Thursday, September 26, 2013

Kenapa penganut Kristian atau agama lain tak boleh guna 'Allah'?

Assalamualaikum,
Kontroversi sekeliling isu permintaan orang Kristian atau Nesrani di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) gunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada nama tuhan mereka, masih panas. Ada orang agama bercakap, tapi ramai orang agama kecut, tutup mulut, membisu, takut kedudukan dunia mereka terjejas. Kemudian di bawakan kepada pengadilan di mahkamah pula - Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, untuk diputuskan oleh Hakim atau Panel Hakim.
Anih bukan? Adakah hakim yang mengadili kes ini benar-benar ada hak untuk membuat keputusan isu agama, isu akidah? Adakah hakim-hakim tersebut memilki ilmu ynag kekoh tentang Islam dan syariat agama Islam? Kerana, kefahaman mengenai Islam dan syariatnya - khususnya kefahaman terhadap al-Quran dan as-Sunnah itu wajib untuk memutuskan perkara seperti nama 'llah' itu. 

Anih! Siapa yang berhak beritau orang agama lain bahawa 'Allah' tidak boleh digunakan untuk menamakan tuhan dan tuhan-tuhan mereka? Kenapa? Insya Allah kta turunkan dalam post ini apa yang Allah (a.w) beritahu manusia tentang konsep dan hakikat tuhan dan ketuhanan yang benar itu. Jelas, tak siapapun boleh gunakan nama tuhan mereka sebagi 'Allah' kecuali mereka Islam.
Saudara, sebelum apa-apa kita lihat firman-firman berikut dulu:

Kafir Jika Tak Berimankan Allah (a.w) & Rasulallah (s.a.w)

Saudara, sesiapa yang akui dirinya tidak Islam, maka dia tergolong dalam golongan orang yang tidak menerima/yakinkan kewujudan Allah (a.w), dan kafir mereka dan dia akhirat kelak, pasti masuk neraka.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-man lam yukmin billahi wa-rasulihi fainna ‘atadna lil-kafirina sa-‘ira.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang tidak beriman dengan Allah (a.w) dan (tidak beriman dengan) RasulNya, maka (mereka kafir) sesungguhnya Kami (Allah) sediakan untuk orang kafir itu neraka yang menyala-nyala apinya.) [Ayat 13, Surah al-Fath]
[Nota: Imankan Allah (a.w) bermaksud akui sepenuhnya Allah (a.w) itu sahaja tuhan manusia dan tuhan semesta alam, tuhan yang berhak disembah, dan Muhammad (s.a.w) itu adalah rasul atau utusan Allah (a.w) segala sesuatu mengenai kedudukannya beliau dikalangan para rasul/nabi dll. Sesiapa yang tidak akui Allah (a.w) tuhan yang esa yang berhak disembah dan Muhammad (s.a.w) itu Rasulallah (s.a.w), pasti diiktiraf sebagai kafir, tidak akan mendapat syurga dan pasti masuk neraka.]

Islam Mengatasi Segala Agama

Saudara, orang yang tak Islam pastilah dia tidak terima Muhammad (s.a.w) sebagai Rasulallah (s.a.w). Namun begitu, Allah (a.w) memberitahu bahawa tiada ugama yang boleh diberi status tertinggi, terulung dan termulia, kecuali Islam.
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi..’ (Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (atau hidayah) dan agama yang haq (Islam) agar memenangkan (i.e. Islam mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama)) [Ayat 28, Surah al-Fath]
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi, wa-lau karihal musyrikuna’ (Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (i.e. yang benar) agar memenangkan (i.e. mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama), walaupun dibenci oleh orang musyrik) [Ayat 9, Surah Sof]
[Nota: Allah (a.w) menetapkan bahawa Islam tidak sama dengan agama-agama lain, maka Islam sebagai agama dan panduan hidup manusia – semua bangsa dan keturunan dan semua zaman - tidak boleh disama-tarafkan dengan lain-lain agama. Malah Islam sewajibnya mengalahkan lain-lain agama, kerana Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia. Lain-lain agama, termasuklah agama Yahudi dan agama Nesrani adalah agama ciptaan manusia. Kalaupun masih wujud agama yang didasarkan kepada ajaran Kitab Taurat dan Kitab Injil, tetap mereka yang menganuti agama sedemikian diwajibkan berpindah menganuti agama Islam apabila al-Quran diturunkan Allah (a.w). Kerana syariat agama Allah (a.w) sebelumnya sudah dimansuhkan (superceded) oleh Islam yang panduannya al-Quran dan as-Sunnah. Islam ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagai agama bagi semua manusia dan semua zaman. Syariat Islam berdasarkan al-Quran menggantikan syariat agama Allah (a.w) berdasarkan Kitab Injil sebagaimana Kitab Injil menggantikan syariat agama Allah (a.w) yang didasarkan kepada Kitab Taurat].
Saudara, kemudian, kita teliti pula ayat-ayat berikut yang menjelaskan mengapa dan kenapa orang yang bukan Islam tak boleh panggil tuhan mereka 'Allah'.

Dusta dan Batilnya Agama Kristian dll

(a)  Tuhan itu Esa bukan Tiga Serangkai/Mempercayai Trinity adalah Kafir 

Allah (a.w) menidakkan hakikat tersebut dalam firmanNya ini:
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha hua Masihubu Maryam; …' (Yang bermaksud: ‘Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya tuhan ‘Allah’ itu adalah al-Masih anak Maryam (i.e. Nabi Isa); ..’) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Allah (a.w) beritahu manusia bahawa Allah (a.w) itu esa - takda sesiapaun yang serupa atau menyerupaiNya.
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha thalithu thalathatin, ma-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya ‘Allah’ itu tiga dari yang tiga (Trinity).’ Dan tidak ada dari tuhan (yakni, sesembahan atau yang berhak disembah sebagai tuhan) kecualilah tuhan (Allah) yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah]
[Nota: Dua firman Allah (a.w) ini memberitahu manusia bahawa ‘Allah’ itu tuhan yang esa, dan Nabi Isa (a.s) itu bukan tuhan dan dia juga bukan anak tuhan dan tuhan itu bukanlah Tiga Serangkai yang diyakini oleh segolongan umat Kristian.]

(b) Pengakuan Isa (a.s)

Firman Allah (a.w): ‘… wa-qalal Masihu ya-bani Israila (-a’) u’budullaha rabbi wa-rabbukum.’; innahu man (-ai) yusyrika billahi faqada harramallahu ‘alaihil jannata wa-makwahun naru ...’ (Yang bermaksud: Dan telah berkata Isa: ‘Wahai Bani Israil! Mengabdikanlah kepada (i.e. beribadahlah, yakni sembahlah) Allah, (Allah itu) Tuhanku dan Tuhan kamu sekelian’. Sesungguhnya ingatlah sesiapa yang syirik/ mensyirikkan Allah (a.w) (yakni, menduakan atau menigakan atau mengatakan tuhan itu lebih dari satu) maka sungguh-sungguh diharamkan oleh Allah (a.w) baginya syurga dan tempat tinggalnya adalah dalam neraka; …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Kita wajib lihat hadith ini dengan merujuk juga kepada hadit berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah (r.a) yang berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang mati tetapi tetap menduakan Allah (a.w) (= syirik), akan masuk neraka. Dan, aku berkata: ‘Sesiapa yang mati dan dia tidak syirik, akan masuk syurga.’ – Hadith Bukhari. ‘Menduakan Allah’ bererti mengakui ada tuhan atau sifat-sifat atau kuasa ketuhanan dalam makhluk atau sesuatu makhluk atau tempat atau benda, maka dia menduakan Allah (a.w). Kepercayaan sedemikian itu termasuklah syirik khaufi spt mempercayai tahyul, mengamalkan sesuatu yang kurafat, termasuk menyakini kata-kata ahli sihir, bomoh dan dukun dan seumpamnya, adalah membatalkan aqidah dan ketauhidan.]
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iz qalallahu ya-‘isab-nal maryama a-anta qulta linnasi (-it) at-takhizuni wa-ummiya ilahaini min dunillahi; qala subhanaka ma yakunu li an aqula ma laisa li bil-haqqi; in kuntu qultuhu faqad ‘alimtahu; taklami fi nafsi wa-a ‘alamu ma fi nafsika; innaka ‘alimul ghuyubi.’ (Yang bermaksud: Dan, (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (yakni, bertanya kepada Isa (bertanyakan kepada beliau)): ‘Wahai Isa anak Maryam! Adakah engkau berkata engkau kepada manusia (yakni, umatmu): ‘Mengambillah (yakni, jadikanlah) aku dan ibuku sebagai dua tuhan dari selain Allah?’ Berkata (Isa): ‘Maha suci Engkau (Allah)! Tidak ada aku (yakni, wajar) bahawa berkata aku apa-apa yang tiada bagiku yang haq (kebenaran). Jika berkata aku (sedemikian) maka sungguh-sungguh mengetahui Engkau apa-apa yang aku katakan; mengetahui Engkau (Allah) apa-apa dalam diriku dan tidak tahu aku apa-apa dalam diriMu; sesungguhnya Engkau (Allah) mengetahui apa-apa yang ghaib (i.e. tidak diketahui oleh sesiapapun)). [Ayat 116, Surah al-Maidah]
Dan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Ma qultu lahum illa ma amartani bihi ani’budu-llaha rabbi wa-rabbukum; wa-kuntu ‘alahim syahida ma dumtu fihim; falamma tawaffani kunta anta raqiba ‘alaihim; wa-anta ‘ala kulli syai-in syahidan ma dumtu fihim ...’ (Yang bermaksud: (Isa menyambung katatanya) ‘Tidak berkata aku kepada mereka (i.e. umatku) kecuali apa-apa yang diperintahkan (oleh Engkau) atas aku dengannya (i.e. yang hendak aku katakan dan kerjakan) (iaitu): ‘Supaya mengabdikan diri kepada (yakni, beribadah atau sembahlah) Allah (a.w), tuhanku dan tuhan kamu sekelian, dan adapun aku atas mereka menjadi saksi apa-apa yang selama aku di kalangan mereka; maka ketika telah mewafatkan Engkau akan daku (yakni, mengangkat aku ke langit) adalah Engkau, Allah, Engkaulah zat yang mengawasi mereka; dan Engkau atas segala sesuatu menjadi saksi.) [Ayat 117, Surah al-Maidah]
[Nota: Dalam urusan agama itu wujud penyaksian. Pertama, manusia mengakui dengan syhadah mereka bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka. Ini adalah ikrar dalam alam ruoh ketika Allah (a.w) minta penyaksian manusia sebelum mereka diwujudkan secara fisikal apakal dilahirkan ke dunia. Kedua, para nabi itu menyaksikan umat-umtanya yang mengikuti syariat agama Allah (a.w) yang disampaikan oleh mereka dalam zamannya. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) adalah orang yang menyaksikan umatnya yang menerima Islam yang dibawakan atau disampaikan olehnya kepada manusia, zamannya dan zaman-zaman setelah kewafatannya. Ini dimungkinkan oleh sistem jema’ah yang menjadi asas atau pra-syarat agama Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) lagi. Keempat, selain penyaksan beliau terhadap umatnya, umat Islam, Rasulallah (s.a.w) juga merupakan penyaksian terhadap tanggngjawab membawakan agama Allah (a.w) oleh para nabi yang terdahulu, kerana Rasulallah (s.a.w) diberikan al-Quran dan serta al-hikmah yang memberitahu Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang berlaku mengenai risalah agama Islam dalam zaman-zaman sebelum Rasulallah (s.a.w). Kelima, Islam mensyaratkan melalui sistem jema’ah dan keimaman dalam syariat agama Islam bahawa setiap anggota jema’ah (= umat Islam) yang menerima syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh imam-imam yang menguruskan syariat agama Islam dalam jema’ah masing-masing zaman mereka, dan penyaksian Imam adalah diakui sebagai penyaksian Rasulallah (s.a.w). Kerana Imam itu adalah naungan umat Islam di bumi zaman mereka, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) secara langsung adalah naungan umat Islam zaman beliau. Kerana itulah Islam itu mewajibkan umatnya anuti Islam secara berjema’ah yang formal. Di akhirat kelak manusia akan dibangkitkan berbaris atau berkumpul di hadapan Allah (a.w) di belakang para imam mereka masing-masing – Ayat 71, Surah al-Isra’.]

(c) Mengatakan Isa Tuhan Kafir

Saudara, dalam firman di bawah ini jelas Allah (a.w) menghukumkan bahawa kafir sesiapa yang mengatakan dan mempercayai bahawa Isa (a.s) adalah tuhan.
Firman Allah (aw): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha hua masihub Maryam; …’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh telah kafir orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah itu adalah Dia, al-Masih Isa anak lelaki Maryam …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Jka, Allah (a.w) hukumi kafir orang-orang sedemikian - penganut agama Kristian - maka mana mungkin mereka boleh gunakan nama 'Allah', kerana Allah (a.w) adalah esa.

(d) Mempercayai Trinity adalah Kafir

Saudara, Allah (a.w) dalam firman berikut menghukumi bahawa sesiapa yang mengatakan 'Trinity of Gid' juga kahir tidak boleh menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka.
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha thalithu thalathatin, wa-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh kafir orang-orang yang berkata:’Sesungguhnya tuhan Allah itu adalah satu dari yang tiga; dan tiadalah dari sesembahan (i.e. yang berhak disembah itu) kecuali tuhan yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah] 
Jelaslah, siapa saja yang bukan Islam dan tidak berhak menggunakan 'Allah' sebagai merujuk kepada tuhan mereka, kecualilah mereka Islam. Sememangnya tuhan itu adalah esa, dan Allah (a.w) adalah tuhan yang esa itu, tuhan semua manusia, namun jika mereka namakan tuhan selain yang esa itu 'Allah' dan mereka tidak Islam, kerana pengabdian manusia hanya diterima oleh Allah (a.w) jika mereka Islam. Dan, Allah (a.w) hanya akui dan menerima pengabdian manusia jika mereka Islam. Kerana orang Islam sahaja yang akui keesaan Allah (a.w), akui Muhammad (s.a.w) adalah Utusan Allah, dan al-Quran adalah panduan hidup manusia sejagat.

Jazakallahu khairah


Tahukah saudara??

Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara hakikat-hakikat berikut: pertama, Allah (a.w) itu tuhan manusia semua zaman bermula zaman Adam (a.s) hinggalah lahirnya manusia terakhir ketika terjadinya kiamat nanti. Semua bangsa yang beragama, aki adanya tuhan itu. Tapi, selain Islam, mereka mensyirikkan tuhan merka, kerana ada banyak tuhan selain tuhan yang satu, dan ada pula tuhan yang jahat. Hanya atheists sahaja yang tak akui wujudnya tuhan itu. Merea percayakan 'nature' - jadi atau wujud dengan sendirinya. Oleh itu, semua bangsa dan agama selain Islam, tak percayakan tuhan yang esa, Allah (a.w). Justeru itu, mereka tak berhak menggunakan kalimah 'Allah' untk merujuk kepada tuhan atau tuhan-tuhan mereka. Kedua, al-Quran itu adalah kitab panduan hidup untuk manusia, kalau manusia itu ingin bahagia dan selamat di akhirat. Lazimnya, manusia yang agamanya selain Islam tak percaya dengan kehidupan akhirat. Panduan dan ilmu untuk mengetahui alam selepas matinya manusia itu adalah al-Quran, kerana ia adalah kitab Allah (a.w). Al-Quran mengandungi ketetapan yang boleh dan tak boleh manusia lakukan dalam hidup mereka, dan menjelaskan syariat agama Allah (a.w) wajibkan atas manusia, dan cerita-cerita yang telah berlaku dan akan berlaku. Sesiapa yang meragui ketetapan al-Quran, termasuk cerita-cerita dalam al-Quran dan cerita dalam as-Sunnah, secara otomatis jadi kafir, terkeluar dari Islam, tanpa disedari. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) itu utusan Allah (a.w) kepada manusia dan jin? Rasulallah (s.a.w) membawakan agama Allah, atau agama yang Allah (a.w) tetapkan untuk manusia kalau mereka patuh dengan perintah Allah (a.w) Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (yang bermaksud: Aku (Allah) tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan (=mengerjakan segala yang disuruh dan meninggal segala yang ditegah/dilarang) diri mereka kepadaKu). Hamba itu akur dengan perintah tuannya. Manusia adalah hamba kepada Allah (a.w). Keempat, bahawa selain Allah (a.w) hanya Nabi Muhammad (s.a.w) yang tahu secara sempurna Islam dan syariatnya? Rasulallah (s.a.w) yang diberi peranan oleh Allah (a.w) menyampaikan syariat agama Allah (aw), agama Islam, dan mengajarkan manusia bagaimana menyembahNya, dengan mengerjakan segala amalan dan ibadah dan meninggalkan yang ditegah. Kelima, tahukah saudara, bahawa ada dua komponen pada setiap manusia iaitu, satu dirinya sebagai kejadian manusia - sifat lahiriahnya dan nafsunya, dan dua, rohnya yang ditiupkan oleh malaikat ketika dalam  kandungan/rahim ibunya 4 bulan. Manusia itu secara fisikalnya mati, apabila sampai ajalnya dan rohnyadiambil semula oleh Allah (a.w). Kematian adalah perpisahan antara rohnya dengan tubuhnya dan kembali kepada Allah (a.w) menunggu kiamat dunia, kemudian dikembalikan ke dalam tubuhnya semula? Keenam, Allah (a.w) peringatakan dalam al-Quran mansuaia itu jangan mati, kecuali mereka Islam, kemudian mati - Ayat 102, Surah ali-Imran. Kenapa? Kalau mati tak Islam lepas peluang dapat syurga sama sekali. Hanya orang Islam ada peluang dapat syurga selepas di'basuh atau disucikan' dalam neraka segala dosa-dosa mereka. Kalau tak Islam dosa kekal tak dapat keampunan Allah (a.w). Maka dengan itu, bila kiamat dunia, mereka terus dihalau oleh masyarakat ke neraka, tak perlu tunggu Kitab Catatan Amalan mereka, kerana takda isi yang bagus semuanya dosa! Ketujuh, sebelum kita wujud sebagai manusia - malah sebagai bayi yang baru disenyawakan dalam rahim ibu, kemudian dilahirkan - roh kita sudah wujud 50,000 tahun sebelum dunia (=universe) ini dijadikan oleh Allah (a.w) dan kita telah berjanji dan megakui bahawa Allah (a.w) itu tuhan kita? - Ayat 172, Surah al-A'raf. Kedelapan, kehidupan kita sebagai manusia melalui beberapa fasa - mula alam roh (sebelum seorang lelaki = bapa diketemukan dengan seorang perempuan  = ibu, bersatu, maka lahirlah kita), kemudian, alam rahim ibu (ketika dalam kandungan ibu 9 bulan 10 hari), kemudian, alam dunia (usia manusia itu), kemudian, alam kubur (ribuan tahun seperti lamanya kini Adam (a.w) dalam kubur), kemudian, alam makhsyar (50,000 tahun menunggu Kitab Catatan Amalan diberikan kepada kita - setiap hari di sana bersamaan dengan 1,000 tahun dunia pula!) dan akhirnya, alam akhirat yang kekal. Berapa lama tempoh antara satu-satu fasa kehidupan itu? Yang pasti alam dunia itu pendek sahaja jarang-jarang sekali melebihi 100 tahun, walhal ribuan tahun dalam alam kubur, 50,000 tahun ketika berhimpun di padang makhsyar, kemudian tanpa batas waktu di alam akhirat. Untung dalam alam akhirat kalau dapat syurga, betapa ruginya dalam alam akhirat, duduk dalam neraka? Dalam syurga, penghuni syurga termiskin memilik 7,500  'hurun-'ain' (=bidadari syurga) yang tiada bandingannya dengan mana-mana wanita di dunia, rumah-rumah dan istana serta mahligai permata dan berlian, dan jumlah hartanya adalah 10 kali dunia??
Justeru itu, seseorang manusia yang utamakan alam dunia berbanding alam yang akan menemuinya kemudian - alam kubur, alam perhimpunan dan alam akhirat - pastilah manusia yang paling bodoh dan tidak rasional. Bagaimana sekalipun nikmatnya hidup di dunia, tak sampaipun 1/99 nikmat akhirat. Fikirkanlah ...

Jazakallahu khairah

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam post ni kita lihat sinario akhir zaman yang kadang kala dijadikan sandara panduan hidup manusia zaman ini.

Hilang atau Terhapusnya Ilmu  Dan Meluasnya Kejahilan

Saudara, kalau saudara belajar ilmu as-Sunnah, mengenai kematian dan syurga neraka, saudara akan temui banyak hadith menceritakan sinario dalam kubur, di padang makhsyar dan dalam syurga dan neraka. Dan, terutama sinario zaman nak hampir kiamat - hampir, tapi belum kiamat lagi. Antara ceritanya adalah seorang lelaki akan memperisterikan (atau mempergundikkan 50 orang wanita), kerana zaman itu begitu ramainya wanita dan begitu sedikitnya lelaki. Sehinggakan wanita sanggup dimadukan demikian banyak, demi merasai nikmat hubungan lelaki perempuan (seks). Di saat, nak terjadinya kiamat itu manusia akan mengadakan hubungan jenis (seks) secara terang terangan di atas laluan atau jalanraya, yang boleh dilihat oleh mansuia. Tidak ada rasa malu dan segan.
Saudara, hari ini sudah mula kelihatan. Kerana terdapat muda mudi, bukan kerana tak mampu menyewa hotel badget, tetapi wanita zaman ini mudah melondehkan kain untuk memenuhi keingin nafsu dirinya yang susah di kawal, berdua-duaan dalam kereta di kawasan perumahan yang jarang-jarang terdapat orang berada di luar rumah selepas tengah malam bercengkerama dan melalukan hubungan seks dalam kereta. Ibubapa yang sebok mencari saraan hidup keluarga, membiarkan anak-anak perempuan berkeliaran keluar rumah dengan teman lelaki selaps jam 12 tengah malam! Dan berbagai lagi.
Saudara, kita lihat dalam konteks ilmu dan amalan di akhir zaman sinarionya. Mengapa berlaku sedemikian. Dan, antara sebabnya berlaku sedemikian adalah umat Islam mengabaikan atau menombor-duakan agamanya dan ilmu mengenai agamanya, al-Quran dan as-Sunnahdan mengutamakan otaknya dalam beragama.
Diriwayatkan hadith Abi Malik as-Ja’iyi hadith dari Rabi’i b khirasy hadith dari Khuzaifah b Yaman berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yadrusul-Islamu kama yadrusu wasyyun-thaubi hatta la yudra ma siamun wa-la solatun wa-la nusukun wa-la sodaqatun wa-la yusra ‘ala kitabillahi ‘azza wajalla fi lailatin fala yabqa fil-ardi minhu ayatun. Wa-tabqa tawaifu minanasis-syai’unl-kabiru wa-‘ajuzu yaquluna adrakna abaana ‘ala hazihil-kalimati: ‘Li-ila-ha illallah’, fanahnu naquluha.’ (Yang bermaksud: Akan luntur (pupus) Islam sebagaimana lunturnya corak pakaian sehingga tidak diketahui apakah puasa itu, tidak (diketahui apakah) puasa itu, dan tidak (diketahui apa) solat itu, dan tidak (diketahui apa) haji itu, dan tidak (diketahui apa) sedekah itu, dan dihilangkan Kitab Allah (a.w) Zat yang Maha Tinggi lagi Maha Agung di waktu malam maka tidak tersisapun dalam bumi darinya (walaupun) sepotong ayat. Dan, tersisa dari manusia orang-orang tua yang tersangat tua dan perempuan-prempuan tua berkata mereka: ‘Tidak menjumpai kami apa-apa kami (atau nenek moyang kami) atas ini kalimah ‘la-ila-ha illallah’, maka kami sekarang ini mengucapkan kalimah ini.’ Maka berkata baginya (yakni, kepadanya seorang yang bernama) Silah: ‘Apakah mencukupi atas mereka ‘(hanya kalimah) ‘La-ila-ha ilallah’, walhal mereka tidak mengerti (bagaimana hendak) bersolat, dan (tidak mengerti mereka bagaimana hendak) puasa, dan (tidak mengerti dia bagaimana hendak) haji dan tidak (mengerti mereka bagaimana) bersedekah?’ Maka berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengulangi (lagi pertanyannya, i.e. Silah bertanya lagi) atas perkara itu tiga kali, setiap demikian (pertanyaan) berpaling darinya Khuzaifah. Kemudian mengadap (Khuzaifah) atasnya (yakni, ke arahnya) pada kali ketiga (pertanyaan Silah tersebut), maka berkata: ‘Wahai Silah! Menyelamatkan pada mereka dari neraka.’ Disebutnya 3 kali. [Hadith Ibnu Majah, Kitab Fitnah]
[Nota: Hadith ini menyebutkan sinario akhir zaman ketika kiamat sudah hampir terjadi. Pada zaman itu Islam, yakni ilmu pengetahuan manusia tentang Islam sudah pupus sebagaimana lunturnya corak dan warna di pakaian kerana terlalu lama atau buruk, sehingga manusia tidak tahu apa itu puasa dan bagaimana mengerjakannya, apa itu solat dan bagaimana mengerjakannya, tidak tahu apa itu haji dan bagaimana mengerjakannya dan tidak tahu apa itu sedekah (zakat, infaq dan sedekah umum) dan bagaimana mengerjakannya dan hilang pengetahuan manusia terhadap Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (dari segi cara dan kaedah membacanya dan tahu dan faham mesejnya dan bagaimana mengamalkan ketetapannya, dan tidak tinggal di muka bumi suatu ayat al-Quranpun.) (Dalam konteks ilmu mengenai Islam dewasa itu) yang berbaki atau tinggal hanyalah orang-orang tua yang tersangat tua di kalangan lelaki dan perempuan dan mereka hanya tahu amalan menyebut kalimah tauhid ‘laila ha ilallah’ sahaja, iaitu amalan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka (yang hanya tahu itu sahaja semsa hayat mereka). Demikianlah sinario dunia ketika itu – di akhir zaman ketika hampir turun Dajjal, Isa (a.s) yang akan membunuh Dajjal, dan akhirnya ditiup seruling sangkakala untuk mematikan kesemua makhluk yang hidup, dan berlakunya kiamat. Orang-orang yang tahu tentang Islam hanyalah golongan orang tua – lelaki dan perempuan – yang hanya tahu mengucapkan kalimah ‘la-ila-ha illallah’ semata-mata, sebagai amalan mereka dalam Islam, kerana itu saja ilmu yang ditinggalkan atau diajarkan oleh (atau diwarisi mereka dari) nenek moyang mereka semasa mereka masih hidup. Golongan lain atau generasi lain tak tahupun kalimah tersebut. Apakala ditanya oleh seorang sahabat bernama Silah kpd Khuzaifah Abu Yaman yang memberitahu hadith Rasulallah (s.a.w) apakah mereka yang menyebutkan kalimah tersebut semata-mata sebagai amalan mereka dalam Islam akan dapat syurga, Khuzaifah hanya menjawab pertanyaan Silap ketika ditanyakan buat kali ketiganya. Khuzaifah menjawab, ketika itu atau zaman itu, mencukupi untuk mereka mendapat syurga dengan menyebut kalimat itu. Ini menunjukkan betapa ilmu mengenai Islam itu akan hapus di akhir zaman kerana tidak orang yang tahu dan tiada pula orang yang mengajarkan ilmu.
Apakah bagi kita yang Islam hari ini akan mendapat syurga dengan menyebut kalimah ini semata-mata tanpa mengerjakan segala yang diwajib atau difardukan? Ada orang Islam yang mempunyai pandangan yang simplistic seperti itu.
Biasanya golongan ini adalah golongan orang Islam yang selesa semata-mata kerana mereka dilahirkan Islam, walaupun mereka tidakpun bersolat, tidakpun berpuasa, tidak mengeluarkan zakat dan infaq, tidak menunaikan haji dan umrah dan lain-laian ibadah fardu. Kerana mereka berpendapat, sebagaimana ramai orang Islam yakin bahawa, Islam sahaja dapat syurga! Di zaman ini ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu masih wujud dan boleh diakses oleh umat Islam, kalau mereka mahu belajar dan mahu faham. Ilmu al-Quran dan as-Sunnah akan terhapus apabila mereka yang berilmu, yakni ‘ulama’ (=orang yang berilmu) biasanya orang yang sudahpun tua, mati dan dibawa oleh mereka ke kubur ilmunya. Generasi yang menyusuli mereka tak pula ingin belajar ilmu kerana disebokkan oleh keseronokan dunia serta keinginan duniawi dan mereka menombor-duakan Islam dan tuntutan agama. Atau, ilmu mengenai Islam, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu semakin terhakis kerana umat Islam tidak lagi belajar al-Quran – membacanya, memahami isi kandungan dan faham mesejnya (tafsirnya) – dan tidak lagi belajar ilmu as-Sunnah kerana tiada ‘ulama’ (=ahli ilmu) yang tahu dan faham ilmu as-Sunnah dan tiada pula umat Islam yang ingin belajar as-Sunnah. Yang lebih utama, kerana kuatnya pengaruh fahaman kemazhaban, yang banyak berpedomankan kepada kitab-kitab karangan para ‘ulama’, tapa belajar al-Quran dan as-Sunnah dengan meneliti Kuttubul Sittah daripada guru yang mengajarkan kepada murid secara berdepan dengan membuka kitab-kitab yang dipelajari. Atau, kerana berleluasanya pengaruh ‘Islam liberal’.
[Nota: Siapa golongan ‘Islam liberal’? Golongan Islam lberal adalah golongan orang agama yang berpandukan kitab-kitab karangan manusia dalam hidup mereka sebagai orang Islam dan dalam mengamalkan dan mengerjakan ibadah, selain panduan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tergolong orang yang aki mereka ‘ahli sunnah wal-jama’ah’ tetapi tak berjema’ah dan tidada jema’ah. Mereka melonggarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dengan hujjah bahawa sebahagian hukum hakam dalam al-Quran dan as-Sunnah itu tidak cocok atau relevan lagi dengan sinario dan temadun manusia semasa. Sudah jumud. Perlu disesuaikan dengan zaman. Segolongan besr orang yang dikatakan mendokong fahaman ‘Islam liberal’ ini adalah cerdik pandai yang memiliki Ph D, dan para ulama’ yang jahil atau separa jahil al-Quran dan as-Sunnah tetapi dipengaruhi dokrin ilmu Barat. Kefahaman mereka tentang Islam yang dipandu oleh pendapat manusia tanpa secara langsung merujuk kepada al-Quran dan kitab-kitab hadith. Mereka merujuk kepada buku-buku karangan para ulama’ tersohor atau karangan mereka sendiri, yang memuatkan lebih pendapat dan pemikiran para lama’ tersebut atau fikiran dan pendapat mereka sendiri, yang seringkali lari daripada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau memperluaskan skop mesej syariat tersebut, seperti mentafsirkan wujudnya bid’ah hasanah walhal Rasulallah (s.a.w) menyebut setiap bida’ah adalah batil.]
[Nota: Hari ini umat Islam telah dipengaruhi oleh disiplin pengilmuan cara Barat bilamana dalam bidang akademik manusia mengutamakan kepintaran dan kebijaksanaan mentafsirkan sesuartu menggunakan fikirannya. Maka dianugerahkan Ph D. Dan, diiktiraf sebagi seorang yang bijak. Mereka dinobatkan orang yang dicari pendapat, pandangan dan bernilai nasihatnya. Sudah ramai kini ustaz/ustazah atau ulama’ yang memiliki Ph D dalam bidang agama. Ulama’ yang khattam al-Quran - bacaan, makna dan tafsirnya – dan khattam (makna dan tafsir) pula Kuttubul Sittah – Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa’ie, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah – tidak diakui memili ilmu yang sempurna mengenai Islam dan syariatnya. Walhal mereka itulah yang paling wajar dinobatkan sebagai ‘ulam tersohor’. Islam itu hanya dapat difahami secara sempurna hanya dengan kefahaman dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.]
Apabila ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah itu tidak lagi dijadikan foundation – panduan hakiki umat Islam dan sumber ilmu dalam mengerjakan amalan dan ibadah dalam Islam - tetapi kitab-kitab karangan cerdik pandai telah dijadikan kitab atau panduan rujukan nombor satu, maka tersesatlah Islam dari jalan yang lurus dalam mencari syurga. Ramai orang Islam yang disesatkan oleh pengarang kitab-kitab tersebut, walhal mereka yang mengarangnya sudahpun sesat sendiri, kerana membelakangkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam zaman ini pasti sesat dalam mencari ‘siratul mustaqim’, mencari jalan ke syurga, kalau mereka membelakangkan atau mengabaikan al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara (=panduan hidup orang iman dan hazanah ilmu mengenai Islam), kalian tidak akan sesat selama-lamanya jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, iaitu al-Quran dan as-Sunnah) – Hadith Imam Malik.  
Ini adalah pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah wada’nya di Arafah sebelum beliau wafat tak lama kemudian. Allah (a.w) memberitahu manusia dalam al-Quran dengan firmannya: Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yutillahi wa-rasulahu yudhilhu jannatin’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), maka pasti dimasukkan ke dalam syurga) – Ayat 13, Surah an-Nisa’.
Jelasnya, sesiapa yang akui dirinya Islam, tetapi tidak akur dengan al-Quran dan as-Sunnah dan melanggar ketetapan-ketetapan khusus al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka. Kecualilah dia bertaubat, dan Allah (a.w) menerima taubatnya. Tapi, Allah (a.w) memberitahu, Allah (a.w) tidak mengampunkan dosa orang yang syirik. Rasulallah (s.a.w) menghukumi orang-orang kekal mengamalkan bid’ah adalah syirik, kerana seolah-olah dia bernanggapan ada tuhan yang lebih berkuasa dari Allah (a.w) yang memanu dia bahawa bid’ah itu dibolehkan! Rasulallah (s.a.w) memberitahu, dalam sepotong hadith, bahawa sesiapa yang kekal mengamalkan bid’ah, tidak diterima segala amalannya yang fardu mahupun yang sunat. Dan, Rasulallah (s.a.w) menghukumi orang sedemikian terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari!
Selain itu, syurga itu diwariskan/diberikan kepada orang Islam yang beriman yang mengerjakan segala suruhan Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampunya, dan menjauhi larangan-larangan Allah (a.w) dan larangan Rasulallah (s.a.w). Jika seorang Islam itu tidak mengerjakan solatnya, pastilah dia takkan dapat syurga. Keraja, solat adalah tiang agamanya. Kalau dia tak solat runtuh agamanya dan dia tak lagi memiliki agama! Maksudnya, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) sebutkan dalam sepotong hadith, meninggalkan satu waktu solat fardu dengan senagaja, jatuh kafir. Dalam hadith lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu, yang membezaka antara orang yang kafir dengan orang yang Islam dan beriman, adalah solat. Kalau solatnya tidak sama dengan solat orang iman, maka pastilah dia kafir. Kalau kafir pasti tidak akan dapat syurga. Janganlah berangan-angan mendapat syurga kalau takpun akur dengan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (sa.w).
Kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w) terhadap seorang iman itu bergantung kepada ketaatannya terhadap dan kepadaNya, termasuk ketaatan terhadap Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) memberitahu: ‘Man (-ai) yuti'ir-rasula faqad ata-allaha’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti mentaati Allah (a.w)) – Ayat 80, Surah an-Nisa’. Tak beramal tak taat tetapi Islam dapat syurga selepas berahkaf-ahkaf berada dalam neraka untuk diberisihkan dahulu. Kalau mampu menahani siksaan neraka, bolehlah teruskan hidup di dunia tanpa beramal. Tapi ingat, seseorang yang meninggalkan satu waktu solat fardu dengan sengaja jatuh kafir,i.e. kleuar dari Islam. Sesiapa yang mengamalkan bid’ah tereluar dari Islam tanpa disedari. Inilah kes orang yang merasai dirinya Islam tetapi hakikatnya kafir, wal iya zubillah. 

Jazakallahu khairah



Tuesday, September 24, 2013

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan/penelitian kita tentang 'kemurniaan agama Islam' itu amat utama diberi perhatian dalam kita beramal dan beribadah kepada Allah (a.w).

Memurnikan agama dan berdoa 

Saudara, Allah (a.w) memebritahu manusia - manusia semuanya, yang Islam ataupun yang tidak, bangsa dan keturunan apapun, yang lahir zaman manapun, supaya faham bahawa manusia itu dijadikan atau diberi peluang hidup di dunia ini semata-mata untuk mngabdikan diri/menyembah Allah (a.w) sebagai tuhan - Ayat 56, Surah az-Zariat.  Maka, tugas pertama manusia itu adalah menyembah Allah (a.w) tuhan yang memberi peluang kepadanya hidup di dunia.
Kemudian, Allah (a.w) memebritahu manusia, kalau menyembah Allah (a.w) tanpa menganuti agama Allah (a.w), maka segala amalan dan ibadahnya, dan segala kebaikan yang dikerajakannya adalah tak berguna - meaningless - tak diterima Allah (a.w), maka tidak menjalankan tanggung jawab sebagai hamba yang diberi peluang hidup di dunia. Justeru itu, kalau tak Islam pasti masuk neraka, takkan dapat syurga, kecualilah kalau boleh masuk ke lubang jarum seekor unta.
Kalau dia Islam, tapi tak berman - maksudnya, tak yakinkan akhirat, tak yakinkan as-Sunnah, maka amalannya juga tak dterima, kerana dia menolak Rasulallah (s.a.w) dan menolak as-Sunnah. Samalah seperti seorang kafir. Kalau Islam dan dia beriman, maka dia wajib terima segala sesuatu dalam al-Quran dan segala sesuatu dalam as-Sunnah. Sangsikan al-Quran dan as-Sunnah jatuh kafir.
Maka dengan itu, seorang yang Islam dan beriman itu wajib faham bahawa amalan dan ibadah yang benar yang diterima Allah (a.w) wajib lulus dua ujian, iaitu: pertama, menepati as-Sunnah; dan kedua, dia berjema'ah dalam Islam. Maka barulah amalan dan ibadahnya murni seprti yang diperintahkan dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) [Ayat 14, Surah al-Ghafir]
Dalam menyembah Allah (a.w) - kerjakan amal dan ibadah - jika tidak menepati dua pra -syarat itu, tidak diterima Allah (a.w).
Perintah Allah (a.w) agama Islam itu wajib dimurnikan 

Saudara, dalam Islam itu wajib orang Islam yang beriman itu sentiasa dasar hidupnya 'dengarkan nasihat, taatkan perintah'. Kalau al-Quran kata begini, maka wajib didengarkan, dan diterima. Kalau as-Sunnah kata begitu, maka setelah mendengarkan ketetapan tersebut, ambil pakai dan terima dan amalkan sekuat mampu. Tidak boleh diketepikan.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinula-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) orang yang memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benar mencintai agama Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapai solat dan mengeluarkan zakat itu) agama yang bernar/lurus/tegak.) [Ayat 5, Surah al-Baiyinah] 
Jelasnya, dua elemen memrnikan agama Allah (a.w) itu adalah disuruh solat, maka solatlah. Bila disuruh solat ikut cara Rasulallah (s.a.w), maka solatkan ikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Jangan ikut orang lain. Bila disuruh keluarkan zakat dan menginfaq sebahagian harta, maka keluarkan zakat dan menginfaqlah. Dan dalam melaksanakan tuntutan tersebut, dia akan mencari ilmu dan memahmi ilmunya, apakah yang diperlukan untuk benar setiap suatu yang kita amalkan.
[Nota: Sifat contoh orang yang betul-betul cintakan agama Allah (a.w) adalah Nabi Ibrahim. Dia akur apabila diperintahkan Allah (a.w) untuk berdakwah menyampaikan syaraiat agama Allah (a.w) dengan meninggalkan istrinya Siti Sarah sedang sarat mengandungkan Islam, akur dengan perintah Allah (a.w) supaya menyembeliah anaknya Islam walaupun bertahun-tahun tidak dapat berjumpa denga anakany. Tetap, dia akur dengan perintah Allah (a.w) tanpa soal.]

Tiada Pahala/tidak diterima kalau bukan kerana Allah (a.w) 

Saudara, satu ciri kemurniaan agama Islam yang fundamental adalah niat ketika mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah itu.  Dalam perkara ini, Allah (a.w) peringatkan supaya diniatkan bukan kerana 'ikhlas' tetapi kerana mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w), dan takutkan siksaan Allah (a.w). Kerana, Allah (a.w) yang suruh. Kita berterima kasih/bersyukur diberi peluang hidup dan diberi pelbagi nimat dan kita diperingatkan siksaan kalau tak patuh dan akur perintah Allah (a.w). Maka wajib niatnya juga sesuai.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma li-ahadin ‘indahu ni’matin tujza illab-tigha-a wajhil rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan tidak ada bagi seseorang di sisinya kenikmatan (i.e. mendapat nikmat) tidak dibalas kecuali mencari wajah Allah (a.w)(i.e. kerana Allah (a.w).) [Ayat 19 & 20, Surah al-Lail]
[Nota: Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan kerana mencari wajah Allah (a.w), yakni keridhaan Allah (a.w) semata bukan untuk lain tujuan. NIat yang benar itu diberitahu oleh Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra':  'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu' (Yang bermaksud: kerana mencari kerahamatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka). Itulah niat yang murni. Bukan kerana keikhlasan. Masakan saudara ikhlas beramal, kalau saudara tidak diberi pilihan, malah dipaksa pula? Segala sesuatu yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah kewajipan, maka tidak ada pilihan. Tapi, kerana Allah (.w) kurniakan kepada kita begitu banyak nikmat yang tidak terhitung oleh kita, kata kita menysukuri Allah (a.w) yang memberikan kepada kita begitu banyak dan berbagainya nikmat, maka balasannya dengan mengerjakan apa-apa yang disuruh dan tinggalkan apa-apa yang ditegah/dilarang. Kalau kita kerjakan pula rewardnya amat besar, tiada bandingannya di dunia, i.e. syurga.

Jazakallahu khairah

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara hari ini - dan untuk beberpa post yang akan datang - kita bincangkan bebrapa hakikat yang amat fundamental difahami oleh orang Islam. Jika tidak kita akan rugi di akhirat!

Agama yang murni

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisan lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah) menurunkan Aku (Allah) atas/kepada engkau (Muhammad) Kitab (yakni, al-Quran) dengan kebenaran, maka mengabdikanlah diri (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (yakni, memurnikan) bagiNya (Allah) agamanya; ingatlah bagi Allah (a.w) itu agama yang mukhlis (i.e. murni) … sehingga akhir ayat.) [Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar]
[Nota: Kemurniaan agama Islam itu wajib diteliti dan difahami dalam dimensi-dimensi berikut, supaya tidaklah rugi di akhirat kelak:
Pertama, panduan yang haq mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka jika dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, yakni tidak ada contoh yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) maka agama Islam itu tidak murni lagi, sudah tercemar. Kedua, semua bentuk amalan dan ibadah dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan sesuatu ibadah/amalan yang ditetapkan bagi umat Islam itu hendaklah murni, yakni tercemar, tidak ditokok tambah ataupun dikurangkan atau diubahsuai supaya berbeza atau berlainan dari atau tidak sejajar dengan apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Juteru itu, semua amalan dan ibadah dalam Islam itu murni jika tidak dicapuradukkan dengan ketetapan atau pandangan manusia, tidak kira siapa saja yang membuat perubahan tersebut, apa kedudukan mereka, kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama Islam itu tidak murni dan sudah dicemar. Segala amalan dan ibadah yang tercemar itu tidak diterima Allah (a.w). Ketiga, agama dan syariat Islam itu kekal murni apabila dianuti secara berjema’ah. Syariat Islam itu tercemar dari segi bentuk aqidah dan penghayatannya jika penganutnya tidak berjema’ah. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa pelakunya berada dan mengikuti dan menetapi jema’ah tidak diterima Allah (a.w). Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau umat Islam itu berjema’ah maka sah Islamnya. janganlah jadi orang yang disebutkan dalam firman berikut. Amalan mereka walaupun secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kerana tercemar, tidak berjema’ah, tidak diterima. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetpan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/terilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar, maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka) – Hadith at-Tobrani.
Apabila sah Islam seseorang itu maka setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan kalau terkeliru atau tersalah, maka dimaafkan, dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah, kalau amalan dan ibadahnya betul tetap dikira salah dan tidak terima Allah (a.w), dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka.
Keempat, kemurniaan syariat agama Islam itu kekal jika semua amalan dan ibadah yang dikerjakan oleh umatnya adalah brdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) melarang umat Islam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu. Maksudnya, umat Islam wajib belajar dan tahu serta faham tentang sesuatu amalan dan ibadah itu sebelum mengamalkannya. Kelima, syariat agama Islam itu murni dalam pelaksanaannya jika sesuatu amalan dan ibadah itu diniatkan ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: … semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka)) – Ayat 57, Surah al-Isra’. Keenam, syariat agama Islam itu kekal murni selagi tidak dicemari oleh sebarang pembaharuan atau penambahan supaya kononnya menjadikan apa yang diamalkan dan diibadahkan itu kelihatan ‘lebih baik’ dari bentuk dan sifat aslinya. Pandangan sedemikian itu adalah batil, kerana, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Inilah maksud (dalil) firman Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah:Al-yauma akmaltu lakum dinakum … wa-raditum Islama dina; …’ (Yang bermaksud: Pada hri ini Aku (Allah (a.w)) telahpun sempurnakan agama kalian … dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama anutan kalian…’ – Ayat 3, Surah al-Maidah
Oleh kerana itulah wajib bagi seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara betul supaya terpandu dalam beramal dan beribadah dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yang beriman. Terpandu dan faham. Tidaklah ikut cakap-cakap orang-orang yang akui diri mereka ‘alim’ atau dinobatkan oleh orang /masyarakat sebagai ‘alim, walhal jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Islam saja tak cukup. Iman yang lebih utama, supaya tidak tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ [Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ [Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Saudara, oleh yang demikian hendaklah kita berwaspada. Yang utma kita fahami adalah Islam itu agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia bagi membolehkan mereka mengambdikan diri/menyembah Allah (a.w), menepati ketetapan Allah (a.w) dan sejajar dengan apa yang ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Islam sahaja agama yang boleh menyelmatkan musia di ahirat kelak. Kalau tak Islam pasti masuk neraka. Allah (a.w) printahkan Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai Rasul atau Utusan Allah (a.w) - ajarkan manusia bagaimana melaksanakan Islam dalam sinario kehidupan duniawi mereka, supaya dalam masa yang sama, dapat menyediakan bekalan akhirat. Allah (a.w) memberitahu bahawa kalau Islam dan beriman, hendaklah beramal dan beribadah berdasrkan contoh Rasulallah (s.a.w) dan hendaklah berjema'ah. Kalau tak berjema'ah, maka segala amalan dan ibadah tidak diambil kira.
Dalam post ini kita faham apakah maksud kemurniaan agama itu? Pengajaran pertama dalam beramal dan beribadah - atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w) - wajib utamakan kemurniaan Islam. Kalau tak dimurnikan bahawa bagi kebajikan akhirat kita.
 
Jazakallahu khairah

Sunday, September 22, 2013

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah lihat betapa hebatnya kedudukan orang yang belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dan betapa beruntungnya mereka itu dalam Islam. Adalah menjadi kewajipan pula bagi orang yang diiktiraf 'alim (berilmu) itu menyampaikan ilmunya - sama ada diminta atau tidak diminta, kerana menyembunyikan ilmu (i.e. bila diminta ajarkan dia enggan atau dia tak mahu berusaha mencari peluang menyampaikan ilmunya) .
Saudara, siapakah orang yang sewajibkan menyampaikan ilmu? Ini penting. Kerana, sesiapa yang menyampaikan ilmu yang batil, maka dia berdosa dan dia pula menerima kiriman dosa dari orang-orang yang diajarkan olehnya ilmu yang batil, apabila mereka yang diajarkannya mengamalkan ilmu yang batil, wal iya zubillah. Orang yang mengajarkan ilmu yang batil itu seumpama melabur untuk mendapat dosa di akhirat ketika di dunia. Oleh itu janganlah kita tergolong dikalangan orang yang mengajarkan ilmu yang batil. Hari ini kerana kebangkitan keinginan masyarakat untuk tahu ilu agama, maka ramailah orang yang beranggapan yang dia berilmu atau bertaraf ulama'! Malah begitu ramai hari ini 'pakar motivasi' yang tidakpun berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang menonjol melalui media - TV dan radio - bercakap tentang agama Islam. Dia mempengaruhi ramai manusia kerana media TV itu diakses oleh begitu ramai orang pula. Amat bahaya pada dirinya dan pada orang yang mendengar atau mengikuti ilmunya.


Yang Berhak Mengajarkan Ilmu 


Saudara, hari ini ramai orang yang akui dirinya berilmu, maka mengajarkan ilmu. Tambahan pula banyak media yang dmiliki atau diuruskan oleh orang yang jahil agama, maka mereka tidak tahu memilih siapa yang benar-benar beilmu dan siapa yang tidak. Atau, mereka inginkan rating medianya naik dan dikerumuni oleh ramai pendengar atau penuntun. Maka akan diambil orang yang popular dan bermertabat seleberiti, maka ramai orang menonton. Maka, agama sudah menjadi barangan duniawi.

Bagi mereka itu, elok merka perhatikan dan fahami hadith berikut. Betapa rendahkan dan hinanya kedudukan orang yang tidak berilmu, mengajarkan ilmu kepada orang lain.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Talabul ‘ilmu faridatun ‘ala kulli muslimin. Wa-adi’ul-‘ilmi ‘inda ghairi ahlihi ka-muqalladil-khanaziri jauhara wa-lukluk waz-zahab.’ (Yang bermaksud: Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnahitu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. Dan meletakkan (atau mengajar ilmu) oleh seseorang selain daripada ahli ilmu seumpama mengalongkan rantai yang diperbuat daripada mutiara, permata dan emas ke leher babi.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
[Nota: Hadith ini memberikan dalil mengapa wajib bagi setiap orang Islam itu belajar atau menuntut ilmu. Tanpa ilmu kita mengerjakan amalan dan ibadat yang tidak sejajar dengan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Beribadat dan beramal tidak mengikut spesifikasi (yakni, ketentuan-ketentuan) syariat (yang diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadith) maka menyesatkan dan menyimpang pengamalnya dari jalan yang diridhai Allah (a.w).
Saudara, kita telahpun lihat pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam blog ini dan dalam post yang tak lama dulu, iaitu:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum ihima, kitaballah wa-sunnata nabiyi.' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara (i.e. hazanah ilmu dan panduan agama) yang jika kalian berpegang pada kedua-duanya , kalian tidak akan sesat selama-lamanya) - Hadith al-Hakim dll. 
Jelas, kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara yang betul - ada kemangkulan, ada isnad dan muttasil isnadnya - melalui guru yang berilmu dan faham, maka kita pasti tak sesat. Tak sesat bermaksud kita tahu ilmu yang benar, dan bila kita beramal dengan ilmu tersebut, pasti segala amalan dan ibadah kita benar, dan diterima Allah (a.w). Maka kita tak sesat mencari 'siratul mustaqim'. Kalau kita belajar ilmu tanpa sistem dan kaedah sedemikian, pasti kita akan tersesat dan tergelincir dalam beramal dan beribadah. Apatah lagi orang yang belajar ilmu melalui sistem dan kaedah yang batil spt melalui ceramah, buku-buku karangan manusia atau melalui laman web. Kita diberitahu sesiapa yang mengajarkan ilmu yang batil, kemudian diamalkan oleh pengikut mereka, maka yang belajar dan beramal berdasarkan ajaran mereka itu, batil amalannya dan berdosa pula kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka anak murid atau mengikutnya mengirimkan dosa tanpa sedikitpun menghaskis dosa mereka sendiri. Sebailkyna, sesiapa yang benar ilmunya dan disampaikan ata diajarkannya kepada orang lain, diamalkan oleh pengikut-pengikutnya atau muridnya, maka anak muridnya mengirimkan pahala kepadanya tanpa mengurangkan pahala merka sendiri. Dengan syarat, ilmu tersebut sah, diterima oleh yang mengajar secara hak dan bukanlah berdasarkan apa dia baca atau dengan yang bukannya dia belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Yang penting diberi perhatian adalah kebaikan bagi orang yang mencari dan menuntut ilmu. Bukan sahaja para malaikat mendo’akan kebaikan padanya supaya diampunkan dosanya oleh Allah (a.w), (malahan) ikan-ikan dilautanpun mendo’akan kebaikan baginya. Contoh kebatilan:
Dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita: 'Man 'amila lillahi fil-jama'ati fa-asoba qabilallahu minhu; wa-in akhta-a ghafara lahu; wa-man 'amila yabtaghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhta-a fal-yatabauwa-a maq'adahu mina-nari' (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema'ah lantas amalannya benar (i.e. sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru atau tersilap dia, maka Allah (a.w) mengampuninya; dan sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) dalam firqah (i.e. tidak berjema'ah) lantas amalannya benar, maka Allah (a.w) tidak menerima darinya amalannya, dan jika keliru atau tersilap dia, kaka bertempat dia di tempat duduknya dalam neraka.) - Hadith at-Tobrani
Ini ketetapan mengerjakan amalan tetapi tidak berjema'ah. Maksudnya: orang itu akui dirinya Islam tapi tidak akur dengan ketetapan Ayat 103, Surah ali-Imran, maka tidak sah Islamnya. 
Dalam post yang lalu kita telahpun tahu bahawa sah Islam itu kalau ia menepati dua ciri mutlak; iaitu: pertama, panduan ilmu dan panduan amalan adalah 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (maksudnya, menepati ketetapan as-Sunnah) - Ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 59, Surah an-Nisa'. Maka jika tidak, maka amalannya juga tidak sah. Demikian jugalah orang yang beramal tetapi amalannya tercemar atau tidak murni kerana terdapat unsur-unsur penyimpangan dari ketetapan as-Sunnah, maka batal dan batil amalannya. Pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraina lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, pasti kalian tidak sesat selama-lamanya (dalam mencari 'siratul mustaqim' = jalan lurus ke syurga) - Hadith al-Hakim dll. Takda gunanya. Oleh itu, wajib bagi orang yang akui dirinya Islam, supaya belajar dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan. Maksudnya, belajar dahulu sebelum berdakwah dan mengajarkan orang lain.
Fikirkanlah, nak jadi professor dalam ilmu duniawipun manusia wajib dapatkan ijazah sampai ke Ph D. Inikan pula dalam perkara agama kerana dalam agama kita menyampaikan perintah Allah (a.w) dan RasulNya, maka lebih utama kita faham apakah ketetapan Allah (a.w) dan bagaimanakah ketetapan Allah (a.w) itu diterjemahkan dalam realiti hidup beramal atau beribadah. BUkan mudah Islam itu. Islam itu mudah kalau manusia itu belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari orang yang fahama. Kerana dalam Islam segala jawapan kepada persoalan hidup dan ibadah sudah diberikan oleh Allah (a.w) dan isampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Hanya satu jawapan, bukan ada jawapan alternatif. Hendakkan syurga, contohnya, wajib akur degan ketetapan Ayat 13, Surah anNisa' (yang berjaya, panduan hidup dan amalan/ibadah), Ayat 59, Surah an-Nisa' (mentaati Imam selagi imam tidak berijtihad atas dasar maksiat - berbeza dari ketetapan Allah (a.w)), Ayat 7, Surah al-Haysr (patuhi ketetapan as-Sunnah), Ayat 103, Surah ali-Imran (berjema'ah dalam Islam) dll lagi...]

Jazakallahu khairah

Peringatan kepada saudara Islam yang iman

Assalamualaikum,
Saudara, sejak belog ini wujud, begitu banyak sudah kita belajar ilmu mengenai Islam - ilmu yang, kalau kita berpegang padanya, pasti amalan kita itu benr dan diterima Allah (a.w). Segala amalan dan ibadah yang tidak didasari oleh asas ilmu dan panduan yang haq, pasti batal dan batil. Ilmu dan panduan hidup mukmin (= orang iman) yang haq adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam post ini kita berhenti sebentar untuk melihat kembali apakah amalan dan ibadah kita - amalan dan ibadah yang kita telah kerjakan semenjak kita aqil baligh itu sejajar atau tidak dengan ketetapan-ketetapan yang kita diberitahu dalam blog ini. Kalau amalan dan ibadah seorang yang akui diirnya Islam itu menyimpang dari ketetapan as-Sunnah (lebih-lebih menyimpang dari ketetapan al-Quran), maka rugilah kita. Jika begitu, wajarlah kita membuat perubahan dan memperbetulkan segala amalan dan ibadah kita, supaya kelak di akhirat kesemuanya diterima Allah (a.w), dan kita taklah rugi.
Saudara, kita menjadi Islam sebaik sahaja kita bersyahadah dengan syarat kita bersyahadah penuh keyakinan hati - dengan dua kalimah syahadah tersebut. (Asyhadu an(-al) lailaha illallah, wa-asyhadu anna Muhammadar-rasulallah'), maka kita Islam. Kerana kita yakin bahawa Allah (a.w) itu wujud dan Allah (a.w) itu adalah tuhan yang esa dan tuhan manusia, maka kita akan lambat laun masuk syurga kelak di akhirat. Maksudnya, kita yang Islam ini sudah diberikan tiket untuk masuk syurga, dengan syarat kita tidaklah kafir atau syirik atau murtad ketika sampai ajal kita. Orang yang tidak Islam, pasti takkan dapat syurga, walau bagaimana baiknya dia ketika di dunia! Orang Islam, walau bagaimana jahat sekalipun dia di dunia, akan masuk syurga juga setelah dibersihkan dirinya dari semua dosanya. Dosa itu terhapus bila ditaubatkan dan Allah (a.w) menerima taubat kita, kecuali beberapa dosa yang tidak boleh ditaubatkan, spt dosa syirik.
Saudara, sebelum kita mulakan semula sistem dan proses pembelajaran kita semula mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah seterusnya, kita lihat rumusan berikut. Rumusan ini adalah essence apa-apa yang telah kita lihat dan fahami dalam blog ini setakat ini.
Pertama, sahnya Islam seseorang itu jika menepati 2 syarat dalam aqidah dan muamalahnya, iaitu: pertama, pegang as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunia dan menjadikan as-Sunnah panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup sebagai orang iman – ‘ma ana ‘alaihi wa-ashabi’; dan kedua, berjema’ah secara formal dalam menganuti Islam – ‘wa-hiya jama’ati’.
Kedua, semua amalan dan ibadah yang tidak menepati bentuk, kaedah dan cara beramal dan beribadah sebagaimana yang ditunjukkan/dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) pasti batal dan batil – ‘sollu kama ra-aitumuni yusalli’ (ibadah solat), ‘khuzu ‘anni manasikakum’ (urusan haji dan umrah), ‘man ‘amala ‘amilan laisa fihi minni fa-hua raddun’ (amalan-amalan selainnya). Kerana amalan dan ibadah tersebut sudah tercemar, tidak lagi murni dan tidak sebagaimana yang ditetetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Ketiga, mengerjakan amalan dan ibadah tanpa mengaji atau belajar ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut – ‘wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (firman Allah), ‘al-ilmu qabla ’amal’ (sabda Rasulallah). Dan, sumber ilmu yang benar serta panduan amalan dan ibadah dan juga panduan hidup orang iman yang benar adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kita diberitahu amalan dan ibadah orang yang benr Islamnya, khususunya dia berjema'ah, kalau silappun dimaafkan, dan kalau betul diterima Allah (a.w); sebaliknya amalan dan ibadah orang yang tidak berjema'ah, kalau betul tidak diterima dan kalau salah msuk neraka. Itulah bezanya antara Islam yang benr dan yang tak benar.
Keempat, menambah kepada dan mengubah rukun-rukun yang ditetapkan dalam sesuatu amalan dan ibadah, seperti dalam solat (atau spt umrah dan haji), membatalkan dan membatilkan solat (umah dan haji) itu. Malah membatalkan segala amalan dan ibadah selainnya. Dan, menjadi penyebab terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Kelima, mengerjakan amalan dan ibadah tanpa memurnikan niat, maka amalan dan ibadah itu ditolak, tidak diterima Allah (a.w) – ‘wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu’ (niat yang murni). Semua amalan dan ibadah yang dikerjakan kerana selain niat tersebut adalah batal dan batil. Spt menginfaq atau bersedekah dengan mengheab-hebahkannya tidak diterima Allah (a.w) kerana riak, menunjuk-nunjuk dll niat pelakunya.
Keenam, bagi lelaki Islam, solatnya tidak diterima jika dia melabuhkan pakaian bawahnya (seluar, jubbah atau kain) melebihi dua bukulalinya/matakakinya ketika bersolat. Malah seorang lelaki Islam yang secara tabi-‘i (kelaziman) memakai pakaian bawah yang labuh sehingga menutup bukulali/matakakinya, dikira sombong atau menyombongkan diri, tidak masuk syurga di akhirat kelak. (Nota: Wanita Islam yang beriman wajib menutup aurat, melabuhkan dan melonggarkan pakaiannya, tidak memakai pakaian yang menarik minta lelaki melihat kepadanya, memakai bau-bauan yang boleh dihidu baunya oleh orang lain, ketat atau transparent atau 'wet-look' pakaiannya, pakai gelang kaki, akan masuk neraka).
Ketujuh, lelaki Islam yang memakai baju atau pakaian yang diperbuat dari sutera – halus ataupun kasar – tidak akan masuk syurga (yakni, diharamkan masuk syurga) (kerana pakaian ahli syurga itu adalah sutera). [Nota: Wanita Islam yang beriman boleh memakai sutera, tidak dihadkan mahal atau murah, tebal atau nipis).
Kedelapan, minum arak tidak mendapat syurga (kerana antara minuman ahli syurga itu adalah arak). (Nota: 10 kategori orang Islam yang iman yang terlibat dengan arak tak masuk syurga: peminum, penjual, pembawa, penghidang, pemerah, pengangkut, penanam, pemeroses, pekerja dan pelayan).
Insya Allah, kita akan teruskan nanti pengajian kita dalam blog ini. Segala ketetapan yang dimuatkan dalam blog ini adalah 'as is' tanpa memasukkan sebarang pendapat dan pandagan peribadi. Ilmu yang dimuatkan adalah sahih dan murni, kalau diamalkan insya Allah pasti diterima Allah (a.w), kerana kesemua yang diberitahu adalah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau blog lain, saudata akan dapati mereka mungkin merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith, tapi mereka juga memuatkan pendapat dan pandangan manusia - tokoh ulama' as-Syafiiyah dan seumpamanya dan kepintaran mindanya sendiri. Dalam blog ini, ketetapan yang disampaikan hanyalah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang dipelajari secara berguru dari guru yang faham dengan berdepan - guru buka al-Quran dan penulis buka al-Quran, guru buka kitab hadith penulis buka kitab hadith. Guru itu pula mendapatkan ilmunya dari sistem dan proses yang serupa - sampai sanadnya kepada Rasulallah (s.a.w). Itulah sistem pembelajaran dan pengajian yang haq (= benar) sebagaimana Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh Jibril (a.s) ketika Jibril (a.s) mengajarkan beliau atau mengulang kaji ilmu degan beliau.
Saudara, sesiapa yang ingin mengaji atau belajar melalui sistem dan kaedah ini bolehlah bagi nama dan alamat dan no hp untuk dihubungi dan diberitahu dimana saudara boleh belajar/mengaji, insya Allah. Kalau tidak menyempatkan diri belajar, maka mendapat dosalah setiap saat. Dan, beramal tanpa ilmu, batallah amalan dan ibadah. Kitab Catatan Amalan yang akan dihisab kelah di padang makhsyar kosong semata-mata, tiada pahala, yang ada senarai dosa sahaja, wal iya zubillah. Berwaspadalah. Setiap dosa itu perlu dibersihkan dalam neraka dahulu ...

Jazakallah khairah

Saturday, September 14, 2013

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang utamanya ilmu dan utamanya kita menyempatkan masa dalam hidup kita belajar ilmu secara yang betul, supaya kita boleh beramal dan mengerjakan ibadah secara yang tepat, menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).Kita wajib sentiasa ingat bahawa beramal dan mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batil - sis-sia, kelihatan hebat di dunia tapi kosong pahalanya untuk kahirat kita. Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, dalam post sebelum ini ita janji nak tengok hadith-hadith berikut yang memberikan kita keterangan mengapa utamanya belajar ilmu. 

Syaitan dan Orang yang Berilmu

Saudara, hadith di bawah ini telah kita sebutkan dalam post yang lalu. Kali ini kita ulangi dan perjelaskan lagi, supaya kita benar-benar faham mesejnya.
Diriwayatkan hadth daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Faqqihun wahidun asyaddu ‘ala syaitani min alfi ‘abidin.’ (Yang bermaksud: Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai agamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) ahli ibadah (yang mengerjakan ibadah secara istiqamah tetapi tidak berilmu atau berilmu, tetapi tidak faham).’ [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang faqih tentang ilmu, khususnya ilmu as-Sunnah, maka sulit bagi syaitan untuk mempengaruhinya, berbanding dengan 1,000 orang Islam yang istiqamah beramal dan beribadah tetapi jahil dalam ilmu. Maksudnya, dia seorang yang kuat beramal, tapi amalannya dan ibadahnya lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka batil amalan dan ibadahnya! Ramai orang yang istiqamah beramal dan beribadah, tapi jahil ilmu. Dia tak pernah belajar al-Quran dan as-Sunnah. Kalau dia jahil as-Sunnah sudah pasti amalan dan ibadahnya menyimpan dari yang benar.
Di dalam hadith yang agak panjang berikut ada beberapa mesej yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita sebagai panduan kita setiap masa, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith yang sampai kepada aku bahawasanya engkau yang menceritakan akan hadith dari Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man salaka toriqan yaltamisu fihi ‘ilman sahhallahu lahu toriqan ilal-jannati. Wa-innal malaikata la-tado’a ajnihataha ridon li-tolibil-‘ilmi. Wa-inna tolibal ‘ilmi yastaghfirulahu man fis-sama-i wal-ardhi. Hatta hitani fil-ma-i. Wa-inna faddalal-‘ilmi ‘ala ‘abidi ka-fadlil-qamara ‘ala sairil kawakib. Innal ‘ulama’a warathatul-anbiya-i, innal anbiaya-a lam yurathu dinaran wa-la dirhaman, innama warrathul-‘ilma. Fa-mana akhazahu. akhaza bi-hazzin wa-firin.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berjalan pada satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya dalam Islam), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayap mereka, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdo’a untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya para nabi (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
[Nota: Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendo’akan kebaikan bagi mereka yang menyempatkan masanya untuk belajar ilmu. Do’a malaikat yang duduk hampir dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulam’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka. Mereka akui mereka adalah wakil para nabi di dunia dalam Islam. Namun, mereke tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka tidak diberi lesen untuk bebas membuat segala sesuatu, termasuk mengajarkan sesuatu yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah!
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut:
Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu mengenai agamanya (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga;
Kedua, para malaikat akan tunduk dengan menundukkan sayapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang agamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah dan mematuhi perntah Allah (a.w);
Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, kerana itu melambangkan orang iman yang ingin mempersungguh beramal dan beribadah, menyediakan bekalan akhirat yang betul-betul diterima Allah (a.w), dan perbuatan sedemikian juga melambangkan ketaatan kepada perintah Allah (a.w), maka sentiasalah dia mendo’akan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut;
Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendo’akan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) agar Alla (a.w) ampuni segala dosa-dosanya (dan do’a para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni do’a mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhlok yang taat dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w));
Kelima, semua ikan di air mendo’akan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu (makhluk selain manusia sentiasalah taatkan Allah (a.w));
Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama bulan dibandingkan dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w);
Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi (Lihat penjelasan di bawah apa maksud sabda Nabi (s.a.w) itu);
Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan
Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga.
Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah 'pewaris para nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (i.e. wang ringgit atau kekayaan), tetapi nabi mewariskan ilmu mengenai Islam. Maka adalah menjad Kalimah-kaimah ini ‘Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi’ sering dilaung-laungkan oleh para ulama’ dengan bangganya kerana mereka menganggap diri mereka pewaris para nabi. Tetapi, wajib diingat bahawa yang dimaksudkan dengan ulama’ adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith. Apakah ilmu dalam Islam? Disebutkan di dalam sepotong hadith lain, yang kita telah rujuk sebelum ini, iaitu ilmu yang wajib dipelajari dan difahami dan dijadikan panduan orang iman sepanjang hayatnya adalah tiga: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan disimpannya. 
Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan). 
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’. Yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faqih dan faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang faqih dan faham dengan dua sumber ilu tersebut akan berperanan dan berkewajipan meneruskan perjuangan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu ketetapan mengenai sesuatu bentuk amalan atau ibadah, cara dan kaedah mengamalkannya, yang tidak terdapat dalam al-Quran atau yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah atau al-Hadith.]  

Jazakallahu khairah

Thursday, September 12, 2013

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai tajuk ini. Kerana, ia amat penting. Kefahaman kita mengenainya akan menentukan apakah kita berjaya di dunia menyediakan bekalan untuk akhirat? Atau, kita terkandas, kerna di akhirat kelak kita dapati Kitab Catatan Amalan kita kosong atau sedikit mengandungi pahala dan begitu banyak dosa. Maka kalaupun kita kekal Islam, kita masuk neraka dulu - gagal ketika meniti 'Titian' yang dibentangkan di atas neraka, di padang makhsyar kelak, terjatuh ke dalam neraka, untuk dibersihkan, sebelum diberi peluang masuk syurga. Syurga tidak otomatik walaupun kita Islam. Yang otomatik adalah neraka pasti kalau tak Islam. Dan, neraka juga pasti kalau Islam tapi tidak diakui atau diterima Islam seseorang oleh Allah (a.w), wal iya zubillah.

Siapa yang dapat Petunjuk?

Diriwayatkan hadith daripada Marwan bin Junahi, hadith daripada Yunus ibnu Maisarah bin Halbasin, bahawasanya diceritakan kepada aku (kata Marwan) hadith oleh Maisarah, yang berkata: ‘Aku mendengar Mu’awiyah bin Abi Sufyan menceritakan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Al-Khairu ‘adatun, was-syarru la-jajatun. Wa-man yuridillahu bihi khairan yufaqqahu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Kebaikan itu pada adat, dan keburukan pada kekecohan (atau kekacauan). Dan, barangsiapa dikehendaki Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) maka (memberi) kefahaman kepadanya (oleh Allah (a.w) di dalam agamanya).’ [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Hadith di atas itu memberi kita tahu perkara yang sama dengan sepotong hadith yang lain, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Apakah maksud kefahaman beragama? Antaranya, pertama, Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk semua manusia, semua bangsa dan yang hidup semua zaman semenjak manusia pertama Adam (a.s) sehinggalah Nabi Isa (a.s) diturunkan semula ke dunia kelak untuk memerangi Dajjal. Syariat agama Islam itu ditentukan oleh Allah (a.w) mengikut zaman-zaman yang diutusukan para rasul dan nabi dan diberikan  panduan dan bimbingan oleh Allah (a.w) melalui wahyu atau dibawakan perintah Allah (a.w) oleh Jibril (a.s). Kini Islam itu sudah disempurnakan dengan terutusnya Rasul terakhir (penamat), Muhammad (s.a.w). Kedua, agama Islam itu panduannya adalah kitab-kitab Allah (a.w) yang ditirunkan kepada umat Islam zama rasul atau nabi yang diutuskan. Kini, fahaman Islam itu disempurnakan dengan perlantikan Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul terakhir dan kitab panduannya adalah al-Quran dan penjelasannya adalah al-Hikmah atau as-Sunnah. Justeru itu, panduan umat Islam dewasa ini dan sampailah terjadinya kiamat dunia adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka sesiapa yang patuh 100% kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti diberi oleh Allah (a.w) syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Ketiga, as-Sunnah itu, sebagaimana al-Quran, adalah ketetapan yang mutlak dipatuhi oleh setiap orang yang akui dirinya Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w) – Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr, antara lain. Keempat, syariat Islam itu berpaksikan tiga perkara, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan berjema’ah. Justeru itu, erti sebenar ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ adalah orang Islam itu ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berjema’ah dalam menganuti Islam.
Jelaslah, sesiapa yang faham tentang syariat Islam itu, sesungguhnya Allah (a.w) mengasihinya dengan memberikan dia kafahaman mengenai agamanya. Demikianlah juga sebaliknya. Ramai orang yang belajar ilmu mengenai agamanya, tetapi kekal jahil dia atau kurang faham dia. Atau, keliru dia apabila dipengaruhi oleh kata-kata atau ajaran orang yang belum layak diberi taraf ‘ulama’ (= orang berilmu), kalau mereka kekal berfahaman bahawa syariat Islam itu boleh diubahsuai mengikut zaman dan keadaan, termasuklah orang yang yakin wujudnya ‘bid’ah hasanah’. Termasuklah, kekeliruan tentang hakikat ‘berjema’ah’ dalam Islam. Maka dengan itulah Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 59, Surah an-Nisa’, sebagai contoh, ditafsirkan secara keliru tanpa merujuk kepada ketetapan dan penjelasan as-Sunnah. Ramai orang yang berilmu tetapi kekal dia melakukan pelbagai amalan bercorak atau bersifat ‘bid’ah’ walaupun dia tahu mengamalkan dan mengajarkan ‘bid’ah’ membatalkan semua bentuk dan jenis amalan dan ibadah. Semua amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Ramai orang yang dinobatkan oleh masyarakat berilmu, atau, merasa dirinya berilmu, kerana dia ada ijazah Ph D dalam bidang/disiplin agama Islam, tetapi kekal dia tak faham Islam dan mengutamakan dunianya dalam segala sesuatu.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melalui sepotong hadith - yang akan kita teliti dalam post yang berikutnya - bahawa seseorang yang faqih (yakni, benar-benar faham) akan satu dimensi daripada ilmu mengenai agamanya, maka berat bagi syaitan untuk mempengaruhinya. Malah lebih sukar bagi syaitan mempengaruhi daripada memengaruhi 1,000 hamba yang beribadah (tapi tanpa ilmu atau dengan ilmu yang batil). Begitulah, teguhnya keimanan seseorang itu hanya dengan sebahagian ilmu sahaja.
Dalam pos yang lalu kita telahpun teliti betapa berjayanya syaitan dalam mempengaruhi Adam (a.s), melalui Hawa, isterinya, memutarbelitkan fakta dan perintah Allah (a.w) sehingga terusir kedua-duanya dari syurga, dan turun menetap di dunia. Kemudian, kita juga sudah lihat betapa ikrar syaitan kepada Allah (a.w) ketika dia diusir dari syurga turun ke dunia lebih awal dari Adam (a.s) dan Hawa diturunkan ke dunia. Syaitan atau iblis ini - yang diberi kesempatan oleh Allah (a.w) hidup sampai kiamat dunia menyebut bahawa dia akan mempengaruhi manusia sampai kiamat dunia supaya ingkar dan syirik, dan kufur terhadap Allah (a.w), supaya seramai yang mungkin umat Islam masuk neraka bersama-samanya. Iblis/kepala syaitan ini (bapa kepada golongan jin sekarang) akan dibantu oleh rakyat jin dan juga manusia. Jin itu umurnya panjang-panjang, tak macam manusia. Maka program dan strategi mereka lebih mantap lagi rapi, dari strategi manusia. Maka hanya sedikit sahajalah umat Islam yang berjaya dapat syurga  dari zaman Adam (a.s) sampai terjadinya kiamat dunia hanya 1 daripada 1,000 yang Islam dapat syurga, dan di kalangan umat Muhammad (s.a.w) 1 dari 73 golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga.
Fikirkanlah, apakah saudara termasuk dalam golongan yang berjaya? Belum tentu. Lihatlah kefahaman saudara tentang Islam dahulu. Masih ada masa untuk bertaubat dan bersedia....]

Jazakallahu khairah

Jadilah orang yang faham ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa tak semua orang boleh dapat hidayah. Namun, seseorang yang mencari hidayah, insya Allah akan ditunjukkan oleh Allah (a.w) jalan mendapatkannya.

Pertolongan Allah (a.w) dan Hidayah

Saudara, hari ini kita harus berbangga bahawa Islam adalah agama yang terbesar dianuti oleh elbagai bangsa dan negara yang asal-susl mereka dari plbagai benua, keturunan dan warna kulit dan bahasa ibunda. Malah, ramai umat Islam - yang terbanyak adalah di negara-negara spt Indonesia, negara Timur Tengah, di Eropah, Asia Major, Tenggara Asia dan ebagainya. Namun, berapa perastuskah umat Islam yang faham atau benar-benar faham Islam yang mereka anuti semenjak berzaman itu? 
Saudara, tidak hairan. Di kalangan orang Melayu sendiri, belum pasti ramai yang benar-benar faham agama Islam yang dianuti. Kenapa? Hari ini ada banyak amalan yang sudah jauh dari keaslian syariat Islam. Malah, ada amalan yang semakin meniru amalan agama-agama lain, spt menggunakan kalimah-kalimah al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) menyanyi dan melagkannya. Malah sudah sudah pula diterima oleh segolongan besr pemimpin dan umat Islam bahawa mendapat pahala apabila seeorang itu memuji-memuji Allah (a.w) dan menyanjung Rasulallah (s.a.w), selain dari berarak atau merayakan beberapa even yang dikaitkan dengan Islam dan Rasulallah (s.a.w).
Soalnya, apakah itu termasuk dalam ketentuan Islam atau dibolhkan oleh syariat Islam? Atau, adakah itu dibolehkan oleh Rasulallah (s.a.w) zamannya? Kalau, semua yang berlaku itu tiada dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), apakah dibolehkan juga?
Insya Allah dalam post ini kita cuba semak kefahaman kita mengenai Islam, agama yang kita anuti itu. Kefahaman menentukan apakah kita diberi Allah (a.w) hidayah (=petunjuk) pada jalan yang benar?
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
[Nota: Hadith di atas memberitahu kita bahawa jika Allah (a.w) ingin menjadikan hambanya seorang yang baik atau mendapat kebaikan dalam hidupnya, dan juga dalam menjalani kehidupan dua alam selepas matinya, maka Allah (a.w) mendorong dia untuk mencari dan belajar ilmu tentang Islam dan syariatnya, dan memudahkan dia faham akan agama Islam dan syariatnya. Jelasnya, jika Allah (a.w) hendak menjadikan seseorang daripada hambaNya orang yang baik, maka Dia (Allah (a.w)) permudahkan orang itu mengenal dan faham akan agamanya.
Demikian jugalah hidayah. Tidak siapa boleh memberi hidayah atau petunjuk kepada seseorang. Malah Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak dapat memberi petunjuk kepada bapa saudaranya, Abu Thalib, yang memelihara dia sampai dewasa, untuk menerima Islam. Abu Thalib telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada agama Allah (a.w), kerana melindungi Rasulallah (s.a.w) dalam berdakwah menyebarkan dan mengajarkan Islam kepada masyarakat Quraisy. Namun dia, tidak mahu mengikut Islam, walaupun dipujuk oleh Rasulallah (s.a.w). Kekal dia menyembah berhala sebagaimana sepupu-sepupunya dan saudaranya sendiri. Namun, kerana jasa beliau terhadap Rasulallah (s.a.w) itulah Allah (a.w) ringankan siksaan neraka baginya. Di kalangan manusia semenjak zaman Adam (a.s) sampaikanlah manusia terakhir ketika terjadinya kiamat kelak, siksaan yang paling ringan adalah kepada Abu Thalib, iaitu diletakkan sepuntung api neraka di telapak kakinya. Walaupun sepuntung sahaja, menggelegak otak kelanya! Fikirkanlah pula bagaimana siksanya kelak seorang wanita Islam yang mendedahkan kepala atau rmbutnya diikat rambutnya dengan tali dari api neraka dan digantung?
Hadith ini memberitahu bahawa jika Allah (a.w) inginkan kebaikan di dapati oleh seseorang yang Islam itu, pasti dia diberi kefahaman oleh Allah (a.w) mengenai agamanya. Antara kefahaman itu adalah: pertama, Islam sahaja agama yang diterima dan diridhai oleh Allah (a.w) dianuti oleh manusia sepanjang zaman, maka agama selain Islam itu pasti menyalahi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat; kedua, kalau dia tidak Islam pastilah dia tidak mendapat syurga di akhirat kelak. Orang yang tidak Islam boleh dapat syurga jikalah boleh unta masuk keluar dari lubang jarum! – Ayat 40, Surah al-A’raf. Ketiga, dia faham mengapa Allah (a.w) peringatkan manusia dalam al-Quran bahawa janganlah mati atau pastikan mati hanya mati sebagai seorang Islam, kerana kalau mati kafir pasti masuk neraka kekal kelak – Ayat 102, Surah ali-Imran. Hanya orang yang Islam sahaja ada peluang masuk syurga setelah dibersihkan dalam neraka kalau dia berdosa dalam hidupnya. Semua manusia berdosa, termasuk Rasulallah (s.a.w) sendiri. Tapi, Allah (a.w) sudah ampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu dan terkemudian hari dia dijadikan Utusan Allah (a.w). Manusia yang tidak berdosa hanyalah Nabi Yunus (a.s). Keempat, di faham dalam Islam bahawa panduan hidup sebagai orang Islam dan panduan beramal dan beribadah yang mutlak dalam Islam, hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kelima, jika Allah (a.w) inginkan kebaikan terhadap seseorang yang Islam itu dia faham bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu adalah petunjuk ‘siratul mustaqim’. Keenam, dia akan faham bahawa segala amalan dan ibadahnya hanya diterima Allah (a.w) jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berada dalam Islam yang bentuknya berjema’ah dan panduannnya as-Sunnah – Ayat 103, Surah ali-Imran. Ketujuh, dia tahu dan faham bahawa semua amalan dan ibadah itu diterima Allah (a.w) kalau diamalkan atau diibadahkan olehnya atas dasar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang dia belajar secara khusus melalui system pembelajaran ilmu Islam yang benar – berguru secara mangkul, musnad dan mutassil Ayat 36, Surah an-Nisa’. Kedelapan, dia mendapat kefahaman bahawa segala amalan dan ibadah itu diberipahala atau diterima Allah (a.w) kalau niatnya betul, iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w) – Ayat 56, Surah al-Isra.
Jika Allah (a.w) inginkan seseorang itu mendapat kebaikan dalam hidupnya dia akan diberi kefahaman oleh Allah (a.w) bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu satu set gandingan panduan dalam Islam. Inilah yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w):
Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali dengan al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, yakni as-Sunnah atau al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud].
Umat Islam wajib mentaati ketetapan kedua-duanya – buat yang disuruh sekuat mampu, dan jauhi segala tegahan/larangan. Antara tegahan yang sering disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah jauhi syirik – yang jelas dan yang samar, fahaman kurafat dan tahayul, jangan bertaklid kepada orang tanpa ilmu, jangan amalkan bid’ah dalam beramal dan beribadah, dll.
Allah (a.w) telah memberi kita kebaikan apabila Allah (a.w) memberi kita kefahaman bahawa syurga itu mudah didapatkan jika kita faham Ayat 13, Surah an-Nisa’: ‘Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (i.e. ikut al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e.ikuti as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga. Itulah jalan pints ke syurga. Kerana sesiapa yang akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dosanya minimum dalam hidupnya, dan Allah (a.w) telah janjikan tetap dapat syurga.]

Jazakallahu khairah