Thursday, August 1, 2013

Ramadhan: Menanti Lailatul-Qadr

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (i.e. malam ini) akan menemui kita 24 Ramadhan. Ini bererti 6 hari lagi kita akan menyambut dua kegembiraan kalau kita berjaya dalam bulan Ramadhan berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) bahawa kita berpuasa dengan penuh keimanan serta benar-benar mengharapkan ganjaran pahala maksimum daripada Allah (a.w). Jika begitu status amalan/ibadah puasa kita, maka pada 1 Syawal 1434 nanti kita merayakan kegembiraan kejayaan berpuasa di dunia ketika beraya; dan di akhirat kita bergembira pula mendapat balasan syurga kerana dosa-dosa kita yang lepas dihapus kikis oleh Allah (a.w), masya Allah!
Saudara, antara pengisian amalan dalam bulan Ramadhan yang membolekan kita berjaya adalah mengimarahan malam-malam Ramadhan dengan amalan tambahan, antaranya kita telahpun beritahu dalam post pada 26 Julai 2013 yang lalu, iaitu mengimarahkan malam-malam Ramadhan dengan Solat Terawih dan diiukti dengan Solat Witir.
Saudara, mungkin tak ramai umat Islam di Malaysia ini yang mengerjakan Solat Terawih 8 rakaat - dibuat dua solat empat-empat rakaat disudahi dengan satu 'salam'. Kerana umat Islam arus perdana di Malaysia akan mensolatkan 'Solat Terawih' 20 rakaat dibuat secar berjema'ah dan dibuat 10 solat dibuat dua-dua rakaat disudahi dengan 'salam'.
Adakah saudara tahu, sipakah yang memuakan Solat Terawih 20 rakaat ini? Rasulallah (s.a.w) mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat dibuat dua solat setiap satu 4 rakaat disudahi dengan 'salam'. Kemudian beliau menutupnya dengan Solat Witir 3 rakaat satu salam.  Selepas Rasulallah (s.a.w) wafat, khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin - iaitu Abu Bakar as-Siddiq (r.a), Omar b Khattab (r.a) dan Othman dan Ali juga meneruskan tradisi tersebut - mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat dengan dibuat dua solat setiap satu 4 rakaat disudahi dengan satu 'salam'. Dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), Solat Terawih itu dibuat brsendirian, sebagaimana solat-solat sunat lain di rumah masing-masing, di jema'ahkan dengan ahli keuarga mereka. In public hanya secara tak langsung di jema'ahkan pakala Rasulallah (s.a.w) keluar ke masjid mensolatkan Solat Terawih pada malam-maam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Rasulallah (s.a.w) tidak menjadikan suatu rutin menjema'ahkan Solat Terawih kerana khuatir dia kalau-kalau Solat Terawih itu dijadikan suatu ibadah wajib disolatkan secara berjema'ah. Maka amalan sedemikian itu kekal sehinggalah tiba zaman Omar b Khattab (r.a) menjadi khalifah.
Dalam zaman pemerintahan Omar b Khattab (r.a), agama Islam sudah diterima oleh banyak masyarakat manusia, dan umat Islam sudah begitu ramai, maka beliau mendapati tidak teratur dan mengelirukan apakala para sahabat mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah dalam perkumpulan berasingan di masjid. Maka Omar (r.a) membuat ijtihad, setelah berunding dengan para sahabat, bahawa lebih baik dan teratur jika di solatkan secara berjema'ah di bawah imam yang satu dan Solat Terawih yang satu setiap malam. Namun, bagi mereka yang terlambat mereka masih dibolehkan menjema'ahkannya. Umat Islam dibolehkan mensolatkannya - bersendirian atau berjema'ah - di rumah masing-masing, jika tak dapat ke masjid.
Maka dalam zaman Omar (r.a.) Solat Terawih kekal 8 rakaat, iaitu dua solat 4 rakaat disudahi dengan satu 'salam'. Ubai b Kaab, yang merdu suaranya membaca ayat-ayat al-Quran dilantik oleh Omar (r.a) menjadi imam solat tersebut. Demikianlah tradisi Solat Terawih sehinggalah datang pemerintahan Omar b Abdul Aziz lama kemudian menjadikannya 20 rakaat dan 36 rakaat dengan ditutup dengan satu rakaat Solat Witir.
Saudara, bagi saudara yang biasa ke Mekah dalam bulan Ramadhan, saudara akan dapati tradisi mensolatkan 'Solat Terawih' 20 rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam. Solat Witir tidak dibuat setelah selesai Solat Terawih itu. Kerana Solat Witir dibuat 3 rakaat selepas 'Solat Qiam' yang dibuat selepas 1 tengah malam pula, bilamana solat qiam (i.e. solat sunat malam) itu dibuat 6 solat dua-dua rakaat, kemudian ditutup dengan Solat Witir 3 rakaat.
Apa yang kita boleh rumuskan? Solat Terawih itu di buat 8 rakaat sahaja dalam zaman Rasulallah (s.a.w) dan khalifah, iaitu 4 rakaat ditutup dengan 'salam' dua kali. Kemudian ditutup dengan 3 rakaat Solat Witir. Solat dua-dua rakaat yang dibuat searang ini tidaklah dinamakan 'Solat Terawih' tapi dikatakan 'Solat Terawih' oleh para ulama' arus perdana di Malaysia. Sebenarnya itu adalah 'Solat Qiam' atau solat-solat sunat malam. Kalau Solat Terawih syariatnya adalah 8 rakaat dibuat dua solat empat-empat rakaat satu' salam.', sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan yang diwariskan oleh Omar b Khattab (r.a). Perubahan yang dibuat oleh Omar (r.a) - menjadikan Solat Terawih itu dijema'ahkan satu satu solat berjema'ah premier bukanlah suatu yang bersifat 'bid'ah' kerana Rasulallah (s.a.w) (yakni, Allah (a.w)), telah merestui ijtihad Omar tersebut. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya - iaitu kita semua - supaya ikuti sunnah beliau dan sunnah Abu Bakar as-Siddiq, Omar b. Khattab, sunah Othman ibni Affan dan sunnah Ali b Abi Thalib, radiallahu anhum, sebagai syariat agama yang sah dan diterima oleh Allah (a.w). Malahan dalam perkara ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa jikalah ada seorang Nabi selepas beliau wafat dan Allah (a.w) pasti akan menjadikan Omar b Khattab (r.a) sebagai nabi itu. Tambahan pula Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a.), dan kerana itu Omar (r.a) bercakap dengan kebenaran.
Saudara, seperkara lagi yang wajib kita fahami adalah hakikat Solat Witir yang menjadi amalan para ulama' dan pendokong Mazhab as-Syafie sekarang iaitu memecahkan 3 rakaat Solat Witir kepada dua solat - satu dua rakaat disudahi dengan satu salam dan satu lagi disolatkan serakaat disudahi dengan satu salam - tidak menepati syariat Solat Witir dalam Islam (sebagaimana yang diebutkan oleh Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumni usolli' (i.e. Bersolatkan kalian sebagaimana aku (Nabi) bersolat) itu). Jika demikian, Solat Witir yang sah adalah yang serakaat itu, manakala 'solat witir' yang dua rakaat itu adalah satu solat qiam (= solat sunat biasa) sahaja. Solat Witir hendaklah ganjil rakaatnya dalam satu solat bukan satu solat yang dipecah menjadi dua atau tiga bahagian... 
Insya Allah dalam post yang akan datang kita akan teliti selanjutnya Solat Terawih dan Solat Witir ini berpandukan nas dan dalil as-Sunnah insya Allah bagi menyempurnakan ilmu kita mengenainya. Ini penting kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang mengerjakan amalan atau ibadah dalam Islam dengan tanpa ilmu, yakni dalam kejahilan, tanpa belajar berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengenai amalan atau ibadah tersebut, maka tempatnya dalam neraka wel. Begitu juga, sesiapa yang memiliki ilmu mengenai sesuatu amalan dan ibadah, tetapi tidak mengerjakannya pula, juga akan dimasukkan ke dalam neraka wel. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa kalau kita beramal berdasarkan ilmu yang benar, tapi kita buat kesilapan atau kesalahan dalam mengerjakan amalan tersebut, amalan atau ibadah kita itu tetap dikira betul dan diterima oleh Allah (a.w). Sebaliknya pula, kalau kita kerjakan suatu amalan atau ibadah, dan secara kebetulan betul amalan atau ibadah tersebut, apabila disemak berdasarkan ilmu yang haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - betul, tak lari dari syariat yang sah, tetap ibadah atau amalan kita itu dikira salah, tak diterima! Justru itu, umat Islam diwajibkan mengajai atau mempelajari ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - supaya semua amalan dan ibadah yang kita kerjakan diterima Allah (a.w). Ingatlah amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) saja yang diberi ganjaran pahala dan dimasukkan/dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalan kita yang akan diserahkan kelak kepada kita di padang mahsyar ketika hisaban amalan dilaksanakan.
Saudara, lailatul-Qadr itu kita nanti dengan beriktikaf dan mengerjakan ibadah-ibadah selainnya ketika malam di musolla (=tempat yang lazim dosilatkan solat fardu berjema'ah). Kejayaan kita itu bergantung kepada kita mengamalkan syariat Islam yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Tak mungkin dapat menemui lailatul-Qadr kalau asas amalan dan ibadah kita salah dan kita takpun mengerjakan amalan dan ibadah yang benar menepati syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita...

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment