Friday, August 2, 2013

Islam yang Benar itu Apa Dia?



Assalamualaikum, 
saudara ramai umat Islam yang tidak faham apakah agama Islam itu sebenarnya. Kerana itu majoriti umat Islam, walaupun Islam, gagal mendapat syurga di akhirat kelak kerana kurang faham hakikat ini. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa agama Islam itu akan berpecah menjadi 73 versi agama Islam, tetapi hanya satu golongan daripada 73 golongan Islam itu yang berjaya mendapat syurga. Golongan mana? Dalam blog ini kita telahpun diberitahu melalui as-Sunnah bahawa golongan yang brjaya mendapat syurga itu adalah umat Islam yang berpandukan semata-mata ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan agama itu - dalam konteks aqidah dan amalan secara berejama'ah. Golongan inilah yang berjaya mendapat syurga. Golongan yang 72 lagi itu, walaupun Islam, tak berjaya mendapat syurga.
Dalam post kali ini kita ulangi hakikat Islam yang sebenarnya, dengan meneliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran (dan bagaimana diterjemahkan secara amali dan praktikalnya melalui ketetapan as-Sunnah.

Syariat Islam

Saudara, kita mulakan penelitian kita itu dengan meneliti beberapa ketatapan Allah (a.w) dalam al-Quran, supaya kita benar-benar terpandu.
Firman Allah (a.w): ‘Syara’a lakum minad-dini ma wassa bihi nuhan wal-lazi auhana ilaika wa-ma wassaina bihi Ibrahima wa-Musa wa-Isa an aqimud-dina wa-la tatatfarraqu fihi … wa-yahdi ilaihi man (-ai) yunibu.’ (Yang bermaksud: Dia (Allah) mensyariatkan kepada kamu sekelian dari agama apa-apa yang diwasiatkan (oleh Allah) dengan agama itu kepada Nabi Nuh dan orang-orang yang Kami (Allah) wahyukan atas engkau (Muhammad) dan apa-apa yang Kami (Allah) wasiatkan dengan agama itu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa bahawa (Allah perintahkan hendaklah) kamu sekelian dirikan agama Islam dan janganlah kalian berpecah belah di dalamnya (i.e. dalam Islam dengan menubuhkan firqah atau perkumpulan terasing atau berasingan) … dan Dia (Allah) memberi petunjuk kepadanya (i.e. agama Islam itu) sesiapa yang kembali (i.e. mahu bertaubat dan kembali kepada Islam yang benar). [Ayat 13, Surah asy-Syura]
[Nota: Nas dan dalil ini menunjukkan bahawa agama Allah (a.w) (yakni, agama Islam itu) adalah satu continuity atau continuum semenjak zaman-zaman dahulu – zaman Nuh hinggalah zaman ini. Syariat Islam itu disempurnakan dengan terutusnya Muhammad (s.a.w) – apakala Islam dijadikan agama untuk semua manusia, semua bangsa dan semua zaman dan Rasulallah (s.a.w) diutuskan kepada semua manusia dan semua zaman – Ayat 158, Surah al-A’raf, Firman Allah (a.w): ‘…Qul ya aiyuhannasu inni rasulullahi ilaikum jami’an …’ (Yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammd) (kepada manusia): ‘Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah Utusan Allah (a.w) (i.e. Rasulallah (s.a.w)) bagi kamu sekelian…’). Dan, Ayat 108, Surah al-Haj: ‘Wa-ma arsalnaka illa rahmatan (-il) ‘alamina.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah) utuskan engkau (Muhammad) kecuali sebagai kerahmatan kepada seluruh alam (i.e. manusia sejagat dan semua zaman.). Agama Islam itu adalah agama untuk manusia dan semua zaman. Syariat Islam itu telahpun disempurkan sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Rasulallah (s.a.w) adalah nabi dan rasul penamat, i.e. terakhir. Jelasnya, al-Quran (bersama-sama dengan as-Sunnah) itu adalah panduan umat Islam mana-mana zamanpun.
Agama Islam itu telah sempurna – tidak perlu ditokok tambah sesuatupun – Ayat 3, Surah al-Maidah: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu ‘alaikum nikmati wa-radhitu lakumul-Islama dina.’ (Yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan bagi kalian agama kalian dan telah Aku (Allah) muktamatkan (i.e. penuhi) atas kalian nikmatKu dan Aku (Allah) ridha bagi kalian Islam sebagai agama kalian.). Dan, manusia (terutama yang Islam) diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 153, Surah al-An’am: ‘Wa-an haza siratal mustaqiman fat-tabi’uhu, wa-la tattabi’us-subula fa-tafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum wossakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan ini (al-Quran) adalah jalan lurus ke syurga maka ikuti jalan itu, dan janganlah kalian ikuti jalan selainnya maka (jika kalian ikuti jalan selain jalan al-Quran itu) akan berfirqah (atau berpecah-belahlah) kalian dari jalan lurus itu, demikianlah kalian diwasiatkan (i.e. diperintahkan) dengan jalan itu (i.e. menetapi, yakni tetap di atas jalan itu) supaya kalian bertaqwa.) Ketaqwaan itu adalah tiket mendapat syurga di akhirat kelak.
Syariat Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperjelaskan serta ditunjukkan, secara praktiknya (i.e. amailinya), oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Agama Islam itu murni dan benar dan tidak tercemar jika diikuti (yakni, berpandukan semata-mata) hanya al-Quran dan as-Sunnah. Kalau diubah maka hilanglah ketulinannya serta kemurniannya, tercemar ia dari kemurnian syariat asli yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan yang disampaikan oleh RasulNya. Sesiapa yang beramal dengan syariat Islam yang telah tidak murni atau telah tercemar itu, kesemua amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Sia-sialah segala amalan dan ibadahnya. Di akhirat nanti di dapatinya Kitab Catatan Amalannya kosong tanpa sebarang pahala. Malah dipenuhi dengan dosa, kerana amalan dan ibadah yang diwajibkan, jika diamalkan dan diibadahkan tetapi tak diterima Allah (a.w) samalah dengan tidakpun mengamalkan atau mengibadahkan sebarang amalan. Amalan dan ibadah tercemar bila seseorang itu terlibat dalam perkara-perkara yang bersifat syirik, mempercayai tahyul dan mengamalkan sesuatu yang kurafat, mengamalkan bid’ah dan mengamalkan amalan dan ibadah tanpa ilmu (i.e dalam kejahilan ilmu) atau berdasarkan taklid (i.e. ikut-ikutan, tanpa dasar ilmu). Dasar ilmu yang benar itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah – berdasarkan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa’ dan ketetapan as-Sunnah, bahawa sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan tidak melanggar sempadan perintah Allah pasti dapat syurga. Rasulallah (s.a.w) ketika menyampaikan khutbah wada’ (khutbah terakhir semasa mengerjakan ibadah haji wada’, memberitahu: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbali wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara, jika kalian berpandukan kedua-duanya, pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabNya (yakni, as-Sunnah) – Hadith Hakim, Malik dll. Pesanan Rasulallah (s.a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) adalah kepastian. Rasulallah (s.a.w) membawakan dua khazanah ilmu dan panduan agama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu manusia – Ayat 80, Surah an-Nisa’ – sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w). Counter factualnya: sesiapa yang menentang atau tidak mahu terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) – ketetapan as-Sunnah – pastilah dia menentang Allah (a.w) atau ingkarkan ketetapan Allah (a.w). Manusia diperintah supaya tahu dan faham ilmu mengenai syariat Islam dahulu sebelum beramal dengan tuntutannya – Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ‘al-Imu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Beramallah hanya dengan ilmu’ dan jangan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan. Rasulallah (.a.w) memperingatkan kita ‘Man ‘amila ‘amalan laisa fihi amruna, fahua raddun’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada didatangkan dari aku (Nabi) maka amalannya ditolak Allah (a.w)’ maksudnya sia-sia kerjakan amalan atau ibadah tersebut. Sama seperti seperti tidakpun beramal! Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu yang wajib dipelajari, difahami dan dijadikan panduan amalan dan ibadah adalah al-Quran, as-Sunnah dan (ilmu) faraid.
Murni Islam itu apabila tidak dicemari oleh sebarang perubahan oleh manusia. Pencemaran yang paling lumrah zaman ini adalah bid’ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu baha seburukburuk perkara dalam urusan agama itu adalah pembaharuan dalam urusan agama, setiap pembaharuan adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan tempat orang yang beramal dengan sesuatu kesesatan itu adalah neraka. Selanjutnya, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memberitahu beberapa perkara mengenai bid’ah: pertama, semua atau setiap bid’ah itu kesesatan; kedua, mencemarkan amalan dan ibadah dalam Islam dengan bid’ah membatalkan amalan atau menghapuskan pahala amalan dan ibadah; ketiga, mengamalkan bid’ah secara langsung membatalkan keIslaman seseorang itu, jatuh kafir dia tanpa dia sedari; dan keempat, mengamalkan bid’ah juga menjerumusukan orang iman menjadi syirik, kerana mengikut suatu ketetapan yang bukan berupa ketetapan Allah (a.w) atau ketetapan Rasulallah (s.a.w); kelima, mengajarkan bid’ah dan diamalkan oleh orang yang kita ajarkan, maka dia yang belajar dari kita berdosa dan dia pula mengirimkan dosa setimpal dengan dosanya kepada kita yang mengajarnya tanpa mengurangi sedikitpun dosa orang yang beramal dengan bid’ah tersebut. Maka justeru itu Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berpandukanlah kepada as-Sunnah – ‘ma ana ‘alaihi, wa-ashabi(yang bermaksud: Berpandulah kepada sunnahku dan sunnah sahabatku (i.e. khalifah yang empat) dan 'wahiya jama'ah' (i.e. amalkanlah agama Islam secara berjema’ah). Mengikuti ketetapan selain ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) seolah-olah menidakkan perintah Allah (a.w), maka menjadi syirik tanpa disedari. Islam itu juga murni apabila dianuti secara berjema’ah – Ayat 103, Surah ali-Imran. Islam itu panduannya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan secara berjema’ah. Omar (r.a) dalam as-Sunnah merumuskan aqidah dan syariat agama Islam itu dengan menyebutkan: ‘… innahu la Islama illa bijama’ati, wa-la jama’ati illa bi-imarati, wa-la imarati illa bi-to’ati; faman saudahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum; wa-man saudahu qamuhu ‘ala ghairi fiqhin, kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema’ah, dan tidak dikatakan berjema’ah kecuali dengan berimam, dan tidak dikatakan beriman kecuali dengan ketaatan (terhadap Imam), maka sesiapa yang menjadikan pemimpin atas kaumnya orang yang faqih (i.e. faham agama Islam) ada kehidupan baginya (i.e. bagi yang memimpin) dan bagi yang dipimpin; dan sesiapa yang menjadikan pemimpin tas kaumnya atas selain kefaqihan (i.e. fham agama Islam), ada keroskan/kemusnahan bagi yang memimpin dan yang dipimpin.) – Hadith ad-Darami dalam Kitab Ilmu. Rasuallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) membenarkan (i.e. mengiyakan) kata-kata Omar (r.a) dan dia berkata-kata dengan kebenaran. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah ada seorang Nabi selepas beliau wafat, pastilah Nabi itu Omar b Khattab (r.a).]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment