Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah maklum bahawa beberapa golongan umat Islam akan masuk neraka wel. Siapa mereka mngikut firman Allah (a.w) tersebut? Kita diberitahu dalam Surah al-Maun, beberapa golongan; iaitu: pertama, orang yang mengerjakan solat (fardu) tetapi digam sebagai lalai. Lalai kerana melambat-lambatkan mengerjakan solat setelah masuk waktunya dan mereka tidakpun terhalang mengerjakannya. Kedua, orang yang lali dalam solat juga termasuk orang yang mengerjakan solat dalam kejahilan ilmu. Mereka bersolat semata-mata mengikuti ajaran 'orang-orang dahulu kala' - tua guru, ustaz, nenek moyang mereka yang tidak didasari oleh ilmu yang haq. Ilmu yang haq itu adalah al-uran dan as-Sunnah. Malah Allah (a.w) membuat ketetapan bahawa kalau beramal atau mengerjakan ibdah tanpa di daari dengan ilmu, maka tak diterima amalan dan ibadah tersebut, walaupun hakikatnya secara kebetulan, betul dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, orang yang bersolat tetapi niatnya hendak menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai kono-kononnya dia itu orang yang rajin solat dan alim. Orang yang riak dalam mengerjakan solat - malah riak dala mengerjakan apa juga ibadah - akan dimasukkan ke dalam neraka wel. Dan, keempat, disebutkan dalam ayat tersebut, ornang yang apabila dipinta oleh jirannya untuk meminjam apa-apa peralatan ata kelengakapan masak memasak dan sebagainya, yang dia tapun gunakan ketika, tapi enggan memberi pinjamn. Alangkah kecil pekara yang disebutkan sehinggakan mengakibatkan orang terebut masuk neraka! Waspadalah. Ada ketetapan yang kelihatan remeh atau kecil, tapi amat membahayakan kepentingan akhirat kita.
Saudara, ada satu golongan lagi orang Islam yang briman yang akan masuk ke dalam neraka wel di akhirat kelak. Siapa? Mereka adalah penulis kitan agama atau mengarang kitab-kitab agama dengan niat untuk mendapat keuntungan kerana mencetaknya dan kemudian menjualnya pula. Orang yang menggunakan ayat-ayat Allah (a.w) - i.e. ayat-ayat al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah demi mencari keuntungan berupa jualan buku dan kitab - Ayat 79, Surah al-Baqarah.
Saudara, Islam tidak menegak seseorang itu menulis kitab agama jika niat sanubari hati penulis itu adalah untuk menjelaslak sesuatu dalam Islam supaya orang tidaklah melakukan sesuatu amalan dan ibadah yang tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Tapi, hari ini begitu ramai ulama' dan mahaguru dan ilmuwan Islam yang mengambil kesempatan kepada rasa dahaga ilmu di kalangan umat Islam menulis kitab-kitab agama konon-kononnya untu mengilmukan meeka atau memberi kefahaman kepada mereka yang penulis kitab itu anggapkan jahil dalam prkara yang dituisnya.
Saudara, Allah (a.w) dalam Ayat 79, Surah al-Baqarah ini memperingatkan para ilmuwan dan ulama' dan mahaguru atau syeikhs (selelaunya yg suka tulis buku ni ahli akademik di IPTA atau IPTS yang mengajarkan matapelajaran Islam dan yang terkait.
Mereka diancam neraka kerana beberapa situasi: pertama, dia menulis sesuatu eliputi perkara bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan berbadah yang tidak terdapat di mana-mana dalam al-Quran dan as-Sunnah, kemudian dengan berana mereka menghukum bahawa bentuk-entuk amalan, cara dan kaedah beramal itu sebenarnya dituntutat oleh Allah (a.w) dan digalakkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ini adalah suat pembohngan! Kesalapahan ini jelas. Kedua, dia mengarang dan menyebut sesuatu hukum atau ketetapan yang tidakpun terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menyebutkan bahawa hukum atau ketetapan tersebut datang darial-Quran dan as-Sunnah secara 'qias' atau atas dasar 'kesepakatan para ulama'' atau 'jumhur ulama'. Hari ini ramai para ilmuwan Islam yang berani berceramah dan mengajarkan pengikut mereka atau anak murid mereka perkara-perkara yang tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya yang paling ketara adalah membuat Doa Qunut dalam Solat Subuh, merutinkan amalan Membaca Yaasi pada malam Ju'at, membuat kenduri Arwah dan sebagainya. Amalan ini dikatakan baik dan sejajar dengan Islam. Walhal tidak sedikit perkara sedemikian itu disebut dalam al-Quran atau as-Sunnah.
Saudara meneyntuh tentang konsep 'jumhur ulama'' itu siapa ahlinya? Di Malaysia kita sering diberitahu 'istilah ini. Siapa dia? Lebih utama sebelum menentukan siapakah anggota 'jumhur ulama' itu, ka perlu jelskan siapa dia yang boleh dianggap atau dikira ulama'?
Ulama' adalah orang yang berilmu. Ilmu dalam Islam yang wajib dipelajar dan difahami dan dijadikan panduan beragama adalah a-Quran dan as-Sunnah. Ulama' bukan orang yang lulus dari al-Azhar atau Umur ura atau uversiti Ain-syam dan lain-lainnya di JOrdan, Syiria dan seumpamanya. Orang yang berilmu tu adalah orang yang faqih dalam al-Quran - membacanya dengan tartil dan tajwid yang betul, fahaa taksirnya dan hafal dia ayat-ayat utama, terutama ayat-ayat muhkamah. Dia juga sudah khatam pengajian kitab hadith besar yang enam - Kuttuul Sittah - Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan at-Termidzi dan Sunan ibnu Majah. Sekurang-nya merek sudah khatam dan fakih dalam Sahih Bukhari dan Muslim. Buka setakat khatam dan faham tetapi hendaklah belajar secara berguru, bukan elajar dari sesiap yang mereka jumpa atau melalui PJJ spt internet. Jika begitu, berapa ramaikah ulama' di Malaysia? Orang yang ada Ph D atau 'Dr.' di depan namanya kerana dia ada Ph D - seorang ahli akademik - walaupun dinobatkan di Malayia sebagai orang brilmu - bukanlah ulama' selagi dait idak melepasi syarat ilu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang diebutkan sbelum ini.
Malangnya, hari ini begitu ramai ahli akademik yang merasai diri mereka 'bertauliah' untuk menulis hukum dan ketetapan dalam Islam. Kalau mereka benar-benar 'alim atau ulama' dan fakih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan tahu dan faham bahawa 'ahli sunnah wal-jama'ah' itu adalah orang yang Islam berpandukan HANYA al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr, dan cara mengamalkan Islamnya adalah dengan berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Itu ujian asa bagi ulama' Lulus sebagai ulama' kalau orang it faham hakikat yang fundamental ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment