Tuesday, April 30, 2013

PRU 13: Komen atas komen

Assalamualaikum,
Penulis tertarik membaca beberapa ruangan komentar yg tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan akhir-akhir ini, tentang PRU 13, tentang pemimpin dan tokoh-tokoh politik, peristiwa-peristiwa menarik dan personaliti dan sebagainya.
Kalau kita bercakap dengan sekian banyak orang Indonesia yang berada di Malaysia ini mencari maisya masing-msing, mereka sudah lama terkejut dan merasa hairan. Mengapakah di Malaysia ini begitu sengit pergaduhan politik sehinggakan caci mencaci, maki hamun, tuduh menuduh, buruk memburuk, kata mengata, fitnah memfitnah, aib mengaib menjadi lumrah masyarakat Melayu - tak kira dia sokong mana-mana pihak. Tak kiralah dia pemimpin atau pengikut. Tapi, yang pastinya mentaliti Melayu dalam berpolitik jauh lebih primitive berbanding dgn orang Indonesia. Di sana merekapun ada proses pilihanraya = Pemilu, seumpamanya, tapi tak sampai begitu sengit bergaduh, sehinggakan timbul putus silatur rahim antara bapa dengan anak, antara adik beradik, perceraian antara suami isteri dan bergaduh serta berbunuh-bunuhan pula. Amat menghairankan mereka. Dan amat malang bagi kita di Malaysia ini.
Saudara, dalam post ini kita sudah lihat betapa ruginya di akhirat ramai umat Islam kerana PRU 13 ini. Berapa ramai yang telah dimasukkan oleh syaitan ke dalam gerabak miliknya untuk dihantar atau dikirim ke neraka di akhirat kelak. Masya Allah, wal iya zubillah. Alangkah ceteknya ilmu agama orang Melayu - yang memimpin dan yang dipimpin - apabila berkempen menempah tempat di neraka, semata-mata kerana mencari kesenangan dunia untuk diri sendiri (kerana bertanding) atau orang lain (sebagai pengikut ata penyokong)! Jika itulah hakikatnya, lebih para lagi. Kerana sesiapa yang tujuan hidupnya mencari keduniaan dan membelakangkan akhirat, maka dunia akan didapatinya sekadar apa yang telah diqadarkan oleh Allah, tetapi di akhirat tak dapat apa-apa kecuali neraka. Itulah ketetapan al-Quran dan itu jugalah ketetapan as-Sunnah. Islam memberitahu bahawa sesiapa yg menjadikan tujuan hidupnya mencari (kesenangan) dunia, maka Allah (a.w) jadikan kefaqiran di antara dua matanya = tak akan puas dalam hidup dah dapat harta kekayaan RM 10.0 juta nak pula RM 20.0 juta lagi ...
Saudara, dalam membaca komen-komen para penulis atau columnist akhbar pula jelas kelihatan siapa yang menyokong parti kerajaan dan siapa jurnalist atau columnist yang seimbang atau professional. Jurnalist dan columnist yang bias atau berat sebelah adalah mereka yang melapurkan dengan motif politik atau motif mempengaruhi fikiran orang awam = pembaca, bukan mengnalisa sesuatu yang wajar seperti rangka dasar, strategi dan program parti politik, pencapaian mereka, kekurangan atau kemusnahan yg mereka lakukan, contohnya. Mereka patut jawab soalan: Apakah kerana satu pihak itu memerintah selama 55 tahun, maka mereka pintar memerintah negara? Apakah pihak yang belum berpeluang memerintah negara itu tidak boleh memerintah negara? Atau, tidak boleh menyampaikan khidmat lebih baik atau terbaik kepada rakyat? Belum tentu. Apa yg diketahui sedikit - contohnya Khalid, Tok Guru, Azizan dalam tempoh 4 atau 5 tahu memegang teraju kerajaan negeri sudah menunjukkan prestasi baik dari segi penjimatan perbelanjaan dan membanyakkan tabungan negeri. Itu belum dapat kerajaan pusat. Kalau mereka dapat kerajaan pusat kemungkinan apa yg telah dicapai oleh parti yang memerintah 55 tahun akan di capai atau ditandingi dalam tempoh selaruh sahaja, katalah 25 tahun = 5 penggal? Tak mustahil.
Saudara, selain melihat apa yg telah dihasilkan oleh mana-mana parti yang memerintah, sebagai pengundi dan rakyat biasa, kita wajib audit kelemahan mereka yang diberi peluang memerintah. Terutama setelah lama diberi kuasa. Apa yg terjadi kpd perintah Allah (a.w) dan RasulNya kalau pemimpin Islam mengabaikan dakwah dan mengotori syariat agamanya? Malahan mereka pula menghalang orang yg ingin memurnikan agama Islam kerana tidak sealiran atau tidak sama dengan amalan mereka? Apakah dalam berdakwah JAI = Jabatan Agama Islam yg sempurna ilmunya mengenai Islam sehinggakan menuduh kumpulan itu dan ini menyimpang atau sesat, walhal mereka itu mengajarkan ilmu yang haq iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah?
Dalam konteks agama penulis tertarik dgn pandangan Azman Ujang dalam ruangan 'News without borders' dalam akhbar the Sun hari ini - 29 April 2013 - yang menyentuh isu X-MB Selangor Muhammad b Muhammad Taib keluar UMNO masuk PAS, katanya dengan sinis, apakah benar dia kini berjihad untuk mengembalikan roh agama Islam kepada masyarakat Melayu atau Malaysia? Menulis atas tajuk 'PAS exploits Umno rejects.' Sinis title itu. Seolah-olah dia katakan X-MB tu sudah murtad Umno kerana masuk PAS, seumpama seorang yg Islam itu keluar dari Islam atau murtad ... Apakah Umno parti terbaik bagi orang Melayu? Bacalah pendapat Dr Asri dalam komennya kelmarin, bila mana dia igaukan wujudnya suatu parti Melayu yang lebih baik dari Umno atau PAS atau apa saja nama parti keMelayuan yg wujud sekarang.
Saudara, pada penulis adalah keterlaluan mengkritik niat baik seseorang dalam perkara dakwah dan agama. Allah (a.w) yg tahu niat sebenar X-MB tu keluar Umno dan masuk PAS. Memang orang Melayu lebh suka buruk sangka dari baik sangka! Mungkin dia bersimpati dengan Kamila Ibrahim, X-Timbanlan Ketua wanita Umno, kerana diketepikan oleh kepimpinan Umno. Kamilia bukan termasuk dalam golongan orang yang agenda politik dan agenda pribadi mereka sealiran, walaupun dalam Umno, maka tidak boleh terus dalam Kelab Ekslusif Kepimpinan dan Peneraju Transoformasi Umno. Allah saja yg tau. Kita doakan mudah-mudahan apapun terjadi pada 5 Mei 2013 ini, Islam tetap akan lebih tersohor dan pure, dalam keadaan baik tidak terus dicemar dan tercemar, dan orang Melayu tidak tersisih dari negaranya sendiri dan orang Melayu tidak menjadi peminta sedekah di negaranya sendiri.
Kita galakkan orang Islam - pemimpin atau bukan pemimpin - berubah. Membuat anjakan paradigma dalam agama. Dari yg baik kpd yg lebih baik. Dari tak baik jadi baik. Dari yg sentiasa sombong dan bonkak, bercakap tentang Islam, dalam kejahilan, ketika umur sudah melebihi 80 tahu, mula mendekati diri kepada Allah (a.w) dengan mengaji ilmu agama. Buatlah anjakan sebagaimana anjakan yang dibuat oleh X-MB tu - melakukan suatu anjakan yang baik, kerana dia kini lebih yakin bahawa Islam itu perlukan reformasi minda dan transformasi minda kepimpinan Islam sendiri.Ramai pemimpin Melayu bercakap tentang Islam, walhal mereka jahil tentang Islam. Mereka tuduh golongan lain amalkan 'Islam pluralisma', tanpa memahami apa dia yg dikatakan 'Islam pluralisma' itu? Sebenarnya Islam pluralisma itu adalah Islam yang tidak diasaskan kepada panduan dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Majoriti orang Melayu - pemimpin dan pengikut - hari ini lantang bercakap mereka adalah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' - tapi mereka takpun ikut as-Sunnah dan tak pula berjema'ah. Jadi, mereka neither golongan as-Sunnah, nor golongan jema'ah. Mereka, hakikatnya mengamalkan 'Pluralisma'. Kerana Islam yang benar itu adalah satu sahaja iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau amalkan sesuatu berasingan dari al-Quran dan as-Sunnah, pastilah Islam yang berbeza dan bercabang atau berbagai, bukan lagi Islam yang haq lagi murni.
Kita inginkan supaya pendidikan agama Islam yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dijadikan agenda utama transformasi minda pemimpin dan rakyat. Kita ingin pemimpn yg sensitif dgn keruntuhan moral umat Islam, khususnya di kalangan generasi muda, yag semakin parah sekarang. Kita inginkan pemimpin yg mencontohi keperibadian yg ulung , yg menjadi contoh ikutan sebaga-galanya Nabi Muhammad (s.a.w) itu dijadikan model manusia terbaik oleh Allah (a.w). Kita inginkan supaya umat Islam tidak tersisih dari menikmata dividen pembangunan materilisma negara. Hari ini jelas yg kaya dan mampu hidup selesa. Yg kekal ditahap ekonomi dulu, yg faqir, yg miskin, ibu-ibu tunggal yg ditinggal suami, anak-anak yatim, rumah-rumah rakyat pendalaman kekal tidak dibantu, dan majoriti masih dalam kesempitan hidup, dapat benar-benar dibela dunia mereka dan akhirat mereka.
Saudara, kita mahu kepimpinan Islam yg fahami bahawa aurat wanita itu hanya membolehkan muka dan telapak tangan dipamirkan kpd manusia yg bukan makhram. Bersalaman dgn orang yg bukan makhram itu berdosa besar. Meneruskan kejahilan agama walaupun sudah lanjut umur itu mengundang kecelakaan di akhirat. Ingatlah setiap saat, jam, hari, minggu, bulan, dan tahun seseorang Islam itu tidak belajar (i.e. mengaji) ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka setiap saat, jam dstnya dia mendapat dosa percuma kerana mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu suatu kewajipan bagi orang yang akui dirinya Islam. Demikian juga aurat. Malangnya, hari ini semakin lanjut usia pemimpin Islam itu semakin lupa dia akan kematiannya dan perintah tuhannya! Tidak ada negara Islam diperintah oleh orang yang abaikan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakalahu khairah

No comments:

Post a Comment