Assalamualaikum,
Saudara, terpampang hari ini lapuran dalam akhbar-akhbar tentang program hiburan untuk belia di Putrajaya - Festival Belia Putrajaya 2013 - program pembuka tirai yang diresmikan oleh Menteri Belia yang baru, Khairy Jamaludin, seorang belia didikan Barat dan banyak dipengaruhi oleh peradaban Barat - semuanya hiburan demi hiburan keduniaan. Itulah impression penulis apabila melihat gelagat menteri belia yang baru.
Saudara, bilakah agaknya kerajaan mengkotakan dan memertabatkan tuntuan Islam dalam program dan strategi kerajaan? Kerana, kepimpinan BN dan kini kerajaan menghebahkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam yang moden lagi progresif, negara contoh. Bagi orang yang tahu dan faham ilmu mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, mereka mungkin tahu apakah kriteria utama negara Islam dan pemerintahan Islam. Malaysia bukanlah negara Islam. Malaysia tidak menobatkan hukum Islam - ketetapan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika begitu, maka Malaysia berhaq dilabelkan negara Islam. Tapi, Malaysia ingin dilabelkan oleh di dunia sebagai negara Islam yang moden - kerana tidak dikongkongi oleh 'pandangan dan ketetapan sempit' Islam spt aurat wanita (tidak bertudung atau menonjolkanj buah dada), pakaian wanita (pakaian nipis, sempit dan ketat), pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, bersalaman antara lelaki dan perempuan (yang tidak makhram), makan direstoran yang diiktiraf JAKIM atau jabatan-jabatan agama Islam negeri sebagai menghidangkan makanan dan minuman halal, makanan halal dan haram boleh dijual dan diuruskan oleh orang dalam satu premis, dll.
Dalam lembaran tengah akhbar Utusan Melayu terbitan hari ini (28 May 2013) - akhbar yang dikatakan akhbar pro BN dan pro Kerajaan dan pro-Melayu dan anti PR dan chauvist Melayu, mempaparkan program Festival Belia Putrajaya 2013. Program yang sama sekali tidak mempunyai kontents keIslaman dan pembentukan moral dan sahsiah belia untuk menerajui masyarakat dan bangsa dan negara di masa depan. Tidak hairanlah apakala Rasulallah (s.a.w) membertahu umatnya bahawa di akhir zaman setelah beliau wafat dunia akan menjadi lebih buruk dan masyarakat Islam menjadi lebih buruk lagi sehinggakan beliau memberitahu bahawa masyarakat Islam kelmarin (yesterday) jauh lebih baik dari hari ini, dan hari ini jauh lebih baik dari esok. Dalam konteks ingatan manusia terhadap Allah (a.w), dan dalam konteks kepatuhan manusia terhadap ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), masyarakat Islam akan semakin buruk semakin mendekati akhir zaman.Dunia atau kenikmatan dan keseronokan dunia semakin canggih dan semakin menyeronokkan, semakin melalaikan, semakin mudah diakses dan semakin digalakkan pula oleh pemimpin ummah, dan masyarakat umum Islam semakin menutup mata terhadap kemaksiatan umat Islam, terutama keliruan yang akhirnya melestarikan pula kemaksiatan di kalangan golongan muda mudi- remaja - maka tatkala digalakkan dan dberi keutamaan pula oleh kepimpinan dan tokoh kepimpinan umat yang juga semakin jauh dari melihat dan menyedari tuntutan Islam, maka semakin parahlah generasi muda Islam dan akhirnya muda-mudi Islam dan akhirnya masyarakat Islam akhir zaman.
Saudara, jelas kelihatan bahawa hari ini sebagaimana telahpun bermula semenjak pemerintahan Mahathir dahulu, kerajaan dan kepimpinan kerjaan tidak mengutamakan pembentukan masyarakat Melayu yang beriman dan bertaqwa. Kesemua program keagamaan tidak diberi keutamaan. Malah program keagamaan sendiri telah dicemari oleh banyak perkara, antaranya: pertama, tidak ada usaha Kerajaan membuat transformasi terhadap mereka yang menjadi pengamal dan pembentuk adab dalam institusi dan organisasi seperti JAKIM, IKIM, dan jabatan-jabatan agama Islam negeri. Kenapa? Adakah usaha dimulakan untuk menghapuskan kejahilan ilmu al-Quran dan as-Sunnah di kalangan mereka yang diberi kuasa mentadbir-urus dan membentuk masyarakat Islam yang sejajar dengan tuntutan Islam? Keana tanpa kefahaman al-Quran dan as-Sunnah, umat Islam pasti mendapat neraka di akhirat. Hari ini, rata-rata begitu ramainya orang yang diamanahkan mengurus dan meramut umat Islam jahil tentang ketetapan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kedua, orang-orang yang berkuasa itu pula, sendiri jahil ilmu dan kurang fakih ilmu ini pula membenteras golongan-golongan yang berusaha untuk mengilmukan umat Islam supaya diajar dan diberi kefahaman mengenai Islam sebagaimana yang haq berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Seringkali disebabkan oleh kejahilan ilmu mereka sendiri atau kerana pertimbangan-pertimbangan strategik keduniaan, mereka menghalang penyampaian ilmu yang hak itu dengan mengadakan pelbagai gerakan pembenterasan termasuklah, mengawal penyampaian ilmu yang hak kecuali dengan kelulusan mereka. Ini nyata bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yang mewajibkan sesiapa yang berilmu - walaupun sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith - menyampaikannya kepada orang lain, Islam ataupun tak Islam.
Ketiga, begitu banyak kini saluran media penyiaran bercorak agama menyampaikan ilmu kepada rakyat kononnya tetapi oleh orang yang belum dapat diakui sebagai orang yang benar-benar faham Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Maka, terdapatlah pelbagai pencemaran ilmu dan nasihat yang diberikan kepada umat Islam, yang nampak baik tetapi tidak memberi manfaat kepada mereka dalam konteks mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) atau yang boleh menyelamatkan mereka dari neraka atau yang membolehkan mereka berjaya di akhirat.
Keempat, subject matter yang disampaikan oleh pendakwah ini tidak mampu mengilmukan umat Islam sejajar dengan apa yang sepatutnya dibekalkan kepada mereka, kerana tidak ada kesinambungan ilmu yang disampaikan. Ceramah dalam program TV termasuklah dalam TV al-Hijrah dan Astro Oasis dan seumpamanya, tidak dapat menyedarkan serta membentuk umat Islam yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Demi Islam, demi menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam dan 'kerajaan negara Islam', kepimpinan BN kini perlu membuat transformasi penarafan semula Islam dan ilmu. Jika tidak rugilah akhirat mereka, ketika mereka sekali lagi diberi peluang oleh Allah (a.w) menerajui kerajaan untuk 5 tahun lagi. Kita tidak mahukan transformasi keduniaan atau transformasi materialism, tetapi transformasi minda yang hanya boleh terjadi jika ilmu agama yang benar diberi keutamaan.

Saudara, kerajaan perlu mengadakan strategi yang menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah dalam membentuk generasi mendatang, jikalah Malaysia sebagai negara Islam dan sebagai negara tanah tumpah darah Melayu hendak kekal menjadi tanah tumpah darah Melayu sehingga kiamat dunia. Jika tidak, kemungkinan besar majoriti orang Melayu jahil agama, menjadi bertambah menjauhi diri dari Allah (a.w), dan menempah dengan lebih mudah kebinasaan akhirat.
Kelima, hari ini kita lihat betapa semakin parahnya Islam dan tanggapan orang Islam terhadap Islam. Rata-rata nyanyian dan hiburan 'ala Islam' dalam berbagai bentuk semakin menjadi-jadi di Malaysia. Program keagamaanpun sudah disemarakkan dengan keseronokan berbentuk nyayian menggunakan kalimah al-Quran dan kalimah as-Sunnah. Takda bezanya dengan apa yang berlaku di kalangan masyarakat Kristian apabila mereka menganggapkan bahawa agama Kristian itu dilestarikan dan didakwahkan melalui lagu-lagu dan nyanyian-yanyian, termasuklah wujudnya sebagai suatu yang normal, kumpulan Church Music - kini sudah wujud dalam pengamalan Islam ala-Malaysia.Malah ada para ilmuwan dan ulama' yang beranggapan bahawa berdakwah melalui kaedah sedmikian itu mendatangkan keberkatan dunia dan kebaikan atau pahala akhirat, masya Allah. Begitu kelirunya umat Islam hari ini kerana kejahilan agama dan kerana kemandulan orang-orang yang berkuasa membentuk ummah mentransformasikan mereka kepada akhlak mulia dan kebenaran berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kalaulah kerajaan, khususnya Khairy tidak mengadakan transformasi minda di kalangan muda-mudi berlandaskan tuntutan agama, jangan diharapkan belia dan beliawanis Malaysia memiliki akhlak karimah, menghormati orang tua, berdedikasi dalam tanggungjawab seharian mereka, menghapuskan jenayah belia, dan jenayah kemaksiatan yang berleluasa di kalangan belia hari ini. Akan ramai lagi anak-anak luar nikah dilahirkan, akan banyak lagi dadah menjadi kegiatan mutlak mereka, lebih ditolerate oleh masyarakat sumbang laku dikalangan belia, pergaulan bebas tanpa had, perzinaan yang semakin luas dan terdedah. Tak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu akan tiba masanya - apakala umat Islam jahil al-Quran dan as-Sunnah - menjadi munafiq mengakui Islam tanpa mengamalkan Islam - bahawa akan terdapat perzinaan berlaku secara terang-terangan, di tepi-tepi jalan tanpa perlu berselindung lagi. Ini semua akan dipertanggungjawabkan kepada Khairy dan rakan mereka dalam Kabinet di akhirat kelak. Oleh itu berwaspadalah. Apabila diberi kesempatan membuat transformasi oleh Allah (a.w) gunakanlah peluang keemasan tersebut sebaik mungkin. Janganlah nombor-satukan dunia dan nombor-duakan akhirat, berat padahnya. Kejayaan BN menerajui 55 tahun kerajaan Malaysia tidak akan menyelamatkan bangsa tanpa kepimpinan dan orang yang dipimpin itu mengenal Allah (a.w) dan RasulNya dan berusaha menobatkan al-Quran dan as-Sunnah di Malaysia dan membuat transformasi minda bahawa dunia bukan segala-galanya, tetapi dunia itu digunakan secara optimum untuk kelangsungan bangsa Melayu dan demi kesejahteraan akhirat ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment