Saturday, May 11, 2013

Neraka Wel: Siapa yang menghuninya?

Assalamualaikum,
Saudara, setelah bercakap banyak mengenai PRU 13 dan hasil PRU 13 itu sudahpun kita tahu Mudah-mudahan mereka yang diberikan oleh Allah (a.w) tempat oleh PRU 13 mensyukuri bahawa semua itu ujian Allah (a.w) - Allah (a.w) ingin menguji yang berjaya apakah yang akan mereka lakukan untuk akhirat mereka, bukan setakat dunia mereka. Itu satu nikmat yg mereka wajar syukur. Atau, apakah mereka semakin lantang menentang syariat Islam apabila melaksanakan pelbagai perbuatan yang bukan sahaja mereka jauh dari cahaya keImanan dan semakin menjauhi perkara-perkara yang haq dalam Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Itu berupa istidraj - pemberian Allah (a.w) kepada orang Islam yang lupakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi demi Islam dan demi umat Islam. Maka semakin jauh mereka dari hidayah dan Allah (a.w), maka sia-sialah Islam dan sedikit keimanan yang ada dalam jiwa merka., wal ya zubillah. Bagi yang kalah pula janganlah berdendam kerana kekalahan itu suatu hikmat bagi dirinya dan bagi orang yang mengalahkannya.Kemenangan dan kelahan dalam PRU 13 adalah qada' dan qadar yg sudah ditakdirkan oleh Allah (a.w). Mungkin kekalahan itu baik kerana yang kalah itu terselamat dari keburukan yang tidak nampak olehnya dan yang psti tidak dapat menyelamatkan dirinya kelak. Kemenengan adalah satu ftnah atau cubaan bagi yang menang. 
Apakah mereka dapat mendekatkan dirinya pada Allah (a.w) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikulkan oleh rakyat - penyokong dan pengundi - ke atasnya. Pemimpin politik itu tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab yang utama dalam urusan dunia, kecualilah dia apabila memimpin melanggar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), spt menagih rasuah, menipu, atau menghalang dahwah, memesongkan peraturan dalam menangani kelencaran agama Islam. Sebagai pemimpin, mereka akan disoal di akhirat apakah dia telah menunaian janjinya memimpin umatnya dalam Islam menepati ketetapan Allah (a.w).
Dalam dunia tetap menjadi cubaan duniawi - masa depan politik dan masa depan duniawi mereka bergantung pada apa yang mereka akan kerjakan dengan izin Allah (a.w) jua, tapi akhiratnya juga bergantung kepada apa yang mereka lakukan ketika berkuasa dan hidup di dunia. Pemimpin tidak terlepas dari tanggungjawab terhadap orang yang mereka pimpin...
Saudara, dalam perkara agama kita lihat tajuk di atas. Allah (a.w) memberitahu manusia - Islamke atau kafirke - bahawa ada dua sahaja tempat atau kesudahan bagi manusia kelak, iaitu segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka - Ayat 7, Surah as-Syura. Tidak ada tempat ketiga. Kalau manusia itu kafir yakni idak Islam pastilah mereka masuk neraka dan tidak berpeluang masuk syurga. Kerana Allah (a.w) memberitahu sesiapa yang menganuti agama selain Islam - agama yang diridhai atau diterima Allah (a.w) - pasti tidak diterma segala amalan dan ibadahnya, tidak diakui pengabdiannya. Allah (a.w) memberitahu sesiapa yang menganuti agama selain agama Islam, pasti tidak diterima segala amalan kebaikannya di dunia, walau sebanyak mana sekalipunn, di akhirat merka orang yang rugi dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Selain itu, kalau seseorang itu Islam pula, maka dia mengerjakan amalan dan ibadah yang dituntut oleh Islam tanpa ilmu atau tanpa didasari dengan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - maka amalan dan ibadahnya tidak diterima. Kalaupun dia mengaji - belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan berpandukan dengan kepada kedua-dua ilmu tersebut dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan menjalani kehidupan di dunia - namun dicampuradukkan pula dengan lain-lain panduan yang tiadapun disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah pun rugi, kerana kemungkinan besar melanggar ketetapan as-Sunnah bahawa sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tiada dibawakan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batil, ditolak.
Saudara, apa yang dapat kita rumuskan? Pertama, syurga itu hanyalah diberikan kepada orang Islam. Kedua, seseorang yang akui dirinya Islam itu hanya berjaya mendapat syurga kalaulah dia mengerjakan amalan dan ibadah dalam mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w) apabila dia mengaji, memahami tuntutan agama dalam beribadah iaitu hendaklah didasar dengan ilmu. Tanpa belajar ilmu amalan yang betulpun tidak diterima, apatah lagi kalau amalan dan ibadha yng silap atu tidak menepati ketetapan syariat Islam. Ketiga, kalaupun beramal dan beribadah setelah memiliki ilmunya - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - tetapi dicampuri pula dengan pedoman atau banduan yang datangnya dari sumber selain al-Quran dan as-Sunnah, maka batal dan batil amalan mereka. Jelasnya, Islam itu mudah kalau memiliki ilmu yang benar dan akalau tidak taksub diri kepada manusia. Kalau seseorang itu hanya patuhi panduan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan panduan Rasulallah (s.a.w) - as-Sunnah. Yg benar dan yang haq adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, contohnya, dalam perkara solat, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) bahawa orang yang 'lalai' dalam solatnya pasti celaka dan dimasukkan ke dalam neraka wel. Inilah firman berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Fawailul lil-musollina (4) Al-lazina hum ‘an solatihim sahuna (5) Allazina hum uraa’una (6) Wa-yamna’unal-ma’una (7) [Yang bermaksud: Neraka wellah atau celakalah bagi orang yang solat. (Siapa dia) orang-orang yang mereka itu dari solat merek lalai. Juga mereka yang riak. Mencegah atau menghalang mereka pada bekas pinjaman.’] [Ayat 4 – 7 Surah al-Ma’un]
[Nota: Orang yang bersolat tetapi masuk neraka wel atau celaka itu adalah orang yang lalai dalam mengerjakan solat (fardu) mereka. Siapa yang dikatakan lalai dalam solat, iaitu mereka yang melambat-lambatkan solatnya. Ketika masuk waktu solat dia tak solat walaupun dia berkelapangan untuk bersolat. Atau, kalau disibukkan oleh tugas harianpun, mereka sewajarnya melapangkan masa untuk mengerjakan solat. Kerana satu solat itu memakan masa biasanya sekadar 5 minit sahaja. Umat Islam dikira lalai dalam solat juga kalau dia bersolat tanpa menepati ketetapan solat sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Seperti melakukan pelbagai perkara – perbuatan dan bacaan atau pergerakan solat yang sama sekali berlainan dri apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Walhal panduannya adalah sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu kama ra-aitumuni usolli.’ (Yang bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.). Solat Nabi (s.a.w) itu diketahui dengan jelas dan sempurna kalau umat Islam itu mengaji al-Quran dan as-Sunnah, bukan mengikuti cara dan kaedah amalan majority umat Islam yang tidak dipandu oleh ilmu as-Sunnah. Atau, bersolat berdasarkan apa yang dilihat orang-orang dahulu mengerjakannya tanpa menyemak terlebih dahulu ilmunya dalam as-Sunnah.
Neraka wel juga disediakan kepada umat Islam yang riak dalam mengerjakan sesuatu amalan – solat, sedekah atau infaq atau lain-lain amalan sunat. Dia keraja kerana ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa dia rajin beramal dan beribadah. Dia berasa bangga diri pula dalam amalannya. Walhal amalan dan ibadah itu adalah bertujuan untuk membuktikan kesyuuran seorang hamba Allah (a.w) kepada Allah (a.w) dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab agama kerana diperintah oleh Allah (a.w). Neraka wel juga disediakan kepada orang Islam yang tidak mahu meminjamkan bekas seperti peralatan atau kelangkapan masakan apakal jirannya memerlukannya.]
Apakah yang kita telah belajar, sebagai contoh, dalam perkara solat, supaya tidaklah kita menjadi tergolongan dalam golongan yang dicampakkan ke dalam neraka wel: kita senaraikan di bawah:

(a)  Solat yang baik
Saudara, ibadah solat itu adalah suatu kewajipan atas seseorang yang Islam. Dalam hadith lain yang membezakan oseorang yang Islam dengan seorang yang kafir adalah solat. Orang yang tidak bersolat sebagamana solat Rasulallah (s.a.w) tidak diakui sudah bersolat. Orang yang bersolat dengan bentuk-bentuk 'sembahyang' yang tak sama dengan ketetapan as-Sunnah, tidak kita telah bersolat.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (fardu yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah dan Abu Daud][Hadith Qudsi]
Jelasnya, sesiapa yang akui dirinya Islam tetapi tak bersolat, pasti takdapat syurga. Krana, kita telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-uran bahawa syurga itu hanya diberikan kepada orang yang Islam beriman dan mengerjakan amalan dan ibadah yang perintahkan. Tanpa amalan takkan dapat syurga. Ketetapan atau hadith yang sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menceritakan kepadaku dengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku (Allah (a.w)) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud]

(b) Janji Allah (a.w) - Syurga itu didapati kalau kerjakan solat
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang (di akhirat kelak) dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat] 

(c) Janji Rasulallah (s.a.w) kepada umatnya
Saudara, pertolongan Rasulallah (s.a.w) di akhirat kelak hanyalah kepada seseorang yang Islam dan mengerjakan solatnya. Kalau dia akui dirinya Islam dan tak bersolat atau bersolat sambil lewa atau kadang-kadang-kadang solat dan kadang-kadang tak solat, maka Rasulallah (s.a.w) tidak dapat menolong.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan kamu sekelian (yakni, umat Islam yang mengikuti syariat Islam yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)) adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith an-Nasa’i] 
Saudara, syafaat Rasulallah (s.a.w) itu amat penting bagi membolehkan kita diterima Allah (a.w) untuk menjadi ahli syurga. Islam mengutamakan penyaksian - Rasulallah (s.a.w) menyaksikan umatnya - iaitu orang yang terima Islam dan beramal dalam Islam dngan panduan as-Sunnah.

(d)  Solat fardu yang kurang kualitinya ditampal dengan solat sunat
Saudara, ibadat solat (fardu) adalah ibadah yang utama dalam Islam. Di akhirat amalan yang mula-mula dihisab adalah solat. Kalau baik hisaban solat seseorang itu, maka bailah hisaban amalan fardunya yang lain. Kalau solatnya tak baik hisabannya, walaupun baik dan excellene amalan dan ibadah puasanya, zakat dan infaqnya dan haji serta umrahnya, tetapi dinila sama dengan nilai solatnya. Malahlebih serius. Sesiapa yang solatnya tak diterima Allah (a.w), maka amalan yang lainnya pun tidak diterima, wal iya zubillah.
Menceritakan hadith oleh Syuib ibnu Bayan bin Ziad bin Maimun berkata: ‘Telah mengirim surat Ali ibnu Madini (i.e. ibni Abi Talib) darinya.’ Mengkhabarkan Abu Auwam hadith dari Qatadah hadith dari Hasan ibnu Ziad hadith dari Rafi’ hadith dari Abu Hurarah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya pertama-tama (ibadah dan amalan) yang dihisab (i.e. dihitung di akhirat) dengannya (i.e. amalan dan ibadah ketika di dunia) atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya (i.e. solat farduNya), sekiranya didapati sempurna ditulis sempurna, dan jika ada kekurangan darinya sesuatu, maka berfirman Allah (a.w): ‘Lihatlah (oleh kamu wahai malaikat yang menghisab) adakah menjumpai kamu baginya dari solat-solat sunat untuk menyempurnakan baginya (i.e. hamba) apa-apa yang mensia-siakannya dari solat fardunya dari solat-solat sunatnya.’ Kemudian seluruh amalannya dihitung atas hisaban sedemikian itu.’ [Hadith an-Nasa’i] 

Jazakallahu khairah







No comments:

Post a Comment