Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah sebutkan tujuh hakikat yang wajib kita fahami mengenai agama, Islam, dan perkara-perkara yang terkait dengannya. Kita juga telah diberitahu bahawa hanya ada dua kesudahan manusia setelah mati mereka. Ini suatu kepastian, sama ada dia yakin atau tidak wujudnya, btiga alam lain selepas matinya. Dia pasti menempuhinya. Kita juga telah diberitahu secara sambil lalu, bahawa ada dua golongan orang Islam - satu golongan yang berpandukan hidupnya kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan satu golongan lagi yang berpandukan kehidupanan caca merba - al-Quran dan as-Sunnah sedikit pendapat atau perlakuan manusia sedikit. Dia bukan 'purist' - kerana ikuti al-Quran dan as-Sunnah semata-mata, tetapi dia ikut selera sendiri atau ikut ajakan orang lain atau ikut ajaran dan panduan orang lain. Dalam post ini kita akan lihat beberapa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yang memberitahu tahu kita dengan jelas siapakah yang bernar Islamnya dan siapakah yang cacat Islamnya. Dan, apakah akibatnya?
Saudara, kita lihat dua hadith berikut yang menyebutkan bahawa orang yang benr-benar Islam itu hanyalah satu golongan sahaja:
Dalam kita membincangkan Islam yang haq itu, kita tidak terlepas dari merujuk kepada pertama-tamanya pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam dua potongan hadith berikut. Hadith pertama merujuk kepada ketetapan bahawa umat Islam yang berada di ajalan yang benar dalam agama itu adalah mereka yang berpandukan kepada as-Sunnah. Rasulallah (s.aw) menejlaskan ‘as-Sunnah’ itu adalah sunnah beliau dan sunnah khaifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu sunnah empat khalifah selepas kewafatan beliau, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibnu Khattab, Othman bin Affan, dan Ali b Abi Thalib, radiallahu ‘anhum. Kemudian potongan hadith keduapula, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan umat Islam yang berada di jalan yang benar itu adalah mereka yang menganuti Islam secara berjema’ah.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara agamanya, yakni agama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil) dalam agama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ma ana ‘alaihi wa-ashabi’ (Yang bermaksud: Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’. (Khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih at-Termidzi dll]
Saudara, dan di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa mereka yang termasuk dalam golongan yang satu itu adalah ‘mereka yang berada dalam jemaah’.
Jelaslah: ahli as-Sunnah wal-Jamaah berpandukan kepada hanya dua sumber ilmu serta panduan ibadah dan amalan dan panduan hidup. Juga, ahli as-sunnah wal-jamaah itu adalah mereka yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara berjemaah. Oleh kerana perincian mengenai syariat Islam serta bentuk-bentuk serta cara dan kaedah ibadah dan amalan terdapat dalam as-Sunnah, maka dari segi praktikalnya adalah umat Islam berjemaah dengan berpandukan as-Sunnah. Dan, as-Sunnah itu termasuklah sunnah khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin yang empat tersebut sahaja. Jika, mencampuradukkan ketetapan orang lain ditakuti, malah pasti, akan mengamalkan sesuatu yang bertentangan atau berlainan daripada ketetapan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, 'wa-hiya jama'ah' (yang bermaksud: itulah yang berjemaah).’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi]
Kedua-dua hadith di atas itu saling lengkap melengkapi satu sama lain. Hadith pertama menyebutkan cirri pertama jema’ah dalam Islam itu bahawa mereka yang mengikuti ketetapan as-Sunnah itu berjaya mendapat syurga. Golongan-golongan lain dikuatiri telah mencemarkan ibadah dan amalannya apabila timbul kelainan atau perbezaan bentuk-bentuk (yakni, jenis ibadah wajib dan sunat), cara (bagaimana ibadah atau amalan itu dikerjakan) dan kaedah (perlakuan khusus mengenai sesuatu ibadah atau amalan apabila) beribadah atau mengerjakan amalan. Panduannya dalam semua dimensi ibadah dan amalan adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Hadith kedua menyebutkan cirri keduanya iaitu semua pengamal Islam, yakni orang Islam yang berpandukan as-Sunnah tersebut, berada dalam satu jemaah Islam. Dengan itulah mereka digolongkan sebagai ahli as-Sunnah wal-Jamaah.

Saudara, jelaslah Islam yang benar itu adalah mereka yang menpati dua ciri mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut - iaitu pertama cirinya adalah mereka berpandukan as-Sunnah; dan kedua, mereka Islam bentuknya berjema'ah. Kalau kita berpandukan as-Sunnah pasti benar kerana pertama, Allah (a.w) yang melantik Nabi Muhammad (s.a.w) sebaga Utusan atau orang yang menyampaikan syariat agama Allah (.w), yang membawanya kepada manusia, yang menjelaskan dan mengajrkan serta menunjukkan bagaimana menjadi Islam, apa yang perlu dibuat dan dikerjakan atau apa yang disuruh Allah (a.w) dan apa yang ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) membawakan kepada manusia Kitab allah (a.w), al-Quran. Rasulallah (s.a.w) yang mengajarkan manusia melalui 'al-Hikmah' yakni as-Sunnah. Ini menepati ketetapan Allah (a.w) bahawa orang yang pasti mendapat syurga adalah orang yang menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) pasti dimasukkan (oleh Allah) ke dalam syurgaNya. Kemudian, mereka menganuti agama Islam yang bentuknya berjema'ah. Kerana, salah satu ketetapan mutlak Allah (a.w) yang tergolong dalam ketetapan induk Ayat 13, Surah an-Nisa itu, adalah mereka diwajibkan berjema'ah dalam Islam. Inilah firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah al-Imran - berpegang teguhlah kamu sekelian kepada agama Allah (a.w) dengan berjema'ah dan jangan berfirqah (= berpecah beah, bergeromboloan terasing atau bermazhab).
Saudara, kita teruskan perbincangan kita dalam post yang akan datang. Saudara, wajib difahami bahawa Islam seseorang itu benar jikalah mereka menepati ketetapan fundamental Allah (a.w) yang disebutkan dalam dua hadith Rasulallah (s.a.w) tersebut. Ketetapan hadith tersebut terdapat dalam ketetapan al-Quran. Rasulallah (s.a.w) diajar dan dibimbing oleh Jibril (a.s) yang membawakan wahyu dan yang mengajarkan kaedah dan cara praktikal bagaimana melaksanakan perintah Allah (a.w). Allah (a.w) beritahu bahawa Rasulallah (s.a.w) itu berkata-kata atas dasar wahyu, yakni bukan ikut kehendak dirinya sendiri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment