Tuesday, May 7, 2013

PRU 13: Komen akhir

Assalamualaikum,
Saudara, selesai sudah PRU 13. Kita sudah banyak bercerita tentang apakah yang telah berlaku dan apakah akibat pelbagai perlakuan dalam berkempen. Kini kita tahu bahawa PR etlah mula mendapat tempat di kalangan msyarakat Malaysia sebagai pesaing kpd BN. Kita juga tahu bahawa prestasi yang terbaik dalam PRU ini adalah DAP, yang suatu masa dulu, Lim Kit Siang laung-laungkan 'Malaysian Malaysia', slogan yang dikecam oleh BN dan UMNO. Najib dalam kepimpinannya semenjak 5 tahun yang lalu melaungkan slogan '1 Malaysia'. Sebenarnya tidak ada bezanya 'Malaysian Malaysia' dengan '1 Malaysia'. Sama aje.
Saudara, BN dan birukrasi kerajaan melaung-laungkan slogan 'Rakyat di dahulukan, prestasi diutamakan.' Sebenarnya wujud konflik dalam slogan itu. Kalau 'rakyat didahulukan' pasti akan terjejas sesuatu yang dilaksanakan atas dasar 'prestasi diutamakan'. Takkan GLC nak sacrifice profitability dan efficiency kalau mengutamakan rakyat. Mengutamakan rakyat bermaksud mengubah arah alir prestasi, kecualilah macam ahli ekonomi berkata 'Maximise profitability subject to constraints kepentingan rakyat diutamakan.' Itu adalah hakikat second-best solution dalam maximisation principle dalam ekonomi. GLC tidak banyak menolong orang Melayu. Pembangunan wilayah = regional development dalam konteks transformasi Najib, tidak banyak memanfaatkan orang Melayu. Yg untung developer tanah. Mereka dan sumber dan kemampuan membangunkan secara fisikal sekian luas wilayah di Johor. Ditambah pula dgn galakkan kpd orang luar bermestautin di Maaysia sebagai second home dan sebagainya, harga rumah naik dgn mendadak, tidak tercapai oleh orang Melayu.
Saudara, PRU 13 ini menguntungkan DAP lebih dari menguntungkan PKR ataupun PAS. Ada penulis menyebutkan tiba Tsunami China yg memberikan kejayaan cemerlang kpd DAP dan hampir mengkuburkan MCA dan Gerakan. PKR juga untung kerana dapat lebih banyak kerusi, tapi majoriti katanya merosot. Apakah bayang masa depan yang dapat kita lihat? Sudah nampak wujudnya dua pakatan utama dalam Malaysia - pakatan kerajaan, iaitu BN, dan pakatan alternatif, iaitu PR, yang dianggotai oleh KeAdilan, DAP dan PAS dan sedikit PSRM. BN dan UMNO tidak lagi boleh berbangga bahawa kerana mereka telah memerintah Malaysia selama 55 tahun, rakyat wajib berterima kasih kpd mereka, maka tidak wajar rakyat mengubah kiblat politik kpd PR. Mungkin BN kerana terlalu lama memerintah sudah lupa perjuangan asal tahun 1955 atau 1957. Atau, sebagai analogy, BN sudah nynayuk, tak tahu apa yang terbaik dulu dan apa yang terbaik sekarang bagi Malaysia, dan bagi rakyat pribumi? BN jelasnya bergantung pada UMNO, dan UMNO bergantung kepada Melayu, kalau nak memerintah Malaysia. Kini PR pun tau untuk memerintah Malaysia, PR perlu dapatkan undi Melayu. Maka Parti Melayu dalam PR - KeAdilan dn PAS - perlu utamakan Melayu dalam apa jua strategi dan proram perjuangan merka.
Kalaulah proses tohmah dan pengaiban yg begitu intensif tidak berlaku, besar kemungkinan PR dan KeAdilan lebih berjaya dalam PRU 13 ini. Ada kemungkinan besar BN kecundang. Kalaulah kerajaan BN lebih adil dalam media dalam perkara kempen, sudah pastinya BN akan kecundang dan rakyat lebih faham. Rakyat akan faham bahawa dalam politik dan sistem demokrasi di Malaysia, pakatan politik yang boleh bertindak mudah dalam melaksanakan strategi dan program pembangunan untuk rakyat, kalau kerajaan pusat ditangan mereka. Selagi kerajaan pusat di luar pegangan mana-mana pakatan - BN atau PR - selagi itulah tidak mungkin banyak perubahan boleh dibuat oleh mereka, walaupun PR beruntung dapat Selangor negeri yang dikatakan terkaya di Malaysia Barat, sekurang-kurangnya dan kekal memerintah Kelantan. Kalau media diberikan juga secara adil kpd PR sudah pastinya rakyat akan dapat maklumat yang banyak untuk membuat pilihan terbaik.
Saudara, kita sering mendengar laungan bahawa Malaysia adalah neraga Islam yg moden. Itulah kata-kata pemimpin kerajaan dan negeri. Tapi, dalam Islam tiada istilah Islam moden atau jumud. Islam itu adalah apa-apa yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita katakan ketetapan Islam itu jumud, maka secara langsung kita gam Allah (a.w) itu sama tarafnya dgn manusia - tahu tahu yang terbaik dan tak tahu masa depan. Kalau mereka katakan beberapa ketetapan Islam itu tidak sesuai zaman moden ini, mereka sebenarnya menentang ketetapan Allah (a.w) yang memerintahkan umat Islam, terutama pemimpin beragama Islam meletakkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dalam pemerintahan dan perundangan Allah (a.w). BN tidak boleh menolak hukum hudud, sebagai contoh, kerana hukum hudud itu ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) tidak 'time dependent' atau 'time relevance'. Hukum menutup aurat bagi wanita Islam dengan memakai tudung dan pakaian longgar dan pakaian yang tidak transprent dan ketat, adalah ketetapan wajib. Wanita Islam yang tidak menutup aurat sebagaimana seorang Islam yang tidak mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat dosa setiap masa dan saat dalam hidupnya. Maka pasti akan masuk neraka. Kerana setiap dosa melayakkan seorang itu dibersihkan dalam neraka, walaupun akhirnya, mungkin dia akan masuk syurgapun! 
Itu bukan ketetapan PAS atau orang agama. Ada banyak lagi ketetapan Islam yang tidak boleh diketepikan atau diremehkan atau diperolok-olokkan oleh sesiapaun - oleh orang Islam atau bukan Islam. Malangya, manusia itu utamakan dunianya, dan remehkan akhiratnya, kerana politik, contohnya, seolah-olah kesenangan di dunia ini selama katalah 80 atau 90 tahun berada di dunia itu mengatasi kehidupan yang lebih kekal di akhirat! Malah begitu isteri pemimpin Islam dalam BN meremehkan aurat dan memakai tudung dan pakaian longgar bagi isteri mereka, isteri mereka bersalaman dengan lelaki bukan makhram mereka!
Pentadbiran urusan agama begitu juga. Mereka utamakan mencari keaiban orang daripada mengutamakan mengilmukan diri mereka sendiri dan umat Islam Dalam kempen dan dalam ceramah para pemimpin Islam dalam pentadbiran agama, termasuk di kalangan para 'ulama', contohnya, mereka menyebut 'pluralisma dalam Islam' atau 'Islamic pluralism' tanpa memahami bahawa Islam itu hanya satu iaitu ketetapan serta panduan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang membuat hukum atau ketetapan yg lari dari ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah adalah menyimpang dari Islam yang haq. Kalau lari dari Islam yang haq segala amalan dan ibadah adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang gajaran pahala di sisi Allah (a.w). Ketetapan ini terpakai terhadap semua orang Islam - pemimpin, para ulama' dan umat Islam amnya. 'Islamic pluralisma' sebenarnya merujuk kepada amalan dan ibadah serta perundangan Islam yang tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan pemerintahan kerajaan yang baru nanti lebih faham Islam dan berusaha mendaulatkan Islam dalam pentadbiran kerajaan dan dalam melayani masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam yang mereka pimpin. Kerajaan perlu membuat transformasi aqidah di kalangan pemimpin supaya sejajar dengan tuntutan Islam. Islam bukan untuk orang PAS. Bukan juga tanggungjawab PAS. Tetapi, tanggungjawab semua mereka yang akui diri mereka Islam. Dan, mendaulatkan ketetapan Islam di Malaysia adalah tanggungjawab BN, dan PR serta parti-parti komponennya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment