Saturday, August 31, 2013

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai tajuk di atas - bagaiman menjadi orang Islam yang baik, orang yang menombor-satukan pertimbangan kehidupan akhirat, dan menombor-duakan kepentingan duniawi. Dunia adalah adalah tempat menyediakan diri untuk kejayaan akhirat.


Ikrar Syaitan: Berwaspadalah dengan Pengaruh Syaitan
 
Dalam Surah al-A’raf, Ayat 14 – 18 Allah (a.w) memiberitahu dendam jahat syaitan apakah angkara syaitan setelah dimurkai Allah (a.w) dan diperintah keluar dari syurga kerana sombong dan engkar mentaati perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat kepada Adam (a.s) yang dijadikan oleh Allah (a.w). Syaitan sombong kerana berbangga dengan kejadiannya yang (kerana dijadikan dari api) dia fikirkan lebih baik dan mulia dari Adam (a.s) (yang dijadikan dari tanah), maka dia ingkar perintah Allah (a.w) supaya menghormati Adam (a.s). Dia juga telah mempengaruhi Adam (a.s) dan isterinya, Hawa, memakan buah terlarang. Maka syaitan diusir keluar dari syurga.
Walaupun syaitan telah engkar, namun dia tidak mahu bertaibat. Malah dia secara terang-terangan berazam untuk merosakkan manusia yang Islam supaya kufur kepada Allah (a.w) dan supaya bersamanya terjerumus ke dalam neraka. Ramai umat Islam, walaupun Islam dan mengerjakan amal dan ibadah sebaik mungkin, tetap dapat dipengaruhi oleh syaitan, terutama umat Islam yang jahil terhadap Islam dan tutututannya dan tidak pula berjema’ah dalam Islam. Jahil, maka umat Islam itu lakukan yang diperintah tetapi silap dan menyimpang dari ketetapan atau pertauran sebenarnya, maka sia-saia segala amalan. Jahil melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana kelihatan baik pada kaca mata manusia. Maka dengan itu orang yang berilmu dan faham ilmunya dan mengamalkannya berpandukan ilmu yang betul, sukar bagi syaitan mempengaruhi mereka. Kalau jahil nampak alim dan istiqamah beramal dan beribadah, namun hakikatnya melakukan pebagai keslahan dan kesilapan yang menyebabkan amala dan ibadah tak mendapat sebarang ganjaran pahala, malah mendapat dosa pula. Kalau tidak berjema’ah maka bersendirian dalam mengerjakan ketetapan Islam, tiada sesiapa yang boleh memberi nasihat dan peringatan, maka mudah terjerumus dipengaruhi oleh syaitan. Apabila berjema’ah sentiasalah secara berterusan diberi pengajaran dan ilmu dan diberi peringatan tentang bahayanya sesuatu kebatilan yang dikerjakan.
Ayat 15: Syaitan atau iblis berkata: ‘Tangguhkanlah untukku sampai hari mereka (manusia) dibangkitkan (i.e. kiamat).
Ayat 16: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya kamu (adalah) dari kalangan mereka yang diberi tempoh.’
Ayat 17: ‘Berkata iblis atau syaitan: ‘Maka dengan apa-apa yang Engkau hukumi aku tersesat sungguh-sungguh aku akan halangi mereka (orang iman) dari ‘siratul mustaqim’ (= jalanMu yang lurus ke syurga itu).
Ayat 18: (Sambung syaitan) ‘Kemudian nescaya aku datangi mereka dari arah depan mereka dan dari arah belakang mereka dan dari arah kanan mereka dan dari arah kiri mereka, dan tidaklah Engkau dapati (kecuali) kebanyakan mereka orang-orang yang tidak bersyukur (yakni, tidak bersyukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kerana tidak patuh dia dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan para rasul yang ditugaskan oleh Allah (a.w) menetapi perintah Allah (a.w)) pasti masuk neraka).’
Ayat 19: Berfirman Allah (a.w): ‘Keluarlah engkau darinya (i.e. syurga) tercela/terhina terbuang/terusir; nescaya sungguh-sungguh sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka (manusia yang Islam yang beriman) nescaya sungguh Aku (Allah (a.w)) akan penuhi neraka jahannam dari kalangan mereka semuanya.’
[Nota: Yang wajib kita perhatikan adalah Ayat 18, Surah al-A’raf yang menyebutkan azam syaitan menyesatkan umat Islam dari pelbagai sudut dan keadaan, iaitu, dari depannya (=amalan dan ibadahnya untuk mendapat syurga diakhirat kelak, tergelincir kerana hasutan dan tipuhelah syaitan), dari belakangnya (=dari jalan kejahatan dan kemaksiatan yang dihiasi oleh syaitan supaya memperlihatkan baik serta melalaikan pelakunya), dari kanan (=kebaikan yang dilakukan oleh manusia itu batal dan batil kerana tidak mempercayai ajaran dan ajakan yang benar, sebaliknya menyakini ajaran yang batil (kerana melihat kepada orang yang bercakap bukan kepada apa yang dicakapkan), disebabkan sifat-sifat riak, ujub dan bangga diri, kagum dengan kemampuan diri sendiri, bercakap menyebabkan dosa kerana irihati dan dengki, dan memandang rendah terhadap orang lain) dan dari kiri (=memandang perbuatan yang dilakukan walaupun batil tetapi dirasai baik oleh pelakunya dan tetap diberi pahala, seumpama mengamalkan sesuatu yang bid’ah). Demikianlah, angkara syaitan itu semakin kufur dan semakin menentang Allah (a.w). Tidak seorangpun yang akan berjaya tidak dipengaruhi oleh syiatan kecualilah orang yang berilmu dan dikelilingi oleh anggota jema’ahnya (kerana orang yang berilmu sentiasa diperingatkan akibat segala tindaktanduknya dalam hidupnya, dan orang berjema’ah itu sentiasalah diberi pengajaran dan nasihat oleh kepimpinan jema’ahnya setiap bulan, setiap minggu, malah setiap hari, ketika mereka mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah).
Apakah syaitan berjaya, seperti yang diharapkan olehnya? Syaitan amat berjaya. Pertama, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dari zaman Adam (a.s) hinggalah terjadinya kiamat, daripada 1,000 yang akui diri mereka Islam (= ikuti syaiat agama yang dibawakan oleh para rasul dan para nabi sampailah ke zaman Rasulallah (s.a.w), 999 orang akan terjerumus ke dalam neraka kerana angkara terpengaruh dan dipengaruhi oleh syaitan. Kedua, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa Islam dan umatnya akan berpecah mengikuti 73 jalan atau fahaman Islam, 72 jalan atau fahaman Islam walaupun Islam dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, masuk neraka kerana mencampuradukkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan (ketetapan) Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dengan ketetapan manusia yang memberi tunjuk ajar bertentangan dengan, atau menyimpang dari, ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya satu jalan atau fahaman Islam yang berjaya mendapat syurga. Yang berjaya mendapat syurga itu – mengikut yang diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) - adalah orang iman yang mengikuti as-Sunnah dan mereka berjema’ah, kerana dengan ilmu mereka tahu dan faham bahawa dua pra-syarat untuk berjaya mendapat syurga adalah ikuti as-Sunnah (=contohi Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa dialah (i.e. Nabi) ‘uswatun hasanah’, model ikutan terbaik bagi orang iman, dan umat Islam diwajibkan memiliki ilmu dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah) dan berjema’ah dalam Islam, kerana sahnya keIslaman seseorang itu adalah berjema’ah dalam Islam.
Ketiga, dalam mengerjakan amalan dan ibadah serta amal solehpun, syaitan berjaya mengelirukan umat Islam dalam perkara ‘bid’ah’, contohnya. Umat Islam arus perdana begitu yakin dengan wujudnya ‘bid’ah hasanah’, walhal Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberitahu umatnya (= kita semua) bahawa setiap pembaharuan dalam perkara agama adalah bid’ah! Dan, setiap bid’ah, yakni orang yang mengamalkan sesuatu yang bid’ah telah secara langsung dan tak langsung telah mencemarkan syariat agama Allah (a.w) yang murni, dan secara langsung dan tak langsung menyakini bahawa syariat Islam itu tidak atau belum sempurna, walhal Allah (a.w) memberitahu kita dalam al-Quran – Ayat 3, Surah al-Maidah - bahawa syariat dan agama Islam itu sudah sempurna sebelum diwafatkan Rasulallah (s.a.w); iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘Al-yauma yaisal-lazina kafaru min dinikum fala takhsyauhum wakhsyauni; al-yauma akmaltu lakum dinakaum wa-atatmamtu ‘alaikum ni’mati wa-radhitu lakumul-Islama dinan; …’ (Yang bermaksud: ‘Pada hari ini putus asa orang-orang yang kafir (atau yang kufur mereka tentang agama, ditegah dan dilarang sesuatu, mereka engkar, dan ikuti panduan yang batil), maka janganlah kalian takutkan mereka (i.e. orang kafir dan orang yang kufur), dan takutlah kepadaKu; pada hari ini Aku (Allah) sempurnakan bagi kalian agama kalian dan Aku (Allah) telah cukupkan atas kalian nikmatKu (i.e. segala nikmat, terutama nikmat hidayah) dan Aku (Allah) ridha bagi kalian Islam (sebagai) agama kalian.) – Ayat 3, Surah al-Maidah. Juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa agama Islam dan syariat Islam itu sudahpun sempurna, dalam hadith berikut:
Di riwayatkan hadith daripada Abdul Rahman ibni ‘Amru as-Salamiyu, bahawasanya dia mendengar Irbad bin Sariyah (r.a) berkata: ‘Dan menasihati kami oleh Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang mengalirkan air mata (apabila mendenranya) beberapa mata, dan menggerunkan (apakala mendenranya) beberapa hati, maka berkata kami (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji atas kami (terhadap engkau)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh telah aku tinggalkan kepada kamu atas sesuatu yang ‘putih’. (Putih) ia pada malamnya sebagaimana (putih) ia pada siangnya. Tidak akan menyimpang (yakni, tersesat kamu mendapatkan ‘siratul mustaqim’ ke syurga) kecuali rosak kamu (jika, tidak berpegang dengan ketepan Islam dan panduan syariatnya). Barangsiapa yang hidup lama (yakni, umur panjang) di kalangan kamu, maka (kamu) akan melihat perselisihan (di kalangan umat Islam) yang banyak. Maka (diwajibkan) atas kamu dengan taat (taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w)). Dan (hendaklah kamu taatkan pemimpin, yakni Imam) jikapun (dia) hamba Habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta yang diikat. Dimana ditarik (oleh tuannya) di sana dia mengikut (tuannya).’[Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Keempat, apabila manusia membuat ketetapan baharu seumpama bid’ah, mereka telah mengketepikan firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) yang jelas memberitahu manusia bahawa Islam dan syariatnya sudahpun sempurna, tidak boleh diubahsuai, dan ditokok tambah. Jelaslah syaitan berjaya memesongkan umat Islam dari arah depan mereka – beramal dan beribadah dengan istiqamah tetapi tetap tersesat kerana syaitah meyakinkan mereka bahawa ‘bid’ah hasanah’ itu benar-benar wujud. Mereka yakin walaupun batil keyakinan mereka. Jelaslah syaitan sudah berjaya memesongkan mereka kea rah kebatilan. Harus diingat bahawa ‘bid’ah’ itu amat bahaya kerana beramal dan menyakini wujudnya bid’ah dalam syariat Islam itu menyebabkan kesemua amalan dan ibadah kita menjadi batil dan tidak diterima Allah (a.w), dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa pengamalnya terkeluar tanpa disedari dari aqidah Islam menjadi kafir, wal iya zubillah.
Segala-galanya bergantung kepada hidayah sebagaimana Allah (a.w) beri kita tahu pada Ayat 125, Surah al-An’am: ‘Faman (-ai) yuridillahu an yahdiyahu yasyrahu sodrahu lil-Islam, wa-man(-ai) yurid an yudillahu yaj’aj sodrahu doyikan harajan ka-annama yasso’adu fis-sama’ …’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang dikehendaki Allah (a.w) bahawa diberiNya hidayahNya, maka lapang dadanya terhadap Islam (yakni, mudah menerima Islam dan mudah menerima sesuatu yang diberitahu tentang peraturan Islam yang haq itu); dan barangsiapa yang Allah (a.w) berkehendakkan bahawa kekal sesat dia, menjadikan Allah (a.w) sempit dadanya untuk menerima Islam dan menerima nasihat dan ajaran yang haq mengenai Islam, seumpama apa-apa yang menjadikan dadanya sempit (ketika naik ke langit atau mendaki gunung). Inilah perumpamaan atau bidalan orang-orang yang sukar menerima nasihat dan pengajaran yang haq tentang Islam.
Kelima, ayat ini merujuk kepada manusia yang kafir. Ayat ini juga merujuk kepada manusia yang Islam. Kerana, ada tiga golongan orang Islam; iaitu, golongan pertama, orang Islam yang berpura-pura – munafiq; golongan kedua, orang Islam yang fasiq, menentang sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) serta orang Islam yang menzalimi dirinya sendiri kerana tidak kerjakan apa yang disuruh tetapi lakukan apa yang ditegah/dilarang; dan golongan ketiga, orang Islam yang mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang berpegang kepada syariat Islam yang benar, iaitu ikuti as-Sunnah dan berjema’ah, maka segala amalannya sah dan diterima Allah (a.w). Golongan inilah golongan yang satu daripada 73 golongan Islam yang disebutkan dalam hadith sebelum ini. Kitab Catatan Amalan golongan ini mengandungi banyak pahala dan sedikit dosa. Dan kalau mereka berdosapun, mereka bertaubat, memohon keampunan Allah (a.w) supaya dihakiskan dosa-dosa mereka.] 

Jazakallahu khairah

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita mengenai tajuk di atas, kita lihat pula sepotong hadith berikut. Muda-mudahan, apabila sampai ajal kita kita sudahpun menyediakan bekalan yang menguntungkan kita demi kesejahteraan akhirat kita, insya Allah.

Dividen Akhirat Orang Iman 

Saudara, bagi seorang Islam yang beriman - orang biasa - kita ada 3 aset yang boleh kita mnafaatkan demi mencari kejayaan akhirat, ketika sampai ajal kita. Mungkin kita tiada ilmu. Mustahil Kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, sekurang-kurangkan ada beberapa ayat al-Quran yang kita diajarkan secara berguru, dan mungkin beberapa potong hadith kita diajarkan kepada kita oleh guru kita. Itupun adalah modal untuk kita laburkan. Yang pastinya, kita memiliki anak - lelaki dan perempuan - yang kita boleh didik menepati syariat Islam. Dan, kita ada sedikit wang utnuk kita dermakan demi menyumbang kepada fi sabilillah. Kalau, kita manfaatkan sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. s-Sunnah), kita ada sedikit pelaburan ketika hidup yang dividennya kita terima di akhirat.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Iza matal-insanu inqata’a ‘amaluhu illa min thalathi asy’ya-a min sodaqatin jariatin au ‘ilmin yuntafa’u bihi au waladin solihin yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati anak Adam (yakni, yang Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) maka putuslah semua amalannya (yakni, tidak berkesempatanlah dia melabur untuk akhiratnya, maka tiada tambahan pahala baginya) kecuali tiga perkara (yakni, yang tak putus, walaupun sudah mati dia, kerana akan terus mengalirkan pahala sampai kiamat dunia); (pertama) sedekah jariah (termasuklah zakat dan infaq fi sabilillah – apa-apa yang dibelanjakan untuk melestarikan dan mengembangkan agama Allah (a.w) dan membela umat Islam dalam perkara agama mereka); (kedua) ilmu yang bermanfaat (ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang diajarkannya kepada orang lain, dan, lebih memanfaatkan akhiratnya, mereka yang diajarkan ilmu mengamalkannya, dan mereka pula mengajarkan orang lain, dan seterusnya); dan (ketiga) anak-anak yang soleh/solehah (i.e. dia meninggalkan anak-anak yang soleh/soleh mengamalkan syariat Islam bersumberkan dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang bentuknya berjema’ah) yang mendoakan kepadanya (ibubapa, kesejahteraan bagi akhirat mereka).) [Hadith Abu Daud, Kitab Wasiat]
[Nota: Hadith ini jelas. Tetapi ramai para ulama’ yang tersilap apabila mentafsirkan hadith ini, kerana mereka lupa bahawa segala amalan dan ibadah yang sah adalah amalan dan ibadah yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apa saja amalan dan ibadah yang berlainan dari preskripsi al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w), i.e. tidak mendapat ganjaran pahala, malah boleh menjerumuskan pengamalnya masuk neraka kerana terkeluar dari Islam, menjerumuskan pengamalnya kedalam neraka. Kalaulah simati itu semasa hidupnya mengerjakan amalan dan ibadah menepati tuntutan syariat Islam – didasarkan oleh ilmu yang betul (Ayat 36, Surah al-Isra’), niat yang betul (Ayat 57, Surah al-Isra’) dan bentuk-bentuk amalan dan ibadah tersebut adalah sejajar dengan as-Sunnah atau sebagaimana yang didemokan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan simati juga berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan dia mentaati kepimpinan jema’ahnya (Ayat 59, Surah an-Nisa’) dan dia semasa hidupnya tidak menolak mana-mana ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr) dan keseluruhannya menepati Ayat 13, Surah an-Nisa’, maka amalan simati memanfaatkan dirinya dan doa-doa anak-anak yang ditinggalkannya juga memanfaatkan anak-anaknya yang berdoa dan simati (sbagai ibu atau bapa) yang didoakan. Jika tidak, anaknya tidak dapat membantunya kedua ibubapanya selepas matinya mereka!
Malahan, kalau simati adalah orang yang kaya atau hartawan, apabila mati dia dan dia adalah ahli syurga, maka dia hanya dapat masuk syurga selepas ahli syurga yang faqir dan miskin masuk terlebih dahulu ke dalam syurga 50,000 tahun lebih awal. Kalau dia hartawan maka ketika di alam barzah (dalam kubur) dia tidak menunaikan tanggung jawab terhadap Islam dari membelajakan sebahagian hartanya untuk fi sabilillah, maka dalam kubur Allah (a.w) serahkan kepadanya 99 ekor ular yang amat berbisa untuk menggigitnya sampailah terjadinya kiamat. Di akhirat, dia akan dikenakan pula hisaban yang terperinci (detailed auditing). Maka kalaupun dia terlepas menyeberangi jembatan ke syurga yang dibentangkan di atas neraka, di penghujung jembatan itu dia masih disoal – dari mana dan bagaimana hartanya diperolehi, bagaimana dia menghabiskan atau membelajakannya, dan untuk apa dihabiskan atau dibelanjakan dan kepada siapakah harta-harta tersebut diserahkan. Justeru, jutawan yang meninggalkan hartanya kpada anak-anaknya yang tidak soleh, maka segala perbelanjaan dari harta-harta tersebut ketika simati sudah tiada, akan menghasilkan kiriman dosa dari anak-anaknya pula, bukan kiriman pahala. Kalau anak-anaknya adalah orang soleh (menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), apa-apa yang dibelanjakn oleh anak-anaknya demi fi sabilillah akan mendatangkan pahala kepada anak-anaknya bukan kepada dirinya secara terus, kecuali secara indirect, i.e. doa anaknya, yang memungkinkan dia ditempatkan di atas syurga yang lebih baik (rujuk hadith di bawah).
Jelaslah hisaban kerana kekayaan dan kemewahan itu lebih memungkinkan seseorang itu terjerumus ke dalam neraka dari menempatkan dia ke dalam syurga. Setiap kita akan disoal tentang harta: sumbernya (dari mana didapatkan), caranya (bagaimana di dapatkan) dan kegunaannya (untuk apa kita belanjakan). Dan kesyukuran kita kerananya (apakah kita sudah agihkan sebahagian untuk fi sabilillah untuk membela agama Islam dan umat Islam).
Dalam sepotong hadith lain pula, kita diberitahu bahawa apabila mati seorang Islam, yang mengiringinya ke kuburnya ada tiga golongan/perkara; pertama, ahli (=isteri, anak-anak dan keluarganya); kedua, hartanya (juga menemani ke kuburnya); dan ketiga, amalan dan ibadahnya. Setelah dikemubumikan simati, ahli (=keluarganya) dan hartanya meninggakan simati. Yang bersama menemani jasadnya di alam barzah hanyalah malannya semasa hidupnya. Justeru itu, yang memanfaatkannya dan yang menentukan ‘masa depannya’ dalam alam barzah, ketika berhimpun di padang mahsyar, dan ketika di hisab, dan akhirnya diputuskan oleh Allah (a.w) menjadi ahli syurgake atau ahli nerakake, adalah amalannya.
Sehubungan itulah, seseorang yang kaya dan mendapat rezki melimpah ruah semasa hidupnya, disuruh oleh Allah (a.w) belanjakan sebahagian untuk fi sabilillah – membela agama Islam dan membela orang Islam yang serba kekurangan. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Allah (a.w) berfirman: ‘Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, maka tukarkanlah atau belilah syurgaKu dengan hartaKu.’ Kita disuruh gunakan harta kekayaan ke arah mencari syurga Allah (a.w) dengan membelanjakan sebahagian untuk fi sabilillah’. Harta dan kekayaan itu bukan dikumpul untuk dibanggakan atau untuk diwariskan kepada anak cucu, kerana jika begitu, jauhlah syurga dari capaian kita. Ada orang Islam yang menyangkan, sebagaimana menyangka orang kafir, bahawa harta itu boleh menyelamatkannya dari siksaan neraka. Harta hanya berguna untuk kebajikan akhirat kita kalau kita belanjakan untuk fi sabilillah, lebih banyak lebih baik. Mewariskan banyak harta kepada cucu cicit - sampai 7 generasi, contohnya - membahayakan akhirat pemiliknya!
Kita diberitahu bahawa harta milik kita hanyalah: tiga perkara: pertama, pakaian yang kita pakai sampai koyak rabah, itu milik kita. Pakaian selainnya adalah milik orang lain apabila mati kita. Kedua, apa-apa yang kita makan yang akhirnya menjadi najis yang kita keluarkan setiap hari dari tubuh kita. Selain makanan yang tak kita makan atau yang belum sempat kita makan, adalah milik orang lain. Ketiga, apa-apa yang kita belanjakan untuk fi sabilillah – sedekah, zakat dan infaq - itu adalah milik kita dan akan sampai kepada kita di akhirat kelak manfaatnya. Harta selainnya bukan hak atau milik kita tetapi milik orang lain. Lebih bahaya kalau harta kita itu diwarisi oleh orang lain – isteri atau anak atau saudara mara – jika dibelanjakan atas jalan yang batil padahnya kita yang menerimanya! Oleh itu berwaspadalah.]
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di dalam syurga lalu dia (i.e. hamba itu) berkata (i.e. merasa hairan): ‘Wahai Tuhanku! Dari mana darjat setinggi ini aku perolehi?’ Allah (a.w) berfirman (menjawab): ‘Ini disebabkan permohonan keampunan anak-anakmu untukmu’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Dalam hadith lain disebutkan, darjah syurga itu juga ditingkatkan kerana doa-doa yang dipohon semasa hidup yang tidak dimakbulkan oleh Allah (a.w) ketika di dunia, dan diberikan di akhirat. Justeru itulah disebutkan dalam sepotong hadith bahawa ada ahli syurga yang memohon supaya dia dikembalikan ke dunia semula untuk beramal dan menambahkan doa (yakni, meminta tambahan nikmat), dan memohon kepada Allah (a.w) supaya dia memperbanyakkan doa dan mengharapkan kesemua doa-doanya tidak dibalas oleh Allah (a.w) di dunia tapi dikabulkan di akhirat. Logiknya? Kalau diberikan di dunia, ada tempoh penamatnya, yakni ajalnya. Kalau di akhirat tiada batasan waktu. Justeru itu, jikalah tidak diberikan di dunia kita tetap ridha, dan mengarapkan ganjaran atau permintaan kita itu dikabulkan di akhirat, insya Allah. Doa yang dimakbulkan di akhirat, manfaatnya tiada batasan masa dan waktu, kita nikmati selama-lamanya.] 

Jazakallahu khairah

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kalau kita orang yang berilmu dan diberi ilmu janganlah kita tergolong orang yang disebutkan dalam hadith berikut:

Akibat Menyembunyikan Ilmu 

Diriwayatkan hadith drari Abu Hurairah berkata: ‘Telah bersbda Nabi (s.a.w): ‘Man suila ‘an ilmin fakatamahu al-jama-ahullahu bi-lijamin minan narin yaumal kiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang ditanya (akandia) tentang ilmu dia malah menyimpannya (yakni, tidak mengajarkan ilmunya atau menyebarkan ilmunya) maka Allah (a.w) akan memberi tali kendali dari api padanya esok pada hari kiamat.) [Hadith Abu Daud, di dalam Kitab Ilmu] (Hadith hasan sahih)
[Nota: Ilmu adalah segala-galanya dalam Islam. Ilmu memberi kefahman yang sebenar-benarnya tentang Islam dan syariatnya, yakni tuntutannya. Ilmu yang memberi panduan bagaimana boleh berjaya dalam dunia, dan kerana kejayaan dunia itu membolehkan seseorang Islam itu dapat menabung pahala untuk kebajikan akhirat mereka. Kerana, dunia adalah tempat menyediakan bekalan untuk akhirat. Ilmu yang memberi kita tahu betapa mudahnya untuk mencari dan mendapatkan syurga dalam Islam. Dengan ilmu seorang Islam tahu bahawa ada jalan pintas dalam mencari dan mendapatkan syurga. Kerana ilmu orang iman itu faham bahawa kemurniaan Islam itu mudah dijaga hanya dengan memahami al-Quran dan as-Sunnah. Dengan imlu seorang iman itu tahu bahawa kebatilan amalan dan ibadah dan kebatilan akidah seorang Islam itu boleh dijaga dari berlaku kepada dirinya kalau dia tahu dan faham Islam melalui kefahamannya tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Melalui ilmu seorang iman yang berilmu itu tahu dan faham bahawa ilmu adalah modalnya untuk melabur untuk mendapat dividen akhirat yang banyak. Pelaburan akhirat ketika di dunia modalnya dua, wang ringgit dan harta dan ilmu. Semua orang boelh melabur untuk akhiratnya melalui wang ringgit. Bukan orang kaya sahaja yang boleh. Kalau seseorang itu mengasingkan RM 1.00 sehari/RM 30.00 sebulan untuk infaq fi sabilillah, sudah baik untuk akhiratnya, kalaulah dia seorang yang miskinpun. Kalau kaya, adalah lebih baik dia menginfaq fi sablillah wang yang disediakannya untuk membeli kereta Porsche Cayene s, contohnya, lebih menguntungkan dirinya di ahirat, subhanallah! Tapi, semakin kaya seorang Islam itu semakin berat hatinya untuk menginfaq fi sabilillah.
Dengan ilmu pula, seorang iman itu boleh melabur untuk akhiratnya. Malah melabur untuk akhirat melalui ilmu lebh baik dari melabur untuk akhirat melalu harta. Kerana kalau seorang itu alim dan dia mengajar 100 orang pelajar/murid atau pengikut ilmu as-Sunnah, dan kemudian setiap seorang dari yang 100 orang itu mengajar pula 100 orang lain pula, dan seterusnya, dan sama ada yang belajar itu amalkan ilmunya atau tidak, kekal sebagai guru dia mendapat pahala kerana mengajarkan ilmu dan 100 anak muridnya pula mengajarkan ank-aak muridnya pula ( 100 x 100 = 10,000 orang) maka dia telah mendapat kiriman pahala oleh 10,000 orang. Kalau diamalkan pulailmu yang diajarkannya, maka lebih banyak dividen akhirat yang diperolehinya pula. Semakin banyak pelaburan akhiratnya semakin tinggi darjat syurga yang dia akan dapati di akhrat kelak. Tambahan pula, banyak hadith menybutkan bahawa begitu besarnya pula pahala yang diterima oleh seseorang iman yang menyempatkan masa belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah – belanja membeli minyak kereta, masa yang digunakannya dan pahala yang diperolehinya dari doa para malaikat dan doa makhluk Allah (a.w) yang lain, yang sukakan orang iman yang menyempatkan asa belajar ilmu.Orang yang mengajar ilmu dan belajar ilmu tidak menanggung sebarang kerugian sedikitpun, walaupun dari segi lariahnya napak dia berbelanja perji ke majlis ilmu. (Peringatan: Kesemua ini didapati dengan syarat, ilmu itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara mangkul (beguru), dan kalau hadith secara musnad dan mutassil, i.e. berguru dengan memuka kiatb-kitab hadith bukan mendengar ceramah.)
Dimensi terakhir inilah yang sering diabaikan oleh mereka yang dinobatkan sebagai ‘ulama’ atau yang menganggap dirinya ‘ulama’, i.e. seorang yang berilmu dan alim. Malangnya, hari ini tidak ramai orang yang memiliki ilmu menyebarkan ilmunya. Kalau ditanya supaya dia berkongsi dengan kita ilmunya, dia tidak rela atau mengelak. Kerana dia mengharapkan imbuhan kalau inginkan ilmunya. alam Islam eorang yang berilmu itu wajib menyampaikan atau menyebarkan ilmunya, walaupun tidak dipinta oleh sesiapa. Inilah mesej hadith di atas. Orang yang berilmu yang enggan menyebarkan ilmunya – sama ada ditanya ataupun tidak – diancam dengan kalungan api neraka di lehernya, wal iya zubillah. Maksudnya, kalau ada ilmu tak mau sampaikan atau cuba sembunyikan, pasti tak dapat syurga. Kerana, seseorang yang dikalungkan dengan kalongan api neraka di lehernya atau dipakaikan ditubuhnya, adalah ahli neraka. Kerana dalam syurga, tiada ancaman buruk dikenakan kepada ahlinya.]

Jzakallahu khairah

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita tentang tajuk ini, khususnya, yang terkait dengan ilmu dalam Islam, kita lihat pula betapa besarnya ganjaran pahala mengajarkan ilmu, tetapi tak ramai umat Islam yang mengambil peluang keemasan tersebut.

Manfaat menyampaikan ilmu

Saudara, kita lihat hadith berikut yang memberitahu kita bahawa seseorang yang mengajarkan ilmu yang haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - diberi ganjaran pahala yang begitu banyak oleh Allah (a.w). Anihnya, begitu ramai orang yang berilmu di dalam jabatan-jabatan yang mentadbir-uruskan agama, mengabaikannya. Sebaliknya, ramai pule mereka yang menumpukan perhatian kepada perkara yang mendatangkan dosa bagi diri mereka sendiri, seumpama menghebah-hebahkan keaiban orang Islam pada khalayak ramai, seperti apa yang berlaku di kalangan anggota pencegah maksiat sekarang. Islam tidak menyuruh orang yang berilmu dalam Islam mencari keaiban saudara Islam yang lain. Yang disuruh mengajarkan syariat dan tuntutan Islam kepada seramai mungkin omanusia - yang tidak Islam disedarkan bahawa keselamatan dankesejahteraan akhirat mereka mewajibkan mereka menjadi orang Islam. Umat Isam disedrkan bahawa syurga itu tidak akan didapati semata-mata kerana meafazkan dua kalimah syahadah. Syurga adalah untuk mereka yang beramal. Dan, neraka itu untuk orang yang melanggar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Umat Islam wajib diberitahu bahawa jalan ke syurga - siratul mustaqim - itu mudah iaitu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya mengamalkan tuntutan Islam yang wajib. Untuk mendapat bonos ganjaran, mengamalkan apa-apa yang sunat. Neraka itu didapati oleh orang Islam kalau mereka membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Aamalan dan ibadah tu - wajib ataupun sunat - hendaklah menepati preskripsi as-Sunnah. Jika tidak batal, tidak diterima Allah (a.w), dan sia-saia saja mengerjakan amalan dan ibadah, sebagai contoh.
Diriwayatkan hadith dari Sahil b Muaz b Anas, hadith dari bapanya bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘allama ‘ilman falahu ajru man ‘amila bihi la yanqusu min ajril- ‘amila.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mengajarkan ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkan ilmu.) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Mukaddimah] (Hasan]
[Nota: Orang iman yang faham Islam – berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – pasti akan berlumba-lumba mencari peluang mengajarkan ilmu yang didapatinya secara sah (i.e. secara mangul, musnad dan muttasil) kerana menyebarkannya dan mengajarkan orang lain supaya faham Islam dan tuntutannya, mendapat ganjaran pahala yang amat hebat. Malangnya, hari ini begitu ramai orang yang dinobatkan sebagai ‘ulama’ (=orang yang berilmu) atau yang akui diri mereka beriilmu atau ‘alim, berdiam diri, tidak mengajarkan orang lain walaupun diberi peluang dan keudahan yang banyak. Lebih teruk lagi, orang yang sedemikian itu hanya bersedia menyampaikan ilmu yang mereka ada atas dasar imbuhan – lebih banyak bayarannyanya lebih rela mereka menyebarkannya – walhal mereka yang berilmu mengajarkannya atas dasar duniawi (= mendapat keuntungan dunia dalam bentu upah dan bayaran) – sebenarnya tergolong dalam golongan orang yang memperdagangkan agamanya dengan keuntungan yang sedikit. Merka diancam neraka. Kenapa? Kerana bukanlah tujuan Islam membekalkan ilmu kepada umatnya untuk mendapat keuntungan duniwai tetapi untuk keuntunagn akhirat. Inilah mesej hadith di atas itu. Lebih teru lagi ancamannya apabila orang yang berilmu – banyak atau sedikit – yang mengarang buku-buku agama untuk dijual sebagai pendapatan atau berceramah untuk dapatkan bayaran. Mereka yang berbuat sedemikian itu pula akan menyampaikan pelbagai tafsiran dan penjelasan dn menokok tambah pula atas dasar kebijaksanaan kepintaran akal fikiran mereka, kemudian ‘mengatakan’ apa yang dikatakannya sebenarnya aa dalam al-Quran atau as-Sunnah, lebih bahaya lagi. Mereka akan digolongkan sebagai orang yang berbohong dalam Islam. Bohong kerana menyatakan sesuatu yang tidak dikatakan (atau, terdapat) dalam al-Quran atau as-Sunnah! Ajaran sest, ajaran menyimpang, ajaran yang bercorak bid’ah adalah satu-satunya ajaran yang tidak berlandaskan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, malah membelakangkan as-Sunnah sehinggakan ramai ‘ulama’ yang berani membuat preskripsi amalan dan ibadah – dari segi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan akedah beramal - tanpa di dasari oleh ketetapan as-Sunnah. Contoh: Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap bid’ah adalah salah dan batil dan suatu kesestan dalam agama, namun ramau ‘ulama’ yang berni berhujjah bahawa wujud apa yang mereka kalisfikasikan sebagai ‘bid’ah hasanah’, wahal Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberi peringatan bahawa semua atau setiap bid’ah adalah batil dan kesesatan, tanpa terkecuali! Ramai pula ‘ulama’ yang menidakkan bahawa pakaian lelaki yang menutupi kedua buku lali mereka itu tidak salah asalkan tidak dengan niat menyobong diri atau berbangga-bangga dengan pakaiannya. Walhal, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ecara hakikinya melabuhkan pakaian bawah lelaki adalah suatu kesombongan atau dengan niat hakiki membanggakan diri. Kalaupun tak beriat seemikian, namun tetap ketetapan Islam adalah lelaki Islam tidak boleh melabuhkan pakaian bawahnya. Jika dilabuhkan, solatnya tidak diterima. Dan, secara otomatis dianggap sombong dan bongkak. Demikian juga halnya lelaki yang memakai sutera. Larangan Islam yang Nampak (seemingly) remeh tapi mempunyai implikasi yang besar, kerana akibatnya terlepas dari syurga, wal iya zubillah. Hanya ilmu dan kefahaman ilmu akan memberi petunjuk dan kewaspadaan kepada orang iman.]

Jazakallahu khairah

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam menyediakan diri kita menjadi umat Islam yang baik, kita wajib faham peranan ilmu dalam kehidupan manusia. Ilmu penting untuk dunia. Ilmu lebih penting untuk akhirat. Justeru itu, kiat disuruh belajar ilmu atau ilmukan diri kita. Dan, bagi mereka yang berilmu pula menjadi kewajipan padanya menyampaikan ilmu dan mengembangkannya, supaya orang lain dapat ilmu bagi memabntu mereka menyediakan diri untuk kehidupan akhiart.

Sampaikan Ilmu

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Amru sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ballighu ‘anni walau ayatan … al–hadith.’ (Yang bermaksud: Sampaikanlah dariku (Nabi) walaupun hanya satu ayat …) [Hadith Bukhari, dalam Kitab Hadith para nabi]
[Nota: Umat Islam itu diwajibkan mencari ilmu dan belajar ilmu supaya mereka faham Islam, faham syariatnya yang haq dan faham mereka bahawa segala amalan dan ibadah, bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya adalah diperjelaskan serta ditetapkan spesifikasinya oleh Allah (a.w) dan diprjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada manusia. Dengan itu tidaklah manusia itu beramal dan beribadah dalam kejahilan.
Malahan, manusia diperingatkan oleh Allah (a.w) banyak perkara yang asas (basic) dan fundamental, antaranya; pertama, Allah (a.w) itu tuhan yang esa; kedua, Allah (a.w) sahajalah tuhan yang berhak dan wajib disembah oleh manusia, dan tidak boleh manusia itu menyembah sebarang perantaraan dalam menyembahNya; ketiga, tujuan manusia itu diberi peluang hidup di dunia adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka – dengan mengerjakan apa-apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang ditegah. Jika mereka telah akur dengan ketetapan tersebut, maka bebas melalukan segala sesuatu demi dunianya. Keempat, segala amalan dan ibadah manusia dan segala kebaikan yang mereka lakukan di dunia untuk dirinya, keluarga, kaum kerabatnya dan manusia sjagat, hendaklah semata-mata bertujuan untuk mentaati perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dengan niat mukhlis atau ikhlas kerana Allah (.w) semata-mata, walaupun hakikatnya manusia itu ‘dipaksa oleh Allah (a.w), untuk mengabdikan diri mereka. Manusia sebenarnya tiada pilihan dalam pengabdian dan penyembahan dan mengerjakan perintah dan suruhan, namun mereka wajib berniat bahawa segala-galanya kerana Allah (a.w), mencari kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan takutkan siksaan Allah (a.w), i.e. masuk neraka. Niat itu telah disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra: ‘… wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu …’ (Yang bermaksud: kerana mencari kerhmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan Allah (a.w)), kerana tak kerjakan pasti di azab di akhirat. Itulah niat hakiki yang ditetapkan oleh Allah (a.w) sendiri. Kelima, dalam mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), manusia diperingatkan bahawa segala amalan dan ibadah serta kebaikan yang mereka lakukan, hendaklah berdasarkan ilmu bukan dalam kejahilan, kerana tanpa ilmu amalan dan ibadah serta kebaikan (=amal soleh) tidak diterima dan tidak mendapat pahala. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra’: ‘… wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun …’ (Yang bermaksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu (maksudnya, amal dan ibadah dan segala perbuatan dan perlakuan termasuklah apa-apa yang dikatakan), kecuali berdasarkan ilmu. Kerana amalan dan ibadah serta kebaikan yang dilakukan dalam kejahilan tidak diberi pahala, rugi semata-mata. Keenam, sebarang amalan dan ibadah dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia yang tidak menerima Islam sebagai agamanya, tidak berguna untuk akhiratnya, kerana tidak diterima Allah (a.w). Justeru itu, amalan dan ibadah serta kebaikan manusia semasa di dunia hanya laku dan diterima Allah (a.w) kalau dia Islam. Malah, kalaupun mereka kaya, memiliki harta yang nilainya seumpama bumi dan seisinya, digandakan, dan didermakannya untuk kebaikan manusia sejagat, tidak diberi pahala, kalau tidak Islam. Dan, manusia diperingatkan, kalau tidak Islam, di akhirat nanti mereka yang kaya sedemikian, tidak dapat menebus dari terkena siksaan neraka dengan menukarkannya sebagai ganti supaya dibebaskan dari siksaan neraka, kalaulah mereka tidak Islam. Malahan orang Islam, yang sekaya itu, tidak akan mendapat sebarang manfaat dari harta mereka, kalaulah mereka Islam tetapi Islamnya tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan menepati bentuk, kaedah dan cara yang ditetapkan dalam as-Sunnah. Ketujuh, al-Quran itu adalah kitab panduan untuk semua manusia, semua zaan sampailah kiamat dunia. Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w) kepada semua manusia dan semua zaman sehingga kiamat dunia, justeru itu, walaupun beliau sudah awafat, as-Sunnah (= sunnah beliau) kekal menjadi panduan umat Islam sepanjang zaman. Kedelapan, manusia itu wajib anuti Islam, wajib mengabdikan diri (yang manifestasinya adalah beramal dan beribadah dan akur secara murni tanpa mengubah dan meminda atau mencampuradukkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kerana sebarang pencemaran dalam amalan dan ibadah membatalkan amalan dan ibadah – tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran pahala, malah merosakkan akidah dan membatalkan keIslaman mereka yang beramal dan beribadah dengannya. Justeru itulah, amalan syirik, tahyul, kurafat, dan ‘bid’ah’ serta taklid membahayakan aqidah dan ibadah. Kesemua ini difahami hanya dengan ilmu. Maka dengan itulah manusia wajib faham al-Quran dan umat Islam wajib ilmukan diri mereka dngan ilmu al-Quran dan as-Sunnah bukan dengar cakap sianu dan sifolan.

Jazakallahu kahirah

Jadilah orang Islam yang baik ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu kita telah sebutkan bagaimana hendak menjadi seorang Islam yang baik dengan berfokuskan kepada dimensi ilmu. Hari ni kita lihat suatu perspektif yang lain.
 Saudara, dalam Islam sahnya Islam kita kalau kita menepati preskripsi Allah (a.w) - berdasarkan al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah - iaitu amalan dan ibadah kita itu kesemuanya, tanpa pengecuaian, adalah didasarkan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan kita Islam dalam bentuk realiti atau praktikalnya berjema'ah. Kalau tidak segala amalan dan ibadah kita takda gunanya. Sahnya amalan kita kalau kita dasari apa yang kita amalkan itu dengan ilmu. Jadi tanpa ilmu, segala amalan kita tidak diterima Allah (a.w). Kita telahpun lihat firman Allah (a.w) dahulu dalam post yang lalu, iaitu: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yang bermaksud: janganlah kamu kerjakan (i.e. buat, amal, ibadahkan dan lakukan lain-lain) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.) - Ayat 57, Surah al-Isra'. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah.) Kerana, kita diberitahu bahawa amalan dan ibadah tanpa didasari dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah tidak diterima. Sebaliknya, kita juga telah tahu dalam post yang lalu, bahawa apa-apa amalan dan ibadah yang didasari oleh ilmu tersebut, kalaupun cacat atau salah tetap diberi oleh Allah (a.w) satu pahala kerana mengamalkannya atas dasar ilmu. Sebaiknya, kalau kita amalkan atau kerajakan suatu ibadah dalam kejahilan - yakni tanpa kita sendiri belajar ilmu mengenai amalan atau badah tersebut - kalaupun betu tetap dikira salah, tidak diterima, dan kalau salah tetap salah. Jelaslah, ilmu mengesahkan apakan kita dapat pahala atau tidak dalam mengerjakan amalan.

Yang memanfaatkan seseorang setelah matinya

Saudara, dalam hadith ini, kita diberitahu satu perspektif lain dalam perkara ilmu. Kita diberitahu dalam hadith apakah pelaburan akhirat yag boleh kita jadikan amalan kita demi mencari kesejahteraan akhirat, seolah-olah kita menabung untuk mendapat dividen akhirat yang memberatkan timbangan (mizan) apahal kita. Disebutkan tiga dimensi, iaitu sedekah dan infaq fi sabilillah, ilmu yang kita kembangkan, dan anak-anak yang soleh/solehah yang kita berjaya didik dalam Islam menepati al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza matal-insanun-qata’a ‘anhu ‘amaluhu illa min thalathati asy-ya-an min sodaqatin jariatin au ilmin yuntafa’u bihi au waladin solihi yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati seorang manusia (yang Islam) maka putuslah ‘amalnya kecuali dari 3 hal, iaitu (pertama) sedekah jariahnya, dan (kedua) ilmu yang diambil manfaat (oleh orang lain) (yakni, yang dikembangkannya atau disebarluaskan olehnya) dan (ketiga) anak yang soleh yang mendoakan padanya.) [Hadith Muslim, Kitab Zuhud]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat manusia yang Islam dan beriman bahawa manusia itu membuat persediaan atau menyediakan bekalan untuk kebajikan akhirat mereka ketika masih bernyawa. Setelah datang ajalnya, dan mati mereka, tidak ada lagi peluang untuk menambah bekalan untuk akhirat. Maka dengan itu apabila mati seseorang yang Islam it, hanya tiga perkara yang boleh menfaatkan akhiratnya, walaupun dia tiada lagi di dunia, iaitu: pertama, sedekah jariah yang dikeluarkannya atau dibelanjakannya semasa hidupnya, demi agama Islam dan umat Islam, i.e. urusan fi sabilillah, yang kekal mengalirkan pahala sebagai dividen akhiratnya yang tidak putus, walauypun dia tiada lagi di dunia; kedua, ilmu mengenai Islam (yakni, ilmu al-Quran dan imu as-Sunnah) yang dimanfaatkan olehnya semasa hidupnya kepada orang lain, yang akan terus mengalirkan dividen akhirat selagi ada orang yang diilmukannya; dan ketiga, anak-anaknya yang soleh (perempuan solehah) yang mendoakan kesejahteraan bagi kedua ibubapanya ketika mereka hidup walaupun kedua bu bapanya sudah meninggal. Namun, doa anak-anak yang diterima Allah (a.w) hendaklah terlebih dahulu anak-anak tersebut merupakan orang Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka berjema’ah. Kalau anak-anak mereka tidak memenuhi syarat-syarat terebut, doa-doa mereka tidak ada gunanya. Kalau kedua ibu bapanya adalah Islam menepati preskripsi kemurniaan yang disebutkan – i.e. berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan dijema’ahkan dan tidak dicemari oleh sebarang perkara yang mebatalkan amalan dan ibadah mereka – maka doa tersebut diterima Allah (a.w) dan memanfaatkan anak-anaknya.] 
Saudara, infaq fi sabilillah itu tidak terhad kepada orang kaya dan berharta saja, kerana siapa saja boleh melabur untuk akhirat melalui infaq fi sabiillah itu. Segala sumbangan saudara untuk mengembangkan dan melestarikan jema'ah as-sunnah yang menepati al-Quran dan as-Sunnah adalah infaq fi sabilillah yang merupakan pelaburan akhirat, yang dividennya diperolehi di ahirat nanti. Membentuk anak-anak yang soleh dan solehah menepati al-Quran dan as-Sunnah adalah juga pelaburan akhirat bai kita, selagi mereka hidup. Infaq fi sabilillah yang melestarikan Islam selama-lamanya seperti sumbangan kepada masjid, surau, tempat-tempat pengajian akan kekal selagi infra dan fasiliti tersebut kekal digunakan.
 

Jazakallahu khairah



Monday, August 19, 2013

Jadilah orang Islam yang benar ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, Ilmu itu amat penting. Kerana hanya dngan ilmu kita faham segala sesuatu. Bagitu juga dalam Islam, ilmu itu memberikan kita kefhaman dalam Islam dan dngan kefahaman tersebut, kita lebih mampu menyediakan diri untuk dunia dan untuk akhirat. Tanpa ilmu, kita kecundang di dunia, dan lebih-lebih lagi di akhirat. Maka dengan itulah Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu atau mengaji. Kalau tak belajar atau mengaji, mendapat dosa percuma sahaja setiap saat. Apabila kita luangkan masa untuk mengaji atau belajar ilmu yang haq dalam Islam, maka kita terlepas dari dosa, dan diberi bonos pahala yang amat banyak pula. Orang yang tahu Islam yang benar itu sentiasalah dia mendapat pelbagai keuntungan - pahala yang berbagai-bagai - ketika melakukan sesuatu yang kelihatan insignificant dan tidak fundamental.

Keuntungan Mengaji/Belajar Ilmu

Saudara, kita lihat hadith berikut, bilamana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa seseorang yang mengilmukan dirinya akan berjaya menyempurnakan keIslaman dan keimanannya serta ketaqwaannya. Maka pastilah dia terpandu untuk mendapat syurga di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu beberapa perkara pula. Pertama, seseorang Islam yang menolong seseorang yang lain dalam urusan dunia yang menyusahkan atau menyulitkan diri seseorang itu, maka Allah (a.w) pasti menolongnya ketika di dunia dan ketika di akhirat dari suatu ksusahan yang dihadapinya. Kedua, seseorang yang memudahkan sesuatu yang sulit atau menyulitkan seseorang itu ketika hidupnya, maka Allah (a.w) akan memudahkan sesuatu yang menyulitkannya di dunia dan di akhirat kelak. Ketiga, yang relevan sekali untuk tajuk atau topik perbincangan kita dalam post ini, iaitu ilmu. Sesiapa yang menyempatkan dirinya mencari imu, maka Allah (a.w) memudahkannya jalan mendapat syurga di akhirat kelak. Keempat, sesiapa yang berada dalam perkumpulan majlis ilmiu,  para malaikat berbangga dan mengelilingi mereka dena mendoakan kebaikan bagi mereka yang terlibat, dan Allah (a.w) turunkan ketengangan di kalangan mereka. Kelima, sesiapa yang tidak bersungguh mencari ilmu dan mengilmukan dirinya dengan ilmu akhirat, maka Allah (a.w) tidak akan memudahkan dia mendapat perubahan yang positif terhadap nasibnya di dunia dan di akhirat. Dia dibiarkan oleh Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalanannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, tidak berusaha memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, dalam hadith berikut pula, kita mendapat tahu bahawa sesiapa yang datang ke masjid atau suatu tempat pengajian ilmu untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka orang yang mengajar ilmu dan yang belajar ilmu seumpama berada dalam urusan fi sabilillah. Kalau dia datang ke tempat pengajian ilmu bukan kerana mencari ilmu, maka dia dapat apa yang dilihatnya sahaja, tidak dapat manfaat dari ilmu tersebut sama ada di dunia ataupun di ahirat.
Malah dalam sepotong hadith lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berjalan suatu jalan untuk pergi ke tempat pengajian ilmu, ditakdirkan dia mati dalam perjalanan tersebut, kematiannya dikira seolah-olah mati syahid. malah setiap wang ringgit yang dibelajakannya kerana mencari ilmu itu dikira infaq fi sabilillah, diberi ganjaran pahala sebagaiana infaq atau menginfaq, bersedekah bag membela agama Allah (a.w). Demikianlah besarnya pahala mengaji dan belajar ilmu itu. Satu bentuk pahala yang diabaikan oleh majoriti umat Islam .. dibiarkannya 'pahala terpijak'.  
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendegar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang ke masjid ini (yakni, masjid nabi atau Masjid Madinah, atau, dalam konteks sekarang, mana-mana tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah) tidak datang dia kecuali kerana (mencari) kebaikan belajar (daripada orang yang mengajar) ilmu atau mengajar (orang yang datang) ilmu, maka dia (yang mengajar dan mengajarkan ilmu adalah) berada dalam jalan Allah (a.w) (fi sabilillah). Dan barangsiapa datang kerana tujuan selainnya maka dia bertempat di kalangan orang-orang lelaki melihat ia kesenangan yang selainnya (yakni, selain fi sabilillah).’ [Hadith ibnu Majah] 
Saudara, mudah-mudahan post kali ini direnung dan diambil pengajaran, kerana amat menguntungkan kita kalau kita manfaatkan sedikit ilmu yang kita diberitahu ini.
Jazakalahu khairah

Jadilah orang Islam yang benar ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita - atas dasar ketetapan al-Quran dan as-Sunah - tajuk/topik di atas itu. Tujuannya supaya kita benr-benar berjaya di akhirat kerana kita berada di atas 'siratul mustaqim', kita bermal dan beribadah di dasari ilmu yang benar, dan kita berjayadi akhirat secara pasti.

Ilmu dan Ulama’

Saudara, Islam itu utamakan ilmu. Maka dengan itu dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang Iman terbaik itu adalah orang yang berusaha sekuatmampunya untuk berjaya di dunia dan untuk berjaya di akhirat. Ali b Abi Thalib (r.a) berkata bahawa untuk berjaya di dunia perlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat perlukan ilmu, dan untuk berjaya kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu. Takda orang yang berjaya di dunia tanpa ilmu. (Ingat! Ada ilmu bukan bermaksud atau terhad kepada ilmu akademik, tapi ilmu dalam perkara atau bidang tersebut. Untuk berjaya di akhirat sebagai contoh wajib ada ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.) Demikian juga dengan kejayaan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan, ilmu untk akhirat iu sudahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Malah, Allah (a.w) sudahpun bagi kita tahu apakah ilmu untuk kejayaan akhirat itu.
Sehubungan itu jugalah manusia telah diberitahu kepada soalan-soalan yang fundamental dalam Islam, spt bagaimana nak dapatkan syurga? Kita dah diberitahu. Adakah jalan pintas ke syurga? Kitapun dah diberitahu. Allah (a.w) menyoal kita, tapi jawapannya dah pun diberi. Dalam Islam kesemua soalan untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat telah dibocorkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Yang perlu untuk mendapat jawapan terhadap apa jua kemusykilan agama, belajarlah al-Quran dan kitab hadith, dari orang yang faham, kemudian kita boleh rujuk kembali jawapan kepada sesuatu permasaalahan agama. Tapi, janganlah buka dan baca sendiri dan fahami sendiri tanpa berguru! Belajarlah dulu daripada guru yang tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yang faham, yakni belajar ilmu dari orang yang faham) dan sesungguhnya orang yang taqwa (i.e. takutkan Allah (a.w) itu) adalah hamba-hambaNya yang berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Hadith ini sering dibacakan oleh para ulama’ dan ilmuwan yang mengajar dalam sesi kuliyah Maghrib atau Subuh atau dalam ceramahnya. Mereka merasa bangga kerana kalimah ‘ulama’ itu kononnya merujuk kepada mereka. Begitu jugalah kalimah ‘ulama’ adalah 'pewaris para nabi’, dalam al-Quran, juga merujuk kepada golongan mereka. Tapi mereka silap mentafsirnya. Hadith ini menyebut bahawa orang yang bertaqwa itu adalah ‘para ulama’. Justeru itu, golongan ‘ulama’ itu ditinggikan darjat kedudukannya dalam Islam sebagai orang bertaqwa itu semestinya ‘ulama’, dan orang yang memainkan peranan sebagai ‘pewaris para nabi’, juga golongan ‘ulama’.
Ada kebenaran dan ada juga kekeliruan di kalangan ulama’ dan ilmuwan dalam perkara ini. Kekeliruan dalam netafsirkan kalimah ‘ulama’ timbul kerana kefahaman kita siapakah yang layak dianggap atau dinobatkan sebagai ‘ulama’. Kalimah ‘ulama’ adalah merujuk kepada golongan orang yang berilmu sebagaimana para nabi adalah orang yang diwahyukan serta diilhamkan oleh Allah (a.w) ilmu yang lengkap lagi sempurna tentang syariat agama Allah (a.w) yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka untuk sampaikan kepada umat mereka dan membimbing mereka kea rah mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan betul dan tidak menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yang dimandatkan atas mereka. Dalam Islam, jelaslah sesiapa yang memiliki ilmu yang lengkap dan sempurna menegnai Islam dan syariatnya adalah layak digelar ‘ulama’. Malah mereka inilah yang dimaksudkan dalam ungkapan tersebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Para rasul dan nabi tidak mewariskan umatnya harta atau kekayaan atau ilmu duniawi. Mereka mewariskan ilmu mengenai agama Allah (a.w) – mengenai perintah dan larangan Allah (a.w) serta bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah yang sejajar dengan ketetapan Allah (a.w). Mereka membmbing umatnya dalam realiti duniawi mengabdikan diri kepada Allah (a.w) supaya cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat, maksudnya supaya berjaya di daua alam kehidupan tersebut. Mereka membimbing umat mereka supaya seramai mungkin menerima syariat agama Allah (a.w), ditunjukkan ‘siratul mustaqim’ dan berjaya menyediakan bekalan untuk akhirat, dan berjaya di akhirat – mendapat syurga dan selamat dari neraka. Supaya umat mereka berjaya dan cemerlang dalam dua perspektif kehidupan ini. Demikianlah Rasulallah (s.a.w). Dia membawakan syariat agama Allah (a.w) kepada manusia, mengajar dan menjelaskan bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan akedah beramal dan beribadah, dan bagaiman menjadi umat Islam yang ulong dalam dunia, berjaya di dunia dan berjaya juga di akirat. Nabi Muhammad (s.a.w) diberi ilmu dan diajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya melali wahyu atau melalui kedatangan Jibril (a.s), jika sesuatu itu perlu didemokan dan ditunjukkan kaedah dan cara melaksanakannya. Justeru itu, Rasulallah (s.a.w), sebagaimana para rasul dan para nabi terdahulu, mewariskan ilmu mengenai agama Allah (a.w) dan ilmu bagaimana mengabdikan dir kepada Allah (a.w) tahap terbaik, dan bagaiman kesudahan manusia di akhirat – yang berjaya atau yang gagal. Justeru itu, ilmu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah dua, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Individu yang boleh diakui ‘ulama’ atau ‘pewaris para nabi’ adalah mereka yang sempurna dan lengkap ilmu al-Quran dan ilmu as-sunnah. Orang yang tidak memiliki ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang sempurna belum layak dipanggil ‘ulama’. Juga, para nabi tidak berani mengubah syariat agama Allah (a.w) yang dimandatkan kepada mereka. Demikianlah Isa (a.s) memberitahu umatnya, kaum Bani Israil. Dan, begitulah juga Nabi Muhammad (s.a.w) menyampaikan syariat Islam kepada manusia zamannya, tanpa membuat sebarang perubahan atau penyesuaian kepada ketetapan Allah (a.w), dalam al-Quran dan ketetapan yang diwahyukan kepada beliau melalui as-Sunnah. Orang yang berilmu dan bertindak sedemikian rupa sahaja yang layak dinobatkan sebagai ‘ulama’ dalam Islam. Ramaikah?
Mesej hadith ini simple dan straight forward, iaitu pertama, ilmu mengenai Islam itu hanyalah didapati dengan belajar (ilmu yang benar – iaitu al-Quran dan as-Sunnah); kedua, hendaklah belajar dari guru yang faham tentang kedua ilmu tersebut (dan dia mendapat ilmu melalui sistem dan kaedah yang sama, sistem dan kaedah manqul (= berguru secara berdepan); dan ketiga, orang yang taqwa itu (= takutkan Allah (a.w)) adalah para ‘ulama’ (i.e. orang yang berilmu – bukan sebarang ulama’ atau sebarang ilmu tetapi ulama’ yang alim dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang didapatinya mengikut kaedah yang benar, iaitu sistem manqul, dipelajari secara berguru dengan membuka kitab al-Quran, kalau ilmu al-Quran, atau membuka kitab hadith kalau belajar ilmu al-Hadith. Ilmu dalam Islam tidak boleh dipelajari dengan membaca sendiri mana-mana kitab, seumpama membaca kitab tafsir al-Quran untuk mengetahui mesej al-Quran atau membaca kitab tafsir hadith untuk mengetahi as-Sunnah. Sahnya ilmu dalam Islam hanyalah dengan mengaji secara berdepan dengan guru (secara mangkul). Guru tersebut hendaklah juga memperolehi ilmunya melalui proses yang sama. Dengan berdepan itu guru dan murid boleh sama-sama memerhatikansat membuka kitab (al-Quran atau kitab-kitab hadith) dan memerhatikan satu sama lain, nasihat menasihati dan ingat serta memperingati satu sama lain, tentang maksud sebenar atau ketetapan sebenar mana-mana ketetapan atau perintah dan suruhan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itulah ilmu tidak boleh dipelajari melalui maya dengan melayari internet, membaca pandangan sianu dan sianu dalam kitab-kitab karangan manusia, tanpa diketahui apakah ilmu yang merka ajarkan kepada kita itu benar atau semata-mata berdasarkan pandangan atau pendapat atau citarsa orang yang mengajar.
Ilmu itu amat utama dalam Islam kerana Allah (a.w) membuat ketetapan bahawa hendaklah beramal dan beribadah hanya dengan didasari ilmu – Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Beramallah dan beribadahlah hanya dengan ilmu’. Jangan beramal dan beribadah dalam kejahila, yakni tanpa ilmu. Atau, jangan beramal dan beribadah atas dasar ikut-ikutan, yakni ikut orang walhal kita tidak pasti apakah orang yang kita ikuti itu memiliki ilmu yang haq. Ilmu yang haq tentang Islam – amalan dan ibadah dan segala sesuatu mengenai tuntutan Islam – adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Ketika tengok orang buat kita buat. Kita dengar orang cakap itu dan ini, begitu dan begini, kita amil pakai dan buat, walhal orang yang bercakap itu sendiri jahil ilmu. Jika kita buat begitu maka kita rugi. Allah (a.w) berfirman bahawa hendaklah kita amalkan dan ibadahkan atau lakukan sesuatu hanya dengan ilmu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hendaklah kita ilmukan diri kita dahulu sebelum kita berbuat amalan dan mengerjakan sesuatu ibadah. Dan, ilmu itu hendaklah dipelajari dari guru yang faham dengan belajar secara berdepan dengan membukan al-Quran atau dengan membuka kitab-kitab hadith. Haya dengan cara itu kita tahu sumber ilmu itu datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Ilmu itu sah kerana terdapat sanad yang sah sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalaulah kita buat sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan (i.e. tidak didasari oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kalaupun amalan itu tepat atau betul sebagaimana yang terdapat dalam ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, tetap amalan atau ibadah itu dikira salah, maka tidak diterima. Sebaliknya pula, kalaulah kita berilmu, kemudian kita laksanakan sesuatu amalan dan ibadah berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah tersebut, namun kita melakukan kesalahan dalam amalan tersebut, tetap kita diberikan satu pahala. Maksudnya, amalan kita itu sah. Kalau dengan ilmu itu kita kerjakan amalan, dan betul mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita diberi dua pahala - satu pahala kerana mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah dengan betul, dan satu lagi kerana kita kerjakan amalan dan ibadah tersebut di dasari dengan ilmu yang betul. Alangkah untungnya kita kalaulah kita lakukan segala sesuatu dalam Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' itu, yakni tahu ilmunya kemudian kerjakan. jangan kerjakan atas persangkaan - ikut-ikutan, tengok orang buat kita buat dan sebagainya. Maka dengan itu kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa kalau kita katakan sesuatu atau tafsirkan sesuatu ayat al-Quran tanpa ilmu kalaupun betul dikira salah. Maka dengan itulah wajib kita ilmukan dahulu diri kita mengenai setiap amalan, maka baru kita amalkan. Hanya dengan cara dan kaedah itu amalan dan ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).]

Jazakallahu khairah

Saturday, August 17, 2013

Jadilah orang Islam yang benar, ...(Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung sedikit lagi apa yang kita telah faham dalam post sebelum ini, dengan meneliti beberapa perkara fundamental lagi asas berikut.

Ilmu, Amalan dan Islam

Saudara, dalam menyebut tentang pakaian bagi umat Islam dalam post yang lalu, semuanya itu berdasarkan ilmu. Dan ilmu yang dijadikan dasar ketetapan syariat Islam itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Melihat lebih jauh dan lebih mendalam lagi, adalah hadith yang fundamental berikut sebagai panduan kita setiap masa, tak kira dimana kita berada.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
[Nota: Hidupnya Islam secara amnya bergantung kepada sejauh mana umat Islam itu diberikan atau memiliki ilmu mengenai agamanya dan menyediakan diri mereka untuk akhiratnya berdasarkan dan berpandukan ilmu tersebut dan berusaha dia memperbanyakkan bekalan untuk akhiratnya. Hidup keIslaman yang kental atau rapuhnya keImanan seseorang yang Islam itu juga bergantung kepada sejauh mana dia mempunyai ilmu akhirat dan memahami ilmu akhirat tersebut, dan mengamalkan segala sesuatu yang dituntut oleh Islam sekuat mampunya. Kalau dia jahilkan ilmu akhirat, maka berkuburlah Islamnya, kosong dalamannya, hanya luarannya dia nampak (seemingly) Islam, tapi isi keIslamannya dan keImanannya kosong semata-mata. Islam mati dalam hidupnya dan rohnya. Tanpa ilmu akhirat tersebut rapuh atau goyah, malah tumbanglah tiang keImanannya. Maka dengan itu lahiriah nampak Islam, dari segi batiniah dia tak lebih dari orang yang tidak Islam. Maka, kalau dia memegang jawatan bersifat keagamaan dia tidak faham Islam maka dia akan menyulitkan dakwah dan menghalang-halangi usaha memurnikan Islam apabila ada golongan yang berusaha menyedarkan orang Islam tentang tuntutan agamanya yang haq dan dalam usaha mereka memertabatkan ilmu akhirat kepada orang Islam.
Berapa ramaikah orang Islam yang benar-benar tahu dan faham bahawa segala amalan dan ibadah yang mereka lakukan hanya valid diterima Allah (a.w) kalaulah dia beramal dan beribadah dengan sandaran ilmu yang haq? Ilmu yang haq itu hanya didapati dari sumber yang haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kefahaman dalam ilmu yang haq tersebut hanya boleh didapati oleh mereka jika mereka belajar daripada orang yang tahu dan faham ilmunya dan cara dan kaedah mengamalkannya. Berapa ramaikah orang Islam hari ini yang belajar ilmu yang haq tersebut? Maksudnya berapa ramaikah umat Islam hari ini memberi perhatian kepada menyempatkan diri mereka belajar al-Quran dan as-Sunnah? Majoriti umat Islam hari ini cuba memahami agama Islam melalui media yang tak diterima oleh Allah (a.w) sebagai sah. Dalam zaman maya ini bermacam-macam ilmu mengenai Islam dimuat-turun dalam internet. Ramai orang mengakui diri mereka ilmuwan atau ulama’, maka dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran mereka, mengajarkan manusia segala sesuatu mengenai Islam. Hari ini ‘Islam’ dan ‘syariat Islam’ itu sudah menjadi satu matapelajaran akademik sebagaimana matapelajaran sains aeronautika, sains kemasyarakatan, filosofi (falsafah) sehinggakan terdapat ijazah Ph D dikeluarkan oleh pusat pengajian menara gading kepada ilmuwan Islam, yang menggelarkan mereka ‘Dr’. Mereka kemudiannya dinobatkan sebagai orang yang berilmu atau ilmuwan. Mereka pula menampilkan diri sebagai orang berilmu, malah ‘pakar’ dalam bidangnya. Kalau bidangnya berkisar di sekeliling Islam dan syariatnya, maka mereka pula dianggap pakar atau ‘ahli’ atau bijak dalam masyarakatnya. Apabila diterima oleh masyarakat sebagai seorang yang berilmu, maka lambat laun mereka dinobatkan sebagai ‘ulama’ (=orang yang berilmu). Maka ramailah manusia yang menjadi pengikut mereka. Ramailah menerima panduan mereka. Oleh kerana kepintaran serta pengaruh golongan ini, maka dia akan menggunakan kebijaksanaannya dalam mentafsir dan mendetailkan sesuatu ketetapan dan hukum Islam walaupun tiada sandaran al-Quran atau as-Sunnah. Akhirnya, ramailah yang menganggap ajaran mereka benar dan pengikutnya mengamalkannya. Inilah satu-satunya sebab Rasulallah (s.a.w) menyebutkan dalam hadith bahawa apabila manusia tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka mengutamakan kepintaran otak dan fikiran, maka manusia meminta keputusan dan panduan dan fatwa dari mereka yang seemingly berilmu, dan mereka memberi fatwa tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, maka sesat mereka dan mereka pula menyesatkan orang lain.
Ilmu yang didapati cara sedemikian dan dari sumber yang sedemikian, tidak mengesahkan ilmu dan membenarkan amalan. Maka dengan itulah Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah an-Nisa’ ‘ … wala taqfu ma laisa bihi ilmun (Yang bermaksud: Janganlah kamu (Muhammad dan umatmu) kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu memiliki ilmu mengenai apa yang kamu kerjakan (amalkan dan ibadahkan)). Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu yang haq dalam Islam itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith). Beramal dan mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah tanpa didasari oleh ilmu tersebut adalah batal. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita bahawa neraka wel (atau celakalah) seseorang yang beramal tanpa ilmu (i.e. mengerjakan amalan dalam kejahilan, yakni tidak mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mengamalkan sesuatu amalan), dan neraka wellah (i.e. celakalah) seseorang yang berilmu (i.e. memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah) tetapi tidak mengamalkan ilmunya (atau tidak beramal menggunakan ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang ada padanya).
Dalam urusan aqidah dan syariat Islam, khususnya perkara amalan dan ibadah – yang fardu mahupun yang sunat – ilmu yang wajib dipelajari, difahami dan dijadikan dasar serta kaedah beramal dan beribadah hanyalah dua – al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yang sah dijadikan panduan (serta bentuk, kaedah dan cara mengerjakan) amalan dan ibadah adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu ilmu yang sumbernya selain al-Quran dan as-Sunnah tidak mengesahkan amalan dan ibadah. Itu hanya atas landasarn persangkaan semata-mata. Dan, Allah (a.w) memberitahu bahawa persangkakaan bukan haq tetapi kebatilan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan, walaupun amalan atau ibadah itu betul, tetap dikira salah. Jika seseorang itu beramal dengan berdasarkan ilmu yang haq, walaupun salah amalannya, tetap diberikan satu pahala kerana mengamalkannya berdasarkan ilmu yang haq, dan kalau diamalkan dengan betul pula diberikan dua pahala. Itulah bezanya beramal berpandukan sumber ilmu dan kaedah mengilmukan diri secara sah dalam Islam.
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya supaya mengaji atau mempelajari ilmu. Malah wajib bagi seseorang yang mengakui dirinya seorang Islam yang beriman itu mencari, mengaji dan beramal dengan ilmu tersebut. Jika Islam tapi tidak mengaji atau menyempatkan masa belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), maka dia mendapat dosa setiap saat! Sebaliknya, sedikit masa yang disempatkan olehnya setiap hari mengaji ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) mendatangkan banyak keuntungan akhirat baginya – amalan dan ibadahnya sah dan diterima, dan diberikan ganjaran pahala, para malaikat mendoakan kesejahteraan baginya sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun mendoakan kebaikan baginya, dan dia mendapat pahala yang nilainya melebihi nilai dunia dan segala isinya (yang akan diterimanya di akhirat kelak)!
Berdasarkan ilmu yang haq itu, dia selamat dari segala sesuatu yang membatalkan amalan dan pahala amalannya kerana melakukan sesuatu yang dicemari oleh syirik (terutama syirik yang samar), kurafat, tahayul (yakni, perkara yang karut marut), bid’ah (yakni, mengubah syariat Islam) dan beramal secara ikut-ikutan. Maka dia beramal dengan kepastian bahawa segala amalan dan ibadahnya bukan sahaja mendapat pahala, bahkan pahala yang maksimum berdasarkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ramai orang tak sedar yang dia muflis di akhirat. Muflis kerana beramal dan beribadah tapa ilmu, tak diterima amalan dan ibadahnya. Maka dalam Kitab Catatan Amalannya kosong. Muflis kerana amalan dan ibadah yang tercemar atau dicemari oleh perbuatan syirik, kurafat, kepercayaan tahyul, bida’ah dan taklid. Juga dicatitkan kosong dalam Kitab Catatan Amalan kita. Malah lebih bahaya. Beramal tanpa ilmu, tak dapat pahala. Beramal tapi tercemar, tak dapat pahala. Lebih bahaya, batal segala amalan dan ibadah lain. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya tentang bahayanya bid’ah. Tapi, amat malang hari ini majoriti umat Islam menyangsikan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini, malah kuat dan tegas berhujjah sebaliknya, wal iyazubillah min zalik.]
Saudara, selanjutnya hadith berikut juga menyebut tentang isu atau perkara yang berkaitan. Mudah-mudahan kita dapat kefahaman yang sewajarnya dalam beragama, demi kebajkan akhirat kita, insya Allah.
Diriwayatkan hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Akan datang suatu fitnah (cubaan yang berat kepada umat Islam) dimana seorang lelaki (yakni, orang iman) beriman ketika pagi hari dan menjadi kafir di petang hari; kecuali orang yang dihidupkan Allah (a.w) dengan ilmu (yakni, ‘alim dan faham dia tentang Islam berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah kerana dengan panduan dua ilmu tersebut dalam beribadah dan beramal serta menjalani kehidupan duniawinya dia faham mana yang haq = benar dan mana yang batil).’ [Hadith at-Termidzi]

Jazaklallahu khairah

Jadilah Orang Iman yang benar, bukan pak turut ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post kali ini kita teliti suatu realiti umat Islam yang mencerminkan yang benar dengan yang batil, kerana kejahilan ilmu. Penyakit jahil ilmu ini bukanlah kiat orang biasa yang mengalaminya, tetapi para ulama' dan para ilmuan Islam, termasuk mereka yang dinobatan oleh masyarakat sebagai orang 'alim' atau 'ulama' terkenanya. Dan, sukar bagi mereka membuat pilihan yang mana benar dan yang mana batil. Dalam situasi di Malaysia ini, boleh dikatakan kesemua penjawat agama - yang mentadbir urusan masyarakat Islam - adalah orang perpendidikan tinggi, keluaran universiti tersohor dari Timur Tengah spt Al-Azhar, universiti di Jordan, di Iraq dan paling krang dari UIAM di Malaysia. Juga, terdapat mereka yang berjaya sampai mendapat Ph D dan digelar 'Dr' atau ditulis namanya dengan didahului oleh perkataan 'Dr.' Atau, paling kurang diberi tempat berceramah dalam media letronik spt Tv - TV al-Hijrah, Astro Oasis, TV 1 dan 3 dan TV 9 dan sebagainya. Masyarakat kenal mereka. Dan, jelas kelihatan ketokohan mereka dalam berceramah atau bercakap. Malahan mereka diberi ganjaran lumayan menampilkan diri di kaca TV pula! Tapi, malangnya mereka belum boleh dikatakan berilmu jika beberpa ketetapan hakiki mengenai syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mereka langgar dan remehkan atau langsung pertikaikan, wal iya zubillah.
Saudara, sebagai contoh: Islam melarang  wanita Islam menampilkan diri di khalayak ramai dalam usursan agama, walaupun mereka dikatakan berilmu. Kerana bukan tempatnya bagi wanita Islam menonjolkan dan memaparkan dirinya di depan manusia sejagat denga pakaian yan berfesyen pula dan menarik perhatian orang. Lelaki Islam pula ditegah oleh Islam memakai jubah atau pakaian yang ketika berdiri dia melebihi matakaki atau bukulalinya. Lelaki Islam dilarang memakai perhiasan diri yang diperbuat dari emas dan perak. Namun begitu ramai tokoh-tokoh tersebut memakai jubah yang labuh atau memakai jubah yang senteng tetapi anak keluarnya yang menutupi matakaki atau bukulalinya. 
Sauadar, ramai lelaki Islam, terutama yang berjawatan tinggi dan berkedudukan memakai baju yang diperbuat dari sutera - yang halus mahupun yang kasar - kerana lelaki Islam yang memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat kelak. Ini adalah ketetapan Islam. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) berdasarkan firman Allah (a.w)  pada Ayat 80, Surah an-Nisa'. Selain itu, berdasarkan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, sebarang ketetapan Allah (a.w) adalah wajib dipatuhi dan diikuti dan ditaati, dan sebarang tegahan atau larangan beliau wajib seseorang Islam itu akur dan jauhi. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melali al-Hadith bahawa seseorang lelaki Islam yang beriman itu tidak diterima solatnya kalau dia melabuhkan pakaiannya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa lelaki Islam yang memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat, maksudknya takkan masuk syurga. Walhal, segala-gala yang kita yang Islam dan beriman lakukan di dunia dalam perkara amalan dan ibadah adalah semata-mata untuk mencari keridhaan Allah (a.w), yakni mendapatkan syurga Allah (a.w) di akhirat kelak. Tapi, ramai orang Islam jahil mengenainya. Dan, para ilmuwan dan ulama' yang diakui oleh masyarakat Islam berilmu sendiri mungkin jahil atau tahu tetapi remehkan ketetapan tersebut, seolah-olah perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah optional atau tidak mempunyai kedudukan yang sama denga ketetapan al-Quran. Sepatutunya dan sebenarnya ketetapan yang wajib diterima dan dipathi dan ditaati adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Saudara, dalam perkara ini, kita sendiri keliru mengapakan para ulama' yang berbangga dengan diri mereka disebutkan oleh Allah (a.w) 'warasatul anbiya' (Yang bermaksud: pewaris para nabi.), tetapi mengabaikan ketetapan Nabi (s.a.w)? Nabi (s.a.w) tidak mewariskan dirham dan dinar, tapi mewariskan kita - terutama para ilmwan dan ulama' - ilmu, bukan status kedudukan dan gelaran di dunia. Ilmu yang diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Yang lebih utama, lmu yang menentukan apakah amlalan dan ibadah kita itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana hanya amalan dan ibadah yang menepati al-Quran dan as-Sunnah yang diterima Allah (a.w). Ini adalah hakikat yang sering dilupakan oleh kita semua. Para ilmuwan dan ulama' yang sewajarnya mewarisi ilmu sedemikian sepatutnya mwariskan pula kepada kita ilmu tersebut dan tidaklah apakai sebahagian dan tinggakan sebahagian.
Saudara, ada beberapa ketetapan Islam yang kelihatan basic agi remeh atau insignificant - bak kata manusia biasa - tapi amat fundamental kesannya kalau dibaikan. Dalam zaman silam, umat Nabi Salleh (a.s) hanya disuruh bergilir menggunakan air telaga denga lembu mukzizat Nabi Salleh (a.s). Adam (a.s) dan Hawa (a.s) hanyalah dilarang jangan menghampiri pokok larangan dalam syurga. Umat Nabi Musa (a.s) ditegah menangkap ikan pada hari Sabtu. Ini adalah larangan yang nampak remeh, tetapi tegahan dan larangan Allah (a.w) itu tidak boleh diklasifiksikan sebagai kecil, sederhana dan besar. Yang penting, hakikatnya adalah semua itu larangan.
Mudah-mudahan saudara yang membaca dan mengikuti blog ini faham apa yang penulis ingin sampaikan insya Allah.,' Insya Allah kita akan teliti sedikit lagi isu ini dalam post yang akan datang.

Jazakallahu khairah

Tuesday, August 13, 2013

Peringatan: Janganlah jadi orang Islam yang dungu ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita masih lagi dalam bulan Syawal, setelah kita beraya hari pertama pada hari Khmais, 8 Ogos 2014 yang lalu. Orang Melayu, rayanya sebulan, malah lebih dari sebulan, sehinggakan terlangsung menjamu tetamu sampai masuk bulan Zulkaidah ...
Saudara, yang utama adalah kita wajib renungkan apakah kita telah berjaya menjadi salah seorang orang Islam yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w), maka kita telah dibersihkan oleh Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan, maka kita pada 1 Syawal 1434 adalah dalam keadaan fitrah (= takda dosa lagi)? Belum tentu. Bukan secara otomatik.
Apakah sepanjang puasa dulu kita berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) kita berpuasa dengan penuh kemurnian dan ketaatan terhadap Allah (a.w)? Tidak tercemar ibadah puasa Ramadhan kita dengan perbuatan-perbuatan serta kata-kata yang tercemar dan dicemar? Apakah kita mengerjakan Solat Terawih di ikuti dengan Solat Witir tanpa mungkir setiap malam? Apakah, kita berqiamul-lail pula di malam 1/3 terakhir malam? Apakah kita mengerjakan Solat Duha ketika siang hari sekurang-kurangnya 2 atau 4 rakaat? Apakah kita membaca al-Quran secara bertadarus atau membaca sendiri? Apakah kita telah berI'ktikaf di masjid setiap malam 10 malam Ramadhan terakhir? Itu adalh pra-syarat untuk mendapat maksimum pahala dalan bulan Ramadhan.
Kalau kita sudah gagal atau belum atau kurang pasti prestasi kita dalam bulan Ramadhan yang baru lalu, kita berdoalah semoga kita ditemukan oleh Allah (a.w) Ramadhan tahun depan - 1435 dan seterusnya pula. Dan, kita berusaha sebaik mungkin untuk lebih berjaya, insya Allah.
Saudara, syarat pertama untuk mendapatkan keampunan Allah (a.w) dari puasa Ramadhan kita adalah kita mengerjakan solat. Seseorang yang tidak berolat, dia berpuasa, walau sebaik manapun puasa Ramadhannya takda gunanya, kerana tidak diterima segala amalan lain tanpa dikerjakan solat. Solat adalah tiang agama. Kalau tak solat satu waktu jatuh kafir. Kalau tak solat langsung runtuh keimanannya terhadap Allah (a.w). Maka dia tidak lagi beriman. kalau tidak beriman pastilah dia kafir.
Dan, lebih utama dalam kita bersukaria beraya ini, kita wajib peringatkan semula diri kita yang masih hidup, pesanan dan peringatan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) berikut.

Matlamat manusia – akhiratke duniake?

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Man kanat akhiratu hammahu ja’alallahu ghinahu fi qalbihi wa-jama’a lahu syamlahu wa-atathud-dunya wahaya raghimatun wa-man kanat-dunya hammahu ja’allahu faqrahu baina ‘ainaihi wa-farraqa ‘alaihi syamlahu wa-lam yaktihi minad-dunya illa ma quddira lahu.’ (Yang bemaksud: Barangsiapa yang ada menjadikan akhiratnya tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat akhir hidupnya, atau menomborsatukan matlamat akhiratnya), Allah (a.w) akan menjadikan (i.e. memberikan) kekayaan di dalam hatinya (yakni, merasai cukup dan puas dalam hatinya = contented terhadap apa-apa yang ada padanya dan apa yang diperolehinya untuk hidupnya) dan mengumpulkan baginya keperluan dunianya walaupun tidak penting baginya. Dan barangsiapa yang dunianya adalah menjadi tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat hidupnya, atau dinomborsatukan olehnya), Allah (a.w) akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya (i.e. sentiasa merasai tak cukup, walaupun dia sudahpun mewah dan kayaraya), dan memecahbelahkan (i.e. memporakpurandakan atau mempelbagaikan keinginannya terhadap) keperluan dunianya, dan tidaklah didatangkan kepadanya dunianya (i.e. apa yang didapatinya atau diperolehinya) kecuali apa yang telah ditakdirkan (i.e. qada’ dan qadarnya yang ditetapkan) baginya oleh Allah (a.w).’ [Hadith at-Termidzi & ibnu Majah]
[Nota: Qada’ dan qadar setiap manusia itu ditentukan 50,000 tahun sebelum alam ini dicipta Allah (a.w). Begitu jugalah ‘roh’ (= nyawa) setiap manusia itu diwujudkan pada masa yang sama. Dan, Allah (a.w) memerintahkan malaikat dengan izinNya jua menetapkan qada’ dan qadar bayi/manusia yang akan dilahirkan kelak, setelah pensenyawaan bibit benih lelaki (sperma) dan wanita (ovum) itu berlaku kira-kira 45 hari dalam rahim ibu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa qada’ dan qadr hanya boleh diubah dengan doa, dan doa itu dikabulkan Allah (a.w). Doa orang yang tidak kerjakan perintah Allah (a.w) dan as-Sunnah tidak diterima Allah (a.w). Demikian juga doa orang yang tidak mengerjakan amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Dan, doa orang yang makan minumnya dan pakaian sumbernya adalah batil atau haram tidak diterima Allah (a.w).

Saudara, sabda Rasulallah (s.a.w) adalah didasari oleh perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu:
Allah (a.w) memberitahu kita dalam firmannya pada Ayat 15, Surah Hud: ' Man kana yuridul hayatid-dunya wa-zinataha ... hingga akhir ayat.' (Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (= tujuan atau matlamat hidupnya) dan perhiasanannya (= segala keseronokan yang ada di dunia), pasti Kami (Allah) berikan balasan penuh (i.e. sekadar yang telah ditakdirkan baginya) atas pekerjaaan mereka di dunia (dengan sempurna atas dasar qadar itu), dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.) Namun, Allah (a.w) memberitahu selanjutnya pada firmanNya pada Ayat 16, Surah Hud: 'Ulaikal-lazina laisa lahum fil-akhirati illan-nari; wa-habita ma sona-u fiha wa-batilu ma kanu ya'lamuna.' (Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang tidak ada bagi mereka apa-apapun di akhirat kecuali neraka; , dan sia-sialah di sana apa-apa yang mereka usahakan (semasa di dunia) dan terhapuslah (pahala) apa-apa yang mereka kerjakan.) Jelasnya, segala amalan dan ibadah yang dikerjakan kononnya untuk kebajikan akhirat terbatal, tidak diterima dan tidak mendapat pahala. Maka di akhirat kelak kosong catatan amalan dalam Kitab Catatan Amalan mereka. Maka tempatnya di neraka. Umat Islam tidak dibolehkan menombor-satukan dunia (= pertimbangan-pertimbangan keduniaan, yakni mengutamakan dunia sehingga lupakan akhirat atau remehkan akhirat) dan menombor-duakan akhirat (pertimbangan-pertimbangan akhirat). Walhal, seseorang yang beriman itu berusaha untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Dunia adalah untuk menyediakan diri untuk akhirat, terutama menyediakan sebanyak mungkin bekalan di akhirat. Dan, dari kejayaan material di dunia pula memperbanyakkan infaq fi sabilillah sebagai pelaburan yang dividennya diterima di akhirat. 
Orang yang faham hakikat ini akan berusaha sedaya upaya untuk berjaya di dunia, kerana dengan kejayaan di dunia itu mereka lebih mampu menyediakan diri - dalam urusan amalan dan ibadah, terutama dalam perkara fi sabilillah  - banyak menabung untuk ganjaran akhirat yang terbanyak pula. Segala yang diperolehinya di dunia diketetapikan sebahagian untuk akhiratnya, spt menginfaqkan sebahagian rezki, harta dan kekayaannya demi untuk urusan fi sabilillah, adalah melabur untuk akhirat, yang mrupakan satu bentuk usaha untuk menombor-satukan akhirat.]
Jazakallahu khairah

Saturday, August 3, 2013

Islam yang benar itu apa dia? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai tajuk atau topik di atas. Kerana, amat penting kita faham. Supaya kita tidaklah berjaya di dunia tetapi rugi dan karam di akhirat kelak. Oleh itu wajar kita berwaspada dan mengubah haluan kita dengan berpedomankan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith).

Ciri-ciri Agama Islam yang Murni
(dan amalan yang murni)

(a) Syariat Agama Islam yang Benar dan Murni

Ketetapan Allah (a.w)

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-Kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisan lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab al-Quran kepadamu (Muhammad) dengan kebenaran (yakni, membawa kebenaran), maka mengabdikanlah dirimu (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memurnikan agama kepadaNya @ Ketahuilah bagi Allah (a.w) agama yang murni …’ sehingga akhir ayat). [Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar]
[Nota: Manusia itu diperintah oleh Allah (a.w) supaya beribadah berdasarkan al-Quran (dan as-Sunnah). Manusia itu tidak diperintahkan beribadah atas dasar selainnya. Al-Quran itu adalah panduan mutlak bagi manusia dalam memenuhi perintah Allah (a.w) yang disebutkan pada Ayat 56, Surah az-Zariat (iaitu: 'Tidalah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri mereka (yakni, beribadah) kepadaKu'). Selain al-Quran itu, manusia diperintah oleh Allah (a.w) supaya ikuti segala ketetapan yang didatangkan oleh Rasulallah (s.a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr (iaitu: 'Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (terima dan amalkan) dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan.' Jika manusia itu ikuti ketetapan tersebut, maka pastilah mereka Islam dan beriman. Dan, jika mereka Islam dan beriman dan akur dengan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa’ (iaitu: 'Sesiapa yang mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan dan panduan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan dan panduan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga'). Sebaliknya adalah Ayat 14, Surah an-Nisa’ (iaitu: 'Sesiapa yang berpaling dari (yakni, tak ikuti atau patuhi ketetapan) Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan berpaling dari (yakni, tak ikuti atau patuhi ketetapan) Rasulallah (s.a.w) (yakni, tak ikuti as-Sunnah), dan melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dari apa-apa yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti dimasukkan ke dalam neraka'. Dan, Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 80, Surah an-Nisa’ (iaitu: 'Sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w)'. Dan as-Sunnah itu memperincikan pula ketetapan al-Quran menjelaskan segala sesuatu yang perlu diperjelaskan dalam al-Quran. Jelaslah, Islam yang benar itu adalah ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam mengabdikan diri seseorang yang Islam itu wajib mempunyai aqidah yang murni iaitu mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah kemurnian dan keaslian beragama dan beramal. Agama atau syariat agama Islam itu ‘murni’ dalam konteks ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu, apabila semuanya adalah asli sebagaimana diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w), sebagaimana yang dibawakan dan diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s) kepada Rasulallah (s.a.w). Kemudian Rasulallah (s.a.w) sampaikan agama yang murni itu kepada manusia sejagat, khususnya orang Islam. Agama yang kekal asli atau pure itu tidak dicemari atau tercemar oleh sesuatu yang tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah – sama ada dalam konteks aqidah tercemar oleh fahaman atau kepercayaan yang bercorak atau mirip syirik, tahyul, kurafat dan taklid, atau dalam konteks pengamalannya atau praktikalnya dicemari oleh pembaharuan atau pengubahsuaian atau tokok tambah yang tidak ada sandaran atau dasar al-Quran dan as-Sunnah seperti bid’ah (pembaharuan) dan taklid (mengikuti kaa-kata sipolan dan sipolan yang tiada dasar atau sandaran al-Quran dan as-Sunnah). Firman Allah (a.w) ini memperingatkan manusia yang Islam dan beriman itu bahawa hendaklah mereka berwaspda dan ikutilah keaslian atau kemurniaan syariat Islam itu sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada umat manusia zamannya.

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan kecuali amalan yang dikerjakan itu murni (yakni, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari wajah Allah (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah semata-mata). [Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad]
[Nota: Allah (a.w) hanya menerima hambaNya yang murni Islamnya – dari segi aqidah (kepercayaan dan keyainan) dan murni dari segi praktikalnya atau amalannya serta ibadahnya (i.e. bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini bahawa sesiapa yang tidak murni Islamnya, tidak akan diterima segala amalan dan ibadahnya, yakni pengabdiannya. Murni itu aqidah dan pengamalan yang menepati ketetapan Allah (a.w) yang disebutkan dalam Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar, Ayat 5, Surah al-Baiyinah, Ayat 153, Surah al-An’am dllnya. Islam itu tidak murni kalau sepotong ayat atau sesuatu cerita yang disebutkan dalam al-Quran itu tidak diterima oleh seseorang itu. Islam itu juga tidak murni jika seseorang itu mengketepikan as-Sunnah, dan mengikuti semata-mata al-Quran, kerana Allah (a.w) menyuruh umat Islam itu pegang as-Sunnah – amal dan kerjakan apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah atau dilarang – Ayat 7, Surah al-Haysr dll. Malahan Allah (a.w) perintahkan manusia yang Islam itu contohi Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah’ = model ikutan terbaik dalam perkara dunia dan akhirat – Ayat 21, Surah al-Ahzab. Sesiapa yang inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan syurga, ikuti contoh dan petunjuk Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya supaya jauhi apa yang beliau tegah. Contohnya, mengerjakan amalan dan ibadah – yang fardu maupun yang sunat – supaya menepati sabdanya: ‘Man ‘amila ‘amalan laisa amruna, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang megerjakan sesuatu amalan yang tidak termasuk dalam perkaraku (Nabi), maka amalannya (atau ibadahnya) di tolak (oleh Allah (a.w), yakni tidak diterima). Maka amalan dan ibadah tersebut sia-sia semata-mata.
Telah disebutkan oleh Allah (a.w) bahawa kemurnian agama itu mewajibkan umat Islam itu belajar ilmu dan menyediakan diri dengan cukup ilmu supaya boleh faham aqidah serta tuntutan Islam yang haq dan syariat Islam yang betul dan bagaimana melaksanakannya – Ayat 36, Surah al-Isra’. Sesuatu amalan itu menjadi murni dan benar jika didasari oleh ilmu, sejajar dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra’ (iaitu: 'Janganlah amalkan atau buat sesuatu ibadah tanpa terlebih dahulu tahu dan faham ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut.'). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dan memperingatkan umatnya: ‘Al-Ilmu qabla ‘amal.’ (Yang bermaksud: Beramallah hanya dengan ilmu atau berilmulah dahulu kemudian barulah amalkan atau ibadahkan). Sebarang amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa ilmu, walaupun betul sebagamana diamalkan oleh orang yang berilmu atau sah ilmunya, tetap dikira tak betul, kalau tidak didasarkan dengan ilmu. Maka setiap amalan dan ibadah itu wajib dipelajari ilmunya terlebih dahulu. Tidak boleh dikerjakan secara ikut-ikutan atau bertaklid kepada cakap-cakap atau suruhan seseorang tanpa mempelajari ilmunya. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w): ‘Man qala fi kitabillahi ‘aza wa-jala bi-rakyihi fa-asoba faqad akhta-a.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang berkata atau mentafsirkan atau menyebutkan sesuatu dalam Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran – dan termasuklah ketetapan as-Sunnah) zat yang maha agung dan maha tinggi dengan pendapatnya (i.e. tidak belajar), maka didapati betul, maka sungguh-sungguh salah dia) [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]. Jelasnya, setiap amalan atau ibadah yang hendak dikerjakan wajib dipelajari ilmunya terlebih dahulu. Jika tidak, kalau diamalkan atau dikerjakan ibadah itu, walaupun betul, tetapi tetap dikira salah. Tidak ada jalan pintas dalam Islam. Maka dengan itu Islam mewajibkan belajar ilmu. Sabda Rsulallah (s.a.w): ‘Talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim.’ (Yang bermaksud: Mempelajari ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib bagi setiap orang Islam.) [Hadith Abu Daud]
Amalan dan ibadah Islam itu murni jika diniatkan semata-mata kerana mengikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra’ (iaitu: Mencari kerahamatan/keridhaan Allah (a.w), i.e. syurga, dan selamat dari siksaaan Allah (a.w), i.e. neraka). Tanpa ilmu, amalan dan ibadah ditolak dan tanpa niat yang murni, amalan juga tidak diterima walaupun benar dari segi ilmunya.]

(b) Beribadah secara mukhlis/Murni

Ketetapan Allah (a.w)

Firman Allah: ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a … al-ayat ‘(Yang bermaksud: Dan mereka (manusia) tidak diperintahkan (oleh Allah (a.w)) kecuali supaya beribadah kepada Allah (a.w) dengan memurnikan agama kepadaNya dengan condong (kepada yang hak) (i.e. tunduk, yakni betul-betul khusyuk mengerjakan ketetapan Allah (a.w)) … sehingga akhir ayat.’ [Ayat 5, Surah al-Maidah]
[Nota: Manusia itu diperintahkan oleh Allah (a.w) beribadah dengan betul dan benar. Ibadah yang betul dan benar itu hendaklah didasarkan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, itu saja sumber dan panduan yang betul lagi benar. Seseorang yang akui dirinya Islam itu wajib beribadah secara murni berdasarkan ketetapan agama yang asli seperti yang diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam ayat ini. Manusia itu wajib menumpukan ketaatan sepenuhnya kepada perintah Allah (a.w) tersebut, memurnikan agamaNya dan beramal dengan syariatnya yang murni tanpa dicemari oleh apapun dalam kontek aqidah dan pengamalan. Jika aqidah tercemar oleh keyakinan dan kepercayaan yang bersifat syirik, tahayul, kurafat atau dipengarhi oleh kepercayaan yang karut marut, maka aqidah Islam sudah tercemar dan tidak murni lagi. Kalau dalam amalan pula dicpengaruhi oleh sesuatu yang bersifat bid’ah dan taklid menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka amalan dan ibadah sudah tercemar dan tidak murni lagi. Amalan yang tercemar sebagaimana aqidah yang tercemar merosakkan agama, maka terkeluar dari Islam dan kesemua amalan tidak diterima Allah (a.w). Dalam duniapun, kita faham bahawa seseorang itu bekerja dengan majikannya tetapi kerjanya tidak megikuti apa-apa yang ditetapkan oleh majikannya, maka pasti dia tidak dibayar gaji, malah dia diberhentikan. Inikan pula agama yang jauh lebih utama kerana diperintah oleh Allah (a.w) yang mencipta manusia khusus untuk mengabdikan diri kepadaNya semata-amat, wajib menepati kehendakNya sahaja. Agama dan amalan dimurnikan dan difahami serat dilakasanakan ketetapannya menepati perintah Allah (a.w) – yakni ikuti ketetapan atau spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah – barulah aqidah itu murni dan pengabdian itu juga murni dan diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w). Jika tidak murni, pastilah ditolak dan tidak diterima, malah disingkirkan oleh Allah (a.w) dari menjadi hambaNya yang mentaatiNya. Patilah orang tersebut tidak diakui oleh Allah (a.w) telah memenuhi kehendak Ayat 56, Surah az-Zariat yang kita rujuk tadi. Segala amalan dan ibadah tak diterima, kita pula disingkir keluar dari Islam, wal iya zubillah. Dan, tidak dibenarkan masuk syurgaNya.]

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamassaktum bihima kitaballahi wa-sunnati nabiyihi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) telah meninggalkan pada kamu sekelian dua perkara, kamu sekelian tidak akan tersesat selagi (kamu sekelian) berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya (al-Hadith).’ [Hadith Imam Malik dalam al-Muatok]
[Nota: Hadith ini adalah corollary kepada perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa: 'Sesiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga'. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya (dan manusia umumnya – semua zaman) bahawa jika mereka berpegang teguh kepada dua hazanah panduan dan ilmu mengenai Islam tersebut – al-Quran dan as-Sunnah – sudah pasti mereka tidak akan sesat mencari 'siratul mustaqim' – jalan ke syurga, dan pasti dia mendapat syurga tersebut, kerana berada di atas landasan yang pasti membawanya ke syurga. Tetapi, kalau tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah manusia itu terpengaruh oleh aqidah yang batil atau tercemar oleh kesyirikan, kurafat dan tahyul serta amalan yang mencemarkan kemurniaan syariat Islam seperti bid’ah dan taklid, dalam kejahilan ilmu. Kejahilan ilmu itu pasti terhapus apakala sesorang itu mengaji dengan berpandukan al-Quran dan al-hadith.]

(c) Jalan Lurus mendapatkan syurga

Ketetapan Allah (a.w)

Firman Allah (a.w): ‘Wa-anna haza sirati mustaqima fat-tabi’uhu wa-la tat-tabi’us-subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi zalikum was-sakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan, sesungguhnya ini (al-Quran) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah mengikuti beberapa jalan (selain jalan al-Quran) kerana beberapa jalan itu akan memecah belahkan kamu sekelian dari jalan Allah (a.w), dan demikian itulah Allah (a.w) wasiatkan/perintahkan kepada kamu sekelian agar (atau moga-moga) kamu sekelian bertaqwa (i.e. takutkan Allah).) [Ayat 153, Surah al-An’am]
[Nota: ‘Siratul mustaqim’ itu adalah jalan ke syurga, yang setiap umat Islam yang bersolat fardu (5 waktu sehari semalam) pohon sebanyak 17 kali itu diperjelaskan oleh Allah (a.w) dalam ayat ini. ‘Siratul mustaqim’ itu adalah al-Quran. Maksudnya ikuti al-Quran maka pasti akan ditemuinya dan akan sentiasa berada di atas jalan ke syurga tersebut. Pasti, tidak akan menyimpang atau tergelincir selagi setiap yang Islam itu berpandukan al-Quran. Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti panduan dan tuntutan selain al-Quran pastilah akan sesat atau menyimpang atau tergelincir dari jalan yang lurus tersebut.
Akur dengan al-Quran bermakna akur dengan as-Sunnah. Mengapa as-Sunnah kerana Allah (a.w) perintahkan umat Islam ikuti as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) yang diperintah Allah (a.w) menyapaikan syariat agama Islam kepada manusia. Allah (a.w) perintahkan Jibril (a.s) mengajar beliau bagaimana melaksanakankannya dalam realiti kehidupan manusia. Beliau memperincikan dan memperjelaskan dalam as-Sunnah ketetapan al-Quran yang concise itu. Supaya wujud kesatuan dan keseragaman dalam amalan dan ibadah. Manusia tidak akan berpuak-puak pula mengikuti pelbagai jalan apabila berpandukan dengan panduan lain dari as-Sunnah. Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti ketetapan al-Quran, maka al-Quran dan as-Sunnah akan memandunya kearah mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan yang disebutkan dalam al-Quran. Disebutkan dalam al-Quran bahawa sifat ketaqwaan itu menjamin kejayaan akhirat seorang yang Islam dan beriman.
Allah (a.w) dalam firman ini memperingatkan hambaNya yang Islam dan beriman supaya ikuti hanya satu jalan, iaitu jalan al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu jalan al-Quran itu adalah 'siratul mustaqim' - Surah Yaasin dll. Ketaqwaan serta kejayaan akhirat itu hanya tercapai melalui ketaqwaan dan keimanan yang dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah.]

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘… alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati …’ (Yang bermaksud: Menetapilah kamu sekelian pada jema’ah dan menjauhilah kamu sekelian pada firqah (i.e. perpecahan) [Hadith hasan sahih gharib at-Termidzi]
[Nota: Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya berjema’ah, dan ditegah umatnya supaya jangan berfirqah atau berpecah belah. Malah Allah (a.w) dalam al-Quran menyebut kerapkali melarang hambaNya jangan berfirqah atau berpecah belah.
 
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah atas kami Omar (r.a) di tanah Jabiah, maka berkata dia (Omar): ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku, berdiri aku di kalangan kamu sepertimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa dahulu), maka bersabda dia (Nabi): ‘Aku wasiatkan atas kamu sekelian dengan (kehadiran) para sahabatku, kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, para tabi’in), kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, pengikut para tabi’in), kemudian tersebar luaslah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak pula dia diminta bersumpah, dan menjadi saksi (seorang lelaki) walaupun dia tidak diminta menjadi saksi. Ingatlah janganlah menyepi (atau berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan, kecuali ada yang ketiga dari mereka yang berdua adalah syaitan. Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dan takutilah kamu akan berfirqah atau perpecahan, maka sesungguhnya syaitan itu adalah bersama-sama dengan orang yang berseorangan (yakni, berada diluar jema'ah Islam) dan dia itu orang keduanya, lebih menjauhi dia (syaitan)(pada orang yang berjema’ah). Barangsiapa inginkan berada ditengah-tengah syurga, maka hendaklah dia menetapi jema’ah … ‘ [Hadith at-Termidzi]. 
Hadith ini memberitahu bahawa untuk pasti dapat syurga hendaklah berjema'ah. Sahnya Islam dengan berjema'ah.

(d) Islam yang murni itu berjema’ah

Ketetapan Allah (a.w)

Firman Allah (a.w.): ‘Wa’tasimu bi-hablillahi jami’an wa-la tafarraqu … al-Ayat’ (Yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (i.e. agama Allah) secara berjema’ah dan janganlah berfirqah (i.e. berpecahbelah) ) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
[Nota: Selain memurnikan syariat Islam, yakni tidak dicampuradukkan atau dicemari oleh lain-lain panduan dan pedoman, terutama pedoman yang didatangkan oleh manusia selain Rasulallah (s.a.w), agama Islam itu benar-benar murni apaila perintah berjema’ah itu dilaksanakan oleh orang Islam. Umat Islam disuruh berjema’ah dan ditegah atau dilarang bergerombolan atau berfirqah dalam apa jua bentuk. (Nota: Bermazhab adalah satu bentuk perpcahan atau firqah, kerana terdapat pula beberapa mazhab dan beberapa fahaman lain pula. Umat Islam telah dibahagi menjadi dua iaitu yang ikuti as-Sunnah dan yang ikuti as-Sunnah yang sesat, iaitu Syi’ah. Kemudian dari kalangan kumpulan as-Sunnah pula terdapat 4 mazhab – As-Syafie, al-Maliki, al-Hambali dan al-Hanafi. Kemudian ada pula golongan Salafi dan Wahabbi pula. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam itu akan perpecah menjadi 73 jenis atau model atau golongan atau fahaman Islam, kesemuanya tak betul atau menyimpang kecualilah satu model Islam iaitu Islam yang dipraktikkan berpandukan as-Sunnah dan mereka berjema’ah dalam mengamakan tuntutan syariat Islam.]

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-inna hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathin wa-sab’in thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati, wa-hiya jama’atu …’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama Islam ini akan berpecah belah menjadi 73 (golongan atau fahaman Islam) yang 72 (golongan atau fahaman Islam) masuk ke dalam neraka dan yang satu masuk syurga, iaitu (yang berjaya dapat syurga itu adalah) berjema’ah.) [Hadith Abu Daud di dalam Kitab Sunnah, hadith hasan]
[Nota: Hadith ini menjelaskan bahawa agama Islam yang murni itu wajib dijema’ahkan, kerana kalau tidak di jema’ahkan, pasti tidak berjaya mendapat syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman kelak, ketika Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat yang murni pengamalannya telahpun wafat, akan wujud kelompok-kelompok atau golongan-golongan orang Islam yang menyangka mereka benar-benar Islam dengan amalan mereka masing-masing, tetapi mereka bukan sahaja tidak berpandukan as-Sunnah, tetapi mereka juga tidak mengamalkan Islam secara berjema’ah. Atas dasar wahyu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith tersebut bahawa umat Islam dalam pegangan mereka serta dalam pengamalan mereka berpecah menjadi 73 kelompok Islam atau fahaman Islam, masing-masing mengakui mereka Islam, malah yakin yang mereka Islam, tetapi semuanya tidak berjaya mendapat syurga. Hanya satu golongan yang mendapat syurga iaitu mereka Islam bepandukan as-Sunnah dan mereka anuti Islam berbentuk jema’ah – berjema’ah dalam Islam. Jika tidak berjema’ah, maka batil Islam seseorang atau mana-mana perkumpulan Islam itu. Bila batil kesemua amalan dan ibadah secara otomatis menjadi batil, tidak menepati ketetapan Allah (a.w), maka tidak diterima oleh Allah (a.w), wal iya zubillah!
Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema’ah – Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau laksanakan 5 perkara, dan justeru itu, beliau perintahkan umatnya laksanakan 5 perkara itu; iaitu, pertama, berjema’ah; kedua, mendengarkan nasihat dan ijtihad imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah Islam); ketiga, mentaati perintah imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah selagi ijtihad tersebut tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah); keempat, hijrah atau berpindahlah jika situasi atau persekitaran seseorang itu tidak membolehkan dia mengamalkan Islamnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan kelima, berjihad membela agama Allah (a.w) dengan dirinya dan hartanya. Maka Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya laksanakan 5 perkara tersebut.
Ketetapan berjema’ah ini diperincikan dalam as-Sunnah, termasuklah sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: pertama, diwajibkan atas umat Islam berjema’ah, dan ditegah atau dilarang berfirqah atau berkumpulan terasing – Hadith at-Termidzi; kedua, pertolongan Allah (a.w) itu atas jema’ah, sesiapa yang menyendiri atau tidak berjema’ah dalam Islam, maka menyendiri mereka ke neraka – Hadith at-Termidzi; ketiga, sesiapa yang inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga, hendaklah mereka berjema’ah – Hadith at-Termidzi; keempat, berjema’ah itu kerahmatan (i.e. mendapat kerahmatan Allah (a.w) – kerahmatan Allah (a.w) menjamin syurga, walhal berfirqah itu azab (yakni, masuk neraka) – Hadith Imam Ahmad; kelima, tangan (pertolongan) Allah (a.w) hanya atas jema’ah – Hadith an-Nasa’i.
Berjema’ah itu suatu kewajipan dan pra-syarat sahnya keIslaman seeorang yang mengakui dirinya Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya mendirikan jema’ah walaupun hanya terdapat 3 orang yang Islam di bumi Allah, atau wajib mendirikan jema’ah ketika bermusafir walaupun sekadar 3 orang sahaja dalam perjalanan tersebut. Supaya mereka bertiga mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam (ketua). Ketetapan berjema’ah ini dirumuskan oleh Omar b Khattab (r.a) yang berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin, wala toatin illa bi-bai’atin’ [Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] (Hadith ad-Dailami).] 
Soalnya? Adakah saudara betul-betul Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah?

Jazakallahu khairah