Friday, March 29, 2013

Islam: Siapakah ...? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah teliti dua potong hadith yang menyebutkan bahawa Islam seseorang itu hanyalah diakui benar jika menepati dua pra-syarat; iaitu: pertama, berpegang kepada as-Sunnah; dan kedua, mengamalkan Islam secara berjema'ah. Kita juga telah lihat bahawa sabda Raslallah (s.a.w) itu bukanlah berasingan dari apa yang Allah (a.w) tetapkan. Kerana, Allah (a.w) dalam Ayat 80, Surah an-Nisa' memberitahu manusia bahawa sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), dia sudah pasti telah mentaati Allah (a.w). Maksudnya: kalau mentaati Rasulallah (s.a.w), kita dikiran taatkan Allah (a.w). Counter factualnya? Kalau kita tolak ketetapan as-Sunnah, kita dianggap pasti telah menolak ketetapan Allah (a.w). Dalam hadith yang lain pula kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa apa-apa yang diharamkan oleh beliau, adalah apa-apa yang diharamkan oleh Allah (a.w), dan apa-apa yang dihalalkan oleh beliau adalah apa-apa yang dihalalkan oleh Allah (a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah hakikatnya ketetapan Allah (a.w). Justeru itu, sesiapa yang menyatakan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) tak setara dengan ketetapan Allah (a.w) adalah silap dan salah dan terpesong dari yang hak! Lebih terpesong kalau ada seseorang yang Islam itu menyatakan bahawa apa-apa yang difirmankan oleh Allah (a.w) wajib kita taati dan apa-apa yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) boleh diambl pakai atau boleh ditinggalkan! Seolah-olah perintah Allah (a.w) itu sahaja yang mutlak dipatuhi, manakala perintah Rasulallah (s.a.w) boleh diketepikan atau tidak wajib dipatuhi atau diikuti. Ini adalah pentafsiran yang amat salah dan menyimpang. Kerana, sesiapa yang menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) i.e. as-Sunnah sama dengan menolak ketetapan Allah (a.w). Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil dan terima segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr. Kalau manusia itu taatkan Rasulallah (s.a.w), mereka diiktiraf oleh Allah (a.w) sebagai mentaati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Malah, kalau nakkan syurga secara pasti hendaklah manusia itu patuhi ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Mudah-mudahan saudara faham bahawa Islam seseorang itu hanyalah benar kalau dia ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Kalau tolak al-Quran atau tolak as-Sunnah dan ditambah pula tolak atau langgar ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w)) secara khusus, pasti dimasukkan ke dalam neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Seseorang yg Islam tetapi terlibat dalam sesuatu perkara yang disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', tidak termasuk dalam kelayakan untuk mendapatkan syurga, malah sebenarnya kafir pada hakikatnya. Kenapa? Kalau Islam yang benar itu, mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, pasti dapat syurga. Apakah gunanya Islam kalau masuk neraka? Sama macam orang kafir!
Saudara, kita telah dapat tahu bahawa dua pra-syarat yang wajib kita pastikan kita tepati untuk mengesahkan keIslaman kita adalah pertama, ikuti as-Sunnah (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan as-hadith); dan kedua, berjema'ah. Kalau kita amalkan Islam tanpa berjema'ah, maka kita gagal menpati Ayat 13, Surah an-Nisa' kerana Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran, memerintahkan kita bahawa nakkan syurga wajib akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan berjema'ah, kerana ayat tersebut  adalah satu perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Berjema'ah adalah ketetapan wajib dalam Islam! Mana mungkin kita diiktiraf mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) kalau kita tidak berjema'ah? Kalau kita takpun berjema'ah, walhal Allah (a.w) - pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu - kita wajib berjema'ah? Justeru itu, untuk menjamin keIsaman kita sah dan Islam kita itu diterima Allah (a.w), dan kerana itu, supaya kesemua amalan serta ibadah kita diterima Allah (a.w), kita wajib akur dengan dua pra-syarat; iaitu: pertama, ikuti atau berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dalam mengamalkan syariat Islam - beramal dan beribadah sekuat mampu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan kedua, amalkan Islam secara berjema'ah.
Saudara, menyebut tentang al-Quran dan as-Sunnah itu, kita wajib faham bahawa mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu adalah satu kemestian, tidak boleh diubahsuai atau ditokok tambah atau dimodify ikut kehendak kita atau kehendak orang lain atau ikut pendapat dan pandangan orang lain. Hendaklah kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang disampaikan atau diajarkan atau ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) sahaja.
Kita wajib ingat bahawa agama Islam itu dicipta oleh Allah (a.w) untuk membolehkan manusia - semua bangsa dan semua zaman - mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - Ayat 57, Surah az-Zariat: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu (Allah)'. Itulah tugas prima atau utama manusia terhadap Allah (a.w). Bagaimana mengabdikan diri menepati kehendak dan preskripsi Allah (a.w) itu, Rasulallah (s.a.w) sahaja yang tahu. Ilmu Rasulallah (s.a.w) tentang Islam itu sempurna (perfect and complete as well as comprehensive). Takda orang lain yang ilmunya sempurna. Oleh keana itu, nak tahu Islam secara sempurna, supaya amalan dan ibadah kita menepati preskripsi dan ketetapan Allah (a.w), kita wajib merujuk kepada as-Sunnah atau al-Hadith. Kalau kita beramal dan beribadah tanpa menepati ketetapan as-Sunnah, pastilah amalan dan ibadah kita itu batil dan batal, tidak diterima Allah (a.w). Ini wajib kita faham supaya kita taklah rugi di akhirat.
Saudara, Allah (a.w) itu hanya terima amalan dan ibadah atau pengabdian yang suci murni - tidak dicemari oleh perintah atau ketetapan atau ajaran atau preksripsi orang lain selain Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita kerjakan sesuatu amalan dan ibadah yang berlainan dari preskripsi tersebut, maka batal dan batil. Takda gunanya. Tak diterima Allah (a.w). Allah (a.w) yang cipta Islam, Dia yang suruh malaikat Jibril (a.s) sampaikan dan ajarkan syariat Islam kepada Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) mengajarkan manusia, apakah Allah (a.w) mahu terima sesuatu preskription dari orang lain yang tidak diberinya sebarang laluan atau mandat untuk mengubahsuai atau meminda atau menokok tambah agama ciptaanNya? Pasti tidak.
Saudara, oleh itu wajib kita faham hakikat ini. Allah (a.w) hanya menerima amalan dan ibadah yang dikerjakan menepati ketetapanNya atau ketetapan RasulNya. Kalau berlainan, tidak diakui dan tidak diterima. Inilah hakikat mengapa bid'ah (= membuat penambahan kepada syariat dan ketetapan Islam) dan taklid (= ikuti kata-kata atau cakap-cakap atau tiru amalan dan ibadah - bentuk, cara dan kaedah - orang beramal dan beribadah, yang tidak ada dasar atau sandaran al-Quran atau as-Sunnah) itu membahayakan aqidah dan amalan serta ibadah kita sebagai orang Islam. Yang rugi kita. Yang mengajarkan kebatilan pun rugi juga, malah lebih rugi kerana digandakan dosanya pula. Kalau kita ajarkan 100 orang sesuatu yang terkeluar dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, semata-mata berpandukan kelaziman nenek moyang kita lakukan atau buat gitu, atau sesuatu yang bercorak bid'ah, diamalkan oleh 100 orang tersebut, mereka berdosa dan mereka pula mengirimkan dosa kepada kita yag mengajarkan kepada mereka. Lebih ramai murid dan pengikut kita lebih banyak kiriman dosa selagi mereka hidup mengamalkan apa yang kita ajarkan. Lebih parah lagi, kalau yang 100 itu ajarkan pula 100 orang lain setiap seorang mereka apa yang kita ajarkan. Bererti kini ada 100 x 100 orang yang amalkan suatu kebatilan yang kita ajarkan! Pastilah kita akan masuk neraka, wal iya zubillahu min zalik. Oleh itu janganlah kita pandai-pandai dalam kejahian beritahu sipolan sipolan buat gitu dan gini, walhal kita takda ilmu mengenai apa yang kita katakan. Hari ini ramai orang Islam, termasuk ulama' dan ilmuwan sendiri, bercakap perkara-perkara yang batil jika ditelek ilmunya atau asas ajaran mereka.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment