Monday, May 20, 2013

Abdul Wahid dan Rakan-rakan dan Syurga ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam berita akhbar hari ini, termasuk the Star, dilapurkan gaji Abdul Wahid Omar, President dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Bhd, bank terbesar di Malaysia, dan gaji Paul Low, yang baru saja dilantik Senator bagi membolehkan mereka menyandang jawatan sebagai Meneri dalam Kabinet Najib. Abdul Wahid adalah segolongan kecil tokoh korporat yang berkelualusan daripada universiti-universiti Ivy League yang dimasukkan oleh mantan PM dulu, Mahathir Mohamed, dan diterajui oleh Nor Mohamed Yaacob dalam satu golongan orang yang diberi taraf istemewa untuk mengepalai kesemua GLC = ysarikat milik kerajaan spt Maybank, KWSP, Hazanah Nasional, MRCB, Tabung Haji, TNB, PNB, Media Prima, KTMB, Kumpulan Guthrie, Sime Darby, Proton, Perodua, dan lain-lainnya, malah sebuah agensi yang ditubuh kerajaan mencari tokoh-tokoh korporate sedeimikian dikepalai oleh seorang muda yang dianggap pintar oleh Norro Mohamed dan Mahathir dan Najib, iaitu Talent Corporation. Tak tahulah berapa gajinya .... Mereka ini diberikan gaji yang berlipat ganda berbanding orang yang seumur mereka dan yang menjawat jawatan setanding mereka. Begitu bernasib baik mereka ini dalam dunia merka. Mudah-mudahan mereka bernasib baik pula dalam ahirat mereka.
Saudara, mengikut apa yang dilapurkan Abdul Wahid menerima imbuhan - gaji dan elaun (tak termasuk ESOS) - pada tahun-tahun lepas (2012) sebanyak RM 6.26 juta, pada tahun 2011 sebanyak RM 4.68 juta dan tahun 2010 RM 4.7 juta! Pada tahun lepas dalam 6 bulan dia dapat RM 2.96 juta.
Agaknya, berapa pula gaji ketua eksekutif lain yang diletakkan oleh Noor Mohamed Yacob/Mahathir, kemudian Najib dalam GLC lain? Mereka ini dikatakan memiiki otak yang terkeatas berbanidng ulusan univeristi local spt UiTM atau UIA atau UM atau UKM atau UPM dan lain-lain universiti di luar negara dan di malasyia. Maka mereka diberi gajiupah yang amat lumayan.
Saudara, benarlah kata-kata Ali b Abi Thalib (r.a): 'Untuk berjaya dalam dunia hendaklah dengan ilmu, untuk berjaya di akhirat hendaklah dengan ilmu, dan untuk berjaya kedua-duanya - dunia dan akhirat - hendaklah dengan ilmu.'.Benarlah kata-kata Ali itu. hanyalah sejauh manakah individu seumapama Abdul Wahib, yakni rakan-rakannya dalam kumpulan eksklusif itu, berilmu untuk berjaya dalam akhiratnya. Melihat kepada pendapatan yang diterima mereka, jelaslah mereka berupa seorang jutawan walaupun tidak memiliki bisnes atau kekayaan sendiri. Mereka endapat rezki yang dalam Islam dianggap melempah ruah - orang yang kaya dan kerana kekayaan itu berharta dan bahagian hidupnya di dunia. Pastilah dia ada rumah seakan-akan istana, kerreta yang mahal lagi canggih, bercuti di luar negara bersama anak isteri dan lain-lainnya, kerana rezki yang tak habis dimakan. Jelaslah Abdul Wahid dan rakan-rakannya dah berjaya di dunia.
Saudara, apaah Abdul Wahid dan raan-rakannya akan berjaya di akhirat? Kita doakan begitulag. Tapi, kejayaan akhirat itu tak ramai umat Islam yang dapat. Tambahan pula bagi orang yang dididi dalam masyarakat dan ilmu Barat, terutama dari Ivy Leagues - mungkin sukar sedikit. Kerana, mereka mempunyai ego, beranggapan kejayaan mereka setakat ini adalah kerna kepintaran otak mereka. Mereka akui bahawa mereka wajar dibayar gaji sedemikian kerana mereka pintar dalam ilmu dunia dan pintar dalam menguruskan syarikat. Seringkali mereka lupa sebagaimana ramai manusia yang lupa bahawa apa yang mereka dapat adalah anugerah Allah (a.w) - rezki yang diberikan oleh Allah (a.w) atas kada' dan kadar yang telah ditetapkan sebelum manusia itu wujud - 50,000 tahun sebelum manusia pertama Adam (a.s) dicipta Allah (a.w). kaaulah Abdul Wahid dan rakan-rakan yang sekelompok dengannya bersifat sedemikian, gagallah akhirat mereka...
Sadara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa sebaik-baik orang Iman itu adalah orang yang berusaha berjaya untuk dunianya dan pada masa yang sama juga berusaha untuk mendapat kejayaan dalam akhiratnya. Dan, Allah (a.w) bagi kita tahu bahawa akhirat itu hendaklah dinomborsatukan dan dunia itu dinobor duakan. Kerana apa? Dunia itu tidak kekal. Akhirat itu kekal. Dan, kerana dunia itu tak kekal maka Allah (a.w) dan Raulallah (s.a.w) menyuruh kita hambaNya dan umatnya supaya bersedia ketika di dunia untuk akhiratnya. Bersedia di dunia dengan mengabdikan diri kepada Allah (a.w) berdasarkan ilmu yang benar - iaitu mengikuti panduan dan spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah.
Rasanya, setakat ini, Abdul Wahid dan rakan-rakan golongannya belum lagi menyediakan diri untu akhiratnya. Kenapa? Orang yang menyediakan dirinya untuk akhirat dia wajib belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, itulah ilmu ivy leagues bagi umat Islam yang berhajat kepada kejayaan akhirat. Kenapa? Ilmu dan panduan Islam yang benar itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Orang yang berjaya di akhirat itu adalah orang yang mendapat syurga di akhirat dan terselamat dari siksaan di neraka. Orang yang terselamat dari neraka itu adalah orang yng Islam dan beriman dan bertaqwa. Orang yang beriman dan bertaqwa itu mengerjakan segala amalan wajib yang diperintakan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, dan menjauhi atau meninggalkan segala larangan dan tegahan Allah (a.w) dan RasulNya. Orang yang berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka itu adalah orang yang murni niatnya dalam beramal dan beribadah iaitu dia beramal dan beibadah demi mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w). Ornag yang berjaya sedemikian itu adalah orang yang beramal dan beribadah berdaarkan ilmu yang benar iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. kalau jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah, pasti tak berjaya di akhirat.
Saudara, ramai orang Islam yang jahil ilmu akhirat mereka. Mereka tidak faham bahawa semua amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa panduan ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan tanpa mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu anhum) adalah batal dan batil. Orang seperti Abdul Wahid boleh tunaikan haji dan umrah - sebagaimana sebilangan rakan-rakannya - bersolat, berpuasa, dan mengluarkan zakat, dan naik haji - tetapi kalau kesemua amalan dan ibadah tersebut berlainan dari preskripsi Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) batal dan batil semuanya, tak dapat pahala. Dan, kalau pula mereka tak tunaikan haji setelah jelas mampu kerana diberi gaji yang lumayan, maka jika ditakdirkan mati sebelum sempat tunaikan haji, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah,i.e. sama spt orang kafir mat, masuk neraka! Wal -iyazubillah.
Saudara, orang seperti Abdul Wahib dan rakan-rakannya, kalau mereka faham Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mempunyai kesempatan yang begitu baik untuk menempah syurga di akhirat kelak melalui kekayaan dan harta mereka. Allah (a.w) berika mereka rezki yang begitu banyak sebagai suatu fitnah atau cubaan baginya. Apakah dia atau mereka bersyukur? Apakah mereka sanggup membuktikan kesyukuran mereka? Bukti kesyukuran bukan setakat membayar cukai pendapatan atau mengeluarkan zakat, tetapi menginfaq sebahagian wang dan hartanya - paling minima 10% apa yang diterima demi membela agama Allah (a.w). Kalau Abdul Wahid dan rakan-rakan tulus ikhlas menginfaq pendapatannya yag lumayan itu berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia mengerjakan amalan dan ibadah menepati al-Quran dan as-Sunnah, maka dia dan rakan-rakannya akan berjaya di akhirat mendudki syurga Firdaus, syurga yang didiami hanya oleh para rasul, nabi, syuhada, solihin dan orang-orang yang alim. Itulah kejayaan akhirat. Tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Ali Abi Thalib (r.a) dan tepat menepati pesanan Rasulallah (s.a.w) tadi itu.
Saudara, apakah Abdul Wahibd dan rakan-rakannya faham dan akan berjaya di akhirat mereka? Walahu 'alam. Sebagai menteri lebih besar cabarannya untuk berjaya di akhirat, dahlah dia dapat gaji/upah jauh lebih sedikit pula. Insya Allah kalaulah saudara Abdul Wahid inginkan kepastian yang di tergolongan dikalangan orang yang berjaya di akhirat sejajar dengan janji Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa (= ikuti al-Quran dan as-Sunnah) dan Ayat 103, Surah ali-Imran (= berjema'ahlah dalam Islam) dan Ayat 59, Surah an-Nisa (= taati keimpinan Islam = Imam = asalkan perintah tidak maksiat, i.e. perintah yang tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)), nasihatkanlah beliau supaya sering-seringlah ikuti bloh ini, insya Allah dia dan orang-orang lain yang ikutinya akan terpandu.
Saudara, ingatlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa orang yang bodoh itu adalah orang yang yang pintar dalam ilmu dunianya tetapi bodoh atau jahil dalam ilu akhiratnya. Sebagaimana Allah (a.w) perigatkan kita umat Islam supaya utamakanlah mencari yang kekal dari menumpukan perhatian kepada yang akan luput tatkala luputnya ajal kita. Jadilah orang yang bijak iaitu dia bersedia untuk akhiratnya sbelum matinya. Oang politik kebanyakkannya menyediakan dunianya, dan melupakan akhiratnya.
Mudah-mudahan orang yang mudah mendapatkan akhirat kerana kelebihannya diberikan petunjuk oleh Allah (a.w) jua.
Saudara sampaikanlah berita gembira ini kpada beliau dan rakan-rakan beliau.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment