Tuesday, April 16, 2013

PRU 13: Ramai menempah Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, kini kita di Maaysia tahu bahawa hari penamaan calun adalah pada 20 April? dan hari mengndi adalah pada 5 Mei. Pada 5 Mei 2013 kita akan tahu siapakah yang menjadi kerajaan pilihan rakyat untuk 5 tahn akan datang apabila kita akan menemui pula PRU 14, kalu dipanjangkan Allah (a.w) umur. Rakyat Malaysia berkempen hebat - malah kempen sudahpun berlangsung lebih setahun lagi apabila diheboh-hebohkan tetang PRU 13 ini. Jadi kini ramai pemimpin politik dan penyokongmerka sudahpun penat, letih dan lelah dan kehabisan modal. Kerajaan pula, sebelum dibubarkan Parlimen dan DUN, telah pula menghulurkan pelbgai 'bantuan wang ringgit', kad diskaun dan pelbagai janji. Kerjaan yg memerintah mengguakan pelbagai alat media miliknya dan milik sukusakat parti dan pemimpin parti yang memegang tampuk kerajaan menggunakan sepenuhnya kemudahan tersebut, kononnya adalah kempen kerajaan dan bukannya kempen politik atau parti politik yang memegang tampok kerajaan. Bila parti pembangkang minta laluan, diberi hanya 10 minit sahaja untuk bercakap melalui media siaraya milik kerajaan! Begitu berat sebelahnya dan tidak adilnya pihakpikah yang berkuasa. Jika ditakdirkan pembangkang berjaya dalam PRU 13 ini, 5 tahun lagi mereka akan beri masa bercakap 10 minit juga kepada parti yang membangkang, dulunya parti kerajaan! Itulah sinario yang ditakuit oleh parti, pemimpin serta penyokong parti yang memerintah sekarang.
Saudara, sebagai rakyat kita pentingkan kerajaan yang bersih - bersih dari pemimpin kerajaan, yang setelah diberi kerusi, mereka menyakakan diri dan famili mereka dan kuncu-kuncu mereka, manakala kita, rakyat biasa tidak mendapat banyak manfaat, hanya berdepan dengan kos hidup yang melonjak tinggi. Kita tak mau adanya pemimpin atau orang kuat kerajaan atau penyokong-penyokong mereka (spt menjadi proxy) yang kaya raya, dari sumber yg kita tak tahu, tapi jelas kalaulah elaun dan gaji yang dibayar kpd meeka dikumpulkan tanpa dibelanjakan sesenpun, tak mungkin mereka dapat perolehi harta kekayaan dan kemewahan yang begitu banyak! Kita berterima kasih kpd kesemua yang berjasa dan atas jasa mereka. Kerana Allah (a.w) itu benckan orang yang tidak mengenang budi dan jasa. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebut sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, pasti dia tidak mensyukuri Allah (a.w). Sebagai seorang Islam yang dididk dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita wajib berterima asih kpd mereka yang berjasa - siapa saja, dari parti politik mana dan kerajaan mana sekalipun. Tapi, tidaklah boleh orang yang berjasa atau menbur jasa itu mengungkit-mungkit jasa-jasa mereka pula. Malah, tak berguna padanya ungkitan mereka. Dalam Islam apa yang diberi tidak wajar diungkit semula. Lebih tidak wajar kalau kita syok sendiri mengatakan bahawa kita atau parti kita saja yang boleh bebrbuat sedemikian! Malah rang politik yang diberi peluang oleh rakyat swajarnya berterima kasih dan bersyuur kepada mereka yang memilih mereka dan menempatkan mereka di atas singgahsana kuasa politik dan kerajaan. Mereka wajib berusaha memenuhi kehendak rakyat - memakmurkan rakyat dan menghapuskan keperitan hidup rakyat, tapa di suruh, tanpa memikirkan 'Kalau aku buat begini atau laksanakan projek ini, aku dapat apa?' Inilah jenis atau golongan pemimpin yang sengaja menempatkan dirinya ke dalam neraka. Kerana haknya adalah apa yang digajkan - gaji dan elaun yang diberikan - bukan komisyen dari sebarang sesuatu yang dikerjakannya atau diusahakan olehnya atau dipermudahkan olehnya! Setiap sesuatu yang melebi apa yang digajikan bagi mereka adlah berbentuh 'wang rakyat' dan 'wang amDan, kalau diambil sebagai 'upah memudahkan projek' kepada orang yang melaksanakan rojek pula, atau di'mark-up' kos projek - sama seperti menipu wang sibilillah - akibatnya tetapi mendapat neraka. Kalau, menjadi seumpama rasuah - didapati imbuhan kerana menolong pihak yang membangunkan projek atau melaksanakan program, maka dikira rasuah - akibatnya yang memberi dan yang menerima rasuah kedua-duanya masuk neraka!
Saudara, kita ingin pemimpn kita itu seumpama Nabi Daud (a.s), yang diberi Allah (a.w) kerajaan menjadi raja dan kerasulan serta kenabian. Dia tidak menggunakan wang kerajaan untuk menyara hidupnya dan hidup menyara 100 orang isterinya. Dia dianugerahkan Allah (a.w) mukjizat melembutkan besi dengan tangannya, dibentuknya besi menjadi kepingan-kepingan besi, dianyamnya menjadi baju besi. Baju besi itu dijualnya dan separuh dari hasil jualan tersbut diambilnya unutk menyara isteri-isteri dan keluarganya dan separuh lagi dimasukkan sebagai wang sibailillah, untuk membantu rkyatnya yang perlu dibantu. Nabi Daud (a.w) makan dari usaha tangan atau tititk peluhnya sedniri! Demikian juga Nabi Zakaria (a.s) yang menyara diri dan keluarga dengan titik peluh usahanya sendiri sebagai tukang kayu membuat perabut yang dijualnya untuk mendapat wang. 
Saudara, dalam Islam pemimpin dan hirakinya diberi kemudahan untuk mengambil wang simpanan negara sekadar yang cukup untuk kehidupan yang sederhana. Dalam konteks ini, mungkin Nik Aziz adalah contoh terdekat kepada hakikat kepimpinan Islam ini. Kita tak mahulah orang yang kita pilih mengayakan diri mreka dan keluarga mereka, sehinggakan ada yang menyimpan wang beguni-guni takut disiasat kalau dimasukkan ke dalam bank! Ada yang dikatakan menyimpan wang di luar negara di dalam institusi kewangan yang tidak membenarkan maklumat simpanan cliants mereka di ketahui umum. Kita mahu pemimpin yang diangkat dan kemudian habis tempohnya, kembali seperti mula-mula dahulu, tak banyak berubah ...
Saudara, jelaslah ramai orang politik dan pemimpin politik dan penyokong politik yang menempah tempat di neraka kerana apa yang dilakukannya untuk dirinya, keluarganya dan kuncu-kuncunya dalam membelanjakan wang negara dan dalam usaha mereka memakmurkan negara. Niatnya bukan kerana mencari kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w), dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w), tetapi kerana mencari dunia. Kita telahpun maklum bahawa sesiapa yang tumpuan hidupnya untuk dunia - kesenangan dan keselesaan dunia - maka Allah (a.w) akan melambakkan dunia untuknya, dan tidaklah dia mendapat apa-apa di akhirat. Juga, kalau dunia (i.e. kekayaan dan kesenangan dunia) mejadi matlamat hidup seseorang itu, maka Allah (a.w) akan menjadikan dia sentiasa rakus dan tidak puas, sentiasa dahagakan harta dan kekayaan yang lebih, sentiasa tak puas. Allah (a.w) yang menjadikan di depan matanya harta dan kesenangan yang tak habis-habis, sentiasa tak merasa cukup.
Saudara, alhamdullah, kita bersyukur kepada Allah (a.w) kerana tidak menempatkan diri kita untuk menjadi calun ploitik atau menjadikan matlamat hidup kita mencari kemewahan dan kesenangan, tanpa puasa. Jika, kita terlibat, mungkin kita hilang kawalan. Dan, mungkin kita lebih rakus dari mereka yang rakus. Kita tetap ingat pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yang kaya d dunia sekarang akan merempat hidup di akhirat, kerana hartanya akan membawanya ke neraka, kecualilah hartanya digunakan untuk fi sabilillah - membela dan melestarikan agama Islam dan memakmurkan umat Islam dan memabntu program sabilillah, yang akan menempatkan kita yang berbuat sedemikian di dalam syurga yang tinggi. Namun, sudah menjadi tabiat dan keresmian dalam masyarakat kepimpinan dan Melayu bahawa mereka hanya akan menderma kalau mendapat nama atau disanjung atau dilihat oleh orang, maka walaupun menderma jutaan ringgit takda nilai akhirat sesenpun!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment