Tuesday, April 16, 2013

PRU 13: Ramai menempah neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun didedahkan beberapa perkara yang meneybabkan kita orang politik - pemimpin, penyokong dan kuncu-kuncu kita/mereka - masuk neraka dan tak dapat syurga. Dalam post ini kita lihat pula, dalam setahun sunutk kita berkempen politik untuk mencari dan mendapatkan keyakinan dan sokongan rakyat/pengundi, kita juga berkemungkinan besar menempah diri masuk neraka, dan jauh dari syurga! Lagi lama masa berkempen, lagi banyak ahli politik, penyokong mereka dan orang Islam umumnya yang sukakan politik akan menempah tempat kediaman di neraka. Kenapa? Kita lihat

Dua Golongan orang Islam yg Masuk Neraka Wel:

Saudara, Allah (a.w) menyediakan neraka khas - neraka wel - bagi 4 golongan orang Islam. Dua golongan disebutkan dalam ayat di bawah ini.
Firman Allah (a.w): ‘Wailul likulli humazatin (-il) lumazah.’ (Yang bermaksud: Neraka wellah bagi setiap orang yang banyak mencela dan setiap orang yang banyak mengumpat). [Ayat 1, Surah Lumazah]
[Nota: Dalam firman ini Allah (a.w) menghukum bahawa dua golongan orang akan dimasukkan ke dalam neraka wel, iaitu: golongan pertama, orang Islam yang suka mencela atau menjadi sebahagian daripada tabiatnya mencaci cela orang Islam yang lain. Mencela adalah mengeluarkan kata-kata buruk atau menyakiti hati orang yang dicaci atau dicela, adalah berupa cacian. Termasuklah memburuk-burukan orang lain sam ada apa yang disebutkan itu adalah fakta atau benar ataupun tidak benar. Di dalam Islam memburuk-burukkan orang lain kalapun apa yang dikatakan adalah benar tetap dihukumi sebagai memfitnah. Kalau apa yang dikatakan tidak betul, maka itu dihukumi sebagai berbohong atau membohongi orang yang dicaci cela. Orang-orang yang sedemikian itu pasti dimasukkan ke dalam neraka wel. Wal iya zubillah. Golongan kedua yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) ini adalah orang yang mengumpat atau suka mengumpat orang Islam yang lain. Mengupat adalah mengeluarkan kata-kata buruk yang juga meyakiti hati orang yang diumpat sekiranya dia mendengarnya. Yang diumpan mungkin betul atau mungkin pembohongan. Namun tetap dikita mengupat. Kerana di dalam Islam tidak dibenarkan mengumpat orang lain, waau apapun sebab dan situasinya. Orang yang mengumpat juga akan dimasukkan ke dalam neraka wel.]

Dua Golongan Lagi Yang Masuk Neraka Wel

Saudara, dua golongan lagi adalah orang yang terlibat dalam pengumpulan kekayaan dan harta, walaupun harta dan kekayaan tersebut diperolehi secara halal, dalam firman berikut:

Firman Allah (a.w): ‘Al-lazi jama’a malan (-au) wa-‘addadah.’ (Yang bermaksud: Orang-orang yang mengumpulkan pada harta dan menghitung-hitung dia pada harta-harta (yang dikumpulnya)). [Ayat 2, Surah Lumazah]
[Nota: Dalam firman Allah (a.w) ini disebutkan dua golongan lagi yang akan dimasukkan ke dalam neraka wel; iaitu, golongan pertama orang yang suka atau tabiatnya mencari harta dan mengupulkan harta sebanyak-banyaknya; dan golongan kedua, orang yang menghitung-hitung atau mengira-ngira harta kekayaannya harta dan kekayaaan dan kelebihannya. Dua golongan ini juga adalah orang yang dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam neraka wel tersebut.
Di dalam al-Hadith disebutkan bahawa sesiapa yang hidupnya ditujukan sepenuhnya untuk mengejar dan mencari dunia, maka apa yang didapatnya tak lebih dari apa yang ditakdirkan oleh Allah (a.w) baginya, dan di akhirat dia takkan dapat apa-apa. Maksudnya: dia akan masuk neraka. Sebaliknya, orang yang yang tujuan hidupnya adalah untuk mencari kejyaan akhirat, maka Allah (a.w) akan mencukupkan keperluan dunianya. Dia merasa cukup apa-apa yang direzkikan oleh Allah (a.w) kepadanya. Dia merasa puas hati dan tidak merasai kekurangan.


Mencari Yang Tidak Bermanfaat untuk Akhirat;

Saudara, Allah (a.w) peringatkan kepada 4 golongan ini bahawa segala sesuatu yang mereka miliki tidak akan kekal.

Firman Allah (a.w): ‘Yahsabu anna maluhu akhladah.’ (Yang bermaksud: Menyangkakan mereka sesungguhnya/bahawasanya hartanya menjadi kekal). [Ayat 3, Surah Lumazah]
[Nota: Orang yang disebutkan pada Ayat 2 di atas itu ditempelak oleh Allah (a.w) dengan mengatakan apakah terfikir oleh mereka bahawa segala sesuatu yang dimiliki atau diperolehinya dan dikumpulkan di dunia dalam bentuk kebanggaan harta, kekayaan atau kedudukan, akan kekal diperolehi di akhirat! Pasti tidak. Kerana apabila mati seseorang itu segala sesuatu yang dimilikinya akan menjadi milik orang lain – warisnya. Tidak akan memanfaatkannya di akhirat. Kalau dia Islam pula dia akan disoal secara terperinci pula di akhirat, dari mana didapatinya harta kekayaan miliknya, apakah yang telah dipergunakannya semasa hidupnya, dan untuk apakah harta kekayaan tersebut dihabiskannya semasa di dunia. Pastilah dia akan terkandas dan dicampakkan ke dalam neraka pula. Kecualilah, jika dia orang Islam yang beriman dan bertaqwa, dibelanjakan sebahagian harta kekayaan miliknya untuk sabilillah. Maka dengan itu menjadi simpanan akhirat atau menjadi pelaburan akhiratnya yang dividennya akan dierolehinya ketika di akhirat, dan dia mendapat syurga.]
Saudara, tahun lepas dan tahun ini, kerana kempen PRU 13 begitu lama berjalan sebelumpun diumumkan oleh kerajaan, maka semakin ramailah rang Islam yang mendapat neraka di akhirat kelak. Mereka itu terdiri dari pemimpin parti politik, penyokong, pembiaya, dan oportunisnya serta rakyat Islam biasa. Mengapa kita hadkan kepada Islam dalam analisis kita dalam post/blog ini? Kerana, neraka serta balasan khusus yang dirujuk dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah bagi orang islam dan orang iman sahaja. Kenapa? Kerana merekalah yag ada peluang untuk mendapat syurga kalaulah mereka akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Contohnya: Firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' adalah syarat mutlak pokok nak dapatkan syurga. Kalau tak Islam pasti tak dapat syurga. Jadi tak payah diperjelaskan dan dihuraikan lagi. Hanya orang Islam yang beriman diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam dua ayat pertama di atas itu.
Saudara, Surah Lumazah ini menyebutkan 4 golongan manusia Islam yang akan masuk neraka wel secara pasti: iaitu, (a) orang yang suka mencela, (b) orang yang suka  mengumpat, (c) orang yang tujuan hidunya sematamata dunia, mengumpul harta sebanya-banyaknya; dan (d) keempat adalah orang yang sudah banyak harta dan kekayaannya sentiasalah dia menghitung dan mengira kesenangannya - rumah besar, kerta besar dan mewah, syarikat berhad di sana sini, tanah-ladang disana sini - di Malaysia dan di luar negeri dan sebagainya.
Saudara, sesungguhnya majoriti orang Islam yg terlibat dalam kempen PRU 13 - sebagaimana kempen-kempen politik lainnya - sering mengeluarkan kata-kata celaan, cacian, umpatan, fitnah, dan tuduhan memalukan dan menjatuhkan kewibawaan dan merwah serta membesarkan atau mengada-adakan keburukan, tanpa asas kebenaran. Mereka adalah penduduk neraka wel. Dosa yang dilakukan terhadap orang islam lain tidak terhapus kecualilah orang yang dicaci, dicela, dihina atau diaibkan itu memaafkan kita! Justeru itu, confirmlah masuk neraka wel, wal iya zubillah. Malangnya hari ini noleh dikatakan kesemua orang politik suka mencela, mencaci, mengutuk, mengaib dan mendedahkan rahsia orang atau memfitnah. Walaupun mereka Islam, perangai dan keperibadian mereka jauh lebih rendah dari mereka yang tidak Islam. Itulah fitnah akhir zaman. Orang Islam berbangga dengan nama tetapi lupa peringatan agama mereka. Dahlah dalam beramal dan beribadah mereka tak daat ahala atau pahala mereka dihakis oleh keceluparan mulut mereka dan keburukan perangai mereka, dalam pembawakan harian merekapun, mereka tidak mencerminkan orang Islam dan percayakan adanya syurga dan neraka dan balasan akhirat.
Saudara, kemepenlah, tapi jaga-jagalah jangan merugikan akhirat kita kerana menguntungkan dunia orang lain. Insya Allah kita akan teruskan lagi penelitian kita tentang tempahan-tempahan neraka oleh orang yang suka politik...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment