Monday, May 6, 2013

PRU 13: Post mortem ...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sudah selesai PRU 13 - keputusannya dari segi dunia ada yang untung dan ada yang rugi. BN dengan kesempatan serta kemudahan yang tersedia ada telah berkempen lebih setahun - dalam kempen tersebut terhamburlah macam-macam caci maki, cerca, aib dilemparkan pada lawan, bertebaranlah fitnah memfitnah. Anihnya orang Melyu yang membuka pekung orang Melayu sendiri. Habis sahaja proses kempen, tiba 5 Mei 2013, sudah jelas kedudukan duniawi mereka yang bertanding. Yang dipilih mendapat jawatan di gelar 'Yang berhormat' - minta yang pengundi mereka panggil mereka 'yang berhormat' dan mereka yang memilih mereka menjadi wakil rakyat dijadikan khadam pula. Nanti mereka akan melawat kawasan dalam kesombongan - dilayan dengan baik, makan minum ditanggung, mereka datang isi perut saja, dan kos menyediakan isi perut ditanggung oleh orang yang mengundi mereka! Demikianlah dunia. Adakah begitu sistem kepimpinan dalam Islam yang diajarkan oleh Allah (a.w) dan yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah?
Saudara, BN berjaya menguasai kerajaan Persekutuan, walaupun kekal sebagaimana PRU 12 dulu, tak dapat kuasa majoriti 2/3. MCA, Gerakan dan MIC, takpun menyumbang sedikitpun kepada BN. Dulupun wakil rakyat Cina menang di kawasan majoriti Melayu. Kalau majoriti Cina MCA dan Gerakan hanyut, tak sangkutpun. Orang Melayu bagikan mereka tempat, tapi mereka tak pula bagi tempat kepada orang Melayu dalam bisnes. Ayam didik kerajaan yang menjadi peneraju GLC pula angkuh dengan prisinsip dan sistem keBaratan dan keModenan mereka, PKI menentukan masa depan dan bonos! Sekali lagi Melayu tersisih dan terbiar. 
Dalam PRU sering diebutkan majoriti 2/3 - the magic formula. Tapi, apalah gunanya majoriti 2/3? Hanya untuk meminda Perlembagaan bila perlu. Lain? Tak perlu. A simple majoriti is as good as a two-third majority.
Pakatan Rakyat (PR) gabungan Parti Keadilan, DAP dan PAS dan PSRM, terpaksa melepaskan Kedah, yag gagal kekal dalam tangan PAS kerana Azizan tak pandai memainkan peranan sebagai MB. Kelantan special. Memang Kelantan special. Malah orang Kelantan memang special - semangat keKelantanan orang Kelantan itu jelas, seumpama semangat dan ukhuwah keCinaan di kalangan orang Cina.
PRU 13 ini juga menunjukkan kuasa Allah (a.w). Walau apapun yang dilakukan oleh BN dan apa juga cakap-cakap jelik dan buruk terhadap Anwar Ibrahim, sebagai contoh, beliau kekal dipilih rakyat.  Walau benci macam manapun orang Melayu kpd Lim Kit Siang, dia tetap menang menumbangkan Ghani Othman. Walau bagaimana bijaksananyapun Ghani dan Ali Rustam sebagai MB atau KM, Allah (a.w) takdirkan usia politik mereka tamat. Demikianlah ...
MCA pertikaikan kenapa Kerusi Ghani tersebut diserahkan oleh kepiminan MCA kepada UMNO? Kerana itu kerusi yang dirisabkan atau dimiliki oleh orang Cina! Yg jelas, orang Cina menumpukan masa depan chauvinsma mereka kepada DAP, parti yang paling berjaya dan semakin kuat di Malaysia. Orang Cina yakin dan percaya DAP dapat mempertahankan kepentingan Cina malah lebih dari apa yang mereka kehendaki, sebagaimana PAP dulu dan sekarang. Orang Cina pasti akan pilih DAP, kalau mereka tau MCA atau Gerakan tak boleh harap. Sebenarnya, MCA dan Gerakan sudah banyak mendapat konsesi dari UMNO selama ini di bawah Mahathir, Dolah Badawi dan Najib, untuk orang Cina, tapi pada masyarakat Cina belum cukup. BN (i.e. UMNO) mesti bagi lagi. Kalau tak, elok diambil sendiri melalui pilihanraya! Tidak menghairankan kalau dalam PRU 14 atau 15 atau 20, DAP begitu kuat kerana sokongan padu masyarakat Cina, tidak mustahil Parlimen Malaysia dikuasai oleh DAP. Maksudnya - kerajaan dikuasai oleh orang China. Mustahil?
Saudara, apa yang ada pada orang Melayu? Orang Melayu dulu bermegah dengan kuasa politik di tangan mereka. Tapi, kepimpinan politik Melayu pula dahagakan dunia, maka mereka menukarkan harta ramai atau khazanah negara demi nak dapatkan harta dan kesenangan dunia. Jadi sekian ramai pemimpin Melayu yang kaya kerana projek kerajaan. Dan, projek yang amat disukai adalah projek hartanah - tak perlu keluar duit, laksanakan, kerana pembeli beli walaupun rumah belum siap. Harga rumah atau apartment pasti naik, walaupun tak habis dijual. 
Dalam perkara akhirat pula, kita telahpun diberitahu akibat kempen yang melanggar ketetapan tatasusila peradaban Islam bagi orang Islam. Selama setahun itu, dengan bantuan dan galakan syaitan, sekian ramainya pemimpin politik dan pengikut-pengikut mereka sama-sama telah mendapat tempat dalam neraka. Kenapa? Kerana segala kata-kata buruk, keji dan jelik yang dikeluarkan dan selama fitnah memfitnah, aib mengaib, dusta mendusta, dsbnya telah menghabiskan kesemua pahala amalan yang tersimpan sekian lama. Ditambah pula dalam berkempen itu kata-kata puji memuji dan bagga diri, dan memerlekehkan orang atau pihak lain, memperbodohkan orang atau parti lain, semuanya telah menghakis pahala amalan dan ibadah yang dibuat selama 20 atau 30 atau 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun, yang lalu. Mahathir berkempen begitu bertenaga, khabarnya. Sepatutnya di waktu senja ini, masa yang terluang ditumpukan untuk membentulkan amalan dan memperbanyak ibadah untuk simpanan akhirat, mendampingi diri kepada Allah (a.w). Maklum sahajalah selama 5 kali PRU dalam era beliau, berapa banyak sudah kesalahan peradaban Islam yang dilanggar dan ketetapan Allah (a.w) diketepikan? Orang politik wajar muhasabah diri. Mereka semua perlu membersihkan diri setelah selesai PRU 13 ini - bertaubat kepada Allah (a.w). Mudah-mudahan Allah (a.w) terima taubat mereka yang terlibat, tapi pahala yang terhapus atau terhakis kerana fitnah memfitnah, caci mencaci, kata mengata, tohmah mentohmah, bohong dan dusta, tuduh menuduh, cerca mencerna, hebah menghebahkan rahsia dan keaiban orang/lawan dll tanpa asas ataupun bukti, kekal telah meghakis segala pahala amalan yang lalu, tidak diperolehi kembali! Ramailah orang politik yang simpanan = saham pahala akhirat mereka sudah habis! Demikianlah, orang Melayu itu bersedia mengambil risiko menggadaikan akhirat mereka demi dunia mereka!
Saudara, keputusan PRU 13 ini memberikan satu landmark dan petunjuk baru pada orang Melayu. Apa dia? Setelah orang Melayu tiada kuasa ekonomi. Setelah orang Melayu tidak mungkin dapat bersaing dengan orang Cina. Malah dengan Indiapun. Setelah rata-rata hari ini orang Melayu terkebawah dalam skala ekonomi etnik di Malaysia - Cina terkeatas, India pertengahan, orang asli Sabah dan Sarawak di tengah, dan orang Melayu di bawah. Kalau Melayu bekerja dalam sektor swastapun, menjadi juruteknik atau jurupasang atau juruproses aje? Orang Cina dan India duduk dalam dingin pejabat mendapat gaji 100 x ganda gaji mereka. Pemimpin Melayu dalam politik dan dalam bisnes tak beri keistemewaan kepada orang Melayu. Orang Melayu sebagai bangsa non-bankable. Kepimpinan Melayu dalam BN sering tidak mengindahkan kebajikan orang Melayu sendiri tetapi begitu peka pula kepada kehendak bangsa lain. Melayu menganak-tirikan Melayu. Kalau Cina  dan India minta mudah diberikan, kalau Melayu tunggu dan tengok - dia orang kumpulan kita atau tidak? Kalau dia PKR - Keadilan atau PAS - tolak tepi. Lain orang Cina dan India. Masa kempen betengkar, tapi lepas kempen seumpama kiambang - perahu lalu kiambang bertaut semula. Tapi, buka Melayu.
Saudara, dari segi imej kepimpinan yang mirip Islam adalah barisan pemimpin PKR - mereka kurang sombong, kurang hidung tinggi dan tidak mengasingkan diri dan kedudukan mereka. Begitu juga pemimpin DAP. Kalau dia tak nak tolong Melayu, dia diam-diam. Tapi kalau UNMO jelas wujud satu pemisah antara pemimpin dengan yan dipimpin. Kalau itulah kekal dalam BN dan UMNO, suatu hari PRU akan mengkuburkan BN dan orang Melayu sekali ... wal iya zubillah. Sudahlah Melayu tak dapat syurga kerana pencemaran dalam aqidah dan amalan mereka, di dunia pula mereka menjadi umat yang merempat dan meminta-minta kepada bangsa asing dalam negaranya dan dunianya...BN dan UMNO dan orang Melayu wajar faham bahawa, Islam memberikan model pemerintahan yang terbaik, kerana sistem dan superstructurenya yang dicipta Allah (a.w) sendiri. Fahamailah kepimpinan dalam konteks Islam dan fahamilah amalan dan ibadah dalam konteks Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mudah-mudahan 'Melayu tidak hilang dalam negaranya sendiri.'

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment