Assalamualaikum,
Saudara, sebagai manusia, kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa kita sering lupa dan suka menentang perintah dan arahan dan kita sukakan dunia dan kita kurang yakin terhadap akhirat. Maka dengan itulah kita perlu sering diingatkan. Bagi mereka yang Islam berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan melaksanakan segala tuntutan Islam secara berjema'ah, kita akan sering diperingatkan oleh jema'ah kepiminan Islam tentang tanggngjawab kita dalam Islam dan terhadap Allah (a.w) sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kita juga diperingatkan oleh jema'ah kepimpinan kita setiap inggu melalui khutbah yang disampaikan pada Solat Jum'at. Malangnya hari ini ketika dibacakan khutbah Solat Jum'at, kita diperingatkan bukan tentang tanggung jawab kita sebagai hamba Allah (a.w) dan tentang menjalani kehidupan yang diridhai oleh Allah (a.w) dan supaya menyediakan diri (i.e. menyediakan bekalan pahala yang sebanyak-banyaknya) untuk alam akhirat yang jauh lebih utama dan kekal, sebaliknya, kita diperingatkan tentang perkara-perkara dunia atau duniawi, termasuklah peringatan mengenai politik sebagaimana sekarang ini (kerana PRU13).
Saudara, Allah (a.w) tidak pentingkan sedikitpun tentang dunia. Maka dengan itu manusia itu diberi rezki tanpa mengira sama ada mereka Islamke atau kafirke (yang tidak Islam). Sesiapa yang rajin berusaha maka mereka akan mendapat rezki yang lebih, tertakluk kepada takdir mereka. Tetapi, dalam perkara akhirat itu, Allah (a.w) utamakan orang yang Islam, yang beriman dan yang bertaqwa dan yang mengerjakan segala perintah dan suruhan. Orang iman yang benar itu tahu dia tanggungjawabnya terhadap agama dan terhadap saudara mereka sesama Islam. Maka dengan itu jika dia kaya dan mewah dia akan membelanjakan sebahagian daripada harta dan kemewahan mereka demi mengembangkan dan membela agama Islam dan membantu meringankan beban hidup serta kesusahan hidup saudara mereka yang kurang bernasib baik spt yang faqir, yang miskin, yang tua lagi dhaif, ibu-ibu yang menanggung keperitan hidup memelihara anak-anak mereka kerana kematian suami atau ditinggalkan suami, membela anak-anak yatim yang tidak berbapa dan beribu atau yang ditinggalkan oleh ibubapa mereka.
Saudara, kerana keutamaan membela agama Allah (a.w) itulah dan kerana mencari syurga itulah, maka Allah (a.w) memberitahu: 'Syurga itu syurgaKu, harta itu hartaKu, maka belilah atau tukarlah syurgaKu dengan hartaKu.' Maksudnya: hendaklah kita yang mempunyai kelebihan rezki yang dikurniakan Allah (a.w) bersedekah dan menginfaqkan sebahagian harta dan rezki kita untuk membela agama Allah (a.w), yakni membeli syurga Allah (a.w), dengan menggunakan harta dan kelebihan rezki yag kita ada.
Perintah serta Peringatan Allah (a.w)
Dalam perkara memperbaiki diri atau meningkatkan amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) bahawa kita dijadikanNya semata-mata untuk mengabdikan diri kita kepadaNya sebaik mungkin, kita rujuk firman Allah (a.w) dalam ayat berikut: Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ittaqullaha wal-tanzur ma qaddamat lighadin; wat-taqullah; innallaha khabirum bima ta’maluna.' [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); dan lihatlah (yakni, hitung dan perhatikanlah) apa-apa yang telah kamu kirimkan terdahulu (yakni, amalan serta perbuatan kamu semasa di dunia untuk bekalan akhirat kamu); takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); sesungguhnya Allah (a.w) akan memberitahu kamu kelak dengan apa-apa yang kamu amalkan (semasa hidup kamu).] [Ayat 18, Surah al-Haysr]
Allah (a.w) di dalam ayat di atas menyuruh kita sentiasa berwaspada melihat dan meneliti segala sesuatu yang kita lakukan sepanjang hidup kita. Apakah kita telah menepati ketetapan Allah (a.w) supaya kita ‘taatkan Allah (a.w)’ dan kita juga telah ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’ dengan erti kata kita melakukan segala sesuatu yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah? Kita harus berwaspada dengan memikirkan apakah amalan dan ibadah yang telah kita kirimkan untuk kebajikan akhirat kita – yakni bekalan untuk kesejahteraan akhirat kita setelah mati kita?

Kita diperingatkan bahawa manusia itu berada di dunia
adalah buat sementara sahaja. Kita hidup tidak lebih dari 60 atau 70 tahun,
mengikut suatu peringatan Rasulallah (s.a.w). Dalam tempoh tersebut kita
disuruh membuat persediaan untuk hari mati (dalam alam barzah, kemudian di
padang makhsyar dan akhirnya di alam akhirat yang kekal pula). Kita tidak tahu
berapa lama kita akan berada dalam kubur. Kita diberitahu bahawa semasa
berhimpun di padang makhsyar untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan
kita, kita akan berada selama 50 tahun kiraan tahun akhirat bilamana sehari
dalam alam tersebut adalah bersamaan dengan 1,000 tahun hitungan hari dunia!
Selepas diserahkan Kitab Catatan Amalan kita akan tahu kemana akhirnya kita.
Hanya dua sahaja iaitu: syurga atau neraka.
Manusia itu diingatkan supaya sentiasalah meneliti
kiriman akhiratnya. Adakah dia mengirim dosa kerana melakukan dosa semasa
hidupnya, dan kerana itu mendapat siksaan semasa dalam alam barzah, semasa
menunggu Kitab Catatan Amalan di padang makhsyar, dan kemudian dihukum kekal sama ada
dalam syurga dengan segala nikmat yang tidak pernah terfikir oleh otak manusia,
dilihat oleh mata manusia, didengar oleh telinga mereka, ataupun dalam neraka
disiksa tanpa henti-henti. Ayat tersebut dengan rengkas lagi padat memberi
peringatan kepada kita manusia. Kita wajib menyediakan diri dengan melabur untuk
mendapat dividen akhirat kita.
Firman
Allah (a.w): ‘Wa-sari’u ila maghfiratin min(-r) rabbikum
wa-jannatin ‘arduhas samawatu wal-ardu u’iddat lilmuttaqina @ Allazina
yunfiquna fis-sarai wad-dorra-i wal-kaziminal gahiza wal-‘afina ‘annin nasi; wallahu
yuhibbul muhsinina @ Wal-lazina iza fa’alu fahisyatan au zallamu anfusuhum
zakarullaha fastaghfaru lizunuhihim wa-man (-ai) yaghfiruz-zunuba illalahu
wa-lam yusirru ‘ala ma fa’alu wahum ya’lamuna @ Ulaika jazauhum maghfiratun
min(-ir) rabbihim wa-jannatun tajri min tahtihal-anharu khalidina fiha wa-na’ma
ajrun ‘amilina.' [Yang bemaksud: Berlumba-lumbalah (kamu sekelian) kepada
mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu dan syurga itu lebarnya (atau luasnya
seluas) antara beberapa langit dan bumi disediakan bagi mereka yang bertaqwa @
(Siapa? Iaitu) Orang-orang yang menginfaqkan (sebahagian daripada rezki yang
dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya) dalam keadaan dia kaya (atau berada)
dan dalam keadaan mereka melarat (yakni miskin)
dan orang-orang yang menahan pada kemarahannya (apabila dia hendak marah kerana
sesuatu), dan orang-orang yang memaafkan (kesalahan) dari kalangan manusia
(terhadap dirinya), dan Allah (a.w) itu adalah zat yang sukakan kepada
orang-orang yang mukhsin (yakni, yang suka berbuat kebaikan) @ Dan (siapa lagi?
Iaitu), orang-orang yang ketika melakukan maksiat
(atau kejahatan atau perbuatan yang berdosa) atau menzalimi diri
mereka sendiri, ingat mereka akan Allah
(a.w) maka meminta ampun mereka kerana dosa-dosa mereka,
dan (tiada siapa) yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah (a.w) dan tidaklah mereka menetapi (yakni,
mengulangi) atas apa-apa yang berbuat mereka dan mereka mengetahui (akan
perbuatan-perbuatan tersebut ditegah dan mendatangkan dosa) @ Mereka itu
mendapat balasan keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir dari
bawah syurga itu beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya (yakni, syurga itu)
dan sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal (dengan sifat-sifat
tersebut).] [Ayat 133 hingga 136, Surah ali-Imran].
Allah (a.w) dengan sifatnya yang sangat kasih dan sayangkan hambanya, memberi peringatan serta menyuruh hambaNya supaya berlumba-lumba atau cepat-cepat dan berusaha untuk memperbaiki diri mereka dalam konteks membanyakkan amalan dan ibadah – yang wajib dan yang sunat – sebagai persediaan semasa hidup untuk ahirat mereka. Bersegera dan mempertingkatkan membuat pelaburan akhirat demi mendapat dividen akhirat yang sebanyak mungkin untuk kesejahteraan akhirat kita. Dengan usaha yang gigih serta semakin tekun dalam memperbaiki diri untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w) serta keampunan Allah (a.w) terhadap segala salahlaku mereka sebagai orang Islam yang beriman. Mereka berusaha untuk mendapatkan ganjaran syurga yang, mengikut firman Allah (a.w) adalah amat luasa seumpama luasnya antara langit dan bumi yang telah disediakan untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang bertaqwa. Diperjelaskan dalam ayat tersebut siapakah mereka yang tergolong sebagai orang yang bertaqwa? Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa itu disebutkan dalam firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut. Ciri-ciri mereka adalah: Pertama, orang yang bersedia dengan penuh ikhlas menginfaqkan sebahagian daripada rezki yang diperolehinya (wang ringgit dan harta benda) dari kurniaan Allah (a.w) untuk fi sabilillah (yakni, membela Islam dan umatnya), ketika mereka dalam kesenangan hidup dan semasa dia dalam kesusahan hiduppun; Kedua, orang yang mampu menahan kemarahannya terhadap orang lain walaupun dalam keadaan biasa mereka pasti marah atau naik berang terhadap perbuatan orang-orang sedemikian terhadapnya; Ketiga, orang-orang yang bersedia dengan rela hatinya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya; dan Keempat, orang-orang yang apabila melakukan sebarang dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, dia teringatkan Allah (a.w) dan takutkan kemurkaanNya, maka bersegeralah dia bertaubat.
[Nota: Pertama, Setiap seorang akan diberikan sebanyak 99 buah Kitab Catatan Amalan dan setiap helaian atau halaman atau mukasuratnya adalah panjangnya sejauh mata memandang. Ia merupakan catitak dua malaikat yang sentiasa berada di sisi kita setiap detik dan saat mencatitkan perbuatan baik (makruf) dan perbuatan jahat (mungkar). Malaikat yang dirujk sebagai Rakib (yang hampir) an Atit (yang mencatit) . Kedua, sesiapa yang diserahkan Kitab Amalannya di tangan kirinya maka dia adalah ahli neraka dan yang menerima Kitabnya dari sebelah kakannya, dia adalah ahli syurga. Di dalam alam barzah, ahli neraka disiksa kerana kuburnya adalah salah satu daripada lubang neraka selain siksaaan berbagi selainnya. Ahli syurga pula akan menikmatan kehidupa dalam istirehat kerana kuburnya adalah salah satu dari taman-taman syurga. Setalh meneliti Siratul Mustaqim, dan kehidupan yang kekal diistiharkan, maka kehidupan dalam alam akhirat adalah tanpa penamat, yakni kekal. Kiraan tempoh alam akhirat itu adalah ‘akhkab’, satu akhkab itu adalah selama 100,000 tahun dalam kiraan tahun akhirat! Maka kita berada berakhkab-akhkab seperti yang disebutkan di dalam al-Quran. Ketiga, orang kaya dan orang biasa itu digalakkan menginfaqkan (atau bersedekah) sebahagian daripada rezki yang diterima mereka fi sabilillah. Keempat, ‘Fahisyah’ ada sesuatu maksiat atau yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya kita lakukan atau kerjakan, yang mendatangkan dosa, dan kerana dosa itu, wajib disiksa di akhirat kelak. Kelima, ‘Menzalimi diri’ adalah segala perbuatan sengaja yang mendatangkan dosa setelah tahu perbuatan itu berdosa atau ditegah. Dan, keenam, yakni bertaubat
No comments:
Post a Comment