Assalamualaikum,
Saudara sejak akhir-akhir ini, terutama berikutan operasi 'perang kecil antara tentera Malaysia dengan 'Kerajaan atau Kesultanan Sulu', gugur beberapa orang asykar Malaysia dalam pertempuran hendap dengan 'pengganas' Sultan Kiram III. Para ulama' Barisan, khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan menghukum bahawa tentera yang gugur, kebetulan Melayu, dan kerana Melayu dikira Islam, maka mereka gugur sebagai wira yang mati syahid. Para ulama pembangkang pula, termasuk hari ini dalam berita, contohnya, Berita Harian, kata-kata Dr Harun Din, mereka yg gugur itu 'syahid duniawi' sahaja, dan tidak 'syahid akhirat'. Maksudnya?
Saudara, siapakah yang dikira mati syahid dalam Islam? Sebelum kita sentuh aspek ini, siapakah sebenarnya yang Islam? Dan, siapakah yang diakui Islamnya oleh Allah (a.w)?
Kita cuba teliti semula apakah yg telah kita pelajari dari ilmu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yg telah kita maklum melalui blog ini? Pertama, sesiapa yg mengucap dua kalimah syahadah dengan mulutnya dan hatinya, maka dia jelas menjadi 'Islam'. Jadi tentera yg gugur itu kita maklum telah mengucapkan kalimah syahadah tersebut, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka - ketika berkhatan dan ketika bernikah, kalau dah kahwin. Kalaupun mereka tak bersolat. Namun, kita juga diberitahu bahawa seseorang Islam yg meninggalkan satu waktu solat fardunya - atas sebab apa sekalipun - dikira kafir atau terkeluar dari Islam. Jadi, kalaulah di saat mereka diserang hendap atau ditembak oleh 'asykar Sultan Sulu' itu, mereka kebetulan telah meninggalkan solat fardu dan tak sempat pula solat fardu berikutnya, yg menjadikan mereka Islam semula, kerana menyebut kalimah syahadah, maka tertembak mereka. Maka mereka mati sebagai seorang yg kafir, wal iya zubillah. Islam yg menyatakan atau membuat hukuman bahawa seseorang Islam yg meninggalkan satu waktu solat fardu, menjadi kafir. Seseorang yg bersyahadah menjadi Islam. Justeru itu, lihatlah situasi yg sebenarnya berlaku ketika kematian tersebut.
Kedua, kita diberitahu bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman, tetapi tidak berjema'ah dalam Islam sebagai memenuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu, maka mereka belum sah Islamnya, walaupun Islam. Malah berdasarkan hadith Omar b Khattab (r.a) yg merumuskan ketetapan Islam berdasarkan al-Quran as-Sunnah menyatakan 'la Islama illa bi-jama'atin ...' (Yg bermaksud: tidak dikatakan Islam kalau tak berjema'ah. Jika begitu, adakah tentera yg gugur itu berjema'ah dalam Islam - berjema'ah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kalau belum berjema'ah, maka mereka belum hakikatnya atau hakikinya Islam. Maka kalau menemui ajalnya dalam keadaan sedemikian, maka tidaklah tegolong orang yg mati syahid.
Ketiga, kita juga diberitahu mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah bahawa seseorang yg Islam itu wajib memenuhi dua pra-syarat mutlak, iaitu (a) hendaklah mereka itu menerima ketetapan as-Sunnah sebagai panduan amalan dan ibadah dan panduan hidup Muslim, selain al-Quran; dan (b) hendaklah berjema'ah dalam mengamalkan syariat Islam. Justeru itu, adakah mereka yg gugur itu memenuhi ketetapan tersebut iaitu menerima as-Sunnah sebagai pegangan hidup dan panduan amalan dan beribadah? Kalau, amalan dan ibadah mereka menepati as-Sunnah, mereka berpotensi mati syahid. Tetapi, hendaklah diteliti pula dalam konteks apakah pra-syarat ke-2 mereka tepati? Kalau tidak, gugur kelayakan mendapat kematian syahid tersebut.
Keempat, kita juga mendapat tahu bahawa seseorang yg mengamalkan sesuatu yg bersifat dan bercorah 'bid'ah' dalam amalan dan ibadah terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari. Maka dgn itu apakah prajurit yg gugur itu mengamalkan sesuatu yg bersifat atau bercorak bid'ah? Kalau jawapannya 'ya', maka tidaklah mereka ketika matinya dikira Islam kerana sudah terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Kelima,seseorang yg Islam itu dikira mati syahid kalau dia terbunuh dalam situasi, antara lain, seperti berikut: (a) dia mati mempertahankan dan membela agamanya, spt apakal agamanya dicemar oleh orang termasuklah masjid dibakar oleh orang kafir, maka dia mempertahankan perbuatan sedemikian sehingga terbunuh dia; (b) dia terbunuh kerana mempertahankan dirinya dari dibunuh orang lain spt ketika berlaku rompakan yg melibatkan dia dan keluarganya; (c) dia terbunuh kerana mempertahankan harta miliknya, seperti ketika disamun keretanya atau barang-barang kemas miliknya di rumah dan sebagainya; dan (d) dia terbunuh mempertahankan meruwah dirinya dan keluarganya (seumpama seorang suami yg terbunuh kerana menghalang cubaan orang lain memperkosa isterinya atau anak perempuannya) atau seorang wanita yg terbunuh mempertahankan dirinya dari diperkosa oleh orang lelaki - sama ada lelaki itu mahkram ataupun tidak. Cuba kita teliti situasi-situasi kematian mereka. Mereka bukanlah berjuang mempertahankan atau membela agama Islam. Mereka mempertahankan keselamatan negara kerana tugasnya. Mereka mempertahankan tanah airnya, yg mungkin dianggap 'miliknya', walaupun tidak secara langsung mempertahankan tanah atau harta miliknya! Namun, mungkin argument ini boleh dilanjutkan bahawa kalaulah 'tentera Sultan Sulu' itu menang dan menawan Malaysia, maka hartanya dan nyawanya akan tidak selamat. Jika begitu ada kemungkinan dikira mati syahid dgn syarat menepati ketetapan fundamental di atas tadi, yakni, hakikat Islamnya atau keIslamannya. Namun, sebaliknya juga boleh diperkatakan. Kerana 'pengganas' Sulu itu juga orang Islam! Mereka juga mempertahankan hak atau milik mereka! Apakah mereka benar? Allah (a.w) saja yg tau.
Seseorang itu juga mati syahid dalam situasi dia lemas dilautan atau dia terbakar. Dalam kes ini mereka tidaklah mati lemas dan tidak pula mati terbakar.
Saudara, jadi apa yg dapat kita rumuskan? Para ulamak kerajaan beranggapan bahawa kerana yg gugur itu Melayu dan Melayu itu Islam dan mereka mati mempertahankan tanah air tempat tinggal mereka atau negara atau negeri mereka, maka mereka gugur syahid. Para ulama' barisan pembangkang pula tidak menyetujui bahawa mereka itu mati yahid dalam konteks kebajikan ahirat. Mungkin mereka ini mentafsirkan mati syahid itu dalam konteks g khusus spt yg kita telahpun sebutkan di atas itu. Kalaulah salah satu daripada para-syarat yg disebutkan itu termaktub dalam menjadi penyebab mereka mati, maka mereka mati syahid. Kalau mati syahid beruntunglah mereka kerana di akhirat kelak bersama-sama dgn para rasul dan para nabi, para syuhadah zaman Rasulallah (s.a.w), dan para solehin di dalam syurga yg tertinggi sekali, iaitu syurga Firdaus.
Saudara, dalam kita menilai kematian para pejuang kita tersebut, yg penting kita perlu nilai diri kita sendiri - sama ada kita dalam kem politik manapun - apakah kita sudah Islam? Atau, apakah kita benar-benar Islam? Atau, apakah kita mengangka kita Islam kerana kita bersyahadah? Atau, kita kerjakan solat? Kita berpuasa di bulan Ramadhan? Atau, kita naik haji? Atau kita banyak bersedekah dan menderma dan menginfaq harta kita? Walhal, dalam hidup kita kita amalkan begitu banyak yg songsang dalam Islam?
Mengapa songsang? Kita bersolat, tetapi kita mencampuradukkan yg haq dgn yg batil, iaitu ada banyak perlakuan dan perbuatan (i.e. gerak geri = rukun fe'li) dan bacaan kita (rukun qaulinya) berlainan dari ketetapan as-Sunnah. Maka termasuk dalam perkara bid'ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith yg telahpun kita maklum bahawa sesiapa yg mengamalkan bid'ah atau mencemarkan amalan dan ibadahnya dgn sesuatu yg bid'ah Allah (a.w) tidak ridha, maka Allah (a.w) tak terima amalan dan ibadah kita, dan kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedaripun. Kita diberitahu bahawa kesemua amalan dan ibadah kita - yg fardu atau yg sunat ke - tidak diterima Allah (a.w) kalau kita amalkan bid'ah. Dan, kalau kita amalkan bid'ah kita tergolong dari kalangan mereka yg syirik. Kalau syirik, maka mati mati tidak Islam. Dan, justeru itu kalaupun tergolong dalam situasi mati syahid yg kita bincangkan di atas itu, takda gunanya.
Saudara, betapa ramainya orang yg akui dirinya Islam dan beriman, tetapi menolak satu atau beberapa atau keseluruhan ketetapan as-Sunnah? Sesiapa yg tidak menerima satu ketetapan as-Sunnah secara otomatis menjadi kafir, atau keluar dari Islam! Berapa ramaikah para ulama' yg terlibat dalam Majlis Fatwa dan seumpamanya, yg memakai baju batik yg diperbuat dari sutera? Berapa ramai pulakah mereka yg menjadi ahli Majlis Fatwa atau digelar ulama' tersohor, yg memakai jubah dan seluar yg labuh sehingga mencecah lantai atau tanah, atau sekurang-kurangnya menutup dua buku lali mereka? Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam al-Hadith bahawa seorang lelaki yg memakai sutera atau yg melabuhkan pakaian bawahnya (seumpama jubah atau seluar atau kain), tidak akan masuk syurga! Ketetapan ini berat walaupun perkara yg menyebabkannya terjerumus ke dalam neraka itu nampak ringan! Kalau ditetapkan oleh Islam sedemikian, maka pastilah seseorang itu lahiriah Islam tetapi hakikatnya tidak, wal iya zubillah.
Saudara, Islam itu sesuatu yg mudah, tetapi orang Islamlah yg menjadikannya susah, sehinggakan mengajarkan kita sesuatu yg batil atau mengajak kita terjerumus ke dalam neraka, kerana kejahilan mereka dan kejahilan kita sendiri. Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, ada banyak amalan dan ibadah yg ringan dalam Islam membawakan begitu banyak pahala. Begitu juga, begitu banyaknya perkara yg kalau kita tidak lakukan, kita terselamat dari begitu banyak dosa yg besar. Bukankah ringan ketetapan Islam supaya seorang lelaki itu tidak memakai sutera? Bukankah amat mudah bagi seorang lelaki itu tidak melabuhkan jubah atau seluar atau kainnya ketika dia memakainya? Bukanlah Islam menyuruh wanita menutup auratnya? Aurat perempuan itu yg boleh dilihat oleh manusia biasa hanyalah muka dan kedua telaak tangannya? Bukankah orang Islam itu ditegah menyentuk orang yg bukan makhramnya?
Yg menyulitkan hanyalah fahaman umum kononnya orang yg singkat seluar atau jubahnya itu adalah pengikut kumpulan 'tabligh'! Ini ketetapan Islam, bukan ketetapan perkumpulan. Wudu' hanya sah kalau menyebut kalimah 'Bismillah' ketika dimulakan, bukan fahaman Wahabi, tetapi ketetapan mutlak syariat Islam! Sesiapa yg tidak menyebut 'Bismillah' ketika memulakan wudu'nya (dan ketika mandi junub), tidak sah wudu'nya (dan mandi junubnya)! Menyebut 'Nawaitu ...' ketika berwudu', adalah amalan bersifat bid'ah, maka batal keIslaman kita! Memulakan solat dgn menyebut 'Usolli ...' adalah termasuk amalan yg bid'ah, maka terbatal bukan sahaja solat kia tetapi keIslaman kita! Oleh itu berwaspadalah.
Beramallah dgn berpandukan ilmu yg haq. Ilmu yg haq itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah, Islam itu agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) yg mengajarkan manusia dan menunjukkan cara-cara dan kaedah serta bentuk-bentuk pengabdian yg sah yg diterima Allah (a.w). Oleh itu hanya demonstrasi (yakni, cara) Rasulallah (s.a.w) sahaja yg benar. Demonstrasi amalan dan ibadah oleh siapa sahaja selain Rasulallah (s.a.w) tak benar, kecuali menepati demonstrasi Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) itu amat cemburukan sesuatu yg ditetapkan olehNya diubahsuai atau dipinda atau ditokoktambah oleh orang lain, lebih-lebih lagi oleh makhluknya yg Dia jadikan! Oleh itu jangan kita memandai, mengubah yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w). Oleh itu, janganlah kita bercakap dalam kejahilan. Jangan kita membuat ketetapan ikut pendapat tanpa panduan yg haq iaitu panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Yg menyulitkan hanyalah fahaman umum kononnya orang yg singkat seluar atau jubahnya itu adalah pengikut kumpulan 'tabligh'! Ini ketetapan Islam, bukan ketetapan perkumpulan. Wudu' hanya sah kalau menyebut kalimah 'Bismillah' ketika dimulakan, bukan fahaman Wahabi, tetapi ketetapan mutlak syariat Islam! Sesiapa yg tidak menyebut 'Bismillah' ketika memulakan wudu'nya (dan ketika mandi junub), tidak sah wudu'nya (dan mandi junubnya)! Menyebut 'Nawaitu ...' ketika berwudu', adalah amalan bersifat bid'ah, maka batal keIslaman kita! Memulakan solat dgn menyebut 'Usolli ...' adalah termasuk amalan yg bid'ah, maka terbatal bukan sahaja solat kia tetapi keIslaman kita! Oleh itu berwaspadalah.
Beramallah dgn berpandukan ilmu yg haq. Ilmu yg haq itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah, Islam itu agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) yg mengajarkan manusia dan menunjukkan cara-cara dan kaedah serta bentuk-bentuk pengabdian yg sah yg diterima Allah (a.w). Oleh itu hanya demonstrasi (yakni, cara) Rasulallah (s.a.w) sahaja yg benar. Demonstrasi amalan dan ibadah oleh siapa sahaja selain Rasulallah (s.a.w) tak benar, kecuali menepati demonstrasi Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) itu amat cemburukan sesuatu yg ditetapkan olehNya diubahsuai atau dipinda atau ditokoktambah oleh orang lain, lebih-lebih lagi oleh makhluknya yg Dia jadikan! Oleh itu jangan kita memandai, mengubah yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w). Oleh itu, janganlah kita bercakap dalam kejahilan. Jangan kita membuat ketetapan ikut pendapat tanpa panduan yg haq iaitu panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment