Assalamualaikum,
Saudara dalam suasana kesibukan PRU 13 ini ramailah orang yg bercakap macam-macam. Pemimpin yg dulu berpeluang memegang kuasa kerajaan - di pusat ataupun di negeri - akan mencanang jasa-jasa mereka ketika dalam kerajaan atau ketika berkuasa dulu. Anih! Adalah menjadi tanggungjawab seorang yang diangkat oleh segolongan manusia memimpin mereka untuk melakukan segala sesuatu yang terbaik demi kebajikan orang yang mengangkat mereka atau orang yang menempatkan mereka di tempat yang memiliki kuasa spt kerajaan atau pemerintahan. Maksudnya: yang memimpin wajib laksanakan tanggungjawab mereka sekuat mampu mereka. Bukanlah mereka meminta dipuji atau disyukuri. Kalau mereka gagal, maka mereka wajar dihukum oleh orang yang mengangkat mereka di dunia dan di akhirat Allah (a.w) akan menghukumi mereka.
Saudara, oleh kerana itu tidak wajar seorang yang berpeluang menerajui kerajaan dan memiliki kuasa dalam kerajaan, memperingatkan rakyat - orang yang memilih mereka 5 tahun dulu - supaya kenangi jasa-jasa mereka! Sebenarnya mereka tidak berjasapun. Kenapa? Melakukan segala sesuatu kebajikan untuk rakyatnya adalah tugas yang dipikulnya. Kalau kita diberi peluang dan tempat dan kuasa seperti mereka kitapun boleh buat apa yang mereka buat. Malah kita boleh buat lebih dari itu. Kita boleh imbangkan tuntutan dunia dengan tuntuan akhirat dan tidaklah mengketepikan langsung tuntutan akhirat! Justeru itu, rakyat jangan tertipu. Oleh kerana mereka berjasa dulu, maka mereka perlu dikekalkan ditempat mereka. Tambahan pula kita wajib hitung dan kira - berapa banyakkah keuntungan dan kesejahteraan yang kita terima selama mereka memerintah? Wajarkah atau seimbangkah? Apakah orang lain tak boleh buat lebih baik?
Dalam Islam mereka yang mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin setelah diberikan amanah oleh bangsa atau masyarakatnya akan menghadapi huruhara yang amat besar ketika dalam kubur, ketika berhimpun di padang makhsyar dan ketika di akhirat kelak! Kepimpinan dalam Islam adalah suatu tugas dan tanggungjawab yang amat berat. Kalaulah manusia itu faham betapa bahayanya menjadi pemimpin, mereka tidak akan berebut mendapatkan pencalunan dan bermati-matian berkempen untuk menang.
Saudara, hari ini di dunia lain. Siapa yang terpilih akan menjadi senang dan selesa hidupnya dalam tempoh lantikan lima tahun dan seterusnya. Fikirkanlah seorang DUN, lebih-lebih lagi Ex-Co dalam DUN, setelah diangkat sepenggal akan menerima pencen sama dengan pencen - malah lebih dari pegawai kerajaan berjawatan turus yang bekerja selama 35 atau 40 tahun! Begitu jugalah kalau jadi Ahli Parlimen. Dapat pencen yang sekian banyak - selesa hidup sampai mati. Kalau jadi MB atau KM atau Menteri pula, lagi banyak pencennya. Dan, yang dicari adalah duit atau wang luaran yang tidak termasuk dalam pakej gaji atau elaun sebagai wakil rakyat atau sebagai menteri. Fikirkanlah setiap pembelian mega kerajaan - katalah peralatan perang atau militari yang nilainya RM 2,000.0 juta, contohnya, ada komisyen 10% paling kurang bagi orang yang mengaturkan jualan. Berapakah banyaknya 10% daripada RM 2,000.0 juta? RM 200.0 juta??
Saudara, demikianlah lumrah dunia. Manusia itu akan melakukan segala sesuatu untuk mendapatkan tempat dan kuasa dalam politik. Ramai yang mencari harta dan kekayaan yang boleh menampung keperluan keluarga sampai 3 atau 4 atau 5 atau 7 generasi akan datang. Walhal, hidup itu tak lama. Umat Nabi Muhammad (s.a.w), mengikut sabda beliau, hanyalah sekitar purata 60 atau 70 tahun. Kalaupun memiliki harta yg banyak takkan dapat dihabiskan dalam usia yang pendek itu. Yang lebih bahaya adalah harta yang diperolehi secara haram - yakni yang tidak termasuk dalam gaji atau elaun atau saguhati jawatan seseorang itu. Sesiapa yang memiliki harta dan kekayaan melebihi jumlah pendapatan atau gaji atau elaun atau saguhati (ukhra) sepanjang lantikannya adalah merupakan mendapat kekayaan yang tidak halal! Seseorang yang memakan makanan dan minuman yang didapati secara tidak halal, maka api neraka akan membakar daging dan urat yg tumbuh hasil makanan tersebut.
Saudara, kalau kaya pula, mereka akan disoal kelak di akhirat - dari mana di dapati, bagaimana di dapati, bagaimana dihabiskan atau dibelanjakan dan untuk tujuan apa dibelanjakan atau dihabiskan? Kalau dihabiskan atas yang batil, maka api neraka menunggu mereka. Kalau diwariskan pula kepada anak cucu dan dihabiskan oleh mereka secara batil, kita yang mewariskan harta tersebut tetap bertanggungjawab di depan Allah (a.w). Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu ornang kaya dan mewah di dunia akan menjadi miskin dan fakir serta melarat di akhirat kecualilah kekayaannya dibelanjakan demi fi sabilillah. Namun, perbelanjaan untuk fi sabilillah dari sumber yang haram atau subhah tidak mendapat ganjaran apa-apa...
Di dalam Islam disebutkan bahawa pemimpin ummah, terutama pemimpin politik dan kerajaan, adalah golongan terakhir masuk syurga kalaulah mereka qualify atau layak berdasarkan timbangan dosa dan pahala dalam Kitab Catatan Amalan mereka mendapat syurga. Mereka masuk selepas kesemua orang-orang yang dipimpin mereka masuk syurga. Mereka akan ditanya: apakah yang telah mereka lakukan ketika menjadi pemimpin demi kebajikan rakyat mereka, terutama demi mengimarahkan Islam, demi menghapuskan kejahilan ummah dalam agama, demi kebajikan akhirat rakyat mereka! Hari ini dalam kesibukan urusan duniawi pemimpin kerajaan dan politik, mereka lupakan tanggung jawab akhirat terutama dalam perkara melestarikan atau memakmurkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), menghapuskan kejahilan agama di kalangan masyarakatnya dan menyedarkan pula orang yang tidak Islam bahawa apapun mereka adalah penghuni neraka kecuali mereka Islam. Itu satu tugas yang berat. Bukan tugas membangunkan ekonomi atau melestarikan dunia sebagai tugas nombor satu.
Saudara, sesiapa yang mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah tahu atau diberitahu oleh Allah (a.w) dan RasulNya bahawa dunia itu semakin keihatan hijau dan menarik semakin hari, minggu, tahun berlalu, tetapi manusia dan masyarakat manusia itu semakin buruk dan semakin menjauhi tuhan mereka semakin hari, minggu, bulan dan tahun berlalu. Kalau pemimpin itu tak buat apapun untuk dunianya tetap dunianya akan membangun dengan pesat dan menyeronokkan hidup rakyatnya. Tapi, kalau pemimpin itu lupakan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, maka hancurlah akhirat untuk dirinya, orang yang dipimpinnya, bangsanya dan negaranya sendiri. Inilah yang kita takuti berlaku di Malaysia kerana kepimpinan terlalu kasihkan dan cintakan dunia.
Saudara, kita inginkan barisan kepimpinan yang boleh mengimbangi dunia dan akhirat mereka dan kita. Kerana itulah kehidupan yang sebenarnya.
Saudara, kita inginkan barisan kepimpinan yang boleh mengimbangi dunia dan akhirat mereka dan kita. Kerana itulah kehidupan yang sebenarnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment