Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi melihat beberapa amalan atau perbuatan yang amat lazim sekarang ini di kalangan orang Islam yang apabila dicakapkan oleh mereka atau dilakukan oleh mereka, maka mereka terjebak melakukan dosa yang besar dan mereka menempah tempat tinggal dalam neraka. Kerana keseronokan sebenatar atau sekejap - musim kempen PRU 13 ini - mereka menggadaikan ebajikan akhirat mereka. Tak berbaloi... suatu perbuatan yang tidak masuk akal. Satu perlakuan yang dilakukan oleh orang yang tidak beriman.
Saudara,dalam post sebelum ini, kita telah lihat beberapa perkara yang kalau kita lakukan kita menempah neraka. Perbuatan atau perlakuan yang menyebabkan kita mendapat neraka walaupun kita mencari syurga dalam kehidupan termasuklah, (a) suka mencari rahsia orang lain dan kemudian mendedahkannya supaya dikertahui oleh orang lain. Tujuannya banyak, termasuklah dalam politik untuk menjatuhkan parti lawan atau orang yang bersaing dengan kita. Dalam kempen PRU 13 yang telahun berjalan lebih setahun itu ramailah orang Islam yang kerana tujuan dan matlamat politik menempah neraka; (b) mengumpat - satu sifat yang merupakan past-time masyarakat Melayu
Saudara, kita teruskan lagi melihat beberapa amalan atau perbuatan yang amat lazim sekarang ini di kalangan orang Islam yang apabila dicakapkan oleh mereka atau dilakukan oleh mereka, maka mereka terjebak melakukan dosa yang besar dan mereka menempah tempat tinggal dalam neraka. Kerana keseronokan sebenatar atau sekejap - musim kempen PRU 13 ini - mereka menggadaikan ebajikan akhirat mereka. Tak berbaloi... suatu perbuatan yang tidak masuk akal. Satu perlakuan yang dilakukan oleh orang yang tidak beriman.
Saudara,dalam post sebelum ini, kita telah lihat beberapa perkara yang kalau kita lakukan kita menempah neraka. Perbuatan atau perlakuan yang menyebabkan kita mendapat neraka walaupun kita mencari syurga dalam kehidupan termasuklah, (a) suka mencari rahsia orang lain dan kemudian mendedahkannya supaya dikertahui oleh orang lain. Tujuannya banyak, termasuklah dalam politik untuk menjatuhkan parti lawan atau orang yang bersaing dengan kita. Dalam kempen PRU 13 yang telahun berjalan lebih setahun itu ramailah orang Islam yang kerana tujuan dan matlamat politik menempah neraka; (b) mengumpat - satu sifat yang merupakan past-time masyarakat Melayu
(a) Mendedahkan rahsia orang
Saudara, dalam politik perkara ini sering berlaku demi untuk menjatuhkan kawan (kerana ingin dicalunkan dan orang lain dijatuhkan memberi laluan kepada kita) dan lawan (orang yang kita ingin tumbangkan supaya kita menang dalam pilihanraya tersebut, at any costs). Kita wajib ingat bahawa mungkin kita berjaya untuk dunia kita, tapi kita memperdagangkan akhirat kita. Dalam hadith ini disebutkan bukan sahaja mereka ini tinggal dalam neraka - penghuni neraka, tetapi mereka pula mencakar mukanya dengan kuku yang berupa besi yang tajam, sehingga koyak rabak muka dan dadanyanya dengan kesakitan yang teramat sangat, tidak henti-henti dan tidak ada tempoh penamat, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Jubairin hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lamma ‘urija bi mararrtu biqaumin lahum azfarun min nuhasin yakhmisyuna wujuhahum wa-sudurahum’, [Yang bermaksud: Ketika aku (Nabi) dinaikkan (yakni, Isra’ dan Mikraj) aku (Nabi) melalui (yakni, melihat) atas satu kaum bagi mereka (yakni, mempunyai) kuku-kuku mereka daripada besi yang tajam mencakar beberapa wajah mereka dan dada mereka], ‘faqultu man haula-i ya Jibrilu’ [Yang bermaksud: Bersabda aku (sabda Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Jibrail (a.s)): ‘Siapa mereka itu wahai Jibrail (a.s)?’], Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Ha-ulail-lazina yakkuluna luhumannasi wa-yaqa’una fi ‘aradihim.’ [Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang memakan daging manusia dan menyebarkan dalam rahsia-rahsia mereka.] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Dalam hadith ini disebutkan juga apakah balasan perbuatan orang yang mencari dan mengintip rahsia saudaranya dalam Islam kemudian mencangkannya supaya diketahui oleh orang lain. Dalam perkara ini begitu ramai pemimpin dan tokoh politik terlibat. Di akhirat kelak orang-orang ini akan mencakar muka dan tubuhnya dengan kukunya sendiri, hanya bezanya, kukunya adalah berupa besi yang tajam.
(b) Mengumpat
(b) Mengumpat
Saudara, dalam hadith ini didefinasikan apakah perlakuan yang dikatakan 'mengumpat' dan apa pula perlakuan yang dikatan 'berdusta.'. 'Mengumpat' dalam Islam itu adalah bercakap sesuatu tentang seseorang yang kalaulah orang tersebut mendengar apa yang kita katakan, dia tidak suka. Jadi, apa saja yang kita katakan atau sebutkan tentang sesuatu terhadap seseorang, kalau apa yang kita sebut atau katakan itu, jika dia tak suka, adalah dikira mengupat. Dalam, cakap-cakap atau ceramah musim PRU 13 ini begitu banyak orang yang mengumpat, terutama di kalangan pemimpin, tokoh atau penyokong parti yang takut tergelincir dari kuasa kelak.
Saudara, kalaulah apa yang kita katakan atau ceritakan tentang seseorang yang kita sendiri tidak tahu apakah sahih atau tidak cerita kita itu, kalaupun benar-benar berlaku, kita tetap dihukumi mengumpat. Kalau apa yang kita ceritakan itu tak benar tetapi suatu tuduhan sahaja, buat sedap mulut kita, maka kita berdusta. Dosa berdusta lebih berat, juga menyebaban kita masuk neraka kerana berdusta.
Diriwayatkan hadith darpada ‘Ala bin Abdul Rahman hadith daripada bapanya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mal ‘ghibatu’? [Yang bermaksud: Apa itu ‘mengumpat’?], bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zikruka akhaka bima yakrahu.’ [Yang bermaksud: ‘Menceritakan engkau akan perihal buruk saudaramu dengan apa-apa yang benci dia akannya]’, berkata (Abi Hurairah):’ Jika ada di dalamnya (yakni, perkaranya atau perangai atau sifatnya) apa-apa yang berkata aku mengenainya (yakni, apa yang dikatakan benar)?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘In kana fihi ma taqulu faqad ightabtahu wa-in lam yakun fihi ma taqulu faqad bahattahu.’ [Yang bermaksud: Jika ada padanya (sifat-sifat) apa yang berkata engkau mengenainya, maka sungguh-sungguh engkau mengumpat akan dia, dan jika tidak ada padanya (sifat-sifat itu) apa yang engkau katakan, maka sungguh-sungguh engkau memfitnah.] [Hadith at-Termidzi]
Jelasnya, atau rengkasnya, kalau apa yang kita katakan terhadap seseorang itu benar atau betul, tapi orang yang berkenaan tidak suka kita ceritakan pada orang lain, kita dikira mengumpat. Dan, kalau cerita yang kita bawakan terhadapnya tidak benar, maka kita berdusta atau berbohong. Berapa ramaikah orang politik hari ini lumrah bagi mereka mengumpat dan berdusta. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita bahawa kalau kita tiada sesuatu yang bermanfaat untuk dikatakan atau diucapkan, lebih baik diam saja. Kerana, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu manusia itu terlupa bahawa kerana sepatah dua kata-kata yang keluar dari mulutnya, menyebabkan dia masuk neraka selama 40 tahun! Sehari di akhirat lamanya 1,000 tahun kiraan hari dunia. Kalaulah kita masuk neraka kerana satu kalimah yang keluar dari mulut kita, kita merengkok dalam neraka selama 40 x 365 x 1000 = x tahun lamanya disiksa dalam neraka. Sesungguhnya, Rasulallah (s.a.w) memberitahu tubuh kita serta roh kita tak mampu menahan siksaan neraka ...
(c) Hasad dengki
(c) Hasad dengki
Saudara, dalam hadith ini kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) betapa bahayanya kalau ada sifat hasad dengki ini dalam hati kita. Kalau kita kerjakan solat, puasa, umrah dan haji, bangun pula malam untuk Solat Tahajud, kemudian, katalah kita kaya pula, menginfaqkan sebahagian kekayaan kita demi sabilillah, sia-sia saja, kerana sifat hasad dengki dalam sanubari ini menghakis semua pahala yang termungkin dan terkumpul. Maka kita muflis walaupun di dunia orang kata kita orang yang alim dan taqwa, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim ibni Abi Uasaidin hadith daripada datuknya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Iyakum wal-hasada fainnal hasada yak-kulul hasanati kama takkulun-narul hataba au qalal ‘usba.‘[Yang bermaksud: Takutkanlah kamu akan perasaan hasad, maka sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan (yakni, pahala), sebagaimana memakan api akan kayu’ atau ‘bersabda dengan katanya (mamakan) ‘(api akan) rumput kering’.][Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Saudara, kalau kita tak hakis = hapus dan kikis sifat hasad dan dengki ini, tak gunalah kita bersusah payah bangun 1/3 malam untuk Solat Tahajud dan berzikir serta mengerjakan lain-lain amalan walau istiqamah sekalipun...
(d) Busuk hati
(d) Busuk hati
Saudara, dalam hadith berikut pula kita diberitahu apakah maksud kalimah 'makhmumul qalbi' (atau, bahasa pasarnya), 'bersih hati'. Orang yg perangai kontra mesej hadith ini adalah orang 'busuk hati'. Bukan seorang yang bersih hatinya. Seseorang yang tergolong dalam kategori ini menempah tempat dalam neraka - secara sedar atau tanpa mereka sedari.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kita digolongkan sebagai orang yang bersih hatinya kalau dia tahu sesuatu mengenai keburukan atau kelemahan atau kekurangan seseorang, kita rahsiakan. Tidak akan dihebahkan. Kalau adapun dia cuba membantu orang berkenaan, dengan menasihatkannya atau menolongnya, secara perseorangan, bukan mendedahkan perkara tersebut. Dalam perkara ini ramai orang politik masuk neraka kerana 'busuk hati'.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Manakah manusia yang afdhal (yakni, baik)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kullu makhmumul-qalbi sadduqiil-lisani.’ [Yang bermaksud: (iaitu, pertama, orang yang) Menyembunyikan pada hati (yakni, orang yang mengetahui sesuatu mengenai orang lain tetapi tidak menghebahkannya, i.e. merahsiakan apa yang dia tahu), dan (kedua) benar dalam ucapan (atau kata-kata) (yakni, bercakap benar setiap masa)], berkata Abdullah bin Omar: ‘Kebenaran dalam ucapan’ (atau kata-kata) itu kami tahu. Tetapi, apa dia ‘mahmumul-qalbi’ (suci hati) itu?’ bersabda Nabi (s.a.w): ‘Hual-taqiun-naqau, la ithmi fihi wa-la baghya wa-la ghilla wa-la hasada.’ [Yang bermaksud: Orang yang bertaqwa (takutkan Allah (a.w)) tiada dosa di dalam sedemikian itu dan tiada melanggar (membuat maksiat) dan tiada buruk sangka dan tiada dengki hati (terhadap orang lain).] [Hadith ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Saudara, seseorang itu dikira memiliki hati yang bersih apabila dia sentiasa bercakap benar. Dia tidak akan bercakap sesutu kalau dia sendiri tak tahu cerita. Atau, kalaupun dia tahu, tetapi perkara itu sesuatu yang buruk dan mengaibkan atau menjatuhkan meruwah orang yang terlibat, dia tidak akan cakapkan. Kalau dia bercakap dia bercakap benar setiap masa, tidak menipu, dan tidak berbohong atau tidak merupakan seorang yang putar alam - dia saja yang benar, orang lain semua tak betul.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment