Assalamualaikum,
Saudara, manusia itu, dalam mengurusi keduniaannya, seringkali terlupa bahawa kehidupan dunia itu ada had dan temphnya - iaitu ajal mereka. Apabia tiba ajal kita, kita akan mati dan menempuhi pula dua zaman kehidupan yang lain pula, iaitu alam barzah (kubur), dan alam akhirat. Alam akhirat itu akan bermula ketika kiamat dunia. Kita dimatikan kemudian kita dibanglitkan semula untuk diadili di padang mahsyar dimana kita menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalan kita, dosa pahala ditimbang di mizan Allah (a.w). Proses pengadilan dan penyemakan ini memakan masa 50,000 tahun pula. Selepas hisaban dan diberikan Kitab kita, kita diperintahkan menyerangi titian Siratul Mustaqim yang dibentangkan di atas neraka, di penghujungnya adalah syurga. Yang Islam, beriman dan bertaqwa, akan dapati menyeberani jembatan tersebut begitu mudah seumpama sepantas cahaya, ada yang berlari, ada yang merangkak untuk sampai ke penghujungnya. Yang berjaya sampai ke hujungnya adalah penghuni syurga. Yang tidak berjaya adalah orang Islam yang beriman yang berdosa, maka diatas jembatan tersebut, mereka akan tercangkuk dan terjatuh ke dalam neraka. Kemudian diberi peluang mengulangi cubaan melintasinya semula. Yang berjaya melepasi jembatan tersebut, masuk ke dalam syurga. Disana mereka hidup bahagia mendapat segala ynang diingini oleh hati dalam bentuk makan minum dan keseronokan yang hakiki. Yang lelaki dikurniakan isteri-isteri dari 'hurun-ain' yang begitu jelita yang melayani segala kehendaknya, manakala yang perempuan pula menjadi Permaisuri di rumahnya (seumpama istana) dengan berupakan binaan dari intan permata, emas dan perak, dengan khadam atau pelayannya yang ramai untuk menjaga kediamannya. Kecantikan dan kewangian 'hurun-ain' itu tidak dapat dibandingi oleh seorangpun wanita di dunia, semenjak zaman Adam (a.s) hinggalah ke manusia terakhir! Di syurga itu disebutkan dalam al-Hadith bahawa penghuninya makan dan minum tanpa had dan tanpa batasan, tak payah berak dan kencing, semua yang dimakan keluar sebagai peluh. Umur penghuni syurga itu sebaya sahaja, tidak tua, sekitar umur Isa (a.s) - 33 atau 34 tahun, Lelakinya kacak seumpama cantiknya Nabi Yusof (a.s). Setiap penghuni syurga itu memerintah negaranya sendiri. Fikirkanlah, penghuni syurga yang 'termiskin' yang menduduki syurga terkebawah daripada 100 peringkat atau mertabat syurga itu memiliki harta kekayaan semumpama 10 kali dunia. Demikianlah besarnya jajahan kediaman ahli syurga yang terkebawah - yang ke 100 terakhir!
Kalau ahli syurga itu inginkan buah-buahan, puhonnya akan menundukkan dahannya untuk dipetik sendiri. Malah disebutkan dalam as-Sunnah bahawa ahli syurga itu akan merasai sesuatu yang tidak pernah dirasai oleh manusia di dunia, yang tidak pernah dilihat oleh mata di dunia, dan tidak terbayang oleh angan-angan kita di dunia. Malah Allah (a.w) akan memberitahu kita yang menjadi ahli syurga itu apa-apa yang kita sendiri tak tahu, maka diberitahu oleh Allah (a.w) untuk kita cuba pula dan nikmati. Di sekitar syurga itu akan mengalir pula 4 jenis sungai yang mengalirkan air susu, air arak, air madu dan air tawar. Maka dengan itulah umat Islam di dunia ditegah minum arak dan diputuskan bahawa sesiapa yang minum arak di dunia tidak akan minumnya di akhirat - maksudnya tidak akan mendapat syurga. Demikian jugalah kita diberitahu bahawa pakaian penghuni syurga itu adalah pakaian dari sutera yag berbagai jenis dan kualiti. Maka disebutkan dalam as-Sunnah bahawa lelaki Islam tidak dibenarkan memakai kain sutera sebagai seluar, jubah ataupun baju. Sesiapa yang memakai sutera di dunia, tidak akan memakainya di akhirat. Bererti mereka tidak akan menjadi ahli syurga!
Saudara, begitu kaya rayanya penghuni syurga itu sehinggakan penghuni syurga 'termiskin' mengambil masa 1,000 tahun untuk menghabiskan lawatannya terhadap harta atau wilayah miliknya! Fikirkanlah bagaimana hebatnya pula penghuni syurga tertinggi iaitu syurga firdaus yang didiami oleh para rasul, para nabi, para syuhada (yg mati syahid) dan para solehin!
Sebaliknya, tiada kehidupan dalam neraka - penghuninya hidup, tetapi dalam siksaan setiap saat dan ketika. Tidak ada makanan kecualilah buah zakum yang berduri. Tiada minuman yang enak lagi lazat kecualilah air campuran nanah dan darah busuk lagi kotor dan mendidih menggelegak pula. Apakala dimakan tersekat dalam kerongkong, musnah segala isi perut, dan apakala di minum, hancur segala isi mulut dan perut, kemudian menjadi sebagaimana asalnya, kemudian hancur semula. Setiap kali dimakan dan diminum kesakitannya pasti dirasai. Ditambah pula siksaannya apabla anggota badan kita dibesarkan saiznya, sehinggakan sebatang gigi besarnya seumpama saiz gunung Uhud, dan ponggongnya dibesarkan sejauh 5kM! Supaya siksaan kesakitan yang dialami itu dilipatgandakan pula. Justeru diberitahu ahli neraka itu walaupun hidup tetapi, tidak hidup dalam ertikata sekarang ini, tidak mati waaupun, kalau disiksa sedemikian di dunia, pasti mati! Maka dengan itulah Allah (a.w) menyebut di dalam al-Quran kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya - penuh nikmat atau penuh siksaan yang tidak ada sempadan masa!
Saudara, sebenarnya, manusia terutama orang Islam telah diberitahu jawapan kepada semua soalan yang mereka ingin tahu mengenai kehidupan akhirat itu - lebih baik dari suatu 'open book examination' yang sering pelajar cakun sarjana atau kedoktoran di universiti di Barat sedia maklum dan faham. Yakni, diberikan soalan tetapi boleh buka buku teks atau buku rujukan untuk mencari jawapannya. Akhirnya, tidak diberi markah hanyalah gred 'pass' atau 'fail' sahaja. Sistem peperiksaan Allah (a.w) jauh lebih baik. Manusia diberi soalan untuk dijawab, manusia juga telah diberitahu jawapannya - 'answer-ready questions'. Manusia perlu belajar, fahami dan amalkan, maka pasti mendapat markah penuh atau 'pass', lulus ujian kehidupan, maka berjaya mendapat syurga. Dalam Islam soalan-soalan telah dibocorkan untuk kita ambil maklum dan tahu serta faham, tak perlu bersusah payah menjawab soalan yang diajukan. Kita perlu tengok soalan sahaja, jawapannya sudah tersedia. Di akhir ujian kehidupan tersebut kita diberi gred 'pass' dan 'fail' sahaja. Kalau pass dapat syurga dan kalau fail dapat neraka. Kita tak perlu pening-pening fikirkan jawapannya. Semua jawapannya sudah ada, sudah diberitahu kepada kita. Apa yang perlu kita ambil tindakan hanyalah belajar tentang Islam, apa yang disuruh, amalkan apa yang disuruh, tinggalkan yang ditegah, dan hanya praktikalnya memerlukan kita berjaga malam dan memperbetulkan cara kita hidup dan bergaul sesama manusia, terutama anak-anak kepada kedua ibubapa mereka, ibu bapa kepada anak-anak mereka, dan di suami tunaikan tanggungawabnya kepada sisteri dan anak-anak mereka, dan isteri terhadap suaminya.
Saudara, Islam itu mudah. Yang menjadikan Islam itu susah dan rumit adalah manusai yang mengakui diri mereka ulama' atau berilmu, tetapi tak faham. Kalau kita akur dengan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 103, Surah ali-mran, Ayat 57, Surah an-Nisa, Ayat 80, Surah an-Nisa, dan selainnya yang kita sering kaji dan teliti dalam blog ini, kita sudah pasti telah bersedia untuk mati dan menghadapi hisaban kita dan pasti berjaya mendapat syurga Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment