Sunday, May 12, 2013

Islam dan Tidak Islam: Bezanya ...

Assalamualaikum,
Saudara hari ini kita lihat sepotong ayat al-Quran dan kelihatan mudah tetapi tak difahami oleh manusia- yang Islam dan yang tak Islam.
Saudara, Ayat 116, Surah ali-Imran ini berguna untuk kefahaman orang yang tidak Islam dan orang yang Islam juga. Ada dua perkara utama disebutkan dalam firman Allah (a.w). Sebelum itu harus kita - manusia - faham
bahawa Tuhan manusia - sebagaimana tuhan bagi kesemua makhluk dunia adalah - Allah (a.w). Manusia itu dijadikan oleh Allah (a.w) - maksudnya diberi kesempatan hidup di dunia ini selama umur yang ditetapkan adalah untuk mengabdikan atau memperhambakan diri mereka kepada Tuhan mereka, iaitu Allah (.w). Inilah firman Allah (a.w): 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni.' (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan makhluk jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada (i.e. menyembah) Aku (Allah) - Ayat 56, Surah az-Zariat]. Dan, Tuhan manusia itu adalah Esa - Ayat 4, Surah Sof (atau Soffat). Tidak tuahn yang berhak disembah kecuali Allah (a.w) - Ayat 62, Surah ali-Imran. Dan, cara mengabdikan diri dan cara menyembah Tuhan itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh UtusanNya, Rasulallah (s.a.w), dalam al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana mengabdikan diri telah ditetapkan oleh Allah dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, pertama, Islam itu agama yang ditetapkan oleh Allah (a.w) bagi manusia semua zaman dan semua bangsa - Ayat 19, Surah ali-Imran. Kedua, al-Quran itu adalah panduan pengabdian terhadap semua manusia semua zaman untuk menunjukkan mereka bersyukur (=berterimakasih) kepada Allah (a.w) kerana diberi peluang hidup di dunia dan diberikan pelbagai nikmat semasa hidup. Ketiga, Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan atau orang yang dilantik oleh Allah (a.w) dan diamanahkan oleh Allah (a.w) memberitahu manusia agama yang Allah (a.w) wajibkan atas mereka dan bagaimana melaksanakan tanggungjawab - kerana hidup dan nikmat - dalam kehidupan manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah (a.w) - Ayat 21, Surah al-Ahzab. Dalam konteks inilah orang yang beragama selain Islam tidak berhak gunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada nama tuhan mereka. Dan, Allah (a.w) itu esa. Inilah mesej Ayat 1, Surah al-Ikhlas: 'Qul huallahu ahad.' (Yang bermaksud: Katakanlah Muhammad (kepada manusia)! Dia, Allah (a.w) itu adalah esa (=tunggal = satu)'. Keempat, kematian itu pasti dan selepas mati ada siksaan dalam kubur dan akhirnya ada siksaan dalam alam akhirat kalau ingkari ketetapan Allah (a.w) dan masih membawa dosa. Berdasarkan hakikat ini kita lihat peringatan berikut tentang aak-anak dan hartabenda milik kita dalam hidup kita.

(a) Tak Guna Harta dan Anak-anak Kalau Tak Islam
(b) Harta & Anak Orang-orang Yang Kafir/Kufur – Tak Guna 

Firman Allah (a.w): ‘Innal-lazina kafaru lan tughni ‘anhum amwaluhum wa-la auladuhum minnallahi syai-a, wa-ulaika ashabun nari, hum fiha khaliduna.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir (i.e. yang tidak Islam) itu tidak akan memanfaatkan sedikitpun (i.e. tidak ada gunanya sedikitpun bagi kepada mereka di akhirat) harta-harta mereka dan anak-anak mereka dari sisi Allah (a.w) sedikitpun; mereka itu adalah penghuni neraka, mereka di dalam neraka itu kekal selama-lamanya.) [Ayat 116, Surah ali-Imran]
[Nota: Dalam Islam anak-pinak dan hartabenda itu adalah dua perkara yang boleh menolong seseorang itu meringankan dosa atau menyelamatkan dari siksaan neraka. Anak yang soleh yang mendoakan keampunan dari dosa-dosa mereka dan memohon Allah (a.w) kurniakan kesejahteraan akhirat bagi kedua ibubapa mereka. Mereka juga boleh ‘upgrade’ taraf syurga kedua ibubapanya kalaulah mereka berjaya mendapat syurga taraf yang lebih tinggi atas amalan mereka sendiri, berbanding kedua-dua ibubapa mereka.
Harta seseorang itu juga yang boleh menolong seseorang itu untuk berjaya mendapatkan syurga dan selamat dari neraka. Kerana dengan harta itu seseorang itu boleh menginfaq, bersedekah dan berzakat dan segala sesuatu yang dibelanjakan demi fi sabilillah, yakni membantu agama Allah (a.w). Orang yang kaya di dunia itu mempunyai kesempatan yang teramat baik untuk mendapatkan syurga terbaik baginya melalui infaq fi sabilillah dengan membelanajakan harta kekayaannya demi membela agama Allah (a.w) dan umat Islam. Dengan itulah dalam sepotong hadith qudsi Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w): ‘Harta itu hartaKu, syurga itu syurgaKu, maka belilah atau tukarlah syurgaKu dgn hartaKu.’ Maksudnya belilah syurga dgn menggnakan harta (i.e. belanjakan dan infaq fi sabilillah.). Sebaliknya, harta adalah suatu fitnah atau cubaan yang amat getir bagiorang Islam yang beriman. Kerana harta boleh menjadikan mereka bakhil atau kedekut atau kikir. Harta boleh menjerumuskan pemiliknya ke dalam neraka kerana didaati scara batil dan digunakan atau dihabiskan pula secara batil, spt membazirkan harta.
Di dalam al-Quran, kita diberitahu tentang Qarun, saudara Nabi Musa (a.w), yang begitu kaya raya, tetapi tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak mahu menginfaqkan sebahagian hartanya demi membela agama Allah (a.w) zaman tersebut. Hari ini, walaupun ramai bilioner mengikut nilaitara Forbes, namun kekayaan mereka tersebut kalau dikumpulkan sekalipun tak dapat menandingi kekayaan Qarun. Kerana kunci gedung hartanya pun tidak terangkat oleh orang, kerana banyaknya. Demikian jugalah, Sa’labah dalam zaman Rasulallah (s.a.w). Dari orang papa kedana mendapat kurniaan Allah (a.w) atas do’a Rasulallah (s.a.w) terhadapnya, kemudian setelah kaya raya sebagai penternak kambing, tidak mahu membayar zakat. Malah menyembelih anjing yang menjaga kambing-kambingnya dari menyembelihkan kambing untuk menjamu Rasulallah (s.a.w). Kerana kambing bernilai tetapi anjing tak bernilai.
Saudara, sekarang ini ramaiorang Melayu dah kaya. Yang tersenarai sebagai contoh Syed mokhtar al-Bukhari, Azman Hashim, Mokhzani Mahathir, dll dan dulu Daim Zainuddin. Kini ramai penyanyi dah jadi kaya raya kerana menyanyi atau berlakun spt Siti Nur Haliza, yang suatu masa dulu dihebohkan dalam akhbar bahawa beliau mendermakan sejumlah RM 500.0k kepada badan kebajikan. Ramai orang yang kaya tubuhkan yayasan keluarga dan mendermakan sejumlah wang ke dalam yayasan keluarga tersebut bagi mengelakkan terlepasnya wang tersebut terkena cukai pendapatan, dan kekal dalam pegangan yayasan keluarga yang pula mendapat taraf pengecualian cukai. Yang jelas sesiapa yang bersedekah kemudian menghebahkan dan menhebohkan sedekah atau sumbangan atau infaq mereka kerana tujuan selain kerana menyahut seruan Allah (a.w) tak mendapat sebarang ganjaran pahala. Orang yang menginfaq dengan sifat ujub diri, bangga diri, ingin menunjuk, riak dan sumpamanya rugi tak dapat apa-apa. Tambahan pula orang yang beramal dan beribadah yang lari daripada preskripsi al-Quran dan as-Sunnah, batal amalan dan ibadahnya, maka infaqnyapun tak menghasilkan pahala.
Saudara, Di dalam ayat ini Allah (a.w) peringatkan manusia bahawa kalaulah mereka kafir (i.e. tidak Islam) itu sekali-kali tidak akan menolongnya apa juga harta benda miliknya dan anak-anak yang mereka ada, untuk mendapat kerahmatan dan pertolongan Allah (a.w) di akhirat kelak diselamatkan dari neraka. Mereka pasti dicampakkan ke dalam neraka. Dan, dalam neraka itu mereka kekal selama-lamanya. Tidak ada peluang untuk masuk syurga. Counterfactualnya? Anak-anak serta harta benad (i.e. kekayaan) hanya berguna kalau manusia itu Islam. Kerana anak-anaknya boleh membantu mereka mendapatkan syurga atas doa anakanak merka kepada Allah (a.w). Kalau Islam segala amalan dan ibadah serta segala kebaikan yang mereka lakukan di dunia itu direkodkan dan diambil kita oleh Allah (a.w) sebagai pahala yang dihisab di akhirat, yang merupakan dividen akhirat yang akan mengalir kepada mereka sampai kiamat dunia. Kalau mereka Islam segala kebaikan dari harta kekayaan yang dibelanjakan untuk fi sabilillah, akan mengalirkan pahala sebagai dividen akhirat bagi mereka, setip masa sampailah kiamat dunia, walaupun mereka sudah berkurun berada dalam kubur.
Rumusannya, segala kebaikan itu menjadi pahala dalam hisaban, yang akan menempatkan mereka ke dalam syurga. Syurga hanya mungkin atau boleh didapati kalaulah manusia itu Islam atau anuti agama Islam. Kejayaan mendapat syurga itu adalah bergantung kepada pematuhan Ayat 13, Surah an-Nisa’ perintah global Islam atau ketetapan induk Islam. Sebahagian daripada ketetapan induk ini adalah ketetapan khusus melibatkan amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah – hanya agama Islam sahaja agama yang diterima Allah (a.w) – Ayat 19, Surah ali-Imran; segala amalan dan badah yang dikerjakan manusia yang tidak Islam takda gunanya untuk akhirat mereka – Ayat 75, Surah ali-Imran; Allah (a.w) terima hanyalah agama Islam dan yang layak mendapat syurga hanyalah kalau manusia itu Islam – Ayat 3, Surah al-Maidah; hanya orang Islam yang menerima sepenuhnya ketetapan Islam yang mendapat syurga – Ayat 208, Surah al-Baqarah; hanya orang Islam yang beriman dan bertaqwa (i.e. takutkan siksaan Allah) akan dapat syurga - Ayat 15, Surah Muhammad; hanya, orang Islam yang mengerjakan amalan dan ibadah yang didasari dengan ilmu yang haq atau benar sahaja akan diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadahnya – Ayat 36, Surah al-Isra’; hanya orang-orang yang mengerjakan amalan dan ibadah sahaja yang akan diberikan atau berjaya mendapat syurga – Ayat 67, Surah az-Zuhruf; hanya orang yang engerjakan amalan dan badah dan segala bentuk amal makruf mendapat pahala kalau diniatkan kerana Allah (a.w) semata-mata – Ayat 56, Surah al-Isra’, dan hanya orang yang berpandukan as-Sunnah dalam amalan dan ibadah dalam hidupnya sahaja yang akan berjaya mendapat syurga – Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa’, dan hanya orang yang berjema’ah sahaja yang akan mendapat syurga – Ayat 103,
Surah ali-Imran.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment