Monday, May 20, 2013

Orang Iman yang Bijak

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalukita telah tengok kehebatan Abdul Wahid Omar, sekarang Menteri di JPM, dulu adala President/CHief Executive Officer Maybank yang mendapat gaji RM 4.6 juta setahun. Berapa sebulan? Bahagikan kepada 12 bulan kita dapat suatu jumlah yang amat besar - RM 383,000.00 lebih sebulan atau RM 12,700.00 sehari!
Saudara, Abdul Wahid adalah salah seorang golongan elit Melayu yang diberi keutamaan oleh kerajan meritokrasi di bawah Mahathir dan Najib. Mereka adalah lulusan ivy Leagues universiti luar negara yang disebut Ox-Bridge (atau Oxford, Cambridge), dan London. Oang-orang seperti Wahidlah dicari oleh Talent Corporattion yang juga diketua oleh seorang ulusan Ivy League, Johan - dulu pernah jadi pegawai khas Noor Mohamed! Mereka ini menggalakkan in-breeding sekarang. Kerana kalau lulus universiti Ivy League di lain-lain negara, terutamanya di USA atau Amerika, tak masuk dalam kumpulan tersebut. Mungkin ramai orang Melayu yang lulus dari Harvard, Stanford, Columbia, UCLA, Chicago, Yale, North Western dll mereka belum lagi disama tarafkan dengan para lulusan Oxford, London, Cambridge dan sebagainya.
Saudara, dalam post itu kita elah sebutkan satu panduan (guidance) Islam dari as-Sunnah, tentang orang yang bijak dan pintar dalam Islam siapa. Kerana jelas, rata-rata ramai orang yang akui golongan Ivy League ini bijak dalam dunianya, tapi apakah mereka juga bijak dalam akhiratnya?
Saudara, kita lihat pesanana Rasulallah (s.a.w) berikut:

Pandai Ilmu Dunia tapi Jahil atau Bodoh Ilmu Akhirat

Saudara, kita bersyukur kalaulah kita diberi kurniaan oleh Allah (a.w) sebagaimana Wahid dikurniakan Allah (a.w) - kerana kepintaran dunianya, dia diberikan peluang untuk mengurus bank terbesar di Malaysia dengan diberi gaji/upah yang tidak munasabah pada akal kita. Namun, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut supaya jangan kita tertipu dan menipu diri kita. 

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yang Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yang beriman) yang pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yang bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
[Nota: Orang yang pintar dalam ilmu dunia itu ramai kita temui dan mereka itu berjaya dalam dunianya. Dalam pentadbiran atau pengurusan sebagai contoh terdapat golongan elit Melayu Ox-Bridge (lulusan dari universiti-universiti ivy league seperti Oxford, Cambridge, London), yang dinobatkan oleh kerjaan mengisi jawatan-jawatan tertinggi GLC = syarikat milik kerajaan.
Mereka diberikan jawatan-jawatan membawa upah yang amat tinggi. Mereka juga diberi insentif membeli ESOS syarikat yang dikepalinya yang bernilai jutaan RM pula. 
Terdapat juga cerdik pandai Melayu dari Ivy League USA, contohnya, tapi tak termasuk dalam golongan ini, spt Harvard, MIT, Chicago, UCLA, Berkeley dan seumpamanya, yang tak kurang hebatnya, malah lebih hebat.  Mereka juga dikira hebat, walaupun mungkin kerana kepentingan golongan mereka, mungkin tidak dimasukkan dalam 'pool' cerdik pandai tersebut.
Dunia dan manusia memberikan kelebihan kepada mereka kerana kepintaran mereka dalam ilmu dunia. Mungkin mereka juga merasa bangga diri kerana kepintaran mereka. (Terkadang terlupa pula bahawa kesemua itu adalah kurniaan Allah (a.w) bukanlah kuasa mereka sendiri berada ditempat-tempat terebut).
Dalam ‘bidang agama’ pun ada juga orang yang diakui bijak pandai kerana mempeolehi kelulusan dari institusi pengajian ala-agama ivy league dalam bidang pengajain Islam lulusan al-Azhar, Jordan, Ain-Syam, Madinah dan beberapa universiti terkenal lainnya dalam masyarakat Islam. Ada yang mendapat Ph D dari university Barat ala-agama spt St Andrew di UK dan Temple di USA. Malah, mereka juga diberi pengiktirafan sebagai orang yang bijak pandai, diberi jawatan yang bergaji tinggi, ditempatkan dalam jawatan-jawatan yang dihormati dan disanjung. Mereka itupun adalah golongan orang yang pintar dalam ilmu duniawi mereka. Golongan-golongan sedemikian diakui orang yang bijak dan pandai – dalam bidang ilmu keduniaan semata-mata atau dalam bidang yang terkait dengan agama - tetapi mereka bukanlah orang yang bijak, pandai atau pintar dalam ilmu akhirat. Kepandaian dalam ilmu akhirat itu hanya diperolehi dengan mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Kerana, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu akhirat supaya mereka lebih faham Islam dan syariatnya, yakni tuntutan Islam sebenarnya. Melalui kefahaman sedemikian itu mereka lebih berjaya di dunia dan, kalau dia faham tuntutan agama Islam, mereka menjadi orang yang ‘alim dan mengamalkan ilmunya serta menyebarkan ilmunya untuk kemanfaatan umat Islam sejagat, dan mereka akan lebih berwaspada tentang perkara agama dan akhiratnya., dan apabila dia beramal dengan ilmunya, maka mereka akan berjaya di akhirat sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa’. Mereka lebih terjaga dalam perkara agamanya. Mereka juga akan berusaha berdakwah kepada umat Islam lain. Mereka akan menyuruh umat Islam yang berilmu, mengajarkan syariat Islam yang haq. Mereka juga akan berusaha untuk menghapuskan pengaruh-pengaruh yang menyesatkan umat Islam spt membenteras kesyirikan, amalan kurafat, tahyul dan bid’ah dan menghapuskan kelaziman menerima ilmu mengenai Islam yang tidak sempurna melalui cakap-cakap dan ceramah, walhal Islam mengajarkan umatnya supaya belajar ilmu mengikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s). Pengajian ilmu dalam Islam itu adalah secara berdepan dengan membuka al-Quran atau kitab hadith. Justeru itu, mereka yang berkedudukan khusus membimbing umat Islam mengaturkan program bagi membolehkan umat Islam mengaji al-Quran – membacanya dengan baik, faham isi kandungan dan hafal ayat-ayatnya (bagi tujuan mengerjakan solat-solat malam dgn membaca surah-surah yang panjang) dan mereka akan mengaturkan program pengajian ilmu as-Sunnah atau a-Hadith melalui pengajian kitab-kitab hadith yang muktabar spt Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa’ie, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah, yang disebutkan sebagai Kuttubul Sittah, kerana kitab-kitab sedemikian akan membekalkan ilmu yang sah lagi haq sebagai panduan hidup sebagai orang Islam yang berada di atas ‘siratul mustaqim’. Umat Islam akan memiliki ilmu yang mencukupi tentang Islam, memahami tuntutan Islam, dan mengerjakan amalan dan ibadah yang menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yang menjamin sahnya syariat Islam yang diikuti dan sahnya segala amalan dan ibadah. Dan kerana itu pasti berjaya di akhirat. Kerana panduan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah itu adalah haq dan mempastikan panduan beragama yang haq, yang pasti mampu menyediakan diri mereka untuk kejayaan akhirat. Orang iman yang benar itu faham agamanya, maka dia lebih terpandu hidupnya di dunia. Kefahaman agama hanya boleh didpati melalui pengajian atau mempelajari ilmu akhirat – ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang memiliki ilmu akhirat itu faham dan sedar bahawa Islam yang benar itu adalah Islam yang didasarkan kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yang segala bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamalkannya adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dengan itu pra-syarat yang utama mengesahkan keIslaman seseorang itu adalah dia menepati sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berpegang padanya’ = al-Quran dan as-Sunnah) (Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa’ dll nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah) dan dia anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Mereka yang mengaji secara ‘mangkul’ dari guru yang mengajarkan dua ilmu tersebut secara ‘musnad’ (i.e. ada urutan asal usul ilmu/hadith) dan secara’ mutasil’ (i.e. ilmu itu boleh disandarkan kepada apa yang diperintahkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus sumbernya), maka ilmu itu dikira ilmu akhirat. Tidak ramai orang Islam yang bijak dan pandai dalam ilmu akhirat. Orang yang tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith secara mangkul, musnad dan mutasil itu, dikira jahil (bodoh) dalam ilmu akhirat. Seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman wajib mencari kepandaian dalam ilmu akhiratnya, kerana ilmu akhirat itu akan membolehkan dia bersedia untuk kehidupan yang sebenarnya, i.e. kehidupan akhirat dalam syurga, walhal kehidupan di dunia hanyalah 60 atau 70 tahun walhal sehari di akhirat itu adalah 1,000 tahun lamanya dikira dalam waktu dunia! Hanya dengan ilmu seseorang itu tahu dan faham ketetapan Islam, dan boleh memilih dan membezakan yang benar dengan yang batil. Kerana yang batil itu tidak akan memungkinkan dia mendapat syurga, sebaliknya terjerumus ke dalam neraka.]
 
Orang Yang Bijak/Yang Bodoh

Saudara, panduan ini mat cocok bagi mereka yang merasai dirinya istemewa, terutama mereka yang berpandangan bahawa otaknya pintar mengalahi kepintaran otak orang lain. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita supaya: 'Hasibu anfusahum qabla an tuhasabu.' (Yang bermaksud: Hisabah diri kamu sebelum kahu dihisab.) maksudknya: Ketika mash hidup semak dan ceklah amalan dan ibadah yakni dosa dan pahala, supaya kita tahu dan benar-benar bersedia mengumpul sebanyak mungkin pahala demi di akhirat. Suopaya ketika dihisab di akhirat timbangan pahala kita mengalahan timbangan dosa kita. Inilah juga mesej sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Menceritakan hadith oleh ibnu Abi Maryam hadith dari Dhamrah b Habib hadith dari Abi Ya’la, iaitu Syaddad b Ausin berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-kaisu man dana nafsahu wa-‘amila lima ba’dal-mauti, wal-‘ajizu man atba-‘a nafsahu huaha thumma tamanna ‘alallahi.’ (Yang bermaksud: Orang yang pintar itu adalah orang yang menghitung (atau muhassabah) dirinya dan mengamalkan dengan apa-apa (yang diperlukannya) sesudah matinya; dan orang yang lebih bodoh (atau dungu) itu adalah orang yang mengikuti dia dirinya (iaitu hawa nafsunya); kemudian berangan-angan dia atas Allah (a.w), yakni Allah (a.w) akan mengampunkannya dari dosa-dosanya).)
[Nota: Dalam sepotong hadith yang lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hisablah diri kita (yakni, semak atau check amalan dan ibadah, dosa dan pahala kita ketika kita masih hidup, sebelum kita dihisab diakhirat kelak. Termasuklah menghisab harta dan kekayaan kita. Dengan melakukan sedemikian itu, kita tahu apakah bekalan akhirat yang kita sediakan untuk kesejahteraan akhirat kita ketika masih bernyawa, maka boleh diperbaiki amalan dan ibadah dan diperbanyakkan pahala dan dihapuskan dosa dengan bertaubat atas segala kesalahan yang lalu.]

Orang yang Baik

Saudara, dalam Islam itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa orang Islam dan beriman yang baik itu adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari A’masy hadith dari Abi Soleh hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Unzuru ila man hua asghala minkum, wa-la tanzuru ila man hua faukakum; fa-innahu ajdaru an la tazdadu nikmatallahi.’ (Yang bermaksud: (Dalam perkara duniawi itu) Lihatlah pada orang yang lebih bawah (atau rendah, yakni lebih dhaif) dari kamu, dan janganlah lihat kepada orang yang di atas kamu (yakni, orang kedudukan duniawinya lebih baik dari kamu); maka sesungguhnya lebih sesuai supaya tidak meremehkan kamu akan nikmat Allah (a.w) (yakni, supaya jangan tidak bersyukur, malah kufurkan nikmat yang Allah (a.w) berikan)]. Berkata Abu Muawiyah: ‘Alaikum’ (Yang bermaksud: ‘Orang yang di atas kamu’, ketika menjelaskan hadith Nabi tersebut.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Namun, berapa ramaikah orang Islam yang humble dan tidak menyombong diri, berhidung tinggi, dan angkuh serta meremehkan orang lain. Kita diperingatkan bahawa orang yang wujud walaupun sebesar zarrah rasa sombong dan bongkak dalam dirinya, tidak akan masuk syurga. Begitulah murkanya Allah (a.w) terhadap kesombongan makhluknya. Kerana sombonglah maka Syaitan tidak aa masuk syurga dan akan mendapat siksaan yang paling teruk dalam neraka kelak.

Jazakallahu khairah








No comments:

Post a Comment