Friday, March 29, 2013

Islam: Siapakah yg Islam sebenarnya?

Assalamualaikum,
Saudara, dlam blog ini telah dituliskan banyak perkara yang fundamental mengenai Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kita telahpun teliti beberapa posting dalam blog ini tentang satu hadith Rasulallah (s.a.w) yang enyebutkan sinario akhirat yang wajib kita sebagai umat Islam terima, faham dan jadikan panduan hidu kita supaya tidaklah kita rugi. Kita telahpun bincangkan apakah maksud sebenarnya ungkapan atau frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, kerana kefahaman mengenai amat utama. Kerana, ia menentukan apakah kita berada di atas jalan yang benar dalam kehidupan beragama untuk mendapatkan syurga - iaitu kita berada di atas 'siratul mustaqim'.
Sauadara, setiap hari tidak kurang dari 17 kali kita pohon kepada Allah (a.w) agar Allah (a.w) letakkan kita di atas 'siratul mustaqim' ini. Kerana itu saja jalan menuju ke syurga. Jalan-jalan lain - termasuklah preskripsi para ulama' dan ilmuwan ada berbagai jalan ke syurga itu, tidak benar sama sekali. Jala ke syurga hanyalah satu, iaitu 'siratul mustaqim'. Kalau kita ikuti jalan selain 'siratul mustaqim' itu pasti kita sesat dan tergelincir dari jalan yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Oleh itu berwaspadalah. Maka dengan itu juga amat penting kita faham Islam itu apa? Islam suruh kita buat apa? Islam suruh kita tinggalkan apa?
Saudara, sebelum kita teruskan perbincangan kita, kita wajib fahami beberapa perkara asas, antaranya: pertama, Allah (a.w) itu adalah tuhan manusia, bukan setakat tuhan bagi orang Islam. Kedua, Allah (a.w) itu tuhan untuk manusia semua zaman semenjak zaman Adam (a.s), manusia pertama sehinggalah lahirnya seorang anak ketika berlakunya goncangan atau gegaran pertama kiamat kelak pada suatu hari Jum'at, bilamana semua manusia akan dimatikan. Ketiga, agama Islam itu adalah agama semua manusia semenjak zaman manusia pertama, Adam (a.s) sehinggalah orang terakhir lahir sebelum atau ketika berlakunya kiamat kelak. Justeru itu, Islam itu adalah agama yang diwajibkan atas manusia oleh Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) lagi.Agama yang sama inilah dibawakan oleh Nabi Nuh (a.s), Nabi Ibrahim (a.s), Nabi Musa (a.s), Nabi Hud (a.s), Nabi Isa (a.s), hanyalah sebelum Rasulallah (s.a.w) diutuskan, agama Allah (a.w) itu hanyalah untuk kaum-kaum para rasul dan nabi zaman mereka, tidak bersifat universal. Hanya dengan terutusnya Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul terakhir atau penamat, maka Islam itu dijadikan agama yang universal, untuk semua manusia dan semua zaman. Keempat, Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) = Rasulallah (s.a.w), dan wajib diiktiraf dan diakui sebagai Utusan atau Rasul Allah oleh semua manusia - tak kira bangsa apa dan zaman manapun mereka hidup. Hakikat ini amat penting kerana kesudahan manusia itu bergantung kepada sama ada mereka menerima Allah (a.w) sebagai Tuhan mereka yang Esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah, orang yang berhak menyampaikan dan menunjukkan dan mengajarkan mansuai perintah dan suruhan Allah (a.w). Hakikat ini penting kerana hari ini dan juga dimasa-masa akan datang akan ada manusia yang mengakui mereka itu adalah ualama' atau ilmuwan yang tahu dan faham Islam dan mengajarkan pengikut-pengikut atau murid-muridnya agama yang mereka kata adalah agama Islam, tetapi apabila diteliti dan dihalusi jelas yang diajarkan itu tak sama dengan apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan berlainan dari apa yang diajarkan atau disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Kefahaman ini penting, kerana ia menentukan apakah kita benar-benar Islam atau pseudo-Islam (yakni, kita menyangka kita Islam tetap gagal mendapat syurga sebaliknya dilemparkan oleh malaikat ke dalam neraka, wal iya zubillah. Kelima, al-Quran itu bukanlah kitab yang khusus untuk orang Islam sahaja, tetapi al-Quran itu adalah kitab panduan hidup dan anduan pengabdian bagi setiap manusia yang akan menjamin apakah mereka mendapat syurga atau sebaliknya masuk ke dalam neraka. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman kelak, ramai manusia yang akui dirinya Islam, tetapi sedikit dikalangan mereka yang berjaya mendapat syurga, sebaliknya majoriti manusia yang menyangkai mereka Islam tetapi tidak Islam malah kafir pula! wal iya zubillah. Keenam, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menyuruh manusia - semua bangsa dan semua zaman - supaya jangan mati kalau tidak Islam. Maksudnya, wajib bagi mansuia itu menganuti agama Islam jikalah mereka ngin selamat di akhirat. Dunia ini tidak kekal, dan akan musnah apabila tibanya kiamat. Namun, manusia akan mengalami kiamat kecil masing-masing, iaitu apabila sampai ajalnya, dan mati mereka. Kerana, kematian bukan kesudahan cerita bagi setiap kita, tapi hanyalah peringkat kedua dalam continuum kehidupan sebenarnya, setelah kita suatu masa dulu dala zaman roh, kemudian dalam alam rahim, kandungan si-ibu, sebelum sperma lelaki (bapa) dan ovum perempuan (ibu) diketeuikan dan disenyawakan dan kemudian diberikan jasad dan roh oleh Allah (a.w) dalam rahim ibu. Ada alam barzah di dalam kubur, kemudian ada alam padang makhsyar menunggu Kitab Catatan Amalan, dan akhirnya alam akhirat yang kekal pula. Ketujuh, sama ada manusia itu yakin atau tidak dengan alam-lam yang akan ditempohinya selepas matinya, alam barzah, alam makhsyar dan alam akhirat pasti wujud dan akan menemuinya. Ketujuh, kita wajib faham bahawa setelah matinya manusia - sama ada manusia itu Islam atau tidak - hanya ada dua tempat kesudahan mereka, iaitu segolongan masuk neraka dan segolongan masuk syurga. Tidak ada tempat pertengahan. Ketika itu manusia tiada pilihan dan tidakpun boleh membuat pilihan. Manusia hanya boleh membuat pilihan ketika hidupnya, yakni ketika nyawa mereka masih kekal dalam jasad mereka. Ketika nyawa sudah diambil oleh Malaikal-maut, atas kehendak Allah (a.w), tiada pilihan lagi, hanyalah menerima sahaja kedudahan yang ditentukan oleh mereka sendiri. Tempat di syurga atau di neraka itu bukan ditentkan oleh Allah (a.w) tetapi ditentukan oleh manusia itu sendiri - dia yang memlih, semasa di dunia, sama ada inginkan neraka atau inginan syurga.
Saudara, wajib saudara semua faham tujuh hakikat tersebut. Apakah yang dapat kita rumuskan? Ada dua golongan manusia; iaitu, golongan pertama, orang yang menerima Islam sebagai agama mereka; dan golongan kedua, orang yang tidak menerima Islam sebagai agamanya, sebaliknya mereka mengikuti pula berbabgai-bagai agama pula, termasuklah agama Yahudi dan agama Kristian, agama Budha dan lain-lainnya. Kita wajib faham bahawa jika seseorang itu tidak Islam, sudah pasti mereka masuk neraka, dan tidak akan dapat syurga kelak. Itu kita boleh faham, insya Allah. Yang kita wajib faham pula bahawa ada dua golongan - malah ada 73 golongan Islam - iaitu satu golongan yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan satu golongan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tetapi dicampur dengan panduan lain atau sama sekali tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah atau berpandukan al-Quran tetapi menolak atau tidak menerima as-Sunnah, atau golongan yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnahpun, tetapu berpandukan kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia atau mendengar kata-kata spolan dan sipolah atau sianu dan sianu tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Hakikatnya, golongan yang benar yang berjaya dalam Islam dan yang berpotensi untuk mendapat syurga adalah golongan yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan Islam yang berpandukan kepada panduan selain al-Quran dan as-Sunnah atau mencampur-adukkan al-Quran as-Sunnah dengan lain-lain panduan pasti - lamabat laun - menyimpang dari Islam yang sebenarnya. Oleh itu janganlah kita tergolong dalam golongan yang kedua ini. Kita berpoetnasi mendapat syurga tetapi gagal akhirnya kerana kita silap faham tentang Islam. Insya Allah dalam beberapa post yang akan datang ini, kita akan teliti Islam manakah yang berjaya mendapat syurga dan Islam manakah yang tidak berjaya mendapat syurga.
Saudara, kesudahan kita - mendapat syurga atau neraka - itu adalah segala-galanya. Tak guna kalau kita Islam tetapi gagal mendapat syurga, sebaliknya terjerumus ke dalam neraka, wal iya zubillah. Kita mencari syurga. Kerana kita yakin dan percaya bahawa kematian bukanlah penamat kepada kehidupan kita. Kalau itulah keyakinan diri kita, maka amat pentinglah kita berwaspada supaya kita benar-benar menyediakan diri untuk kematian kita dan berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment