Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitin kita mengenai topik atau tajuk di atas, kerana masa depan akhirat kita bergantung pada ketetapan Allah (a.w) menganainya.

Islam yang murni itu berjema’ah
Ketetapan Allah (a.w) Saudara, Allah (a.w) dalam al-Quran memerintahkan manusia yang patuh dan tunduk menyembah hanya Dia itu hendaklah atau wajib berjema'ah.
Firman Allah (a.w.): ‘Wa’tasimu bi-hablillahi jami’an wa-la tafarraqu … al-Ayat’ (Yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (i.e. agama Allah) secara berjema’ah dan janganlah berfirqah (i.e. berpecahbelah) ) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
[Nota: Selain memurnikan syariat Islam, yakni tidak dicampuradukkan atau dicemari oleh lain-lain panduan dan pedoman, terutama pedoman yang didatangkan oleh manusia selain Rasulallah (s.a.w), agama Islam itu benar-benar murni apaila perintah berjema’ah itu dilaksanakan oleh orang Islam. Umat Islam disuruh berjema’ah dan ditegah atau dilarang bergerombolan atau berfirqah dalam apa jua bentuk. (Nota: Bermazhab adalah satu bentuk perpecahan atau firqah, kerana terdapat pula beberapa mazhab dan beberapa fahaman lain pula. Umat Islam telah dibahagi menjadi dua iaitu yang ikuti as-Sunnah yang betul dan yang ikuti as-Sunnah yang sesat, iaitu Syi’ah. Kemudian dari kalangan kumpulan as-Sunnah pula terdapat 4 mazhab – As-Syafie, al-Maliki, al-Hambali dan al-Hanafi. Kemudian ada pula golongan Salafi dan Wahabbi pula. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam itu akan perpecah menjadi 73 jenis atau golongan atau fahaman Islam, kesemuanya tak betul atau menyimpang kecualilah satu model Islam iaitu Islam yang dipraktikkan berpandukan as-Sunnah dan mereka berjema’ah dalam mengamakan tuntutan syariat Islam.]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

Saudara, agama Islam itu mepunyai tiga elemen yag hakiki; iaitu pertama, ikuti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran; kedua, ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah; dan ketiga dijema'ahkan. Mesej dalam hadith berikut jelas memperingatkan setiap umat Islam mengenai kejayaan akhirat itu tidak akan didapati kecuali berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-inna hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathin wa-sab’in thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati, wa-hiya jama’atu …’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama Islam ini akan berpecah belah menjadi 73 (golongan atau agama Islam) yang 72 (golongan atau agama Islam) masuk ke dalam neraka dan yang satu masuk syurga, iaitu jema’ah.) [Hadith Abu Daud di dalam Kitab Sunnah, hadith hasan]
[Nota: Hadith ini menjelaskan bahawa agama Islam yang murni itu wajib dijema’ahkan, kerana kalau tidak di jema’ahkan, pasti tidak Berjaya mendapat syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dalam zaman akhir kelak, ketika Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat yang murni pengamalannya telahpun wafat, akan terjadi kelopok-kelompok atau golongan-golongan orang Islam yang menyangkan mereka benar-benar Islam dengan amalan mereka masing-masing, tetapi mereka bukan sahaja tidak berpandukan as-Sunnah, tetapi merka juga tidak mengamalkan Islam secara berjema’ah. Atas dasar wahyu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith tersebut bahawa umat Islam dalam pegangan mereka serta dalam pengamalan mereka berpecah menjadi 73 mazhab atau perkumpulan atau golongan, masing-masing mengakui mereka Islam, malah yakin yang mereka Islam, tetapi semuanya tidak Berjaya mendapat syurga. Hanya satu golongan yang mendapat syurga iaitu mereka Islam berbentuk jema’ah – berjema’ah dalam Islam. Jika tidak berjema’a, maka batil Islam seseorang atau mana-mana perkumpulan Islam itu.
Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema’ah – Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintahkan supaya beliau laksanakan 5 perkara; iaitu, pertama, berjema’ah; kedua, mendengarkan nasihat dan ijtihad imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah Islam); ketiga, mentaati perintah imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah selagi ijtihad tersebut tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah); keempat, hijrah atau berpindahlah jika situasi atau persekitaran seseorang itu tidak membolehkan dia mengamalkan Islamnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan kelima, berjihad membela agama Allah (a.w) dengan dirinya dan hartanya. Maka Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya laksanakan 5 perkara tersebut.
Ketetapan berjema’ah ini diperincikan dalam as-Sunnah, termasuklah sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: pertama, diwajibkan atas umat Islam berjema’ah, dan ditegah atau dilarang berfirqah atau berkumpulan terasing – Hadith at-Termidzi; kedua, pertolongan Allah (a.w) itu atas jema’ah, sesiapa yang menyendiri atau tidak berjema’ah dalam Islam, maka menyendiri mereka ke neraka – Hadith at-Termidzi; ketiga, sesiapa yang inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga, hendaklah mereka berjema’ah – Hadith at-Termidzi; keempat, berjema’ah itu kerahmatan (i.e. mendapat kerahmatan Allah (a.w) – kerahmatan Allah (a.w) menjamin syurga, walhal berfirqah itu azab (yakni, masuk neraka) – Hadith Imam Ahmad; kelima, tangan (pertolongan) Allah (a.w) atas jema’ah – Hadith an-Nasa’i.
Berjema’ah itu suatu kewajipan dan pra-syarat sahnya keIslaman seeorang yang mengakui dirinya Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya mendirikan jema’ah walaupun hanya terdapat 3 orang yang Islam di bumi Allah, atau wajib mendirikan jema’ah ketika bermusafir walaupun sekadar 3 orang sahaja dalam perjalanan atau rombongan tersebut. Ketetapan berjema’ah ini dirumuskan oleh Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin, wala toatin illa bi-bai’atin’ [Yang bermaksud : Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] (Hadith ad-Dailami).

Mungkin ada yang mempertikaikan hadith Omar (r.a) ini, kerana beliau bukanlah Rasulallah (s.a.w), tetapi hanyalah sahabat beliau. Orang yang berkata sedemikian adalah orang yang cetek ilmunya mengenai al-Quran dan as-Sunnah. Dalam blog ini kita telahpun mendapat tahu bahawa seseorang Islam yang ingin kepastian mendapat syurga hendaklah dia berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa yang dikatakan 'as-Sunnah' itu termasuklah sunnah beliau dan sunnah khaifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibn Khattab, Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu 'anhum. Omar adalah khalifah yang kedua. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kata-kata Omar itu benar, kerana, pertama, Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar, dan kedua, jikalah ada seorang nabi selepas Rasulallah (s.a.w) pastilah Allah (a.w) melantik Omar sebagai nabi. Jelaslah begitu tinggi mertabat Omar berbanding dengan orang-orang lain selepas Rasulallah (s.a.w). Yang lebih penting kita wajib faham adalah: Omar tidak membuat keputusan atau perkara baru dalam syariat Islam, kerana? Pertama, Allah (a.w), dalam al-Quran, menyuruh manusia yang anuti agama yang diridhai Allah (a.w), i.e. agama Islam itu wajib berjema'ah atau dijema'ahkan - Ayat 103, Surah ali-Imran, umat Islam itu taatkan 'ulil amri' (= Imam atau Amir yang memimpin jema'ah Islam - Ayat 59, Surah an-Nisa', dan umat Islam wajib berbaiat dengan Imam atau Air (pemimpin), Ayat 10, Surah al-Fath, Ayat 12 dan 18, Surah al-Mumtahannah. Dan, kedua, begitu banyaknya ketetapan as-Sunnah mengenai sistem berjema'ah dalam Islam itu, kalau kita teliti Bab mengenai 'Imaroh' atau kepimpinan dalam Islam. Rsulallah (s.a.w), atas dasar wahyu, telah menetapkan begitu banyak prinsip dan peraturan mengenai pengurusan atau tadbirurus jema'ah Islam dalam as-Sunnah. Jelasnya, Omar sebenarnya merumuskan ketetapan mengenai jema'ah yang difirmankan oleh Allah (a.w) dan disambdakan oleh Rasulallah (s.a.w). Ali (r.a) juga membuat satu rumusan yang kompak apbial dia berkata: Sesiapa yang inginkan kejayaan dunia, dia wajib mempunyai ilmu, sesiapa yang inginkan kejayaan akhirat, dia wajib mempunyai ilmu; dan sesiapa yang inginkan kejayaan kedua-duanya - dunia dan akhirat - wajib dia miliki ilmu. Suatu kata-kata hikmah dari Ali b Abi Thalib, (r.a). Ali adalah pakar hukum-hakam Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman kekhalifahan.]
No comments:
Post a Comment