Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita dah tahu pengumuman oleh Suruhanjaya Piihanraya tentang tarikh penamaan calun dan tarikh mengundi untuk PRU 13. Selamat mengundi.
Bagi orang Islam yang beriman dan peka dengan ketetapan dan perintah Allah (a.w) kita diperingatkan dalam beberapa firman Allah (a.w), antaranya berikut, dalam perkata 'kepimpinan' dalam Islam'.
Saudara, majoriti orang Melayu, malah umat Islam berpandangan bahawa agama dan dunia itu adalah dua perkara yang berasingan dan terasing - dunia dunia dan agama itu agama, tak bercampur. Macam juga mereka berpandangan bahawa agama dan sekularsima terasing. Tak ada kait mengait atau kena mengena. Bagi orang yang faham Islam, dan kefahaman itu hanya diperolehi melalui mengaji ilmu yang diawajibkan manusia pelajari dan fahami dan kemudian patuhi, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, Islam itu adalah untuk dunia dan akhirat.
Saudara, ilmu sedemikian memberi kita tahu bahawa manusia itu menghadapi perjalanan waktu kehidupan mereka dalam suatu fasa yang continuum - dari alam tiada kepada alam ada - di dalam alam roh ke alam rahim ibu kita, kemudian kita dilahirkan, kita ada di alam dunia, kemudian, kita dimatikan, kita berada di alam barzah (kubur), kemudian, kiamat terjadi, maka kita berada di alam akhirat, yang merangkumi tiga sub-set alam, iaitu di dalam kubur, di padang makhsyar setelah dibangkitkan, ketika kiamat dunia, dari kubur berhimpun di padang makhsyar untuk dapatkan Kitab Catatan Amalan, kemudian alam akhirat yang kekal selepas diputuskan apakah manusia itu akan menjadi penghuni neraka atau penghuni syurga yang tidak ada tempoh penamatnya.
Justeru itu, orang Islam diberitahu bahawa dunia bukanlah penamat cerita manusia itu. Dunia hanyalah satu fasa, yang manusia itu sedar dan tahu. Ketika di alam roh dulu - sebelum proses pensenyawaan berlaku apabila bertemu dan bercantum Ovum (ibu) dan Sperm (bapa), mengalami perubahan demi perubahan sehinggalah ketika genap usi penyatuan tersebut 120 hari, diberi Allah (a.w) roh atau nyawa, kemudian selepas 9 bulan 10 hari, dilahirkan ke dunia, sebagai manusia. Ketika baligh bermulalah penulisan pada Kitab Catatan Amalan masing-masing - yang baik diberi pahala dan yang buruk mendapat dosa. Dosa dan pahala ini akan diimbangi di padang mashsyar untuk menentukan siapa boleh jadi penghuni syurga dan siapa yang gagal, jadi penghuni neraka.
Saudara, Allah (a.w) memberi kita ajal = tempoh untuk hidup di dunia. Mungkin kita hidup mengikut umur puarata umat Nabi Muhammad (s.a.w) antara 60 - 70 tahun. Mungkin diberi umur panjang seperti Margaret Thacher, mati dgn umur 89 tahun. Atau, lebih dari 88 tahun, Mahathir masih hidup sihat. Itu ketentuan Allah (a.w).
Bagi orang Islam, kita wajib akur dengan ketentuan Allah (a.w) berikut; iaitu kita wajib taatkan kepimpinan Islam atau kepimpinan dalam jema'ah Islam. Namun kalau mereka dan kita berselisih faham, kepimpinan dan yang dipimpin wajib merujuk kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Bukan, kembali kpd pemimpin untuk dapatkan keputusan mengenai sesuatu. Inilah ketetapan berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ... (hingga) ... wa-ahsanu ta’wila.' [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu akan Allah (a.w) dan taatlah kamu akan RasulNya dan ‘ulil amri’ dari kalangan kamu; maka jika berselisih kamu di dalam sesuatu perkara (mengenai sesuatu) maka kembalilah kepada Allah (a.w) (yakni, rujuk untuk penyelesaiannya pada al-Quran) dan RasulNya (yakni, rujuk untuk penyelesaiannya mengikut ketetapan as-Sunnah) jika ada kamu beriman dengan Allah (a.w) dan hari akhirat; demikian itu lebih baik dan sebaik-baik kesudahan (atau penyelesaian).][Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Saudara, siapa yang boleh memimpin umat Islam atau orang Iman? Ini disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'La yattakhizil mukminina ... (hingga) ... wa-ilallahil masir) [Yang bermaksud: Janganlah mengambil (oleh) orang beriman orang kafir sebagai pemimpin dari selain orang mukmin (atau beriman), barangsiapa berbuat sedemikian maka tidaklah dia dari ugama Allah (a.w) sedikit juapun (yakni, tidak diiktiraf Islamnya sedikitpun) kecuali bahawasanya engkau takutkan mereka sesuatu yang ditakutkan (oleh mereka), dan mempertakutkan akan kamu oleh Allah (a.w) diriNya, dan kepada Allah (a.w) tempat kembali (kamu sekelian kelak).’] [Ayat 28, Surah ali-Imran]
Orang Islam/Iman wajib angkat hanya orang Islam/Iman untuk memimpin mereka - jema'ah umat Islam. Ini perintah wajib. Allah (a.w) menghukumi sesiapa yang mengangkat seseorang yang tidak Islam memimpin jema'ah umat Islam, maka dia terkeluar dari Islam. Berat ketetapanNya.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kepada orang Islam bahawa apabila ada orang Islam/orang iman, dan ada juga orang yang tidak Islam, maka wajib pilih orang Islam. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu la tattakhizu ... (hingga) ... alaikum sultanan mubina.' [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang kafir sebagai pemimpin dari selain orang-orang beriman. Adakah kamu mengkehendaki bahawa memberikan alasan yang jelas lagi terang bagi Allah (a.w) atas kamu (untuk menyalahkan kamu dan justeru menyiksa kamu)?][Ayat 144, Surah an-Nisa’]
Jelaslah, sesiapa yang menentang ketetapan ayat ini pastilah akan mendapat siksaan Allah (a.w) di akhirat kelak. Kerana, sudah jelas perintah Allah (a.w). Kalau, mengakui kesalahan kita - memilih yang tidak Islam bila ada yang Islam - kita bertaubat, maka selamatlah kita. Bakal pemimpin yang dilantik dibolehkan kalau calun yang tidak Islam itu masuk Islam atau menjadi Islam, selepas diangkat menjadi pemimpin. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Illallazina tabu wa-aslahu ... (hingga) ... mukminina ajran azima) [Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang sudah bertaubat (yakni, meninggalkan ugama asal mereka dan menjadi Islam) dan (mengerjakan) amalan soleh dan berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) (yakni, Islam) dan ikhlas mengamalkan ugama mereka kerana Allah (a.w), maka merekalah berserta dengan orang yang beriman. Dan memberikan Allah (a.w) orang-orang mukmin itu pahala yang besar (yakni, balasan syurga di akhirat kelak).][Ayat 146, Surah an-Nisa’]
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita dalam firman berikut suatu larangan yang berat. Janganlah kita tergolong orang yang munafiq kerana orang munafiq itu mengangkat orang kafir atau tidak Islam sebagai pemimpin mereka. Orang munafiq itu di akhirat kelak berada di bawah 'kuali' neraka - di kerak neraka - walhal orang kafir itu berada di atas kawah neraka. Lebih azab siksaan atas orang munafiq berbanding orang kafir. Orang Islam yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dikira menjadi munafiq, wal iya zubillah. Inilah ketetapan ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Al-lazina yattakhuzunal kafirina ... (hingga) ... lillahi jami’a.' [Yang bermaksud ‘(orang-orang) munafiq itu (adalah) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir pemimpin dari selain orang-orang beriman; dapatkah mengharapkan mereka di sisi mereka kekuasaan? Maka sesungguhnya segala kekuasaan itu Allah (a.w) (adalah memilikinya) kesemuanya.’] [Ayat 139, Surah an-Nisa’]
Begitu juga kesnya orang Yahudi dan Nesrani. Tidak boleh diangat menjadi pemimpin, mengikut firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyullazina amanu ... (hingga) ... la yahdil qaumaz zalimina.' [Yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nesrani menjadi pemimpin – sebahagian mereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan barangsiapa mengambil mereka antara kamu (menjadikan pemimpin) maka sesungguhnya (orang-orang yang berbuat atau melakukan sedemikian itu) adalah daripada mereka; sesungguhnya Allah (a.w) tidak memberi hidayah (atau petunjuk) kepada kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yakni, orang yang menolak ketetapan atau perintah Allah (a.w), ingkar atau membuat dosa atau menentang ketetapan Allah (a.w)).][Ayat 51, Surah al-Maidah]
Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut pula, kita tidak boleh jadikan pemimpin kita orang-orang yang sengaja mencela atau mencaci atau memperolok-olokkan Islam.
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu ... (hingga) ... in kuntum mukminina) [Yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang menjadikan agama kamu ejek-ejekan dan permainan daripada golongan orang-orang yang diturunkan kitab sebelum kamu (yakni, orang-orang Yahudi dan Nesrani) dan orang-orang kafir sebagai pemimpin; dan bertaqwalah (yakni, takutkan) Allah (a.w) jika ada kamu itu orang yang beriman.][Ayat 57, Surah al-Maidah]
Saudara,
Begitu banyak larangan. Siapakah yang boleh kita jadikan pemimpin kita? Ini diberitahu oleh Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Innama waliyukumullah ... (hingga) ... wahum raki’una) [Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu adalah Allah (a.w) dan Rasul-rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan mendatangkan zakat dan mereka itu tunduk (kepada Allah (a.w)) (yakni, yang patuh dan taat akan Allah (a.w), yakni ikuti ketetapan al-Quran dan ikuti ketetapan as-Sunnah).][Ayat 55, Surah al-Maidah]
Jelaslah, yang layak memimpin umat Islam dan manusia itu adalah Allah (a.w) sendiri, kerana manusia itu dijadikan oleh Allah (a.w) untuk mengabdikan diri atau memperhambakan diri mereka semata-mata kepada Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) perintahkan manusia supaya taatkan Rasulallah (s.a.w), yang memimpin dan membimbing manusia itu ke arah mentauhidkan Allah (a.w) dan melaksanakan perintah Allah (a.w) semasa mereka berada di atas permukaan bumi Allah (a.w) ini. Kepimpinan adalah khalifah di bumi dan mentadbirkan bumi dan segala isinya menepati ketetapan Allah (a.w).
Saudara,
kemudian Allah (a.w) berikan ketetapan dan keputusan muktamad dalam perkara kepimpinan ini dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wamai yatawallaha ... (hingga) ... humul ghalibuna.' [Yang bermaksud: Dan barangsiapa mengangkat Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan Rasul-rasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah) dan orang-orang yang beriman (yang berpandukan kedua-dua itu dalam segala urusan) (adalah sebagai pemimpin mereka) maka sesungguhnya kelompok atau perkumpulan (yakni, jemaah) pihak Allah (a.w) itulah yang mendapat kemenangan (di dunia dan di akhirat).][Ayat 56, Surah al-Maidah]
Saudara, demikianlah ketetapan Islam dalam perkara memilih pemimpin jema'ah umat Islam. Malangnya, hari ini manusia ketepikan ketetapan perintah Allah (a.w). Malah mereka telah wujudkan dichotomy - ada agama dan ada sekularisma. Kedua-dua terasing. Namun yang benar adalah tidak ada keasingan dalam perkara dunia dan perkara akhirat atau agama. Agama itu untuk dunia dan untuk akhirat. Bukanlah agama itu untuk akhirat semata-mata. Segala-galanya yang saudara lakukan di dunia ini ada implikasi akhirat - sama ada berat ataupun ringan. Berat atau ringan asalkan berupa suatu dosa tetap merasai pembersihan dalam neraka terlebih dahulu, sebelum berpeluang masuk syurga. Oleh itu berwaspadalah dalam dunia dan dalam mencari pemimpin. Janganlah pemimpin yg untung kita yang rugi ...
Ingatlah orang yang diakui Islam itu adalah orang yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, spt Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 59, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 102, Surah al-An'am, Ayat 64, Surah an-Nisa', Ayat 10 - 13, Surah as-Sof, Ayat 20, 21, 28, 29,dan Ayat 41, Surah at-Taubah, dll lagi (semuanya kita telahun rujuk dan huraikan dalam blog ini).
Saudara,
Allah (a.w) peringatkan kita supaya jangan lupa ketetapan Ayat 115, Surah al-Mukminun - kita ada tanggungjawab besar terhadap kesemua ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya ketika di dunia. Pada Ayat 123, Surah Toha - kita diperingatkan bahawa apakala datang apa-apa peringatan dari Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan RasulNya (i.e. dari as-Sunnah), akurlah, terimalah, dan jadikanlah panduan dan amalan.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment