid. Maka kerana beliau solatkan di masjid (Masjid Nabawi, ketika itu), maka para sahabat meumpang solat beliau sebagai makmum. Tidak ditega oleh Rasulallah (s.a.w). Pada malam keesokkan pula apabila ramai sahabat mengetahui apa yang berlaku malam sebelumnya, maka lebih ramailah para sahabat yang datang ke masjid untuk menjadi makmum dalam solat terawih tersebut, sehingga penuh sesaklah masjid. Ketika itulah Rasulallah (s.a.w) berkhutbah memberitahu bahawa beliau khuatir kalau-kalau diteruskan dijema'akan, maka akan menjadi syariat pula bahawa Solat Terawih itu wajib dijema'ahkan. jadi kekallah Solat Terawih itu menjadi solat sunat dan boleh dijema'ah dan boleh disolatkan bersendirian.
Fadilat Solat Terawih
Saudara, hadith berikut memberitahu kita betapa utamanya Solat Terawh itu. Jika kita solatkan penuh keikhlasan dan ketakwaan mencari keridhaan Allah dan pahala dariNya, maka Allah (a.w) ampuni dosa-dosa kita yang terdahulu. Dengan syarat, solat kita itu menepai solat Rasulallah (s.a.w), ia.e. sejajar dengan ketetapan as-Sunnah. Kalau tidak takda gunanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah (r.a) hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meningkatkan dalam solat malam Ramadhan (yakni, solat Terawih) dari selain apabila memerintahkan dengan menguatkan (beramal), dan bersabda: ‘Barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) Ramadhan (yakni, Solat Terawih) kerana keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) mengampuni Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya dari dosa-dosanya.’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan adapun perkara demikian itu (yakni, bersolat terawih) juga (yakni, kekal) zaman khalifah Omar bin Khattab (r.a) atas demikian itu (yakni, tidak difardukan dan diamalkan sebagaimana Rasulallah (s.a.w) amalkan).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]Hadith ini menjelaskan bahawa dalam zaman Rasulallah (s.a.w) dsehinggalah zaman-zaman khalifah, Solat Teawih itu hanyalah ibadah solat sunat, tidak difardukan atau diwajibkan. Namun, bagi mereka yang mencari syurga atau ejayaan akhirat pastilah mereka amalkan sebaik mungkin demi mendapatkan ganjaran pahala yang banyak tersebut dan ganjaran pahala itu digandakan oleh Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan.
Doa Qunut Solat Witir
Saudara, hadith berikut memberi kita tahu bahawa kalimah-kalimah Doa Qunut yang ibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dalam Qunut Solat Witir. Kalimah-kalimah inilah yang diajarkan oleh beliau kepada cucunya supaya dibaca ketika membaca qunut pada rakaat terakhir (i.e. rakaat ketiga) Solat Witir pada malam-amalam 15 Ramadhan hingga akhir Ramadhan.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Khaura’i (r.a) berkata: Berkata Hassan bin Ali (r.a): ‘Mengajarkan daku Rasulallah (s.a.w) beberapa kalimah yang aku baca dengannya di dalam Solat Witir (berkata ibnu Jawasin: Didalam qunut Witir): 'Allahummah dini fiman hadait, wa-afini fiman ‘afait, wa-tawallani fiman tawalait, wa-barikli fima ‘atoit, wa-qini syarrama qadait, fainnaka taqdi, wa-la yuqda ‘alaika, wa-innahu la yazilluman wa-lait, tabarakta rabbana wa-ta’alait.' [Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat Engkau dan maha luhur Engkau.] [Hadith Abu Daud]
Saudara, dapatkah saudara teliti bahawa kalimah-kalimah doa qunut ini telah digunakan oleh para ulama' dan pegamal Islam arus perdana ketika membacanya dalam Solat Subuh? Dapatkan saudara perhatikan bahawa kalimah-kalimah yang diguna pakai sekarang ini berbeza? kalau di Masjidi al-Haram pula lagi panjang - sehingga hampir 30 minit dibaca oleh imam?
Saudara, dalam Islam syariat salnya dalah Doa Qunut dalam Solat Witiri dalam bulan Ramadhan itu dibaca oleh imam dan makmum tanpa menguatkan suara, maksudnya dibaca sekadar boleh didengar oleh telingan sendiri tanpa didengari oleh orang lain. Membaca kalimah-kalimah yang diebutkan dalam hadith itu mendapat pahala sunnah. Kalau terlupa atau tertinggal, tidak mencacatkan Solat Witir itu.
Doa Selepas Solat Witir
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membaca satu Doa pendek setelah selesai Solat Witir iaitu diebutkan dalm hdith berikut sebagai puji-pujian kepada Allah (a.w). Doa ini dibaca oleh imam dan makmum tnpa menguakan suara.
Diriwayatkan hadith dari Said b Abdul Rahman b Abza hadith dari bapanya (yakni, Abdul Rahman b Abza) hadith dari Ubai b Ka’ab berkata: ‘Ada Rasulallah (s.a.w) ketika selesai memberi ‘Salam’ di dalam Solat Witir bersabda (yakni, membaca): ‘Subhanal malikil quddusi’ (Yang bermasud: Maha suci Allah (a.w) raja yang zat yang maha mulia). [Hadith Abu Daud]
Saudara, Ubai b Kaab adalah sahabat yang dalam zaman Omar (r.a) dilantik mengimamkan Solat Terawih dan Solat Witir yang disolatkan secara berjema'ah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment