Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dalam post sebelum ini bahawa Allah (a.w) sediakan neraka wel kepada 4 golongan orang Islam di akhirat kelak; iaitu: Golongan pertama, orang ang suka mencaci cela orang lain; golongan kedua, orang yang suka mengumpat orang lain; golongan ketiga, orang yang menumpukan sepenuh perhatian hidupnya mencari dan mengupulkan harta; dan golongan keempat orang yang suka menghitung dan mengira-ngira kelebihan mereka dalam perkara harta, kekayaan dan kelebihan yang dikurniakan Allah (a.w) padanya. Inilah ketetapan Ayat 1 dan 2, Surah Lumazah. Kemudia Allah (a.w) pada Ayat 3 pula menempelak golongan-golongan tersebut, terutama dua golongan terakhir bahawa apakah mereka menyangka bahawa apa yang dikumpulkan dan disimpannya tersebut kekal atau mereka akan dapai di akhirat kelak? Pada Ayat 4 pula Allah (a.w) mengingatkan janganlah berbuat begitu, kerana dalam ayat-ayat selanjutnya disebutkan bahawa mereka itu akan dilemparkan ke dalam neraka wel itu bilamana api yang berupaa tiang mengandungi api akan dihepapkan oeh malaikat atas tubuh mereka.
Saudara, dalam hadith dibertahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa api neraka itu dihidupkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama dihidupkan selama 1,000 tahun sehingga apinya berwarna merah, kemudian dihidupkan lagi sehingga apinya bertukar menjadi putih, dan kemudia di peringakat akhirnya pula dihiudpkan selama 1,000 tahun lagi menjadikan warna api itu hitam. Itulah had kepanasan kemuncak api neraka itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa api neraka itu panasnya adalah 70 ganda kepanasan api terpanas di dunia! Fikirkanlah. Kalau api dunia dalam kilang melebur besi mithalnya baru panasnya kira-kira 1,500 - 2,000 degree centigrade, akalu seseorang pekerja terjatuh ke dalamnya, dalam beberapa saat saja hangus menjadi debu dan tidak boleh dikesan lagi. Kalau api neraka yang digandakan kepanasannya 70, i.e. 70 x 2,000 darjah C itu = 14,000 darjah C, fikirkan betapa panasnya. Dalam situasi akhirat ahli neraka itu tidak akan mati tetapi kekal hidup. Ketika luruh tubuhnya di bakar, dijadikan seperti sedia kala, dibakar pula. Yang pasti sakitnya kekal, namun tidak mati. kalau daalm dunia termasuk dalam 'furnace' api, terjatuh ke dalamnya pasti mati. Ok. tak perlu meraai kesakitannya lagi. Tapi, dalam neraka kekal tak mati tapi tetap menderita kesakitan yang teramat sangat! Waliya zubillah.
Saudara, ada banyak perkara yang berlaku dalam berkempen, terutama dalam kesengitan berkempen dalam PRU 13 ini - dikatakan begitu critical untuk yang memerintah untuk dapatkan mandat baru dan yang mencuba menjatuhkan tim yang mmerintah untuk mengambil alih kuasa pemerintahan. Mereka dan kita wajib berwaspada. Kita lihat beberapa ketetapan Islam mengenai perbuatan dan percakapan dalam suasana sedemikian.

Buruk sangka
Diriwayatkan hadith daripada al-‘Araj hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iyakum waz-zanna fainna zanna kazabul-hadithi wa-la tahassasu wa-la tajassasu wa-la tanajasyu wa-la tahasadu wa-la tabaghadu wa-la tadabaru wa-kunu ‘ibadallahi ikhwanan.’ [Yang bermaksud: Takutilah oleh kamu persangkaan (buruk) (terhadap seseorang), maka sesungguhnya persangkaan itu cerita dusta, jangan suka mengikuti mata dan jangan dengan telinga, dan jangan menjatuhkan orang, dan jangan dengki, (yakni, menjeling atau melihat-melihat meliarkan mata atau mencari-cari keburukan, keaiban atau kesilapan, kelemahan, atau lain-lain kekurangan orang lain melalui pancaindera kita – mata dan telinga dan kaki berjalan ke tempat untuk mencari rahsia atau tangan yang membukan lubang untuk membolehkan dilihat perilaku seseorang) dengan tujuan untuk didedahkan, dan untuk mengaibkan mereka), dan jangan dengan telinga, dan jangan menjatuhkan orang, dan jangan dengki, dan jangan bertengkar, dan jangan berselisih pendapat, dan jadilah hamba Allah (a.w) bersaudara (satu sama lain)] [Hadith Bukhari, Kitab Adab]
Hadith di atas itu, memperingatkan kita beberapa perkara yang perlu kita jauhi daripada terjebak ke dalamnya, atau melakukannya, iaitu:
(a) Hendaklah kita takut melakukan prasangkaan buruk terhadap orang lain, kerana prasangka itu tidak benar;
(b) Jangan suka ‘mengikuti pergerakan mata’, yakni mencari-cari sesuatu terhadap perbuatan atau perlakuan buruk atau keaipan seseorang supaya kita tahu keburukannya;
(c) Janganlah juga kita suka ‘mengikuti telinga’ yakni, memasang telinga untuk mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang terhadap seseorang yang lain dan suka pula bercerita atau bercakap-cakap tentang orang, terutama mengenai keburukan seseorang;
(d) Janganlah pula kita suka menjatuhkan orang lain sama ada kedudukannya atau meruahnya atau kewibawaannya, yakni membuat sesuatu demi untuk memalukan atau kemudaratan orang lain, melalui kata-kata dan perbuatan kita;
(e) Jangan kita dengki terhadap orang lain atas apa sebab sekalipun (melainkan, mengikut hadith kita dibolehkan irihati terhadap seseorang yang lain kerana kebaikan seseorang itu atau kerana kelebihan ilmunya);
(f) Jangan suka bertengkar atau menegakkan benang basah atau sering bergaduh dengan orang lain atas apa-apa sebab sekalipun;
(g) Jangan suka ‘berselisih pendapat’ atau berdebat atau berhujjah kerana tujuan yang batil, yakni berdebat bertujuan untuk membenarkan hujjah dan pendirian diri sendiri walaupun kita tahu orang yang kita berdebat dengannya adalah benar; dan
(h) Kita digalakkan sentiasalah bergaul sesama orang Islam sebagai saudara dengan bertutur dengan sopan, merendah diri, berbuat baik kepadanya, sentiasa ingin menyenangkan hatinya, sentiasa menaruh anggapan dan niat yang baik terhadapnya, dan tidak menyakiti hatinya.
Suka Mededahkan Rahsia Orang
Satu lagi sifat yang sering ada di kalangan kita orang Melayu adalah suka mencari-cari rahsia dan keaipan orang lain. Setelah kita mengetahui sesuatu keburukan atau keaipan seseorang itu, dengan suka rela pula kita hebahkan kepada orang lain. Dan, kita suka menceritakannya kepada orang lain apabila wujud kesempatan untuk bercerita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Jubairin hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lamma ‘urija bi mararrtu biqaumin lahum azfarun min nuhasin yakhmisyuna wujuhahum wa-sudurahum’, [Yang bermaksud: Ketika aku (Nabi) dinaikkan (yakni, Isra’ dan Mikraj) aku (Nabi) melalui (yakni, melihat) atas satu kaum bagi mereka (yakni, mempunyai) kuku-kuku mereka daripada besi yang tajam mencakar beberapa wajah mereka dan dada mereka], ‘faqultu man haula-i ya Jibrilu’ [Yang bermaksud: Bersabda aku (sabda Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Jibrail (a.s)): ‘Siapa mereka itu wahai Jibrail (a.s)?’], Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Ha-ulail-lazina yakkuluna luhumannasi wa-yaqa’una fi ‘aradihim.’ [Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang memakan daging manusia dan menyebarkan dalam rahsia-rahsia mereka.] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Rasulallah (s.a.w) semasa menjalani Isra’ dan Mikraj diperlihatkan oleh Allah (a.w) di dalam neraka manusia yang diseksa kerana suka mendedahkan rahsia dan keaipan orang lain semasa hidupnya. Mereka dibekalkan dengan kuku panjang dan tajam, dan dengan kuku itu mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri, tanpa henti-henti. Apabila bertaup balik daging dan kulit muka dan dada mereka, mereka cakar semula. Sudahlah sakitnya tidak dapat dibayangkan, tetapi seksaan tersebut diulangi tanpa kesudahannya! Oleh itu berwaspadalah kita dan buanglah sifat yang suka mencari keburukan seseorang dan menyebarkannya. Kalau kita tahu maka suatu masa akan kita hebahkan juga secara tak senagaja. Yang paling selamat usah dijadikan tabiat mencari-cari keburukan atau rahsia orang lain.
Hadith di atas ini menceritakan apa yang berlaku kepada manusia yang Islam di akhirat kelak, menerima balasan kerana menganianya saudara mereka sesamasa Islam yang diumpamakan seolah-olah memakan daging saudarnya sendiri. Mereka adalah golongan manusia yang mendedahkan rahsia peribadi saudara sesama Islam. Apa saja rahsia, terutama rahsia keburukan yang diketahuinya dari saudara Islam yang lain dihebah-hebahkannya atau didedahkannya untuk membolehkan orang lain tahu keburukan saudaranya itu.
Balasan Mengumpat
Hadith berikut menceritakan siapakah atau apakah yang diYang bermaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu. Kita orang Melayu seringkali terdengar dan mendengar pelbagai cakap-cakap mengenai perbuatan mengumpat itu. Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menjelaskan apakah yang diYang bermaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu.
Diriwayatkan hadith darpada ‘Ala bin Abdul Rahman hadith daripada bapanya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mal ‘ghibatu’? [Yang bermaksud: Apa itu ‘mengumpat’?], bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zikruka akhaka bima yakrahu.’ [Yang bermaksud: ‘Menceritakan engkau akan perihal buruk saudaramu dengan apa-apa yang benci dia akannya]’, berkata (Abi Hurairah):’ Jika ada di dalamnya (yakni, perkaranya atau perangai atau sifatnya) apa-apa yang berkata aku mengenainya (yakni, apa yang dikatakan benar)?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘In kana fihi ma taqulu faqad ightabtahu wa-in lam yakun fihi ma taqulu faqad bahattahu.’ [Yang bermaksud: Jika ada padanya (sifat-sifat) apa yang berkata engkau mengenainya, maka sungguh-sungguh engkau mengumpat akan dia, dan jika tidak ada padanya (sifat-sifat itu) apa yang engkau katakan, maka sungguh-sungguh engkau memfitnah.] [Hadith at-Termidzi]
Mengumpat itu adalah menceritakan atau memberitahu orang lain tentang keburukan seseorang, sama ada di minta membritahunya atau tidak diminta memberitahunya. Dan, menjadi mengumpat apakala perkara yang dihebahkan atau diberitahu kepada orang lain itu adalah perkara yang buruk atau tidak disukai atau yang dibenci oleh orang tersebut. Mengumpat itu kerana orang yang menjadi sasaran kita tidak suka dengan perkara yang kita ceritakan itu. Mengikut hadith ini, walaupun benar apa yang diceritakan, maka menjadi ‘mengumpat’. Dan, jika tidak benar lebih buruk lagi, iaitu perkara tersebut termasuk dalam apa yang dikatakan membuat dusta dan memfitnah orang tersebut.
Jelasnya, jikapun kita mengetahui sesuatu perkara yang buruk terhadap seseorang, dan kita tahu dia tidak suka atau benci dengan perkara tersebut jika diketahui orang, maka kita mengetahuinya maka kita beritahu orang lain, maka itu adalah perbuatan mengumpat. Walaupun betul perkara yang kita sebarkan itu, tetap itu adalah mengumpat. Apatah lagi jika tidak betul atau kita silap terima perkara yang disebutkan itu, maka kita hebahkan juga. Maka kita sudah membuat fitnah terhadap orang itu.
Maka dengan itulah di dalam Islam, semua yang Islam itu bersaudara. Jika begitu, hendaklah kita sentiasa menjaga nama baik saudara kita sesama Islam. Kita wajib berbaik sangka. Kita wajib melindungi keburukan saudara kita. Maka tidak wajarlah kita menjatuhkan air muka saudara kita. Yang digalakkan oleh Islam adalah kita menyebut dan menceritakan tentang kebaikan seseorang itu, buka mencari keburukannya.
Sifat Hasad Dengki
Satu lagi sifat orang Melayu, atau kelemahan orang Melayu adalah sifat hasad dengki dan khianat terhadap saudara yang lain. Orang Islam yang beriman disuruh ‘iri hati’ hanya dalam dua perkara iaitu, pertama iri hati terhadap ketaqwaan seseorang lain berbanding dengan kita. Kedua, kita irihati dengan sifat dermawan seseorang itu sehinggakan rajin membantu dan bersedekah terhadap orang lain, berbanding dengan kita. Jelasnya, kita dibolehkan iri hati terhadap kebaikan seseorang itu, maka dengan itu menjadikan suatu motivasi kepada kita untuk memperbaiki diri kita untuk memperbaiki kelakuan dan perangai.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim ibni Abi Uasaidin hadith daripada datuknya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: Iyakum wal-hasada fainnal hasada yak-kulul hasanati kama takkulun-narul hataba au qalal ‘usba.‘[Yang bermaksud: Takutkanlah kamu akan perasaan hasad, maka sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan (yakni, pahala), sebagaimana memakan api akan kayu’ atau ‘bersabda dengan katanya (mamakan) ‘(api akan) rumput kering’.][Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Kita sering mendengar orang menyebut tentang sifat orang Melayu dan hasad dan dengki terhadap seseorang yang lain. Sifat hasad ini adalah suatu sifat yang membahayakan diri kita dalam konteks keimanan dan dalam konteks memperbaiki diri kita sebagai seorang Islam dengan bersedia demi akhirat kita. Tetapi, jika perasaan hasad dan dengki wujud dengan kita, maka segala pahala amalan baik kita trhakis sama sekali.
No comments:
Post a Comment