Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yang Islam dan beriman, kita sering diperingatkan bahawa kehidupan dunia itu sebentar dan hanyalah seumpama berseronok-seronok sekejap sahaja. Kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan akirat, yang kekal abadi. Dalam kehidupan dunia ada diantara kita yang dikurniakan Allah (a.w) dengan rezki yang melimpah ruah, mempunyai kekayaan atau harta melebihi keperluan hidup kita. Ada di kalangan kita - malah lebih ramai bilangannya - yang kurang bernasib baik, hidup dalam kefaqiran atau kemiskinan atau sederhana sahaja cukup untuk keperluan seharian dan ada sedikit lebihan. Yang kaya hidup senang, boleh mendapatkan apa-apa yang dikehendaki hati dan nafsu, tak perlu bimbang. Namun, majoriti dikalangan kita mendapat rezki yang cukup untuk kehidupan yang sederhana sahaja.
Saudara, bagi kita yang memiliki ilmu mengenai apa yang berlaku di alam barzah (dalam kubur), semasa menjalani hisaban di padang makhsyar dan akhirnya kelak ditentukan kediaman kekal kita - syurgake atau nerakake - kita diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) beberapa perkara mengenai harta dan kekayaan itu. Antaranya yang kita diberitahu adalah: pertama, orang Islam yang beriman yang miskin tidak banyak hisaban di akhirat, jika menjadi ahli syurga, mereka masuk syurga 5,000 tahun lebih awal dari orang yang kaya yang juga berjaya menjadi calun syurga. Kedua, orang yang miskin dan sederhana hidupnya di dunia itu menhadapi hisaban yang lebih mudah dari orang kaya. Kerana kekayaan itu lebih merugikan dari menguntungkan akhirat kita, kalaulah kita tidak berwaspada. Maka dengan itulah hadith-hadith berikut wajar kita jadkan panduan dan pegangan hidup, terutama kalau kita tergolong dalam golongan orang yang berada dan kaya lagi mewah.

Dividen Akhirat Orang Iman
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Ketika mati anak Adam (yakni, yang Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) maka putuslah semua amalannya (yakni, tidak berkesempatanlah dia melabur untuk akhiratnya atau menambah bekalan akhirat, maka tiada tambahan pahala baginya) kecuali tiga perkara (yakni, yang tak putus, walaupun sudah mati dia, kerana akan terus mengalirkan pahala sampai kiamat dunia); (pertama) sedekah jariah (termasuklah zakat dan infaq fi sabilillah – apa-apa yang dibelanjakan untuk melestarikan dan mengembangkan agama Allah (a.w) dan membela umat Islam dalam perkara agama mereka); (kedua) ilmu yang bermanfaat (ilmu al-Quran dan as-Sunnah, yang diajarkannya kepada orang lain, dan mereka yang diajarkan ilmu mengamalkannya); dan (ketiga) anak yang soleh (i.e. anak yang mengikuti syariat Islam bersumberkan dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara berjema’ah) yang mendoakan kepadanya (ibubapa, kesejahteraan bagi akhirat mereka).’ [Hadith Abu Daud, Kitab Wasiat]
[Nota: Hadith ini jelas. Tetapi ramai para ulama’ yang tersilap apabila mentafsirkan hadith ini, kerana mereka lupa bahawa segala amalan dan ibadah yang sah adalah amalan dan ibadah yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apa saja amalan dan ibadah yang berlainan dari preskripsi al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w), i.e. tidak mendapat ganjaran pahala, malah boleh menjerumuskan pengamalnya terkeluar dari Islam, menjerumuskan pengamalnya kedalam neraka. Kalaulah simati itu semasa hidupnya mengerjakan amalan dan ibadah menepati tuntutan syariat Islam – didasarkan oleh ilmu yang betul (Ayat 36, Surah al-Isra'’), niat yang betul (Ayat 57, Surah al-Isra') dan bentuk-bentuk amalan dan ibadah tersebut adalah sejajar dengan as-Sunnah atau sebagaimana yang didemokan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan simati juga berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan dia mentaati kepimpinan jema’ahnya (Ayat 59, Surah an-Nisa’) dan dia semasa hidupnya tidak menolak mana-mana ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr) dan keseluruhannya menepati Ayat 13, Surah an-Nisa’, maka amalan simati memanfaatkan dirinya dan doa-doa anak-anak yang ditinggalkannya juga memanfaatkan kedua ibubapanya setelah mati mereka. Jika tidak, anaknya tidak dapat membantunya selepas matinya!
Malahan, kalau simati adalah orang yang kaya atau hartawan, apabila mati dia dan dia adalah ahli syurga, maka dia hanya dapat masuk syurga selepas ahli syurga yang faqir dan miskin masuk terlebih dahulu ke dalam syurga 5,000 tahun lebih awal. Kalau dia hartawan maka ketika di alam barzah (dalam kubur) dia tidak menunaikan tanggung jawab terhadap Islam dari membelajakan sebahagian hartanya untuk fi sabilillah, maka dalam kubur Allah (a.w) serahkan kepadanya 99 ekor ular yang amat berbisa untuk menggigitnya sampailah terjadinya kiamat. Di akhirat, dia akan dikenakan pula hisaban yang terperinci (detailed auditing). Maka kalaupun dia terlepas menyeberangi jembatan ke syurga yang dibentangkan di atas neraka, di penghujung jembatan itu dia masih disoal – dari mana dan bagaimana hartanya diperolehi, bagaimana dia menghabiskan atau membelajakannya, dan untuk apa dihabiskan atau dibelanjakan dan kepada siapakah harta-harta tersebut diserahkan. Justeru, jutawan yang meninggalkan hartanya kepada anak-anaknya yang tidak soleh, maka segala perbelanjaan dari harta-harta tersebut ketika simati sudah tiada, akan menghasilkan kiriman dosa dari anak-anaknya pula, bukan kiriman pahala. Kerana diboroskan oleh mereka dan dibelanjakan ke arah kebatilan. Kalau anak-anaknya adalah orang soleh (menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), apa-apa yang dibelanjakn oleh anak-anaknya demi fi sabilillah akan mendatangkan pahala kepada anak-anaknya bukan kepada dirinya secara terus, kecuali secara indirect, i.e. doa anaknya, yang memungkinkan dia ditempatkan di atas syurga yang lebih baik (rujuk hadith di bawah).
Jelaslah hisaban kerana kekayaan dan kemewahan itu lebih memungkinkan seseorang itu terjerumus ke dalam neraka dari menempatkan dia ke dalam syurga. Setiap kita akan disoal tentang harta: sumbernya (dari mana didapatkan), caranya (bagaimana di dapatkan) dan kegunaannya (untuk apa kita belanjakan). Dan kesyukuran kita kerananya (apakah kita sudah agihkan sebahagian untuk fi sabilillah untuk membela agama Islam dan umat Islam).
Dalam sepotong hadith lain pula, kita diberitahu bahawa apabila mati seorang Islam, yang mengiringinya ke kuburnya ada tiga golongan/perkara; pertama, ahli (=isteri, anak-anak dan keluarganya); kedua, hartanya (juga menemani ke kuburnya); dan ketiga, amalan dan ibadahnya. Setelah dikemubumikan simati, ahli (= keluarganya) dan hartanya meninggakan simati. Yang bersama menemani jasadnya di alam barzah hanyalah malannya semasa hidupnya. Justeru itu, yang memanfaatkannya dan yang menentukan ‘masa depannya’ dalam alam barzah, ketika berhimpun di padang mahsyar, dan ketika di hisab, dan akhirnya diputuskan oleh Allah (a.w) menjadi ahli syurgake atau ahli nerakake, adalah amalannya.
Sehubungan itulah, seseorang yang kaya dan mendapat rezki melimpah ruah semasa hidupnya, disuruh oleh Allah (a.w) belanjakan sebahagian untuk fi sabilillah – membela agama Islam dan membela orang Islam yang serba kekurangan. Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Allah (a.w) berfirman: ‘Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, maka tukarkanlah atau belilah syurgaKu dengan hartaKu.’ [Hadith]. Kita disuruh gunakan harta kekayaan ke arah mencari syurga Allah (a.w) dengan membelanjakan sebahagian untuk fi sabilillah’.
Saudara, dalam hadith qudsi ini, kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa kesemua harta milik seseorang itu dalah milik amanah, bukan milik mutlak, kerana milik mutlaknya adalah Allah (a.w). Syurga itu adalah milik Allah (a.w). Allah (a.w) menyuruh kita yag bernasib baik memiliki harta yang melebihi keperluan harian sekeluarga, supaya menginfaqkannya. Kalau kita kaya memiliki harta melimpah ruah, kita disuruh gunakan harta kita itu membeli syurga.
Dalam sepotong hadith lain, kita diberitahu bahawa harta milik kita hanyalah tiga perkara: pertama, pakaian yang kita pakai sampai koyak rabah, itu milik kita. Pakaian selainnya adalah milik orang lain apabila mati kita. Kedua, apa-apa yang kita makan yang akhirnya menjadi najis yang kita keluarkan setiap hari dari tubuh kita. Selain makanan yang tak kita makan atau yang belum sempat kita makan, adalah milik orang lain. Ketiga, apa-apa yang kita belanjakan untuk fi sabilillah – sedekah, zakat dan infaq - itu adalah milik kita dan akan sampai kepada kita di akhirat kelak manfaatnya. Harta selainnya bukan hak atau milik kita tetapi milik orang lain. Lebih bahaya kalau harta kita itu diwarisi oleh orang lain – isteri atau anak atau saudara mara – jika dibelanjakan atas jalan yang batil, padahnya kita yang menerimanya! Oleh itu berwapadalah.
Saudara, walaupun begitu, kalaulah kita tergolong orang yang kaya dan mewah hidupnya, mereka lebih mudah mendapat syurga kalaulah kita pandai menggunakan harta kita. Inilah maksud hadith qudsi yang kita rujuk di atas itu. Kita boleh menggunakan kekayaan dan kemewahan kita itu dengan memperbanyakkan usaha fi sabilillah. Abu Bakar as-Siddik dilapurkan dalam al-Hadith mengainfaqkan kesemua hartanya. Omar bin Khattab (r.a) menginfaqkan separuh hartanya untuk fi sabilillah. Ramai para sahabat lain yang kaya zaman Rasulallah (s.a.w) menginfaqkan sebahagian besar harta miliknya untuk fi sabilillah. Walaupun berbuat sedemikian, kekal mereka tidak kecundang menjadi miskin atau papa. Kerana Allah (a.w) menggantikan harta yang kta infaqkan selain membolehkan kita merizab tempat tinggal di syurga di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment