Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah komen beberapa isu pokok berikuatan perlantikan Kabinet baru Najib. emua penyokong BN memuji-muji kebijaksanaan Najib dalam memilih timnya. Orang yang menentang BN dan UMNO, contohnya, akan persoalkan banyak perkara. Orang yang faham dunia dan akhirat aan melihatnya dari berbagai sudut dan aspek, dengan harapan bahawa selamat dan berkat di dunia dan selamat di akhirat - mengimbangi tuntutan dunia dan tuntutan akhirat.
Saudara, kalau kita lihat dan renungi kerajaan dan kepimpinan Malaysia semenjak Merdeka, takda bezanya. Tema kerajaan dan kepimpinan hanyalah mencari kesenangan dan kesejahteraan dunia dan menjadikan pertimbagan-pertimbanan akhirat sebagai appendix semata-mata kepada agenda dunia. Tak lebih dari itu.
Saudara, Malaysia ada menteri agama, tetapi di bawah ketiak PM. Mereka dilantik dari kalangan orang yang kononnya berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah .. tapi sebenarnya tidak. Maka kita umat Islam tertakluk kepada hakikat bahawa kemungkinan sesat di dunia mencari akhirat amat pasti. Kerana? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam hanya tidak akan sesat kalau mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, hari ini pemimpin dan ulama' Islam tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka kata mereka memang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tapi kalau saudara semak apa yang mereka kata, apa yang mereka ajarkan dan bagaimana membimbing rukyah, jelas mereka begitu jahil tentang Islam dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah, Pastilah kemungkinan tersesat itu amat nyata sekali.
Saudara, hari ini apabila manusia menyebut tentang kerajaan, pemerintahan, pilihanraya, kepimpinan, dan yang seumpamanya, manusia lupakan Allah dan manusia, termasuklah orang Islam dan orang Melayu, sudah lazim mengasingkan 'dunia' dengan 'akhirat', sebagaimana mereka asingkan kehidupan dengan kematian. Walhal, dunia dan akhirat adalah kesinambungan sejarah manusia - dari tiada menjadi ada dan dari ada menjadi tiada, dan setelah mati manusia itu ada hisaban dan kehidupan yang jauh lebih siksa dari keperitan hidup di dunia walau melarat bagaimana sekaliun.Orang Islam itu tahu dan faham, hanyalah mereka sering lupa diri dan dilupakan oleh syaitan, sehingga setiap hari ketika celik kedua matanya, difikirkan tak lain bagaimana nak senang dan seronok di dunia. Yang kaya dan yang miskin fikir sama, hanyalah reaksi mereka berlainan. Pemimpin dan yang dipimpin pun sama worldviewnya - nak senang dan nak kaya dan lain-lain keseronokan dunia. Lupa dia akan matinya. Lupa dia akhiratnya. Maka tidak hairanlah ramai pemimpin mencari dan mengisi kekayaan diri dan famili dari kuasa dan kedudukan yang diberikan dan dipegang mereka.Yang dipilih dalam PRU 13 dulu - sebagaimana yang dipilih dalam PRU sebelumnya - lupa diri bahawa yang menempatkan mereka itu ditempat mereka adalah rakyat, manusia biasa yang mengharapkan agar kehidupan mereka dan kehidupan anak dan cucu cicit mereka terjamin, aman, lancar dan tidak menyulitkan mereka dan begitulah seterusnya. Tapi, malangnya, apakala telah ditempatkan di kerusi kuasa, orang yang dipilih rakyat ini akan mengudai rakyat, menyusahkan rakyat dan mengingkari hasrat dan harapan rakyat pula. Ini jelas dalam realiti sekarang.
Semua kerajaan utamakan pembangunan - pembagunan yang berasaskan tanah dan dibangunkan oleh syarikat gergasi property developers keturunan Cina, yang memberi modal bank dan milik Cina, yang memberi pinjaman bank-bank Cina, yang menjualkan rumah dan binaan orang Cina, yang membeli orang asing, orang Cina dan India kerana mereka mampu, yang tidak dapat peluang orang Melayu. Kalau takda projek PPRT, contohnya, maka orang Melayu tak berumah. Demikianlah jadinya beberapa keluarga yang melarat di pendalaman di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah ... Orang Melayu yang menentukan kerajaan sering dianaktirikan. Kelulusan sijil, diploma dan ijazah Melayu dipinggirkan dan diberi nilai terendah, kelulusan sijil, diploma dan ijazah IPTS diakui hebat dan berpotensi, maka orang Melayu terpinggir pula dalam peluang pekerjaan. Kalau orang Melayu melenting, pemimpin politik Melayu dan tokoh kororat Melayu melenting, marahkan orang Melayu, tapi kalau orang Cina atau India melenting, pemimpin Melayu takut dan gentar. Sekali lagi, orang Melayu dianaktirikan dalam negara tumpah darah mereka. Orang India akan menambah rantaian bisnes di India dan di mana-mana saja. Orang China pula menaja pelbagai rantaian pula dengan kaum sebangsa mereka di China, HK, Taiwan dan S'pore - malah di merata dunia, kerana ramai orang China berada di mana-mana di dunia ... Sekali lagi orang Melayu tersepit... demikianlah realiti hari ini di Malaysia.
Saudara, pembangunan selain berasaskan tanah atau hartanah bukan mudah. Orang politik tau dan orang bisnes tau. Orang politik tau siapa ada wang, dan orang bisnes tau, siapa mau wang....Maka akhirnya dalam setiap fasa pembangunan ekonomi di Malaysia ini, semakin pupuslah wilayah atau kawasan hijau, dibangunkan dan digantikan dengan hutan simen... yang untuk orag yang mencadangkankan, yang menyokong projek, yang meluluskan projek. Yang terkilan dan rugi dan tak merasa apa-apa orang biasa , terutama orang Melayu, yang menempatkan pemimpin yang mereka pilih dikerusi yang memberi kuasa dunia. Dalam Islam amanah yang diberikan oleh Allah (a.w) kepada pemimpn tidak akan terlupa dan dilupakan. Amanah rakyat kepada pemimpin juga tidak dilupakan. Maka pemimpn akan dipertanggungjawabkan segala-galanya di akhirat kelak. Mereka mungkin terlepas di dunia, tapi tidak akan terlepas di akhirat dalam pengadilan Allah (a.w).Oleh yang demikian, beringatkan semua pihak yang diberi amanah dan menerima amanah dan meminta amanah pula, sebagamana Khairy Jamaludin minta diagihkan amanah kepadanya sebagai menteri
Saudara, dalam urusan belia - generasi penerus bangsa - yang amat pentig tentang kesinambungan orang Melayu kelak diletakkan atas bahu Khairy. Khairy bukan orang kampong. Dia anak diplomat, biasa dengan kedudkan aristokrat. Isterinya pula anak mantan PM, bisa hidup dalam buayan aristokrat juga. Apakah dia akan membentuk generasi muda - lelaki dan perempuan - yang rata-rata sudah rosak dalam banyak prkara? Prestasi Khairy diniali dengan apa? Dengan jumlah pingat emas dalam Sukan Olympic atau SEA Games atau berapa ramai penyanyi dan pelakun Malaysia mencapai taraf intrnational, berpeluang berlakun di Holywood? Atau, penyanyi Malaysia yang berjaya menjuarai top 10 lagu-lagu poular dunia di USA dan UK? Atau berapa ramaikah pemuda dan pemudi Melayu yang berjaya dalam bisnes atau sebagai tokoh korporat international? Atau, apakah kejayaan Khairy hendaklah diniali berapa ramaikan anak muda yang menjadi alim atau faham agama dan mampu membentuk diri dengan akhlak karimah? Atau, berapa ramaikan wanita muda - selalunya belasan tahun - yang melahirkan anak luar nikah atau membuang anak mereka yag tak berbapa di semak-semak? Atau, apakah moral muda mudi Malaysia- khususnya yang Islam, orang Melayu - yang boleh ditingkatkan, supaya lebih ramai muda mudi dapat membentuk bangsa dan membimbing cucu cicit kita dan cucu cicit mereka menjadi warganegara yang cintakan tanah airnya, sopan dan santun, akhlak yang baik, menghormati orang tua, dan takutkan siksaan Allah (a.w)? Khairy lah patut mencorakkan profile muda mudi Malaysia - terutama Melayu - dalam 5 tahun mendatang? Apakah dia akan berjaya? Atau, dia utamakan atau nomborsatukan matlamat duniawi? Sama-samalah kita tengok dan lihat.
Saudara, assessment atau penilaian yang sama wajar dibuat bagi setiap menteri, bukan setakat Khairy dan Jamil Khir. Yang pasti selagi pemimpin tidak nomborsatukan akhirat mereka, selagi itulah negara dan bangsa akan terus rosak, masyarakat semakin buruk dan semakin kufur dan hancur, dan masalah zina, anak haram, penganianyaan dan hubungan luar tabi'i, akhlak liar umat (terutama dikalangan warga teras Malaysia - orang Melayu) akan terus berlaku dan semakin parah ...
Saudara, jika itu berlaku, dalam PRU 14 nanti wajibkan diketengahkan tokoh kepimpinan yang boleh mengimbangkan dunia dengan akhiratnya ... kalau tidak kita sendiri menanggung padahnya dan menaggung dosa pula meletakkan pemimpin yang fasiq dan sama sekali ketepikan tuntuan Ilahi... Manusia hanya boleh dibentuk menjadi manusia yang tidak setaraf dengan haiwan kalau mereka dibentuk dan diasuh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jika, al-Quran dan as-Sunnah diketepikan, pastilah manusia itu akan menjalani kehidupan yang jauh lebih buruk dan hina dari haiwan - pemimpinkah dia atau yang dipimpinkah dia - itulah perigatan Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment