Saturday, November 21, 2009

Wajarkah JAIS Kenakan Tauliah?

Assalamualaikum,
Apabila kita membaca penjelasan yang diberikan oleh Dato' Khusrin, KP JAIS dan YB Dato' Dr Hassan Ali dan Dato Dr Mashitah tentang 'tauliah' untuk berceramah atau berdakwah mengenai Islam, mereka merujuk kepada undang-undang manusia - Enakment Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai seorang yang reti sedikit fasal Islam dan syariatnya, saya rasa elok mereka semak semula keimanan mereka dalam perkara ini. Kerana Islam tidak menghalang sesiapa sahaja yang berilmu menyampaikan ilmu mereka. Cuba kita rujuk al-Quran.
Ada bebarapa ayat perintah mengenai penyampaian ilmu ini. Antaranya, firman Allah: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) (Maksudnya semua yang Islam)! Sampaikan apa-apa yang diturunkan ke atas kamu dari Tuhan kamu’ [Ayat 67, Surah al-Maidah]. Firman Allah (a.w): ‘(Wahai Rasulallah (s.a.w)!) Sampaikan apa-apa yang diwahyukan ke atas kamu dari Tuhan kamu’ [Ayat 106, Surah al-An’am]. 
Sekali lagi dalam Surah al-Ahzab: 
Allah (a.w) berfirman: ‘Dan (wahai Muhammad!) sampaikanlah apa-apa yang diwahyukan atas engkau (Muhammad) dari Tuhan kamu’ [Ayat 2, Surah al-Ahzab]
Mungkin JAIS berhujjah bahawa itu adalah perintah Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w). Pastinya, hujjah itu satu pembohongan. Kerana Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Hasyr menyuruh orang Islam ambil apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, ambil as-Sunnah), dan tinggalkan apa-apa yang ditegah olehnya (yakni, segala sesuatu yang tiada dalam as-Sunnah seperti fahaman bersifat/dicemari oleh tahyul, kurafat, taklid dan bid’ah. Rasulallah (s.a.w) menyebut di dalam al-hadith: ‘Sampaikan dariku walaupun suatu ayat atau sepotong hadith.’ [Hadith Bukhari]. Inilah tauliah Allah kepada hambaNya yang Islam dan beriman. Maka dengan itulah, setiap yang berilmu itu wajib sampaikan.Malah Islam melaranmg seseorang Islam yang berilmu itu menyimpan atau menyrukkan ilmunya - yakni tidak menyampaikan kepada orang lain atau apabila diminta enggan memberitahu sesuatu yang dia tahu ilmunya. Malah Islam mengancam berat seseorang yang berilmu itu menyembunyikan ilmunya.
Di dalam hadith disebutkan sesiapa yang enggan menyampaikan ilmu sama ada dipinta atau tidak oleh sesiapa diancamh tidak masuk syurga. Malah tidak mencium bau syurga walhal bau syurga itu dapat dicium oleh manusia di akhirat kelak 40 tahun perjalanan.
Yang menghairan saya adalah mengapakah ramai sangat orang yang mengakui diri mereka berilmu tentang Islam dan syariatnya itu terlampau taksub kepada sesuatu fahaman kemazhaban, sehinggakan ada kalanya ketetapan atau panduan as-Sunnah atau al-Quran dipersoalkan apabila sesuatu ketetapan kemazhaban itu menidakkan ketetapan al-Quran atau as-Sunnah?
Juga menghairankan saya mengapakah dalam setiap perbicaraan para ilmuwan Islam mereka merujuk kepada fahaman kemazhaban? Yang sepatutnya mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau itu al-Quran kata maka itu benar. Demikian juga as-Sunnah. Kalau itu Rasulallah (s.a.w) putuskan, maka itu adalah kebenaran. Bukanlah apa yang ditetapkan oleh ulama' mazhab, itulah yang menjadi panduan mutlak kita. Hairan saya?
Satu lagi yang menghairankan saya adalah para ulama' dan ilmuwan Islam inginkan mereka digolongkan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tetapi dalam masa yang sama mereka jahil dengan al-Quran dan lebih-lebih lagi jahil dalam as-Sunnah! Malah mereka sering kali menolak ketetapan as-Sunnah kerana kejahilan atau kerana ketaksuban kepada pandangan para ilmuwan mazhab. Walhal Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr menyuruh orang Islam ikuti panduan as-Sunnah. Dan, ketetapan ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam banyak hadith. Tapi, para ilmuwan dan ulama' ambil kononnya ketetapan mazhab dan tinggalkan atau singkirkan ketetapan as-Sunnah. Contoh yang utama apabila mereka berpegang dengan konsep 'bid'ah hasanah' yang merupakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tiada dalam as-Sunnah, yakni tidak dicontohi oleh Rasulallah (s.a.w), dan tidak pula disuruh, tetapi dibuat oleh mereka. Mereka berpandangan agaknya apa-apa yang tidak ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) dibuat, kita boleh dibuat. Mereka kata mereka hanya buat sesuatu yang baik (makruf) tetapi tidak ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) dan kerana tidak ditegah oleh as-Sunnah, boleh dibuat. Inilah rasa saya asas 'bida'ah hasanah' yang menjadi amalan kebanyakan orang Islam arus perdana sekarang ini.
Akhirnya, saya rasa ramai para ulama' dan ilmuwan Islam yang keliru dengan hakikat 'ahli as-sunnah wal-jama'ah'. Mereka mengakui mereka adalah golongan 'ahlus as-sunnah wal-jama'ah' walaupun mereka mengamalkan Islam mengikut mazhab (Shafie, Hanafi, Maliki atau Hanafi) walhal banyak ketetapan as-Sunnah mereka tidak terima atau tidak ikuti. Dan, merekapun tidak menubuhkan 'jema'ah'. Yang ada hanyalah solat berjema'ah. Solat berjema'ah bukan menunjukkan adanya 'jema'ah' di kalangan mereka! Mereka juga mengsangsikan orang-orang seperti bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan seorang penceramah yang didakwa JAIS sekarang, Dr Abdullah Yasin. Malah mereka menganggapkan mereka ini pendokong atau pengikut fahaman Wahabbi. Ada pandangan bahawa fahaman Wahabbi itu bukan tergolong dalam ahli as-sunnah wal-jama'ah!
Saya akan bincangkan dengan lebih terperinci isu-isu yang saya bangkitkan ini kemudian nanti. Buat masa ini rasanya saya nak lihat apa pandangan mereka yang berilmu. Saya ingin mengingatkan bahawa sesiapa yang tiada ilmu tentang al-Quran dan as-Sunnah, janganlah respons kepada tajuk ini kerana ditakuti akan mendapat dosa atau jatuh kafir atau menjadi syirik tanpa disedari, kerana menyebut sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah.

2 comments:

  1. Satu tulisan yang menarik.

    Insyaallah, dengan niat murni kerana Allah SWT, kita semua akan mendapat ilmu yang HAQ berpedoman Al Quran dan Sunnah Rasululhah SAW bagi memandu kita beserta keluarga ke Syurga Firdaus.

    http://darul-haq.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam dan maaf ingin mencelah memberikan pendapat pada isu diatas walaupun ilmu paras tapak kaki sahaja.
    Bagi saya yang tidak menyebelahi mana2 dalam isu ini cuma ingin memberi pro dan kontra nya atas mengapa isu ini berbangkit.

    hanya dua perkara sahaja :
    1.mengapa tidak saudara bertanya sahaja pada yang dianggap menimbul masalah tersebut. bukankah lebih baik dengan cara sebegitu agar pembaca yang mengikuti blog ini tidak terkeliru dan tertunggu2 pendapat yang mana satu yang patut dan sebenarnya yang benar. silap haribulan akan jadi seperti masalah yang ditimbulkan oleh saudara `astoka jebat` yang berbeza dengan isu yang saya bahaskan ini kerana dia jenis yang terlalu menimbang sesuatu mengikut pertimbangan akal fikiran yang ternyata dibantu syaitan2 sehingga terbabas dari landasan.
    Bukankah lebih baik berdebat secara berdepan(contoh : Mohd Asri Zainul Abidin - Debat Dengan Astora - http://www.youtube.com/watch?v=XBqJUmshsaM) dari mencari2 kesilapan dan menghentam tanpa berhujah berdepan seperti yang mereka itu lakukan agar satu keputusan yang betul dapat diputuskan oleh sang pemerhati walaupun diakhir perebatan tersebut tiada keputusan penghakiman dilakukan tidak seperti (DEBAT ISLAM SUNNI vs ALIRAN SESAT di BANYUATES SAMPANG madura 2012-http://www.youtube.com/watch?v=23zULxqP6ps)

    2.berkemungkinan sahaja yang `tauliah` yang mereka itu bangkitkan nampak seperti cubaan menyekat tapi cuba difikirkan dari kacamata fikiran mereka yang membuat cadangan tersebut yang mana keputusan itu adalah atas majoriti yang sepatut diambil walau yang bermasalah hanyalah minoriti sahaja. cuba kita ambil contoh seperti `rasul kahar` dan `syiah di Gombak`, dan `satu kes diputrajaya` sebagai isu yang boleh dikaitkan. bukankah mereka2(pesalah)ini adalah sebab mengapa pihak berwajib atau yang nampak tanggungjawab mereka utk memperbetulkan mana yang patut agar ianya tidak berleluasa sewenang2nya daripada dibiarkan bermaharajalela tanpa kengkangan atau pemerhatian sehingga saat tindakan diambil ianya telah tersebar luas dan diterima masyarakat dan siapa yang harus dipersalahkana mahupun dipertanggungjawabkan?
    hal ini bukan saja nama2 yang disebutkan diatas oleh saudara tadi itu sahaja yang patut memberikan poendapat tersebut, malah orang awam lainnya yang terfikir untuk agar perkara ini boleh dikekang sebelum mudarat kan boleh menyuarakan pendapat seperti itu dan lebih baik daripada melihat dan berdiam diri dan akhirnya didapati sudah agak terlambat dalam bertindak sebab sama ada ditangguh2 atau tiadanya sikap mengambil tanggungjawab malah lebih kepada mencari2 sudut negative nya sesuatu perkara dan akhirnya memecah-belahkan masyarakat Islam Malaysia am-nya seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini. Agama jugalah senjata yang digunakan masyarakat Malaysia sama baik yang muslim mahupun yang tidak atas kepentingan peribadi masing2 yang mana akhirnya pihak2 kafir yang seperti `buaya mengangga menanti membaham mangsanya` mendapat apa yang diidam2kan mereka dan puak muslim akan tersedar dari lamunan setelah terlambat.

    jadi pendapat saya baiklah digunakan `mata pena` yang lebih tajam dari pedang ini kepada perkara2 yang lebih membantu dan bukan mengeruhkan walau ,memang tidak dinafikan mereka2 yang dijadikan isu diatas juga tidak dapat lari dari kekhilafan dari sebuah kehidupan sebab tiada manusia yang maksum diantara kecuali nabi junjungan kita s.a.w sahaja.

    Tiada niat apa2 mencelah selain meluahkan pendapat walau memang sangat jahil dalam serba serbi. cuma atas rasa kasih dan sayang pada saudara2 seagama makanya semua pihak perlu menjadi lebih bertanggungjawab.

    akhir sekali suka saya menyarankan dimana2 agar sudi berkunjung ke :
    kubranewszamany.blogspot.com
    (yang tidak ada kena mengena dengan saya sedikitpun tapi bagi saya ia sebuah blog yang sangat bagus dalam kita mengenal `kita dan dunia kita`.

    Salam damai buat semua.

    ReplyDelete