Assalamualaikum,
Saudara, ada dua perkara yang menarik minta penulis untuk berkongsi sama dengan pembaca dan pengikut yang terdapat dalam lapuran Utusan Malaysia terbitan hari ini - 24 April 2013; iaitu pertama, sepotong hadith Muslim yang diturunkan oleh sidang pengarang Utusan Malaysia - seperti selalunya di muatkan oleh Utusan malaysia, melambangkan bahawa akhbar itu adalah akhbar Melayu, semangat Melayu dan smangat Islam - yang menyebutkan: Rasulallah (s.a.w) bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yag di hari kiamat dalam hal dia memaki, mencaci sipolan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang.' - Hadith Muslim. Menarik kerana dalam beberapa post yang lalu kita telahpun lihat beberapa nas dan dalil yang jelas dalam firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) sipakah yang menjadi penghuni neraka wel. Orang-orang yang sama akan menduduki neraka, wal iya zubillah. Dalam musim PRU 13 ini ramailah orang yang akui dirinya Islam terjerumus dengan mudah mencari tempat tinggal di neraka, walhal neraka itu bukanlah tempat tinggalpun. Ok.
Saudara, dalam politik - terutama dalam berkempen lebih setahun untuk PRU 13 - dalam keghairahan pihak-pihak yang beranggapan bahawa mereka cukup kuat untuk terus memerintah negara atau terlalu gerun kini kemungkinan terlepas kuasa atau di pihak lain yang merasai sudah tiba masanya rakyat mengubah selera menegak keadilan dan mengutamakan kepentingan rakyat, dan ketika kemungkaran dalam kerajaan sudah sampai ke kemuncaknya, perlu dibeanters - pastilah lebih hebat caci mencaci, maka memaki hamun, fitnah memfitnah, buruk memburuk, aip dan mengaip, kata mengata, bohng membohong, tuduh menuduh dan segala sesuatu yang ditegah oleh Islam dilakukan dan berlaku. Maka pastilah lebih ramai umat Islam yang telah menempah neraka untuk akhirat mereka.
Tapi, isu sampingan. Orang yang terlibat dalam Utusan Malaysia yang menyiarkan sesuatu yang jelek - caci maki, tipu, fitnah, jatuh mejatuhkan orang dan sebagainya? Bagaimana? Orang yang menghebahkan keburukan dan keaipan tersebut sama dengan orang yang mula-mula menyebutkan keburukan atau keaipan itu? Utusan bersubhat, walaupun mereka tidak percaya atau bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh orang yang memulakan cakap-cakap tersebut. Tapi, ramai orang berkata bahawa sebagai akhbar, dilapurkan apa yang disebutkan. Kedua, menarik membaca pengakuan Mufti Perlis bahawa dia sejak dahulu lagi, kata Utusan Malaysia, adalah penyokong Barisan. Menarik dan maklum. Kalau Dr Juanda Jaya itu seorang ulama' dia tahu mana yang haq dan mana yang batil. Tapi kerana dia adalah birokrat agama dalam kerajaan Barisan, pastilah dia berbuat sedemikian. Ulama' yang tulin itu sentiasalah dia menegakkan kebenaran, walaupun kebenaran itu membahayakan dirinya dan dunianya. Tugas seorang ulama' itu adalah menyebarkan ilmu, mengajarkan umatnya atau masyarakat supaya faham tuntutan Islam, memberi kefahaman kepada mereka tentang tuntutan agamanya dan memperingatkan mereka supaya sentiasalah be 'amar makruf' dan 'nahi mungkar (cegah kemungakaran) - bukan memperkecilkan kebaikan dan membesar-besarkan kemungkaran.
Saudara,
di Malaysia ramai orang mengakui dirinya alim ulama, ramai pula orang yang menobatkan seseorang itu sebagai alim ulama' dan ramai pula diantara orang agama yang taksub diri kononnya merekalah alim ulama' - pewaris para anbiya (nabi) - segolongan yang ramai pula memperekehkan ilmu orang lain, kerana mereka tidak diakui ulama' atau 'alim! Firman Allah (a.w) bahawa para ulama' itu adalah pewaris para anbiya (Nabi) bermaksud para ulama yang engajarkan Islam, yang melestarikan dan meninggikan mertabat agama Islam, kedudukan agama Islam dan membimbing manusia ke arah menyembah hanya Allah (a.w) sebagai tuhan, bukan kerana menegakkan parisan politik mana-mana golongan.Nabi (s.a.w) mewariskan ilmu kepada umatnya, sesiapa yang berilmu dan menyebarkan ilmunya kepada orang lain adalah orang alim atau ulama'. Orang yang ada ilmu tetapi diam tidak buat apa-apa bukanlah ulama'.
Saudara,
orang yang wajar diiktiraf orang 'alim atau ulama' adalah orang yang faham Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bukan orang yang ilmunya mengenai al-Quran suku atau separuh masak dan ilmunya mengenai as-Sunnah juga suku dan separuh masak, kemudian menggunakan kepintaran otaknya, membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah, bercakap tentang Islam, bukanlah orang 'alim dan pastinya bukan ulama'. Allah (a.w) tidak memberi lesen kepada mana-mana orang yang akui dirinya Islam kemudian bercakap tentang Islam, agama Allah (a.w), di luar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kita yang Islam diperingatkan bahawa sesiapa yang menyebut atau membuat tafsiran terhadap sesuatu mengenai Islam yang tidak didasarkan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, semata-mata menggunakan akal fikirannya, tanpa mempelajari al-Quran dan as-Sunnah secara berguru, walaupun betul, tetap dihukumi salah, apalagi kalau salah.

Berwaspadalah. Jangalah memandai-mandai membuat sesuatu pentafsiran tanpa ilmu. Kalau para ulama' itu faham Islam dia akan faham dan maklum bahawa agama Islam itu didasarkan kepda dua asas dan sumber iaitu panduannya al-Quran dan as-Sunnah dan kedua diamalkan dalam bentuk berjema'ah.
Jazakallahu khairah
p.s.: Dalam PRU 13 ini macam-macam berlaku yang tidak pernah berlaku dulu-dulu. Antaranya Muhammad b Muhammad Taib sedar sedikit tentang Islam kerana katanya dia ingin memperbaikinya masyarakat Islam di Malaysia demi masa depan ummah, hanya boleh melalui wadah PAS. Kamilia Ibrahim walaupun Timbalan Pergerakan Wanita UMNO tersingkir dan disingkirkanTak kiralah apa motif pemimpin dan pengikut, harap-harap orang Islam faham dan mula memahami bahawa Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan berjema'ah. Itulah jalan lurus ke syurga, tiada jalan lain. Selagi itu tidak difahami, syurga yang dicari, neraka yang diperolehi ...

No comments:
Post a Comment