Friday, April 5, 2013

Islam dan Amalan (Samb.)

Assalamualaikum,
 
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang apakah yang dimaksudkan menganuti agama Islam - menyakini sepenuhnya serta beramal dan beribadah - secara mukhlis (= murni). Kerana kemurniaan itu menunjukkan kita patuh 100% kepada ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, dan kita memuliakan agama Islam, agama yang diciptakan oleh Aallah (a.w) untuk manusia semua bangsa dan semua zaman.
Saudara, dalam blog ini kita sering ulangi peringatan bahawa Islam yang murni itu panduannya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan dalam bentuk berjema'ah. Kita telahpun faham bahawa Islam itu agama yang dirihai oleh Allah (a.w). Sesiapa yang tidak Islam pastilah dia tidak akan mendapat syurga, kerana segala malan dan ibadah mereka - apa saja bentuk dan cara pegabdian mereka - tidak akan mendapat keridhaan Allah (a.w). Namun, kalau kita Islampun, tetapi kita berpandukan selain panduan al-Quran as-Sunnah, pastilah amalan kita ditolak dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau kita benar-benar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pastilah kita anuti Islam atau amalkan syariat agama Islam itu secara berjema'ah.

Jalan Lurus mendapatkan syurga

Ketetapan Allah (a.w)
Saudara, sebagai seorang iman, kita tahu dan faham bahawa ada kehidupan akhirat yang tidak ada semadan waktu - kekal. Allah (a.w) memberiahu bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah kehiudpan di akhirat di dalam syurga. Jika, tak dapat syurga, maka dapat neraka. Tidak ada kehidupan dalam neraka - takda makanan dan minuman yang lazat, tidak ada pakaian yang cantik, dan tidak ada tempat tinggal, kecualilah neraka yang dikongsi bersma dengan orang-orang musrik dan kafir serta munafiq. Dalam neraka tiada apa-apa kecuali siksaan yang dilipatgandakan pedih dan peritnya 70 kali ganda - dibakar dalam api yang panasnya 70 kali panas api yang terpanas di dunia!
Untuk kepastian mendapat syurga itu, wajiblah kita berada d atas 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga. Dan, jalan yang lurus itu hanyalah berpandukan dan mematuhi ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya Ayat 13, Surah an-Nisa', yang seringkali kita rujuk dalam blog ini. Inilah firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-anna haza sirati mustaqima fat-tabi’uhu wa-la tat-tabi’us-subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi zalikum was-sakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan, sesungguhnya ini (al-Quran) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah mengikuti beberapa jalan (selain jalan al-Quran) kerana beberapa jalan itu akan memecahbelahkan kamu sekelian dari jalan Allah (a.w), dan demikian itulah Allah (a.w) wasiatkan/perintahkan kepada kamu sekelian agar (atau moga-moga) kamu sekelian bertaqwa (i.e. takutkan Allah).) [Ayat 153, Surah al-An’am] 
[Nota: Siratul mustaqim itu adalah jelan ke syurga, yang setiap umat Islam yang bersolat fardu (5 waktu sehari semalam) pohon sebanyak 17 kali itu diperjelaskan oleh Allah (a.w) dalam ayat ini. ‘Siratul mustaqim’ itu adalah al-Quran. Maksudnya itkui al-Quran maka pasti akan ditemuinya dan akan sentiasa berada di atas jalan ke syurga tersebut. Pasti, tidak akan menyimpang atau tergelincir selagi setiap yang Islam itu berpandukan al-Quran (dan as-Sunnah). Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti panduan dan tuntutan slain al-Quran pastilah akan sesat atau menyimpang atau tergelincir dari jalan yang lurus tersebut. Dan, pastilah umat Islam itu akan berpecah belah tidak sehaluan dan tidak sejalan. Maka mereka yang berpuak-puak pula mengikuti pelbagai jalan apabila berpandukan dengan panduan lain dari al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa as-Sunnah kerana, seperti yang telah diperjelaskan di atas itu, as-Sunnah diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya umat Islam itu ikuti. Kerana as-Sunnah memperincikan dan memperjelaskan ketetapan al-Quran yang concise itu. Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti ketetapan al-Quran, maka al-Quran akan memandunya kearah mencapai tahap ketaqwaan yang disebutkan dalam al-Quran. Disebutkan dalam al-Quran bahawa sifat ketaqwaan itu menjamin kejayaan akhirat seorang yang Islam dan beriman.
Seseorang yang tidak akur dengan ketetapan al-Quran (dan ketetapan as-Sunnah), pasti tidak berada di atas jalan tersebut. Kita hanya akan berjaya berada di atas 'siratul mustaqim' kalau kita patuhi perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Rsulallah (s.a.w) memberitahu jika kita, sebagai orang iman kasihkan Allah (a.w), kerana kita inginkan kerahmatanNya yang menjadi tiket ke syurga, kita hendaklah ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa', dan jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan kita, bukanlah kita jadikan orang lain model atau contoh kutan kita.

Allah (a.w) dalam firman ini memperingatkan hambaNya yang Islam dan beriman supaya ikuti hanya satu jalan, iaitu jalan al-Quran. Ketaqwaan serta kejayaan akhirat itu hanya tercapai melalui ketaqwaan dan panduan al-Quran.]

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)
Saudara, 'siratul mustaqim' itu mewajibkan kita berjema'ah dalam Islam. Tanpa berjema'ah tidak mungkin kita dapat 'siratul mustaqim' itu. Kerana, hanya dengan berjema'ah kita menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', dan khususnya perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran. Dalam al-Quran disebutkan dalam Ayat 51, Surah ali-Imran, Nabi Isa (a.s) memberitahu kaumnya, Bani Israil, 'Sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kamu sekelian, maka sembahlah Dia (semata-mata), maka bertaqwalah kepadaNya dan taatkanlah aku (Isa), inilah 'siratul mustaqim' (=jalan yang lurus)'. Isa (a.s) memberitahu umatnya supaya ikuti Kitab Injil, kerana kitab itulah menunjukkan 'siratul mustaqim' itu. Kini, Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa al-Quran (dan as-Sunnah) itu menunjukkan jalan lurus ke syurga (i.e. siratul mustaqim). Kalau kita tidak berjema'ah dan kita mengikuti fahaman gerombolan atau mazhab, pastilah kita tergelincir dari 'siratul mustaqim' itu. Kerana, jelas Allah (a.w) britahu kepada kita bahawa mengabdikan diri semata-mata kepada Allah (a.w) - itulah 'siratul mustaqim' - Ayat 21, Surah Yaasin.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘… alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati …’ (Yang bermaksud: Menetapilah kamu sekelian pada jema’ah dan menjauhilah kamu sekelian pada firqah (i.e. perpecahan) [Hadith hasan sahih gharib at-Termidzi]  
[Nota: Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya berjema’ah, malah diwajibkan atas umatnya berjema’ah, dan ditegah umatnya supaya jangan berfirqah atau berpecah belah. Malah Allah (a.w) dalam al-Quran menyebut kerapkai melarang hambaNya jangan berfirqah atau berpecah belah. Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah atas kami Omar (r.a) di tanah Jabiah, maka berkata dia (Omar): ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku, berdiri aku di kalangan kamu sepertimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa dahlu), maka bersabda dia (Nabi): ‘’Aku wasiatkan (yakni, perintahkan) atas kamu sekelian dengan (kehadiran) para sahabatku, kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, para tabi’in), kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, pengikut para tabi’in), kemudian tersebar luaslah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak pula dia diminta bersumpah, dan menjadi saksi (seorang lelaki) walaupun dia tidak diminta menjadi saksi. Ingatlah janganlah menyepi (atau berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan, kecuali ada yang ketiga dari mereka yang berdua adalah syaitan. Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dan takutilah kamu akan brfirqah atau perpecahan, maka seungguhnya syaitan itu adalah bersama-sama dengan orang yang berseorangan dan dia itu orang keduanya, lebih menjauhi dia (syaitan)(pada orang yang berjema’ah). Barangsiapa inginkan berda ditengah-tengah syurga, maka hendaklah dia menetapi jema’ah … ‘ – Hadith at-Termidzi.
Saudara, dalam membincangkan tajuk atau topik ini, kita telah lihat beberapa ns dan dalil al-Quran yang memberi kita kefahaman, apakah dia Islam dan syariatnya yang sebenarnya. Malangnya hari ini, sebagaimana majoriti nenek moyang kita dahulu, mereka ikuti pendapat serta amalan orang-orang terdahulu, yakni nenek moyang mereka pula. Mereka tidak belajar dan memahami al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, untuk menjadi seorang Islam yang menepati perintah Allah (a.w) dan RasulNya, mereka wajib ilmukan diri mereka dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan amalkan Islam secara bertaklid tanpa sandaran ilmu. Mudah-mudahan kita tidaklah  mengikuti jejak langkah serta amalan mereka dalam kejahilan kerana yang rugi kita dan keluaraga atau anak dan cucu cicit kita, kalau kita tidak sedarkan mereka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment