Assalamualaikum,
saudara, di dalam siaran akhbar Sinar Harian tersebut juga, seorang pensyarah UIAM, saudara Zaharuddin b Abdul Rahman, dikatakan memberitahu beberapa dimensi perbezaan fahaman antara mazhab. Beliau menyatakan bahawa fahaman Wahabi bukanlah sebuah mazhab fiq atau aqidah. Nampaknya beliau lebih faham tentang apa yang disebutkan Wahabi itu. Wahabi adalah pergerakan yang dipelopori oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi dalam kurun ke-13 dahulu untuk membersihkan Islam dari amalan kurafat, tahyul, taklid dan bid’ah yang telah berleluasa dalam amalan dan ibadah serta ajakan para ulama’ dijadikan sebahagian daripada syariat Islam di kalangan umat Islam ketika itu. Pergerakan Wahabi adalah pergerakan membersihkan Islam dan syariatnya dan supaya umat Islam kembali semula berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah, tanpa dicemari oleh pendapat dan pandangan manusia.
Penulis bukanlah pengikut atau penyokong Wahabi, tetapi penulis inginkan kebenaran. Penulis berpandangan bahawa Islam dan syariatnya hanya diketahui dengan sempurna oleh Allah (a.w), yang memerintahkan manusia supaya menganutinya, dan Rasulallah (s.a.w), yang menyampaikan ugama Allah (a.w) kepada manusia dan mengajar serta memandu dan membimbing mereka. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita tidak perlu berbahas panjang lebar tentang Islam. Tentang Wahabi atau tentang mazhab. Yang perlu kita ‘dengar dan taat’ apa-apa yang disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan kata-kata dan perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Kembali kepada komen saudara Zaharuddin (UIAM) dalam Sinar Harian dan juga saudara Mahfuz pula, dalam Utusan Melaysia, mereka memberi beberapa contoh sebagai ilustrasi perbezaan pegangan tersebut. Antaranya, dia menyebut doa qunut tidak dibaca oleh mazhab Hanbali dan Hanafi berdasarkan ijtihad pemimpin mazhab-mazhab tersebut, mazhab Maliki menggoyangkan jari-jarinya ketika tasyahhud, memegang anjing tanpa perlu disamak, tidak membaca ‘Basmallah’ dengan jahar (kuat) ketika memulakan bacaan al-Fatihah dalam solat-solat Subuh, Maghrib dan Isya’, berjubah senteng, mengangkat takbir ke paras bahu, dan sebagainya. Pandangan mereka merujuk kepada ijtihad. Sebenarnya, bagi mereka yang faqih tentang as-Sunnah, yakni mereka mengkaji as-Sunnah, mereka akan dapati bahawa kesemua ini bukanlah berpandukan ijtihad tetapi adalah ketetapan as-Sunnah (hadith-hadith yang sahih). Hanya orang yang tinggi ilmunya tentang as-Sunnah tahu mengapa sesuatu itu berlaku dan dilakukan. Cuba kita teliti, sebagai contoh, satu dalil hadith untuk menunjukkan kesahihan amalan tidak membaca qunut dalam Solat Subuh.
Qunut dan Solat Subuh
Saudara Mahfuz menyebut antara kelainana amalan mereka yang mengikuti fahaman Wahabi itu adalah mereka bersolat Subuh tanpa membeca Doa Qunut. Cuba kita teliti as-Sunnah. Adakah itu perbuatan Rasulallah (s.a.w) atau ajaran Wahabi?
Mengikut as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) tidak membaca qunut dalam solat Subuh. Rasulallah (s.a.w), pernah suatu masa, membaca Qunut tetapi hanya selama sebulan. Ada kalimah-kalimah yang khusus untuk dibacakan selepas Rukuk pada rakaat terakhir sebelum sujud semasa mengerjakan semua lima waktu solat, bukan setakat Subuh sahaja. Inilah Qunut Nazilah yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dan disuruhnya para sahabat baca selama sebulan untuk mendoakan kehancuran kepada pendudukan munafiq dalam empat qariah Arab zaman itu.
Di bawah ini penulis turunkan beberapa hadith menyentuh Qunut Nazilah tersebut yang menjadi sandaran dalil empat hadith mengenainya.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Membaca Qunut Rasulallah (s.a.w) sebulan lamanya selepas Ruku’ dan berdoa (Rasulallah (s.a.w)) atas (kehancuran kaum musyrikin dan munafiq di) desa-desa Ri’lin dan Zakwan dan ‘Usoiyah yang menentang Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Nabi (s.a.w) pernah berqunut (qunut nazilah) sebulan mendoakan dia (akan musibah) atas Ri’lin dan Zakwan.’ [Hadith Bukhari]
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ada membaca qunut pada solat Subuh, mendoa dia pada desa-desa Arab (yang membunuh mubaligh-mubaligh Islam) perkara-perkara keburukan, selama sebulan. Kemudian beliau memberhentikannya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Penduduk di empat qariah tersebut telah membunuh 69 daripada 70 orang muabligh Islam yang dihantar Rasulallah (s.a.w) untuk mengajarkan Islam dan syariatnya. Penduduk keempat-empat kampong (desa) tersebut meminta Rasulallah (s.a.w) kirimkan mubaligh. Apabila mereka sampai ke desa-desa tersebut, penduduk desa telah menunggun untuk membunuh mereka. Kesemua dibunuh kecuali seorang yang cedera parah, sempat melarikan diri dan dia melaporkan kepada Rasulallah (s.a.w). Maka rasulallah (s.a.w) memerintahkan umat Islam membaca Doa Qunut (Nazilah) ketika mengerjakan solat fardu yang lima selama sebulan. Doa Qunut ini bukanlah kalimah doa yang dibacakan sekarang ketika solat Subuh.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf berkata mendengar hadith daripada Abu Hurairah yang berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) berdoa semasa solat Subuh (doa Qunut Nazilah) ketika sudah takbir selepas Ruku’ dengan bersabda (yakni, membaca): ‘Sami-allahu liman hamidah’, kemudian semasa berdiri dia berdoa: ‘Selamatkanlah al-Walid bin Walid, Salama bin Hisyam, Ayasy bin Rabia’, dan orang-orang yang lemah di kalangan umat Islam. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau azablah (kaum) Mudar dan turunkanlah kemarau panjang sebagaimana Engkau turunkan kepada kaum Nabi Yusof (a.s). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Engkau laknatlah (kaum) Lihyan, Ri’lin, Zakwan dan Usyaya kerana mereka derhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith ibnu Majah, juga Abu Daud dan Muslim]
Selepas itu amalan membaca qunut tersebut dihentikan. Tidak ada sandaran nas al-Quran mahupun dalil al-Hadith mengenai Doa Qunut yang kita baca sekarang ini dalam solat Subuh. Adapun kalimah-kalimah Doa Qunut yang dibaca sekarang sebenarnya adalah kalimah-kalimah Doa Qunut yang dikhususkan untuk Solat Witir selepas 15 Ramadhan:
Diriwayatkan hadith daripada Husin bin Ali (r.a) berkata: ‘Mengajar akan aku oleh datukku (yakni, Rasulallah (s.a.w)) beberapa kalimah yang dibacanya pada qunut solat witir ‘(Allahumma ‘afini fiman ‘afait, watawallani fiman tawallait, wahdini fiman hadait, waqini syarama qadait, wabarikli fima ‘atait. Innaka taqdi wala uqda ‘alaik. Innahu la yazillu man walait. Subhanaka rababana tabarakta wata’alait) [Maksud doa: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat Engkau dan maha luhur Engkau.] [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud]
Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengajar cucundanya kalimah-kalimah Doa Qunut untuk solat Witir selepas 15 Ramadhan. Hari ini, kalimah-kalimah doa ini dijadikan kalimah-kalimah yang dibaca oleh kita dalam Doa Qunut ketika bersolat Subuh! Setelah menyemak sumber-sumber as-Sunnah, tiada ketetapan as-Sunnah yang menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut ketika bersolat Subuh. Justeru itu, kemungkinan besar para ulama’ arus perdana yang terdahulu telah membuat ijtihad supaya kita baca ketika bersolat Subuh, wallahu ‘alam.
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini kita tahu bahawa as-Sunnah tidak mengajarkan kita membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Siapakah yang mengajarkannya kepada nenek moyang kita, wallahu 'alam. Namun semenjak kita kecil lagi kita diajarkan berqunut dalam Solat Subuh. Amalan ini adalah berlainan dari ketetapan as-Sunnah. Ini tidak pernah dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dikhuatiri, jika kita terus kerjakan, kita tergolong antara mereka yang melanggar ketetapan as-Sunnah, maka melanggar ketetapan Allah (a.w) dan menerima akibat yang buruk kerananya. Kita akan teliti suatu masa nanti akibat mengamalkan bid'ah. Antara akibatnya terbatal segala pahala ibadah dan amalan kita dan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari, dan taubat orang yg mengamalkannya tidak diterima Allah (a.w), wal iyazubillah min zalik!
jazakallahu khairah
[Bersambung ...]
No comments:
Post a Comment