Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita masih lagi dalam bulan Syawal, setelah kita beraya hari pertama pada hari Khmais, 8 Ogos 2014 yang lalu. Orang Melayu, rayanya sebulan, malah lebih dari sebulan, sehinggakan terlangsung menjamu tetamu sampai masuk bulan Zulkaidah ...
Saudara, yang utama adalah kita wajib renungkan apakah kita telah berjaya menjadi salah seorang orang Islam yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w), maka kita telah dibersihkan oleh Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan, maka kita pada 1 Syawal 1434 adalah dalam keadaan fitrah (= takda dosa lagi)? Belum tentu. Bukan secara otomatik.
Apakah sepanjang puasa dulu kita berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) kita berpuasa dengan penuh kemurnian dan ketaatan terhadap Allah (a.w)? Tidak tercemar ibadah puasa Ramadhan kita dengan perbuatan-perbuatan serta kata-kata yang tercemar dan dicemar? Apakah kita mengerjakan Solat Terawih di ikuti dengan Solat Witir tanpa mungkir setiap malam? Apakah, kita berqiamul-lail pula di malam 1/3 terakhir malam? Apakah kita mengerjakan Solat Duha ketika siang hari sekurang-kurangnya 2 atau 4 rakaat? Apakah kita membaca al-Quran secara bertadarus atau membaca sendiri? Apakah kita telah berI'ktikaf di masjid setiap malam 10 malam Ramadhan terakhir? Itu adalh pra-syarat untuk mendapat maksimum pahala dalan bulan Ramadhan.
Kalau kita sudah gagal atau belum atau kurang pasti prestasi kita dalam bulan Ramadhan yang baru lalu, kita berdoalah semoga kita ditemukan oleh Allah (a.w) Ramadhan tahun depan - 1435 dan seterusnya pula. Dan, kita berusaha sebaik mungkin untuk lebih berjaya, insya Allah.
Saudara, syarat pertama untuk mendapatkan keampunan Allah (a.w) dari puasa Ramadhan kita adalah kita mengerjakan solat. Seseorang yang tidak berolat, dia berpuasa, walau sebaik manapun puasa Ramadhannya takda gunanya, kerana tidak diterima segala amalan lain tanpa dikerjakan solat. Solat adalah tiang agama. Kalau tak solat satu waktu jatuh kafir. Kalau tak solat langsung runtuh keimanannya terhadap Allah (a.w). Maka dia tidak lagi beriman. kalau tidak beriman pastilah dia kafir.
Saudara, syarat pertama untuk mendapatkan keampunan Allah (a.w) dari puasa Ramadhan kita adalah kita mengerjakan solat. Seseorang yang tidak berolat, dia berpuasa, walau sebaik manapun puasa Ramadhannya takda gunanya, kerana tidak diterima segala amalan lain tanpa dikerjakan solat. Solat adalah tiang agama. Kalau tak solat satu waktu jatuh kafir. Kalau tak solat langsung runtuh keimanannya terhadap Allah (a.w). Maka dia tidak lagi beriman. kalau tidak beriman pastilah dia kafir.
Dan, lebih utama dalam kita bersukaria beraya ini, kita wajib peringatkan semula diri kita yang masih hidup, pesanan dan peringatan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) berikut.
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Man kanat akhiratu hammahu ja’alallahu ghinahu fi qalbihi wa-jama’a lahu syamlahu wa-atathud-dunya wahaya raghimatun wa-man kanat-dunya hammahu ja’allahu faqrahu baina ‘ainaihi wa-farraqa ‘alaihi syamlahu wa-lam yaktihi minad-dunya illa ma quddira lahu.’ (Yang bemaksud: Barangsiapa yang ada menjadikan akhiratnya tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat akhir hidupnya, atau menomborsatukan matlamat akhiratnya), Allah (a.w) akan menjadikan (i.e. memberikan) kekayaan di dalam hatinya (yakni, merasai cukup dan puas dalam hatinya = contented terhadap apa-apa yang ada padanya dan apa yang diperolehinya untuk hidupnya) dan mengumpulkan baginya keperluan dunianya walaupun tidak penting baginya. Dan barangsiapa yang dunianya adalah menjadi tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat hidupnya, atau dinomborsatukan olehnya), Allah (a.w) akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya (i.e. sentiasa merasai tak cukup, walaupun dia sudahpun mewah dan kayaraya), dan memecahbelahkan (i.e. memporakpurandakan atau mempelbagaikan keinginannya terhadap) keperluan dunianya, dan tidaklah didatangkan kepadanya dunianya (i.e. apa yang didapatinya atau diperolehinya) kecuali apa yang telah ditakdirkan (i.e. qada’ dan qadarnya yang ditetapkan) baginya oleh Allah (a.w).’ [Hadith at-Termidzi & ibnu Majah]
[Nota: Qada’ dan qadar setiap manusia itu ditentukan 50,000 tahun sebelum alam ini dicipta Allah (a.w). Begitu jugalah ‘roh’ (= nyawa) setiap manusia itu diwujudkan pada masa yang sama. Dan, Allah (a.w) memerintahkan malaikat dengan izinNya jua menetapkan qada’ dan qadar bayi/manusia yang akan dilahirkan kelak, setelah pensenyawaan bibit benih lelaki (sperma) dan wanita (ovum) itu berlaku kira-kira 45 hari dalam rahim ibu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa qada’ dan qadr hanya boleh diubah dengan doa, dan doa itu dikabulkan Allah (a.w). Doa orang yang tidak kerjakan perintah Allah (a.w) dan as-Sunnah tidak diterima Allah (a.w). Demikian juga doa orang yang tidak mengerjakan amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Dan, doa orang yang makan minumnya dan pakaian sumbernya adalah batil atau haram tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, sabda Rasulallah (s.a.w) adalah didasari oleh perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu:
Allah (a.w) memberitahu kita dalam firmannya pada Ayat 15, Surah Hud: ' Man kana yuridul hayatid-dunya wa-zinataha ... hingga akhir ayat.' (Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (= tujuan atau matlamat hidupnya) dan perhiasanannya (= segala keseronokan yang ada di dunia), pasti Kami (Allah) berikan balasan penuh (i.e. sekadar yang telah ditakdirkan baginya) atas pekerjaaan mereka di dunia (dengan sempurna atas dasar qadar itu), dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.) Namun, Allah (a.w) memberitahu selanjutnya pada firmanNya pada Ayat 16, Surah Hud: 'Ulaikal-lazina laisa lahum fil-akhirati illan-nari; wa-habita ma sona-u fiha wa-batilu ma kanu ya'lamuna.' (Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang tidak ada bagi mereka apa-apapun di akhirat kecuali neraka; , dan sia-sialah di sana apa-apa yang mereka usahakan (semasa di dunia) dan terhapuslah (pahala) apa-apa yang mereka kerjakan.) Jelasnya, segala amalan dan ibadah yang dikerjakan kononnya untuk kebajikan akhirat terbatal, tidak diterima dan tidak mendapat pahala. Maka di akhirat kelak kosong catatan amalan dalam Kitab Catatan Amalan mereka. Maka tempatnya di neraka. Umat Islam tidak dibolehkan menombor-satukan dunia (= pertimbangan-pertimbangan keduniaan, yakni mengutamakan dunia sehingga lupakan akhirat atau remehkan akhirat) dan menombor-duakan akhirat (pertimbangan-pertimbangan akhirat). Walhal, seseorang yang beriman itu berusaha untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Dunia adalah untuk menyediakan diri untuk akhirat, terutama menyediakan sebanyak mungkin bekalan di akhirat. Dan, dari kejayaan material di dunia pula memperbanyakkan infaq fi sabilillah sebagai pelaburan yang dividennya diterima di akhirat.
Orang yang faham hakikat ini akan berusaha sedaya upaya untuk berjaya di dunia, kerana dengan kejayaan di dunia itu mereka lebih mampu menyediakan diri - dalam urusan amalan dan ibadah, terutama dalam perkara fi sabilillah - banyak menabung untuk ganjaran akhirat yang terbanyak pula. Segala yang diperolehinya di dunia diketetapikan sebahagian untuk akhiratnya, spt menginfaqkan sebahagian rezki, harta dan kekayaannya demi untuk urusan fi sabilillah, adalah melabur untuk akhirat, yang mrupakan satu bentuk usaha untuk menombor-satukan akhirat.]
Jazakallahu khairah
Assalamualaikum,
ReplyDeleteThanks for sharing and a good reminder for us all of how Syawal should be celebrated.
Wasallam