Wednesday, March 13, 2013

Adab dan Pembawakan orang iman: Peringatan (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara kita telah lihat suatu panduan yang amat penting kita jadikan pembawakan hidup kita setiap hari dalam post yang lalu, iaitu: dalam perkara dunia, lihat orang yang lebih rendah kedudukannya berbanding kita, dan dalam perkara akirat, liat orang yang kedudukannya ebih tinggi dan baik dari kita dalam agamanya. Dalam post ini kita lihat pula satu dimensi lain. Panduan ini wajar kita jadkan satu lagi pedoman hidup kita, kalaulah kita inginkan kesejahteraan akhirat.

Orang Yang Bijak

Di dalam hadith ini disebutkan bahawa seseorang Islam yang baik itu adalah orang yang baik akhlaknya. Dan, orang Islam yang bijak itu adalah mereka yang sentiasa ingatkan kematian, kerana apakala mengingatkan kematian itu, dia akan sentiasa berwaspada supaya diperbaiki ibadat dan amalannya dan tinggalkannya segala larangan Allah (a.w) dan RasulNya:
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya aku ada bersama-sama Rasulallah (s.a.w), maka datanglah seorang lelaki kepadanya dari kaum Ansar, maka memberi ‘salam’ dia atas Nabi (s.a.w), kemudian berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Manakah orang mukmin yang afdhal (yakni, baik)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Orang yang bagus akhlaknya’. Berkata dia (lagi bertanya): ‘Siapakah orang mukmin yang pandai (atau bijak)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Orang yang banyak atasnya ingatkan kematian dan memperbagusi (atau, memperbaiki) mereka apa-apa yang (baik baginya) sesudah matinya (yakni, mereka yang semasa hayatnya menyediakan bekalan untuk kebajikan akhiratnya dengan mengerjakan dan memperbanyakkan persiapan amalan dan ibadah supaya berjaya mendapat syurga), dia itulah orang yang pandai (bijak).’ [Hadith Ibnu Majah]
Mengikut hadith di atas orang yang sering ingatkan kematiannya itu akan membuat secukup persiapan untuk hidup bahagia di akhirat kelak. Maka akan kuatlah dia menyediakan bekalan akhiratnya. Sentiasalah dia berwaspada dalam segala perkara yang dilakukannya dan yang dikatakannya setiap saat dan ketika. Di dalam hadith lain disebutkan seseorang iman itu sering lupa bahawa sesuatu yang dicakapkannya boleh menjerumuskannya ke dalam neraka selama 70 tahun. Ingatlah sehari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun kiraan waktu dunia. Di dalam hadith lain disebutkan pula bahawa, jika tiada sesuatu yang memanfaatkan kepada kita dan kepada orang lain kita cakapkan sesuatu, lebih baiklah kita tutup mulut kita dan jangan berkata-kata. Yakni, diam jangan bercakap-caka kosong. Lebih baik berzikir atau membaca ayat-ayat al-Quran. Kerana besar keburukan akibatnya kita bercakap bohong, berdusta, atau mendustakan orang lain, atau memfitnah orang lain kerana berkata sesuatu yang kita sendiri tak tahu dan kita hanya mengiyakan sesuatu yang bohong atau batil, kerna kita tak tahu, atau kita mencaci hamun orang lain, perbuatan yang menghakis segala pahala amalan. Atau, kita mengaibkan orang lain atau kita membocorkan rahsia peribadi orang lain. Atau, kita menjatuhkan imej atau marwah atau kedudukan orang lain dengan membukakan rahsianya. Orang iman itu disuruh bercakap benar, baik, merahsiakan keburukan saudaranya sesama Islam, kalaupun dia tahu, malah disuruh hebahkan kebaikan seseorang itu, walaupun sedikit. Kita orang iman ditegah memperkecilkan orang lain, lebih-lebih lagi meghina orang lain.
Saudara, dunia itu adalah tempat kita memperbanyakkan pelaburan akhirat supaya dividennya kita terima di akhirat. Di akhiratlah kita berbelanja segala dividen yang kita kumpulkan sepanjang hidup kita. Tidak ada gunanya kita kumpulkan saham dunia tanpa membeli saham akhirat. Kerana saham dunia akan susut nilai setiap hari dan saat, ketika umur kita berjalan. Semakin dekat ajal kita semakin jatuh nilai saham dunia kita. Apabila tiba ajal kita, dan kita mati nilai saham dunia kita menjadi kosong = 0, takda gunanya selain daripada tiga saham yang kita asingkan iaitu; pertama, amalan dan ibadah kita yang kita kerjakan yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa', termasuklah infaq dan sedekah jariah kita belanjakan dari harta dan wang ringgit kita, kerana membela agama dan mengadakan prasarana bagi kemudahan umat Islam mengaji atau beribadah, kedua, ilmu agama (al-Quran dan as-Sunnah dan faraid) yang kita ajarkan orang lain yang memanfaatkan akhiratnya, dan ketiga, anak-anak kita yang soleh dan solehah (yang kita bimbing menetapi Islam yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah). Saham selainnya tak guna. Malah boleh memberatkan timbangan dosa kita atau jika yang mewarisi harta kekayaan dan peninggalan kita, menyalahgunakan segala peninggalan kita.
Saudara, tak ramai orang Islam yang memiliki ilmu yang sah, iaitu ilmu yang dipelajarinya dari gurunya secara berdepan (mangkul) dengan isnad ilmu yang benar sampai kepada Rasulallah (s.a.w), dan mutasil isnad ilmu tersebut. Ramai orang Islam merasa seronok dinobatkan sebagai ulama', walhal begitu banyak ketetapan al-Quran yang dia jahil atau silap faham, kerana belajar bukan dari orang yang faham. Tak ramai umat Islam yang akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 100%. Ramai para ulama' sendiri mempertikikan ketetapan al-uran dan as-Sunnah, lebih-lebih lagi as-Sunnah, kerana jahil ilmu. Justeru itu, tak berapa kerat orang Islamyang mampu mengajarkan ilmu yang haq kepada orang lain. Dalam dunia serba mencabar hari ini, amat sulit dan sukar sekali mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang soleh. Ada ibubapa yang berbelanja banayk demi menghasilkan seorang anak yang hafiz. Tetapi, hafiz dalam Islam itu adalah orang yang pandai membaca al-Quran berdasarkan tajwidnya, faham dia erti atau maksud ayat yang dibacanya, dan dia mengamalkan ketetapan ayat-ayat yang dibacanya. Justeru itu, hafiz semata-mata tak lebih dari ceritah burung kakak tua yang mengulangi apa-apa yang dikatakan oleh tuannya. Lebih rumiat mendidik dan membimbing anak-anak supaya soleh dan solehah - dia taati perintah Allah (a.w) dan RasulNya, dan dia juga berbuat baik terhadap kedua bubapanya, dan segala amalannya adalah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya - Ayat 13, Surah an-Nisa'. Bersedekah atau menginfaq? Tak ramai antar kita yang kaya. Kalau kaya kita menjadi pelit atau bakhil. Merasa suatu pembaziran menginfaqkan wang ringgit demi agama dan umat Islam, tetapi senang hati memberi kereta canggih spt Ferrari, Lamorghini, Maserati, Bently, BMW, Mercedes dan sebagainya. Membelanjakan banyak wang mendirikan rumah seumpama istana yang canggih. Tapi, tidak mau membelanjakan wang ringgit demi sabilillah ... Kita kurang yakinkan akhirat. Kurang yakinkan hakikat bahawa kita akan disksa dalam kubru dan dia khriat keak menjalani hisaban yang terperinci... yang pasti menjerumuska kita ke dalam neraka. Dalam pada itu dengan kekayaan kita boleh menempah syurga tertinggi dan terketas sekali. Malangya, suatu yang tidak nampak pasti sukar diyakinin! Itulah tipisnya keimanan orang Islam. Lagi kaya lagi kufur nikmat, lagi mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah (a.w) dan tuntutan agamanya ...

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment