Saturday, August 31, 2013

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam menyediakan diri kita menjadi umat Islam yang baik, kita wajib faham peranan ilmu dalam kehidupan manusia. Ilmu penting untuk dunia. Ilmu lebih penting untuk akhirat. Justeru itu, kiat disuruh belajar ilmu atau ilmukan diri kita. Dan, bagi mereka yang berilmu pula menjadi kewajipan padanya menyampaikan ilmu dan mengembangkannya, supaya orang lain dapat ilmu bagi memabntu mereka menyediakan diri untuk kehidupan akhiart.

Sampaikan Ilmu

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Amru sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ballighu ‘anni walau ayatan … al–hadith.’ (Yang bermaksud: Sampaikanlah dariku (Nabi) walaupun hanya satu ayat …) [Hadith Bukhari, dalam Kitab Hadith para nabi]
[Nota: Umat Islam itu diwajibkan mencari ilmu dan belajar ilmu supaya mereka faham Islam, faham syariatnya yang haq dan faham mereka bahawa segala amalan dan ibadah, bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya adalah diperjelaskan serta ditetapkan spesifikasinya oleh Allah (a.w) dan diprjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada manusia. Dengan itu tidaklah manusia itu beramal dan beribadah dalam kejahilan.
Malahan, manusia diperingatkan oleh Allah (a.w) banyak perkara yang asas (basic) dan fundamental, antaranya; pertama, Allah (a.w) itu tuhan yang esa; kedua, Allah (a.w) sahajalah tuhan yang berhak dan wajib disembah oleh manusia, dan tidak boleh manusia itu menyembah sebarang perantaraan dalam menyembahNya; ketiga, tujuan manusia itu diberi peluang hidup di dunia adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka – dengan mengerjakan apa-apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang ditegah. Jika mereka telah akur dengan ketetapan tersebut, maka bebas melalukan segala sesuatu demi dunianya. Keempat, segala amalan dan ibadah manusia dan segala kebaikan yang mereka lakukan di dunia untuk dirinya, keluarga, kaum kerabatnya dan manusia sjagat, hendaklah semata-mata bertujuan untuk mentaati perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dengan niat mukhlis atau ikhlas kerana Allah (.w) semata-mata, walaupun hakikatnya manusia itu ‘dipaksa oleh Allah (a.w), untuk mengabdikan diri mereka. Manusia sebenarnya tiada pilihan dalam pengabdian dan penyembahan dan mengerjakan perintah dan suruhan, namun mereka wajib berniat bahawa segala-galanya kerana Allah (a.w), mencari kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan takutkan siksaan Allah (a.w), i.e. masuk neraka. Niat itu telah disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra: ‘… wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu …’ (Yang bermaksud: kerana mencari kerhmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w)), kerana tak kerjakan pasti di azab di akhirat. Itulah niat hakiki yang ditetapkan oleh Allah (a.w) sendiri. Kelima, dalam mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), manusia diperingatkan bahawa segala amalan dan ibadah serta kebaikan yang mereka lakukan, hendaklah berdasarkan ilmu bukan dalam kejahilan, kerana tanpa ilmu amalan dan ibadah serta kebaikan (=amal soleh) tidak diterima dan tidak mendapat pahala. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra’: ‘… wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun …’ (Yang bermaksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu (maksudnya, amal dan ibadah dan segala perbuatan dan perlakuan termasuklah apa-apa yang dikatakan), kecuali berdasarkan ilmu. Kerana amalan dan ibadah serta kebaikan yang dilakukan dalam kejahilan tidak diberi pahala, rugi semata-mata. Keenam, sebarang amalan dan ibadah dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia yang tidak menerima Islam sebagai agamanya, tidak berguna untuk akhiratnya, kerana tidak diterima Allah (a.w). Justeru itu, amalan dan ibadah serta kebaikan manusia semasa di dunia hanya laku dan diterima Allah (a.w) kalau dia Islam. Malah, kalaupun mereka kaya, memiliki harta yang nilainya seumpama bumi dan seisinya, digandakan, dan didermakannya untuk kebaikan manusia sejagat, tidak diberi pahala, kalau tidak Islam. Dan, manusia diperingatkan, kalau tidak Islam, di akhirat nanti mereka yang kaya sedemikian, tidak dapat menebus dari terkena siksaan neraka dengan menukarkannya sebagai ganti supaya dibebaskan dari siksaan neraka, kalaulah mereka tidak Islam. Malahan orang Islam, yang sekaya itu, tidak akan mendapat sebarang manfaat dari harta mereka, kalaulah mereka Islam tetapi Islamnya tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan menepati bentuk, kaedah dan cara yang ditetapkan dalam as-Sunnah. Ketujuh, al-Quran itu adalah kitab panduan untuk semua manusia, semua zaan sampailah kiamat dunia. Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w) kepada semua manusia dan semua zaman sehingga kiamat dunia, justeru itu, walaupun beliau sudah awafat, as-Sunnah (= sunnah beliau) kekal menjadi panduan umat Islam sepanjang zaman. Kedelapan, manusia itu wajib anuti Islam, wajib mengabdikan diri (yang manifestasinya adalah beramal dan beribadah dan akur secara murni tanpa mengubah dan meminda atau mencampuradukkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kerana sebarang pencemaran dalam amalan dan ibadah membatalkan amalan dan ibadah – tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran pahala, malah merosakkan akidah dan membatalkan keIslaman mereka yang beramal dan beribadah dengannya. Justeru itulah, amalan syirik, tahyul, kurafat, dan ‘bid’ah’ serta taklid membahayakan aqidah dan ibadah. Kesemua ini difahami hanya dengan ilmu. Maka dengan itulah manusia wajib faham al-Quran dan umat Islam wajib ilmukan diri mereka dngan ilmu al-Quran dan as-Sunnah bukan dengar cakap sianu dan sifolan.

Jazakallahu kahirah

No comments:

Post a Comment