Wednesday, March 13, 2013

Adab dan Pembawakan orang iman: Peringatan

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post akan datang kita lhat panduan Islam terhadap adab kita sebagai orang Islam yang beriman. Mudah-mudahan dgn ilmu sedemikian kita dapat menjaga diri kita dari kekufuran atau kufur nikmat atau menjadikan kita hanya lahiriah Islam tetapi hakikatnya kita tidak.

Melihat Kepada Diri 

Hadith di bawah ini pula memberi panduan kepada seseorang Islam itu supaya sentiasalah dia mensyukuri nikmat Allah (a.w) terhadapnya. Di dalam al-Quran kerapkali Allah (a.w) menyebutkan bahawa sesungguhnya nikmat yang diberikannya itu tidak dapat dinilai. Fikirkanlah, kalau kita tiada sebelah mata, berbanding dengan orang yang memiliki dua mata! Bagaimana?Justeru itu, bagi membolehkan kita menilai nikmat Allah (a.w) haruslah kita bermuhasabah dan melihat diri kita dengan membandingkannya dengan orang yang kurang daripada kita. Apabila dia menelek dirinya dengan orang yang serba kurang darinya, dia merasai telah diberi oleh Allah (a.w) banyak nikmat yang orang lain yang kurang daripadanya. Sebaliknya, jika dia melihat mereka yang memilki lebih daripadanya, maka tidak merasa puas dia dan inginkan dia menyamai atau mendapat lebih dari orang itu. Lebih meudaratkan dia apabila dia lupa akan nikmat yang ada padanya, dan tidak mensyukuri apa-apa yang dia ada.
Oleh yang demikian, supaya sentiasalah kita mengenang dan mensyukuri pemberian atau kurnia Allah (a.w) apabila kita menyedari bahawa ramai orang yang mendapat kurang daripada kita. Jika kita membuat perbandingan dengan orang yang mendapat lebih dari kita, maka sudah pasti tidak terasa kita bahawa kita sudahpun diberi nikmat yang banyak:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Saleh hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada orang yang lebih rendah (kedudukannya) dari kamu (dalam apa-apa aspek sekalipun), dan janganlah melihat kamu kepada orang yang diatas kamu (kedudukan dunianya) (dalam apa-apa aspek sekalipun), maka sesungguhnya perkara-perkara itu (yakni, perlakuan sedemikian itu i.e. melihat kepada orang yang di bawah atau lebih rendah atau lebih dhaif dari kita dan tidak melihat kepada orang yang berada di atas kita itu) akan tidak meremehkan (oleh kamu sekelian) nikmat atau kurniaan Allah (a.w) yakni, menjadikan orang itu sentiasa syukurkan nikmat Allah (a.w) kepadanya).’ Berkata Abu Ma’awiyah (r.a): ‘(Maksudnya) Wajib bagi kamu.’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud] Di dalam sepotong hadith yang lain disebutkan bahawa apakala kita ingin menelek ketaqwaan atau amalan dan ibadat kita kepada dan terhadap Allah (a.w), hendaklah kita melihat kepada orang yang mengamalkan lebih daripada apa yang kita amalkan. Lihat orang lain yang lebih mempersungguh dalam mengerjakan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan mereka. Melihat, orang yang lebih beristiqamah dalam beribadah. Lebih berusaha meningkatkan akhlak karimah mereka. Dengan itu kta membuktikan bahawa keimanan dan ketaqwaan serta penghayatan keagamaan kita tidak standing dengan mereka itu. Ini akan menjadikan kita terasa tidak sebanyak mana amalan dan ibadah kita dan tidak sedalam mana keimanan kita dan tidak sekuat mana ketaqwaan kita. Kita jauh tertinggal di belakang. Semua ini akan menyedarkan bahawa selama ini kita tidakpun benar-benar orang yang Islam lagi beriman. Kita akan terasa bahawa, orang lain mencari syurga dengan sepenuh usaha, tapi kita sambil lewa sahaja! Demikianlah juga, kalau kita menelek dunia kita, hendaklah kita melihat kepada orang yang lebih dhaif dari kita – dari segi sumber hidup mereka, dari segi kedudukan ekonomi mereka dan keluarga mereka, kemudahan hidup yang mereka ada, kedudukan atau status social mereka, maka kita akan mendapati bahawa kita lebih beruntung dan lebih dimuliakan oleh Allah (a.w) kerana diberikan kurniaan yang lebih, melebihi seian ramai manusia lain yang tidak bernasib sebaik kita. Dengan itu, kita lebih syukur nikmat dan kurniaan Allah (a.w). Kita menghargainya. Dan, tidaklah kita kufur nikmat, kerana kufur nikmat itu adalah tidak menghargai kurnian dan pemberian Allah (a.w) kepada kita. Sebaliknya, dalam perkara akhirat, janganlah kita melihat kepada orang yang kurang beramal atau kurang amalan mereka atau kurang istiqamah atau lebih buruk adab dan tata kelakuannya, berbanding dengan kita, maka kita akan mudah berpuas hati. Kita merasa senang diri seolah-olah syurga itu dalam capaian kita. Tambahan pula tidak tahu kita sama ada nilai amalan dan ibadat kita yang sedikit atau banyak itu sebenarnya cukup ikhlas, maka mendapat ganjaran pahala? Kita akan terasa bahawa kita sudah bersedia untuk mati, kerana syurga dalam tangan kita! Begitu juga dalam perkara dunia, kalau kita melihat kepada orang yang lebih rezkinya, banyak hartanya, tinggi kedudukannya, berbagai nimmat dunia yang dimilikinya, maka kita tidak akan merasa puasa dan bersyukur. Malah, kemungkinan kita mempersalahkan takdir. Kita memarahi Allah (a.w) kerana tidak memberikan apa yang orang lain dapat. Kita takkan mensyukuri apa yang kita miliki dan perolehi, walau sebanyak manapun. Justeru itulah, kerana melihat kedudukan ekonomi dan staus dunia orang lain yang lebih tinggi itu, menjadikan ramai manusia yang kufur nikmat. Sudah kaya inginkan lebih kaya dan mewah, sentiasa disibukkan oleh dunia mereka, mencari lebih, supaya menyamai taraf orang yang lebih kaya dan lebih berharta, sehinggakan terasa bahawa kejayaan dunia kita itu adalah usaha dan kebolehan dan kepintaran kita dan bukannya kurniaan Allah (a.w). Kita menolak takdir. Kita tidak akui bahawa Allah (a.w) memberikan rezki kepada kita dan dengan rezki itu Allah (a.w) menguji dan menilai keimanan dan ketaqwaan kita. Kalau kita sentiasa membandingi diri kita dengan kedudukan orang yan lebih terkeatas dunianya dari kita, kita menjadi lebih kedekut, kikir atau lebih pelit, sehingga membelanjakan harta dan kemewan kita atas kebatilan, membazir, berfoya-foya, berseronok, memandang rendah orang lain, dan tidakpun menginfaqkan sebahagian rezki kita membela agama Allah (a.w) dan membantu orang Islam yang lain. Kalau kita infaqpun, kita sukakan hebahan dan dihebohkan supaya kita dilihat oleh mansuia orang yag pemurah!
Justeru di dalam hadith lain disebutkan: hendaklah kita melihat kepada dunia kita dengan membandingkan pencapaian orang yang kurang dari kita, dan apabila bermuhasabah akan diri kita tentang akhirat kita, maka hendaklah kita bandingkan amalan dan ibadat kita kepada amalan dan ibadat orang lain yang lebih amalan dan ibadatnya berbanding kita.
Mudah-mudahan kita sering peringatkan diri kita, di tahap sosial apapun kita berada di dunia, kita sentiasa memandu diri kita berpandukan hadith ini. Ramai orang Islam hari ini terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak kerana tidak memandu hidup mereka atas dasar panduanini.

Jazakallahu kharah

No comments:

Post a Comment