Saturday, March 2, 2013

Ulangkaji: Keutamaan kedua ibubapa (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan rumusan kita mengenai tajuk ang amat penting ini- untuk panduan kita sebagai anak dan untuk panduan kita sebagai ibu atau bapa.

Buat Baik, Taat Kecuali Kemaksiatan
(h) Ayat 8, Surah al-Ankabut
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wassainal insani biwalidaihi husnan; wain jahadaka litusrika bi ma laisa laka bihi ‘ilmun falatu’ti’huma ...’ [Yang bermaksud: Dan Aku (Allah (a.w) wasiatkan (i.e. wajibkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapanya, dan jika keduanya memaksa kamu mempersekutukan (yakni, syirik) kepada Aku (Allah (a.w)) dengan sesuatu yang kamu tidak memiliki ilmu (berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) mengenai perkara itu, janganlah kamu patuhi keduanya ...] [Ayat 8, Surah al-Ankabut] 

 Anak-anak Berbuat Baik Amalannya di Terima, Dosanya diampuni
(i) Ayat 16, Surah al-Ahqaf 

Firman Allah (a.w): ‘Ula ikal-lazi … (hingga) …kanu yu’aduna.’[Yang bermaksud: Mereka itulah (i.e. anak-anak yang menepati ketetapan dalam Ayat 15, Surah al-Ahkaf, sebelum ini adalah) orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik (i.e. segala amalan dan ibadahnya) yang telah mereka kerjakan dan Kami (Allah (a.w)) ampuni kesalahan (yakni, dosa-dosa) mereka (dan dengan kerana itu mereka berada) bersama-sama penghuni-penghuni syurga sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka (oleh Allah (a.w)).][Ayat 16, Surah al-Ahqaf]
[Nota: sambungan kepada Perintah Allah (a.w) pada Ayat 15 Sebelum ini dan ayat-ayat lain tentang hubungan anak dengan kedua ibubapa mereka. Jika tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapa segala amalan dan ibadah sianak tidak diterima Allah (a.w) dan dosa-dosanya tidak diampunkan Allah (a.w) dan jika menepati perintah Allah (a.w) mendapat syurga yang dijanjikan Allah (a.w). Peringatan! Syurga itu diberikan hanya kepada orang yang Islam dan iman yang mengerjakan segala perintah dan ketetapan Allah (a.w) bertepatan dengan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah – Ayat 13, Surah an-Nisa’]. 

Ketetapan as-Sunnah – Hubungan Anak dengan Ibubapa 

Anak Yang Soleh Mengangkat Mertabat Syurga Ibubapanya.
(a) Mendoakan Ibu Bapa 

Diriwayatkan hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya nescaya mengangkat Allah (a.w) darjat kalangan hambanya yang soleh di dalam syurga’, maka berkata hamba tersebut ‘Ya Allah! Apa dia ini?’ Maka berfirman Allah (a.w) ‘(Dapat kamu masuk ke syurga ini) Dengan meminta ampun bagi kamu (dari dosa-dosa kamu oleh) anak-anak kamu.’ [Hadith Imam Ahmad bin Hanbal]
[Nota: Hadith ini menceritakan perihal kedua ibubapa yang anak-anak mereka yang kesolehan mereka lebih soleh daripada keduanya, maka mereka berdoa dan Allah (a.w) mengangkat darjat syurga kedua ibubapanya supaya setaraf dengan syurga yang diperolehi oleh si anak. Di akhirat kelak anak akan meminta kepada Allah (a.w). Dengan syarat kedua ibubapanya adalah penghuni syurga. Dan ibubapa mereka dan juga mereka menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yang menepati panduan al-Quran dan as-Sunnah. KeIslaman seserorang Islam itu hanya sah dan diterima segala amalan dan ibadah mereka jika mereka jadikan panduan hidup menepati al-Quran dan as-Sunnah.] 

Doa Anak-anak Yang Soleh Ganjaran Pahala Kepada Kedua Ibubapanya
(b) Dividen Akhirat Orang Iman 

Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Ketika mati seorang anak Adam (yakni, yang Islam yang semasa hidupnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah) maka putuslah semua amalannya (yakni, pahala baginya) kecuali tiga perkara (yakni, yang tak putus, yang akan terus mengalirkan pahala sampai kiamat dunia), iaitu; (pertama) sedekah jariah (termasuklah zakat dan infaq fi sabilillah) dalam membela agama Islam dan umat Islam yang perlukan bantuan dan pembelaan; (kedua) ilmu yang bermanfaat (ilmu al-Quran dan as-Sunnah) yang diajarkan olehnya semasa hidupnya kepada orang lain dan diamalkan oleh orang yang diajarkannya; dan (ketiga) anak-anak yang soleh (yang beriman yang sepnajang hidupnyamengamalkan syariat Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yang selalu mendoakan kesejahteraan terhadap mereka dan memohon keampunan Allah (a.w) terhadap mereka (yakni, kedua ibubapa).’ [Hadith Abu Daud, Kitab Wasiat]
[Nota: Syurga itu diwariskan atau diberikan oleh Allah (a.w) kepada orang yang Islam dan beriman yang mengerjakan atau mengamalkan segala tuntutan Allah (a.w) berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – yang fardu dan lebih-lebih lagi yang sunat – syariat Islam yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) – Ayat 72, Surah az-Zuhruf. Amalan dan ibadah yang berlainan dan bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah itu tidak diterima Allah (a.w).] 

(c) Berselawat Atas Nabi ((s.a.w)
(d) Puasa Ramadhan
(e) Berbakti Kepada Kedua Ibubapa 

Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke atas mimbar (kerana berkhutbah) dan (ketika sedang berkhutbah itu) bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: ‘Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kepadaku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hina dinalah (atau keromponglah atau robohlah hidung) seorang yang mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, katalah: ‘Amin’. Maka aku kata: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kepadaku): ‘Hina dinalah (atau keromponglah atau robohlah hidung) seorang yang mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya yang lalu. Katalah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) kata: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibril (a.s) kepadaku): ‘Hina dinalah (atau keromponglah atau robohlah hidung) orang yang selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya yang sudah tua, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) kata: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar/ Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan tiga peluang keemasan bagi umat Islam dalam hidupnya, yang diabaikan oleh mereka; iaitu: pertama, tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) apakala nama Nabi/Rasulallah (s.a.w) disebut; kedua, selesai Ramadhan, tak berjaya dosa-dosanya terdahulu dihakis atau diampuni Allah (a.w); dan ketiga, ibubapanya tidak dapat menghantarkannya ke syurga (kerana sianak tidak mendapat keridhaan kedua ibubapanya yang tua kerana keridaan ibubapa itu asas keridhaan Allah (a.w)).] 

(f) Berbakti kepada Ibu Bapa, Kaum Kerabat 

Diriwayatkan daripada Maawiyah bin Hidat al-Kasyiri (r.a) katanya: ‘Telah aku tanya Rasulallah (s.a.w) akan siapakah aku berbuat bakti dan ikhsan [belas kasihan] kepadanya di dalam masa hayatku, kataku kepadanya, ‘Ya Rasulallah (s.a.w), siapakah hamba berbuat bakti kepadanya?’ Jawabnya, ‘Berbuat baktilah kamu kepada ibumu.’ Telah aku tanya lagi Rasulallah (s.a.w) kataku (kali kedua): ‘Kemudian siapakah pula hamba berbuat bakti kepadanya?’ Sabdanya: ’Ibumu.’ Aku tanya juga Rasulallah (s.a.w) [sekali lagi, kali ketiga] kataku, ‘Kemudian siapakah pula ya Rasulallah (s.a.w) hamba berbuat bakti?’ Sabdanya: ‘Ibumu’. Aku tanya juga lagi akan Rasulallah (s.a.w), kataku (kali ke-empat): ‘Kemudian siapakah hamba berbuat bakti ya Rasulallah (s.a.w) kepadanya?’ Jawabnya: ‘Kemudian kepada bapamu, kemudian kepada [saudara] yang lebih hampir, maka yang lebih hampir.’ [Hadith hassan sahih at-Termidzi]
[Nota: Hadith menunjukkan bahawa dalam perkara berbuat baik atau berbakti kepada kedua ibubapa itu, ibu didahulukan dari bapa, maka dengan itu 3 kali lebih utama ibu berbanding bapa. Dan, kaum kerabat atau saudara mara (kedua-dua belah – ibu dan bapa) hendaklah berbuat baik (sama rata).]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment