Friday, August 19, 2011

Nasihat Rasulallah (s.a.w) kpd Abu Zarr (r.a)

Assalamualaikum,
Saudara menjelang Aidil Fitri ini, eloklah kita lihat nasihat berikut sebagai panduan harian kita bergaul dgn manusia di sekeliling kita. Malah nasihat Rasulallah (s.a.w) terpakai dalam apa keadaan dalam mana-mana bulan dn ketikapun.
Diriwayatkan hadith dari abi Zarr berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aba Zarr! Ittaqillaha haithu kunta wa-atbi-‘is-saiyiatal-hasanata tamhuha wa-khaliqin-nasa bi-khuluqin hasanin.’ (Yang bermaksud: Wahai aba Zarr takutkanlah (atau bertaqwalah) pada Allah (a.w) di manapun ada engkau (i.e. engkau berada) dan mengikutilah engkau pada kejelikan (atau keburukan) pada kebaikan (nescaya) menghapus apa-apa kebaikan pada keburukan (atau kejelikan) dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang bagus (atau baik).’ [Hadith al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
[Nota: Orang iman itu sentiasalah menjaga dirinya dimanapun i.e. tak kira dimanapun dia berada dan ketika manakah dia berada; kebaikan yg dikerjakan akan menghapuskan atau mengkifarahkan kejahatan atau dosa, dan hendaklah ketika bergaul dgn manusia bergaul dgn akhlak atau budi pekerti yang baik.]
Saudara, hadith ini menyebutkan beberapa perkara sebagai panduan haq bagi orang yg mengakui dirinya orang iman dan inginkan kejayaan syurga kelak setelah matinya dan kiamatnya dunia; iaitu: pertama, sebagai seorang iman yg sedemikian itu hendaklah kita sentiasa tatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan membuka hati kita mendengar dan menerima nasihat, jangan menyombong diri dan dengan itu tergolonglah kita orang yg takutkan Allah (a.w) dan tergolongan di kalangan orang yg bertaqwa; kedua, hendaklah kita sentiasa mengawasi diri dan bertaqwa dimana sahaja kita berada dan ketika manapun saatnya kita berada. Kita diawasi sentiasa dansegala perlakuan dan kata ucapan kita diperhatikan dan ditulis oleh malaikat; ketiga, hendaklah kita sedaya upaya berbuat baik (amal makruf) kerana kebaikan yg kita lakukan mendatangkan ganjaran pahala dan mengkifarahkan (i.e. menghakis dosa-dosa yg kita lakukan); keempat, hendaklah kita sentiasa memilih kawan ketika bergaul dgn manusia, kerana jika kita memilih kawan yg buruk perangai dan tatakelakuan, pastilah kita akan terpengaruh untuk melakukan kejahatan atau kemaksiatan atau bercakap bohong atau menjadi pembakar kpd keharmonian masyarakat; dan kelima, hendaklah kia mengutamakan akhlak yg baik dan bergaul dgn manusia - Islam ataupu tidak Islam - dengan akhlak yang baik. Jika kita tampilkan akhlak yg baik, maka orang yg ukan Islam akan melihat kebaikan Islam dan orang Islam.
Saudara, dalam hadith berikut nasihat yg serupa disebutkan dalam perkara mengutamakan pergaulan dgn orang-orang yg baik-baik. 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man tasyabbaha bi-qaumin fa-hua minhum.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa menyerupai dengan sesuatu kaum (atau golongan) maka dia termasuk mereka kaum (yakni, adalah termasuk dalam golongan kaum itu)). [Hadith Abu Daud, di dalam Kitab Libas (Pakaian)]
[Nota: Seseorang yg membuat rakan taulan atau kawan sekumpulan manusia, maka dia tergolong di kalangan golongan orang yg berkawan dgnnya – kalau golongan membuat dosa, dia juga terpalit membuat dosa, kalau dia bergaul dgn golongan orang baik-baik, maka dia adalah orang yg tergolong sebagai baik orangnya.]
Jika kita bergaul dgn golongan orang yg berperangai buruk, kita akan dicop oleh Allah (a.w) sebagai ahli atau anggota golongan tersebut. Oleh itu berwaspadalah mencari rakan taulan dan sahabat handai. Jangan kita digam Allah (a.w) tergolong membuat dosa sebagaimana mereka lakukan, walaupun kita tidak lakukan.

Jazakallahu khairah

Thursday, August 18, 2011

Aidil Fitri: Cara Orang Iman Rayakan (Samb.)

Asalamualaikum,
Kita sambung lagi penelitian kita tentang perkara di atas. Ketika masuk 1 Syawal, ketika bertemu sebelum memberi salam atau menghulurkan tangan untuk bersalam, apakah ucapan kita atau apakah kalimah yg wajarkita gunakan? Dalam post yg lalu kita disuruh sebut kalimah salam dan jawapannya pula. Kita juga diberitahu ketika berjabat tangan itu kalimah-kalimah yg sewajrnya kita sebutkan atau ucapkan. Kemudian dalam hadith berikut pula kalimah greting ketika bertemu dalam bulan Syawal. 
Diriwayatkan hadith dari Khalid b Makdan berkata: ‘’Bertemu aku Wasilah b Asqa’ pada suatu hari raya, maka berkata aku: ‘Taqabballahuyllah minna wa-minka’(yang bermaksud: Semoga menerima dri kami oleh Allah (a.w) dan dari engkau), maka berakat dia: ‘Na-am (Ya!), taqabbalahu minna wa-minka’. Berkata Wasilah: ‘Bertemu aku Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari raya, maka berkata aku: ‘Taqabballahu minna wa-minka’, maka bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab atau membalas): ‘Na-am, taqabbalahu minna wa-minka.’ [Hadith al-Baihaqi]
[Nota: Greeting orang iman pada orang iman lain yg ditemui di hari Aid.]
Saudara, setiap sesuatu yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), jika kita terima dan amalkan, mendapat ganjaran pahala. Dan, kerana kita akur dgn cara dan sunnah Rasulallah (s.a.w), maka sahlah kita umat beliau. Kalau kita tolak ketetapan atau sesuatu amalan Rasulallah (s.a.w) maka kita tidaklah lagi Islam, kerana itulah ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa atau ketetapan counter factual Ayat 80, Surah an-Nisa.
Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan peradaban Islam yg murni ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Aidil Fitri: Cara Orang Iman Rayakan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita telah lihat beberapa ketetapan Islam berdasarkan as-Sunnah bagaimana sewajarnya orang Islam yg beriman itu rayakan Aidil Fitrinya. Kita sambung lagi penelitian kita mengenai perkara ini, supaya kita terpandu dan, kerana berpedomankan as-Sunnah dan al-Quran, kita mendapat pahala sunnah selain pahala amalan yg kita kerjakan.
(e) Mengeratkan silatur rahim sesama orang iman di hari raya (Aid)
Apabila tiba Aidil Fitra hendaklah ita perbaharui persahatan kita dgn saudara seagama kita yg lain. Antaranya, meneruskan kelaziman menghartar kad ucapan kpd saudara mara, sahaba handai dan rakan taulan. Apabila bertemu kita disuruh bersalam-salaman (asalkan kita tidak bersalaman dgn orang yg bukan mahram kita), berjabat tangan sambil mengucapkan ucapan greeting Islam, iaitu 'Taqabballahu minna, wa-minka' (yg bermaksud: 'Semoga Allah (a.w) makbulkan amalan dan ibadah kami dan ibadah kamu.'). Dalam hadith-hadith berikut kita perjelaskan beberapa amalan yg sewajibnya dijadikan amalan lazim kita sebagai orang iman yg sentiasa berpandukan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunah.
Diriwayatkan hadith dari khuzaifah b Yaman hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Innal mukminina iza laqiyal- mukimini fasallama ‘alaihi wa-akhaza biyadihi, fasofahu, tanatharat khatayahuma, kama yatanatharu wa-raqul-syajari.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin (atau iman) itu ketika bertemu seorang mukimin (atau iman) yang lain maka mengucapkan ‘salam’ dia kepadanya, maka memegang dia tangannya (yakni, menghulurkan tangannya untuk bersalam), maka bersalaman (i.e. berjabat tangan) dia padanya (ie. orang yang ditemuinya), maka runtuhlah (i.e. gugurlah) kesalahan-kesalahahan (i.e. dosa-dosa) kedua-duanya, seperti terjatuhnya (ie. gugurnya) daun-daun dari pohon (kayu).) [Hadith at-Tobrani]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu melalui hadith di atas itu beberapa perkara yg sewajarnya kita lakukan; iaitu pertama, memberi salam kepada saudara yg ditemuinya dgn menyebut kalimah spt disebutkan dalam hadith berikut; kedua, berjabat tangan, yakni menghulurkan tangannya supaya disambt oleh temannya, dgn memegang tangannya pula. [Nota: Dalam perkara ini, bukanlah amalan berjabat tangan dalam Islam tanpa kita memegang tangan saudara kita. Kelakuan yg sedemikian itu sering dilakukan oleh orang Islam apakala berjabat tangan.] Ketiga, teman yg ditemui pula hendaklah membalas salamnya (spt disebutkan dalam hadith berikut). Dan, keempat, ketika bersalaman itu hendaklah menyebut kalimah 'Alhamdulillah, wa-astaghfirullah' (yg bermaksud: Segala puji bagi Allah (a.w), dan semoga diampuni Allah (a.w)). Jika demikian caranya bersalaman dalam Islam, maka gugurlah dosa-dosa antara kedua-dua yg bertemu itu, sebagaimana disebutkan dalam hadith di atas itu.
[Nota: Orang iman itu disuruh mengucapkan ‘salam’ ketika bertemu dgn orang iman yang lain, menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Apabila bersalaman keduanya, maka gugurlah dosa kedua-duanya antara mereka berdua sebagaimana gugurnya daun-daun pokok. Cara memberi salam dan kaedah bersalam (lihat nota tambahan di bawah)
Hadith berikut memberitahu kita bahawa ketika Adam (a.s), nenek moyang manusia dicipta Allah (a.w) dan setelah diberi roh, maka Allah (a.w) perintahkan para malaikat memberi 'salam' kpd Adam (a.s). Dan ucapan 'salam' tersebut, adalah ucapan salam yg kita warisi hari ini. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Menjadikan Allah (a.w) (Nabi) Adam atas wajahNya tingginya 60 zira’ (i.e. hasta), maka barangapa menjadikanNya (yakni, para malaikat), berfirman Allah (a.w): ‘Pergilah engkau (memberi salam atas Adam’, maka memberi salam atas orang-orang yang demikian itu golongan dari para malaikat yang sedang duduk maka dengarlah apa memberi penghormatan engkau, maka sesungguhnya penghormati engkau dan menghormatilah keturunan engkau’, maka berkata Adam (a.s):‘ Assalamualaikum’, maka berkata mereka: ‘Assalamualaika warahmatullah’, maka menambah pada kalimah ‘warahmatullah’, maka tiap-tiap dari mereka yang masuk syurga atas seperti penghormatan Adam (yakni, memberi salam mereka para malaikat), maka tidak ada kejadian makhlok kurang (dari memberi ucapan sedemikian) kemudiannya sehinggalah sekarang.’ [Hadith al-Bukhari]
Dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita ganjaran pahala menjawab salam saudara kita. Maksima yg kita boleh dapat adalah 40 pahala.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Imran bin Husin berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Assalamualaikum.’ Maka menjawab Nabi (s.a.w): ‘’Alaihis salam’. Kemudian duduk (lelaki itu). Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa mengucapkan ‘Assalamu-alaikum’ mendapat pahala sepuluh’. Kemudian datanglah pula seorang lelaki (lain) maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullah’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) atasnya. Maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dua puluh.’ Kemudian datanglah seorang lelaki yang lain pula, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) akan salamnya, maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga puluh.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Kita lihat sepotong hadith lain pula yg menceritakan perkara yg sama -kaedah memberi salam dan kalimah yg digunakan - yg juga boleh kita jadikan contoh, panduan dan amalan, insya Allah. 
Diriwayatkan hadith daripada Sahli ibni Muaz bin Anas, katanya hadith daripada bapanya (yakni, Anas bin Malik hadith daripada Nabi (s.a.w), [yang bersabda seperti hadith di atas dengan (satu) tambahan]: ‘Kemudian datanglah seorang lelaki yang lain, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuhu, wamaghfiratuhu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Empat puluh.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Demikianlah adapun yang paling afdhal.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Alhamdulillah, kita tlah teliti dgn halus perkara  'salam' dalam Islam sebagaimana yg ditetapkan oleh as-Sunnah. Mudah-mudahan kita tak lupa amalkan. Sesungguhnya dalam Islam itu banyak sungguh peluang mencari dan mendapat pahala, kalaulah kita faham Islam. Islam itu ugama yg agung. Jauh lebih tingi dari ugama lain. Ugama yg selamat, kalau berpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah, pasti balasannya syurga.

Jazakallahu khairah

Aidil Fitri: Cara Orang Iman Rayakan

Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah jika dipanjangkan umur kita umat Islam akan merayakan Aidil Fitri pada 30 Ogos atau 31 Ogos 2011, setelah sah nampak anak bulan Syawal atau jika mendung dilindungi dari nampak anak bulan itu, dikira dgn ilmu falaq bila jangkan jatuhnya 1 Syawal itu.
Walaupun kita disuruh bergembira merayakan Aidil Fitri setelah berpuasa dgn penuh keimnana selama sebulan dalam bulan Ramadhan, namun kitatidaklah dibolehkan bergembira mengikut amalan masyarakat jahiliah spt membakar mercun atau bunga api atau meriam karbaid buluh, atau mengerjaka maksiat seolah telah dilepaskan dari belenggu nafsu syahawat yg di kurung sepanjang Ramadhan seperti ke kelab-kelam malam atau dangdut atau ke rumah urut dan sebagainya. Orang iman itu bergembira mengikut adab dan tatasusila orang iman, bukan orang kafir atau munafiq atau orang yg kekal diselubungi oleh perlaku jahiliah!
Antara, adab-adab orang iman ketika merayakan Aidil Fitri (dan juga Aidil Adha = Raya Haji) adalah seperti berikut:
(a)  Mandi Junub di pagi Aidil Fitri (dan Aidil Adha)
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ bahawasanya Abdullah b Omar (r.a) adalah dia mandi junub (di pagi) har Aidil Fitri sebelum bahawa keluar dia untuk bersolat (Aidil Fitri) [Hadith Imam Malik dalam Muato’ di dalam kitab panggilan untuk solat.]
[Nota: Di pagi raya hendaklah mandi hadas besar atau junub]
Di dalam setiap sesuatu amalan yg diutamakan, seringkalilah kita disuruh tertibkan dgn mandai sempurnaseumpama mandi junub di pagi harinya, spt pada pagi Jum'at; ketika hendak mengerjakan umrah atau haji sebelum meniatkan umrah atau haji sebelum memakai pakaian ikhram; di pagi Aidil Fitri dan Aidil Adha sebelum ke masjid untuk bersolat, dll
(b) Memakai pakaian yg baru, cantik dan bersih.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah hadith dari Nafi’ bahawasanya ibnu Omar ada memakai di dalam Aidil Fitri dan Aidil Adha pada bagusnya pakaiannya.’ [Hadith al-Baihaqi di dalam Kitab Sunah Besar]
[Nota: Ketika tiba raya orang iman itu digalakkan memakai pakaian-pakaian baru yg cantik-cantik lagi bersih. Ibnu Omar (r.a) adalah sahabat Nabi (s.a.w), maka dgn itu beliau semestinyalah sering berdamping dgn Nabi (s.a.w), dan mencontohi perlakuan Nabi (s.a.w). Justeru itu, hadith ini menunjukkan perlakuan beliau, walaupun tidak secara langsung, memberitahu perbuatan Rasulallah (s.a.w). Hakikatnya, seorang sahabat yg alim sebagaimana ibnu Omar, ibnu Abbas, Khuzaifah, Anas, Zubeir dll itu melambangkan sunnah Rasulallah (s.a.w) dalam perkara adab dan tatasusila dalam Islam.] 
Dalam hadith berikut pula diperjelaskan lagi bahawa prinsip asanya dalam Islam adalah Allah (a.w) itu sukakan sesuatu yg bagus dan cantik molek, maka dalam apa jua amalan dan kelaziman, lebih diutamakan yg baik-baik dan yg cantik lagi bersih, termasuklah perangai dan perbuatan yg baik-baik.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Masud hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Innallah jamilun yuhibbul jamal, alkibru batarul-haqqi wa-ghamtun-nasi.’ (yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) itu bagus dan Allah (a.w) senang (atau sukakan) yang bagus. Kesombongan itu adalah menolak (sesuatu) yg haq (i.e. kebenaran) dan meremehkan (i.e. memperlekehkan) manusia.’ [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: Pada hari Raya digalakkan memakai pakaian baru yg cantik dan baru, kerana Allah (a.w) sukakan yg baik-baik. Dalam asbabul nuzul hadith ini seorang sahabat melapurkan kpd Rasulallah (s.a.w) tentang seorang sahabat lain yg suka mengenakan pakaian baru yg hebat, dicurigai seolah-olah sombong dan menunjuk-nunjuk. Maka diberitahu bahawa ‘sombong dalam Islam’ itu buka berpakaian cantik dan hebat, asalkan tidak kerana riak, tetapi menunjukkan kegembiraan ketika selesai puasa dan datangnya raya, tetapi sombong dalam Islam adalah orang yg menolak yg hak, yakni apabila disebut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dia persoalkan atau tidak mau terima, dan dia pula mengecil-ngekilkan manusia lain atau memperlekehkan orang iman yg lain.]
Saudara, seperti yg dijelaskan dalam nota di atas itu konsep sombong dalam Islam adalah orang yg menolak kebenaran dan meremehkan atau merendah-rendahkan orang lain. Contoh: jika dikatakan jangan buat itu dan ini kerana ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah(s.a.w), seumpama mngerjakan bid'ah yg diistilahkan pula 'bid'ah hasanah', setelah jelas begitu banyaknya ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah menegah atau melarang dlakukan atau diamalkan sedemikian amalan, kekal berkeras menolaknya, maka orang sedemikian dikira sombong. Orang yg dicap sombong tidak akan masuk syurga. Apatah lagi sombong kerana mempersoalkan kebenaran atau menolak kebenaran, pasti tak dapat syurga (Sila rujuk ketetapan Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa dan ketetapan mewajibkan ikut dan akur dgn perintah atau suruhan Rasulallah (s.a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa dan Ayat 7, Surah al-Haysr - yg berkali-kali kira rujuk dalam blog ini.)
(c) Bersarapan atau Makan Sebelum ke masjid untuk solat Aidil Fitri
Saudara, kita disuruh supaya makan atau bersarapan dahulu di pagi Aidil Fitri sebelum kita ke masjid untuk menunaikan Solat Aidil Fitri secara berjema'ah. Melakukan sedemikian itu melambangkan kegemberian kita kerana berjaya menamatkan puasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan kesyukuran mengharapkan pahala terbaik dari Allah (a.w) [Nota: Sebaliknya, kita disuruh ke masjid dahulu untuk mensolatkan Solat Aidil Adha, kemudian balik barulah kita makan atau bersarapan. Kerana sebelum tibanya Aidil Adha kita tidak berpuasa, maka tidak ada lambang kegembiraan makan di pagi Aidil Adha.]
Menceritakan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) tidak keluar pada hari Aidil Fitri sehingga makan (i.e. makan dulu) dia dan tidak makan dia pada Aidil Adha sehingga setelah bersolat dia (Aidil Adha).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Jum’at]
Diriwayatkan hadith dari Abdillah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun dia keluar dia pada hari Raya Aidil Fitri dengan keadaan orang yg mengeraskan (i.e. memperkuatan) suara ketika membaca Tahlil dan bertakbir ...’ [Hadith Baihaqi dalam Kitab Iman]
[Nota: Sunnah dalam Islam supaya makan atau bersarapan dahulu sebelum ke tempat Solat Aid ketika Aidil Fitri, dan keluar untuk Solat Aidil Adha dahulu kemudian kembali bagi makan atau bersarapan.]
Betapa pentingnya amalan atau adab makan di pagi Aidil Adha itu, dijelaskan lagi dalam hadith berikut. Kalau tiada apa yg boleh dijadikan sarapan, dan hanya saki baki kurma Ramadhan yg tinggal, maka kita disuruh makan kurma (sebaik-baiknya 7 ulas). Ini dijelaskan dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) tidak keluar pagi hari Aidil Fitri sehingga makan dia beberapa (biji) buah tamar.’ [Hadith Bukhari di dalam Kitab Jum’at]
[Nota: Ketika tiba hari Aidil Fitri, maka makanlah sebelum ke masjid (atau tanah lapang) untuk Solat Aidil Fitri. Sekurang-krang memakan beberapa biji (sebaik-baiknya 7 biji) buah tamar.]
(d) Bertahlil di pagi Aidil Adha dgn Menguatkan Suara
Dalam hadith berikut, kita disuruh bertahlil yakni membaca kalimah-kalimah Takbir yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) di pagi raya dalam perjalanan ke masjid atau surau untuk bersolat. [Nota: Dalam Islam bertahlil bermaksud membaca kalimah Tahlil = La ilaha ilallahha'. Ketika Aidil Fitri dan Aidil Adha bertahlil bermaksud melaungkan kalimah-kalimah takbir yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) dan hadith berikut dgn lantang dalam perjalanan ke tempat solat sebagai melambangkan kegembraan kita berjaya di bulan Ramadhan dan menunjukkan kpd kaum-kum yg tidak Islam betapa hebatnya Islam.]
Berfirman Allah (a.w): ‘... yuridullahu bikumul-yusra wa-la yuridu bikumul-usra wa-litukmilul-‘iddatia wa-litukabbirullha ‘ala ma hadakum wa-la’allakum tasykuruna’ (Yang bermaksud: ... menghendaki Allah (a.w) bagi kamu sekelian kesenangan dan tidak berkehendakkan Allah (a.w) bagi kamu kesulitan dan supaya menyempurnakanlah kamu pada hitungan (hari puasa Ramadhan) dan supaya bertakbirllah kamu sekelian kpd Allah (a.w) atas apa-apa yg memberi petunjuk kepada kamu sekelian dan agar kamu sekelian bersyukur kamu sekelaian (kepadaNya).) [Ayat 185, Surah al-Baqrah]
[Nota: Ktika tibanya Aid, orang Islam disuruh bertakbir dan bertahlil. Sila rujuk nota kaki pada hadith berikut. Malangnya hari ini majoriti umat Islam mengadkan Majlil Tahlil sebagai amalan rutin, maka tergologlah amalan tersebut sesuatu amalan yg bid'ah. Kerana sesuatu amalan yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kemudian kita jadikan amalan rutin pula seolah-olah masyarakat umum beranggapan itu adalah sebahagian syariat Islam, adalah jelas bid'ah.]
Saudara, yg dimaksudkan Tahlil dan Takbir ketika tiba Aidil Fitri dan Aidil Adha itu adalah membaca kalimah-kalimah g disebutkan dalam hadith berikut. Jangan kita menambah. Kerana, dalam perkara ugama Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak berani membuat penambahan kpd syariat Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w) melalui wahyu atau perantaraan malaikat Jibril (a.s).
[Nota: Ketika tiba Aid maka hendaklah membaca (kalimah) Tahlil = Lailaha illah dan baca (kalimah) Takbir = Allahu Akbar. dengan menguatkan suara. Yg disuruh baca adalah kalimah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Menghiasilah sekelian kamu pada beberapa hari raya (Aidil Fitri) sekelian kamu dengan takbir.’ [Hadith sahih riwayat at-Tobrani] 
Justeru itu, sebaik sahaja dicukupkan puasa dan nampak anak bulan Syawal, atau diumumkan oleh pemerintah tarikh raya puasa itu, maka disunatkan umat Islam bertakbir sehinggalah pagi esoknya, sampai didirikan solat Aidil Fitri. Takbir itu hanyalah menyebut ‘Allahu Akbar (3x), La ilaha illallah Wallahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Ilham sahaja. Yang lain tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan menokok tambah kepada takbir tidak membuahkan sebarang pahala tambahan tetapi mengundang dosa pula, jika perbuatan tersebut termasuk dalam kategori membuat ‘perkara-perkara baru dalam ugama’ yakni ‘bid’ah’! ]
Semoga tidaklah kita memandai-mandai dalam Islam. Kerana yg rugi kita bukan orang lain. Orang yg  mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengikut kaedah pengilmuan yg benar faham tentang implikasi dan akibatnya mengamalkan sesuatu pembaharuan dalam perkara ugama. Kerana kita diberitatu bahawa bida'ah mengakibat satu atau kesemua perkara berikut: Pertama, amalan yg tercemar dgn bid'ah tidak diterima Allah; kedua, lebih serius lagi, walaupun kita amalkan satu bida'ah, kesemua amalan dan ibadah kita ditolak oleh Allah (a.w); ketiga, jika kita amalkan bid'ah, kemudian kita melakukan dosa, kita pohon keampunan dan bertaubat, Allah (a.w) tidak menerima taubat kita; keempat, lagi lebih serius, kalau kita beramal dgn bid'ah maka kesemua amalan dan ibadah kita yg fardu dan sunat, apapun bentuk amalan - termasuk puasa kita bulan Ramadhan ini - tidak diberi pahala oleh Allah (a.w); dan kelima, lebih penting dan lebih merugikan adalah, kita tekeluar dari Islam tanpa kita sedari, seumpama sehelai rambut yg termasuk ke dalam adunan tepung roti, apabila kita tarik rambut itu keluar, tidak melekatpun sedikit sisa tepung adunan tersebut pada rambut. Begitulah segala amalan dan ibadah kita tak lekat pada kita dalam mendapatkan pahala. Sia-sia saja. Maksudnya, sia-sia segala amalan kita dan kita menjadi kafir, wal iya zubillah!
Saudara, majoriti umat Islam menolak isu bid'ah ini dan mereka berhujjah wujudnya bid'ah hasanah' itu, walhal Rasulallah (s.a.w) menyebutkan kesemua pembaharuan adalah bid'ah dan kesemua bid'ah, tanpa pengecualian, adalah sesat, dan kesesatan menjerumuskan pengamalkan ke dalam neraka. Tida ada kebaikan pada bid'ah dan mengamalkannya. Kita yg rugi! Oleh itu berwaspadalah ...

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan & Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama lagi Ramadhan akan berakhir, mungkin pada 29 Ogos atau 30 Ogos, ketika kelihatan anak bulan Syawal. Itulah hari kemenenagan atau hari kegembiraan umat Islam yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) - kejayaan menamatkan puasa Ramadhan dgn penuh keimanan kerana berpuasa mencari sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w), maka mereka yg berjaya sedemikian dikurniakan Allah (a.w) pahala yg amat besar iaitu dihapuskan segala dosa-dosanya yg lalu dan disediakan baginya syurga. Kalau kita berpuasa sambil lewa dan tidak menjaga pantang larang berpuasa, bercakap bohong, melakukan pelbagai kemaksiatan, termasuklah memfitnah, bergaduh, memaki hamun, mencaci cela, dll lagi perbuatan yg batil, maka yg kita dapat hanyalah dosa, pahala kita kosong, dan dapat lapar dan dahaga sahaja.
Saudara, bermula masuknya waktu Maghrib, kita disuruh bertahlil dan bertakbir, sebagai lambang membesarkan syiar Islam iaitu merayakan Aidil Fitri. Kita lihat beberapa ketetapan as-Sunnah bersabit dgn Aidil Fitri untuk panduan kita dan untuk kita amalkan. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaiyinu ‘ayadakum bit-takbiri’ (Yg bermaksud: Menghiasilah pada Hari Raya (Aidil Fitri) kamu sekelian dgn membaca Takbir (yakni, membaca Takbir sebanyak-banyaknya).’ [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Saghir]
[Nota: Takbir dalam syariat Islam hanyalah membaca kalimah-kalimah berikut: ‘Allahu akbar 3x; Lai-ilaha ilallah, wallahu akbar; Allahu akbar wa-lillahi ilham’ sahaja. Kalimah-kalimah tambahan yg berbagai yg dibacakan oleh majoriti orang Islam sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah atau tidak dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Perkara-perkara sedmikian, jika kita jadikan amalan rutin atau lazim termasuk dalam bid'ah - nampak baik tapi ditegah Allah (a.w) dan RasulNya.]
Hadith ini menyuruh kita bertakbir ketika masuk waktu Maghrib sehingalah siang harinya sebagai tanda kejayaan kita menepati perintah Allah (a.w) mengerjakan rukun Islam yg ke-3 - berpuasa di bulan Ramadhan. Dalam hadith berikut pula, Kita disuruh lakukan pelbagai pula amalan bagi mengagungkan Aidil Fitri tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Said b Ausin al-Ansori hadith dari bapanya (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana yaumu aidil-fitri wa-qafatil malaikatu ‘ala abwabit-turuqi, fanadau: ‘’U’du ya ma’syaral muslimina ila rabbi karimin yamunnu bil-kahiri, thumma yuthibu ‘alaihil jazila laqad umirtum bi-qiamil-laili fa-qumtum, wa-umirtum bis-siamin-nahari fa-sumtum, wa-ata’tum rabbukum faghbidu jawaizukum. Faiza solla nada munadi: Ala inna rabbakum qad ghafaralakum farji-‘u rasyidina ila rihalikum fahua yaumul jaizati, wa-yusamma zalika yauma fis-sama’i yaumal-jaizati.’ (Yg bermaksud: Ketika ada pada hari Aidil Fitri berhenti para malaikat di atas beberapa pintu jalan, maka memanggil mereka (malaikat): ‘Berpagi-pagilah wahai orang-orang Islam kpd tuhan kamu yg Maha Mulia memberi khabar Allah (a.w)  dgn kebaikan, memberi pahala Allah (a.w)  yg banyak nescaya sungguh diperintahkan kamu sekelian menetapi (i.e. beribadah) di waktu malam, maka menetapi kamu sekelian; diperintahkan kamu sekelian dgn puasa di siang hari maka berpusa kamu sekelian; (perintahkan) dgn ketaatan akan tuhan kamu, maka menerimalah beberapa pemberian/pembaasan’. Maka ketika telah solat mereka (yakni, selesai Solat Aid) memanggil orang-orang yg memanggil (yakni, para malaikat rahmat): ‘Ingatlah sesungguhnya tuhan kamu sungguh-sungguh telah diampunkan Allah (a.w) kembalilah orang-orang yg benar kpd rumah-rumah kamu sekelian (ie. bergembira sesama keluarga), hari raya hari pemberian, dan disebutkan di dalam langit ‘hari pemberian’.) [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Kabir]
[Nota: Pada 1 Syawal, kita disuruh bersegera ke masjid mensolatkan Solat Aidil Fitri (dan Aidil Adha, pada 10 Zulhijjah pula) dan kemudian balik ke rumah]
Saudara, demikianlah utamanya puasa dan AidilFitri itu. Walaupun kita bergembira di malam Aidil Fitri itu, Allah (a.w) anugerahkan kita tambahan pahala yg besar pula jikakita mengerjakan amalan di malam Aidil Adha. Antara amalan tambahan itu adalah bertakbir sebanyak mana yg termungkin.
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man qama lailata-yil-‘idaini muhtasiban lillahi lam yamut qalbuhu man yauma tamutul-qulubu.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa menetapi/ ibadah malam dua hari raya (i.e. Aidil Fitri dan Aidil Adha) (yakni, malam Aid) kerana mencari pahala tidak mati hatinya, barangsiapa dihari matinya hati-hati mereka.) [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Orang yg mati hatinyaadalah orang yg apabila dinasihatkan tidak mahu mendengar dan menerima nasihat. Saudara, ramai orang yg akui dirinya Islam yg mati hatinya, kerana apabila disuruh mengaji al-Quran dan as-Sunnah diremehkannya, atau apabila dikatakan sesuatu amalan itu  adalah bertentangan dgn Islam, tidak diendahkannya, atau apabila diberitahu bagaimana hendak bersolat menepati solat Rasulallah (s.a.w), dia dengar cuh tak acuh sahaja, maka itulah contoh orang yg'mati hatinya' - ketika diberitahu yg haq, dia menolak atau tidak mengindahkannya.]
Mudah-mudahan kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) melakukan ibadah di malam Aidil Fitri. Dan, lebih utama, kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) dipanjangkan umur supaya sempat menemui Ramadhan yg berkat tahun depan pula. Manalah tahu Ramadhan tahun ini berlu, dan kita telah merugikan diri kita sendiri. Kerana, seseorang yg tidak berpuasa Ramadhan semata-mata kerana keimanan dan inginkan ganjaran pahala dari Allah (a.w), maka dikikis dosa-dosanya yg telah lalu, bersih dia dan dapat dia syurga, apakala dosa-dosanya terhapus. Kalau kita tidak berpuasa dalam keadaan sedemikian, apakala berlalu Ramadhan, maka rugilah kita, serugi-ruginya.

Jazakallahu khairah

Wednesday, August 17, 2011

Puasa Ramadhan: Zakat Fitrah

Assalamualaikum,
Saudara, apabila tiba Ramadhan kita diperintahkan oeh Islam supaya mengeluarkan zakat fitrah. Tahun ini, katanya nilai beras untuk zakat fitrah itu adalah RM 7.00 atau RM 8.00 sekepala.
Semua orang Islam yg hidup - termasuk bayi yg dilahirkan sebelum masuk Solat Aidil Fitri 1 Syawal - wajib membayar atau dibayarkan zakat fitrah oleh kedua ibubapanya. Zakat fitrah ini hendaklah diserahkan kpd Amil (i.e. orang yg ditugaskan mengutip zakat fitrah) sebelum bermulanya Solat Aidil Fitri, iaitu 1 Syawal. Jika diserahkan selepas solat tersebut, maka tidak dikira zakat fitrah. Hanya dianggap sebagai sedekah sahaja. Maka rugilah kita. Kenapa? Hadith berikut meyebutkan bahawa walau sebanyak manapun pahala yg kita perolehi kerana berpuasa di bulan Ramadhan  selama 29 atau 30 hari itu, tidak akan kita perolehi kerana tergantung di langit, tidak sampai kpd Allah (a.w) dan tidak dikurniakan Allah (a.w) pahalanya! 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Difardukan oleh Rasulallah (s.a.w) zakat satu so’ dari kurma atau satu so’ dari gandum atas setiap hamba dan orang merdeka dan orang lelaki dan orang perempuan dan budak kecil dan orang tua dari kalangan orang Islam dan memerintah Rasulallah (s.a.w) dgn zakat bahawasanya didatangkan (i.e. ditunaikan) sebelum keluarnya manusia kpd solat (Aidil Fitri).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Sok, ukuran dalam Islam berupa bekas seumpama gantang, bersamaan 2.7 Kg, barangan yg boleh dizakatkan spt kurma, beras, gandum, dll bahan makanan staple (lazim sesuatu masyarakat, spt masyarakat Melayu beras, masyarakat Arb kurma atau gandum.] 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Segala amalan) Bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat (pahala) bulan Ramadhan kpd Allah (a.w) kecuali dgn zakat fitrah (yakni, ditunaikan zakat fitrah).’ [Hadith Ibnu Syahin]
Saudara, oleh kerana itu, untuk membolehkan kita menerima segala pahala amalan dan ibadah kita di bulan atau sepanjang Ramadhan, wajiblah kita beringat supaya mengeluarkan zakat fitrah tersebut. Tambahan pula kita perlu serahkan wang RM7.00 atau RM 8.00 sekepala sebagai menyerahkan nilai satu sok beras atau gandum itu . Kalau kita ada anak 4 maka kita hanya perlu serahkan RM8.00 x 6 = RM 48.00 sahaja. Janganlah abaikan, kalau kita tak mau kerugian di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Ibadah Malam & Lailatl-Qadr (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, tidak ramai orang Islam yg berkesempatan menemui Malam Qadr atau Lailatul-Qadr itu. Mungkin tahap keimanan dan ketaqwaan kita belum sampai ke tahap yg Allah (a.w) kurniakan begitu banyak dan terbaiknya ganjaran pahala. Namun, sebagai seorang Islam yg beriman - mengerjakan amalan dan ibadah sebaik mungkin secara istiqamah dan penuh kesabaran, mengharapkan Allah (a.w) selamatkan kita dari siksaan neraka dan diberi Allah (a.w) kerahmatanNya (Ayat 57, Surah al-Israk) - wajarlah kita usahakan.
Saudara, di dalam hadith berikut dijelaskan bahawa suatu zaman sebelum Islam - sebelum Rasulallah (s.a.w) dinobatkan sebagai Rasul akhir zaman dan penghulu kesemua Rasul dan Nabi, ada 4 orang ulamak Bani Israil yg mengerjakan amalan sepanjang hidup mereka tanpa sedikitpun membuat dosa atau maksiat, menumpukan kehidupan mereka mengerjakan ibadah dan amalan kpd Allah (a.w) kerana ingin selamat dari neraka dan diberikan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, mengerjakan amalan dan ibadah yg terbaik selama 80 tahun. Apakala diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan 4 orang Bani Israil tersebut, sahabat merasa hairan. Tak mungkin, pada fikiran mereka, mereka mampu mengerjakan amalan sedemikitandgn mencontohi perlakuan mereka itu. Allah (a.w) utuskan Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) Surah al-Qadr, yg menyebutkan bahawa Lalatul-Qadr itu berlaku hanya suatu malam di antara 10 malam terakhir Ramadhan. Jika ditemui Lailatul Qadr itu, pahala yg kita dapati adalah pahala 83.3 tahun beramal - melebihi ganjaran pahala yg diperolehi oleh 4 ahli ibadah Bani Israil tersebut yg mengerjakan amalan tanpa sedikipun dosa selama 80 tahun!
Diriwayatkan hadith dari Mujahid berkata: ‘Ada dalam (i.e. di kalangan) Bani Israil beberapa lelaki berdiri ketika malam sehingga waktu Subuh kemudian berjihad menentang musuh ketika siang sehingga petang maka mengerjakan lelaki (sedemikian itu selama) seribu bulan maka menurunkan Allah (a.w) ini ayat: ‘Lalatul qadri khairun min alfi syahrin’ (Yg bermaksud: malam Qadr itu adalah lebih baik drp seribu bulan.) Maka (menyambung Jarir) berdiri (pada malam Qadr = lailatul qadr) demikian lebih baik dari amalan demikian lelaki (i.e. yg empat itu).’ [Hadith ibnu Jarir]
Hadith ini memberitahu kita betapa istimewanya Malam Qadr itu. Hadith berikut pula menceritakan 4 ulama' atau ahli ibadah Bani Israil tersebut. Dan, betapa mereka dikalahkan oleh kita yg berkesempatan menemui Malam Qadr tersebut. 
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum bani Israil yg mengerjakan ibadah selama) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakamalailatul qadri @ Lailatul-qadri khairaum min alfi syahrin’ ini lebih utama drp apa-apa yg hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Ayub, Zakaria dan Yusak adalah nabi zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa]
Saudara, begitu pemurahnya Allah (a.w) kpd kita umat Islam akhir zaman yg beriman. Walau bagaimana baiknya iman dan ketaqwaan manusia zaman akhir ini, tak mungkin kita bolehmenyaingi 4 orang yg disebutkan itu. Hari ini begitu banyaknya gangguan syaitah terhadap kita. Betapa rapuhnya pula iman kita. Betapa kurangnya  keyakinan umat Islam tentang  akhirat mereka. To compensate for that (= untuk mengimbangi kekurangan serta kelemahan umat Islam akhir zaman ini), Allah (a.w) berikan anugerah yg terbaik, walaupun mengerjakan ibadah yg sedikit, iaitu berIktikaf di masjid atau surau dan berkesempatan menemui malam Qadr itu, kita mendapat keuntungan besar demi akhirat kita.
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan dan kesabaran yg kental untuk berIktikaf dan berusaha mencari Lailatul Qadr itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Ibadah Malam & Lailatl-Qadr (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara hari ini kita sudah selesai berpuasa sebanyak 17 hari. Hanya ada 12 atau13 hari saja lagi kita akan menyambut Aidil Fitri, iaitu satu daripada dua kejayaan atau kesukaan bagi orang-orang yg berpuasa (Sabda Rasulallah (s.a.w) - kita diberi dua kegembiraan, pertama ketika kita berbuka; dan kedua, ketika kita merayakan Aidil Fitri.) Mulaimalam 15 Ramadhan , kita membaca Doa Qunut pada rakaat ketiga selepas bangkit dari Rukuk. Malangnya, hari ini adalah menjadi kelaziman orang Islam yg dangkal ilmunya mengenai Islam - al-Quran dan as-Sunnah - membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Walhal, tiada syariat Islam yg menyuruh kita membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh. Yg ada membaca Doa Qunut pada Solat Witir mulai 15 Ramadhan. Malah bacaan Doa Qunut itu adalah kalimah-kalimah yg dibaca oleh umat Islam arus perdana sekarang, walhal kalimah-kalimah itu adalah untuk Doa Qunut bagi Solat Witir (selepas 15 Ramadhan). Rugilah orang Islam yg membaca Doa Qunut ketika bersolat Subuh itu kerana tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah. Oleh kerana itu, kita melangar as-Sunnah, menyalahi perlakuan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) perintahkan kita supaya dalam mengamalkan Islam kita wajib akur dan contohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr. Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg mengerjakan suatu amalan yg tidak dibawakan ataudicontohkan atau dibuat oleh Raulallah (s.a.w) maka amalannya ditolak, yakni tidak diterima Allah (a.w). Malah lebih serius dari itu, kerana sesiapa yg membaharui syariat Islam - spt membaca Qunut ketika Solat Subuh itu - terkeluar dari Islam. Rugilah kerana beramal tanpa sandaran ilmu!
Saudara, dalam post ini kita teliti ketetapan Islam tentang Iktikaf atau berIktikaf yg dikerjakan bermula 10 malam terakhir Ramadhan, semata-mata kerana mencari Lailatul-Qadr.Sesiapa yg menemui lailatul-Qadr yg disebutkan berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan mendapat pahala yg amat besar, iaitu dikira mengerjakan amal ibadah - semua bentuk dan semua jenis yg sah mengikut syariat Islam - selama 1,000 bulan (atau 83.3 tahun). Orang yg menemui Lailatul-Qadr itu pasti dapat syurga di akhirat kelak.
Bagaimana beriktikaf? Iktikaf itu dibuat dgn berada di masjid yg lazimnya ada azan dilaungkan dan ada imam yg mengimamkan Solat Fardu secara berjema'ah. Waktunya selepas Solat Isyak sehinggalah tiba waktu Solat Subuh. Kita hanya perlu duduk di masjid. Tak perlu buat apa asalkan kita tidak tidur. Aapakala tidur maka terbatllah Iktikaf kita. Jika kita berjaga tanpa melakukan apa-apapun, pahala akan mengalir untuk kitaseolah-olah kita mengerjakan pelbagai amalan Qiamul-lail, walaupun kita takpun buat. Cukup duduk sahaja. Pahala itu datang mengalir untuk kita. Apabila kita tidur, berhentilah aliran pahala Iktikaf.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Fil-mu’takifi hua ya’kifuz-zunuba wa-yudra lahu minal-hasanati ka-a’milil-hasanatii kulliha’ (Yg bermaksud: Di dalam urusan orang-orang beriktikaf itu, iktikaf mencegah (diri) dari beberapa dosa dan dialirkan bagi orang yg beriktikaf dari beberapa kebaikan (pahala) seperti orang yg mengamalkan beberapa kebaikan (amalan dan ibadah malam) kesemuanya baginya.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Puasa] [Nota: Beriktikaf tanpa membuat apa-apapun mendatang pahala seolah-olah mengerjakan pelbagai amalan ketika beriktikaf. Jika tertidur terputuslan aliran pahala]. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kullu masjidin lahu muazzanun wa-imamun fa li-i’tikafi fihi yasluhu’ (Yg bermaksud:  Tiap-tiap masjid baginya ada orang-orang yg memanggil (i.e. azan untuk solat) dan ada imam (i.e. ada solat secara berjema’ah didirikan), maka beriktikaflah di dalam masjid kerana mendatangkan kebaikan (pada orang yg beriktikaf). [Hadith Darul-Qutni] 
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa tempat Iktikaf atau berIktikaf itu adalah 'musolla' - masjid dan surau - yg mana dilaungkan azan di dalamnya memanggil jema'ah untuk bersolat fardu secara berjemaah, iaitu tempat yg didirikan solat fardu secaraberjemaah sebagi kelaziman. Kita boleh berIktikaf di ruah, tetapi tidaklah dapat kita pahala Iktikaf. Kalau kita ditakdirkan Allah (a.w) menemui Lailatul-Qadr itu dapatlah kita pahala Lailatul-Qadr, tapi tidak dapat pahala Iktikaf.
Mudah-mudahan kita diberika tenaga dan kekuatan untuk berIktikaf di masjid sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Saudara, begitu banyak dan berbagainya amalan yg dianjurkan oleh Islam untuk membolehkan kita mendapat sebanyak mungkin pahala dalam bulan Ramadhan ini. Fikirkanlah, tak perlu buat apa, semata-mata duduk tak tidur di masjid, kita dapat pahala seumpama mengerjakanpelbagai amalan dan ibadah sunatdi malamhari, khususnya malam Ramadhan. Namun, tak ramai diantara kita yg sanggp dan mempunyai tekad yg tinggi lagi utuh lagi kental bersemangat untuk berIktikaf.

Jazakallahu khairah

Monday, August 8, 2011

JAIS, Gereja, Islam, Kristian dan Bantuan ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini dalam beberapa akhbar terdapat lagi ripples ombak letupan serbuan JAIS ke Gereja Methodist Damansara Utama beberapa hari lalu. JAIS dan Hassan Ali dan tindakan Padri gereja itu juga wajar diberi penghargaan kerana secara tak langsung, nampaknya, banyak pihak digerakkan dari kenyenyakan tidur mereka, termasuklah Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan menterinya, Sharizat A Jalil, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), PAS dan beberapa jabatan ugama yg lain dan beberapa individu berpeluang pula menulis pendapat dalam akhbar ...
Saudara, dalam akhbar Berita Harian, contohnya, terbitan hari ini (8 Ogos 2011), Manja Ismail menulis, Pengerusi Majlis Ftwa, Dr Abd Shukor Hussin, Shahrizat bercakap (yg berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat diperuntukkan RM 1.2 biliion setahun untuk membantu orang yg memerlukan bantuannya, mengarahkan supaya kurangkan birokrasi - mengapa tidak hapuskan saja birokrasi?), bercakap juga Ketua Pengarah JAWHAR, Anan C Mohd, supaya semua PPZ mempercepatkan pengagihan zakat kpd orang yg berhak. Alhamdulillah, ada yg sudah bangun dan merasai bahawa mereka tidak berfungsi sebaik mana gereja itu berfungsi.
Saudara, dalam blog ini kita telah komen. Kita tidak boleh salahkan gereja atau siapapun. memang tugas sebuah gereja dan seorang padri mencari pengikut seramai yg mungkin, mengaturkan program yg boleh menarik ramai pengikut kpd ajarannya. Tugas badan atau jabatan ugama Islam adalah supaya seramai mungkin umat Islam dapat diberi panduan dan bimbingan supaya seramai mungkin antara mereka dapat diselamatkan dari neraka dan berjaya dimasukkan ke dalam syurga. Tugas pemimpin Islam adalah supaya mengilmukan dan memberi kefahaman kpd umat Islam supaya jangan kembali ke alam kegelapan musyrik dan kafir, kerana kalau kafir dan syirik, sudah pasti dicampakkan ke dalam neraka oleh malaikat, dan pasti disiksa dalam kubur setelah matinya mereka. Kita sudah sebutkan bahawa mengakui diri Islam atau mengakui kita telah berusaha untuk membimbing umat Islam tidak cukup aklau kita sendiri yg membimbing umat Islam dan yg menguruskan jema'ah umat Islam dilekakan oleh dunia, kedudukan, wang ringgit, nama dan gelaran dan dapat rub shoulders dgn orang yg berkuasa yg akan menganugerahkan kita tempat, taraf, darjat dan nama di dalam dunia, kita abaikan tanggungjawab berdakwah dan mencelikkan umat Islam kpd tuntutan ugamanya, kerana kita digaji atau diupah untuk mencelikkan mereka dan berdakwah kpd umat Islam. Apabila umat islam diberi kefahaman tidak ada masalah kalau ada pihak yng memujuk mereka ke arah kebinasaan di akhirat, yakni masuk neraka. Takda siapa yg mahu masuk neraka. Malah Padri di gereja yg menjadi ontroversi itupun tak mahu masuk neraka, kalaulah dia faham dan diberi kefahaman tentang tanggungjawab manusia - Ayat 57, Surah az-Zariat dan Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' itu. Kalaulah padri itu faham bahawa 'al-Kitab' yg mereka agungkan itu bukannya Kitab Injil,  Nabi Isa (a.s) atau Kitab Zabur yg kononnya mereka berikan kpd orang Islam yg terlibat itu bukan Kitab Zabur Nabi Daud (a.s) atau kitab yg dikatakan mirip Kitab Taurat Nabi Musa (a.s) itu bukanlah kitab-kitab asli tersebut. kalaulah orang Kristian dapat diberi kefahaman bahawa Isa (a.s) bukannya anak Tuhan, maka pastilah mereka akan memeluk Islam. Kerana, sesiapa yg faham Islam, pasti tidak akan menolak Islam!
Saudara, lebih utama kalaulah badan spt JAIS, Majlis Fatwa, JAWHAR, khususnya orangorang yg memimpin organisasi tersebut cukup ilmu dan faham tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, tidak akan timbul permasaalahan yg mencetuskan kontorversi itu. Kerana, yg utama bagi kepimpinan dan ulama' Islam adalah mengilmukan umat islam dan memberi kefahaman kpd mereka tentang tuntutan Islam, supaya jangan mereka kekal tersesat apabila mengutamakan tuntutan manusia yg mengakui diri mereka berilmu dan ulamak serta faham Islam pada hal mereka tidakpun faham mesej al-Quran dan ketetapan Islam dalam as-Sunnah, mereka akan membantu semua pihak yg ingin mengilmukan umat Islam, pihak-pihak yg secara sukarela, ingin memberi kefahaman kpd umat Islam tentang Islam. Mereka tidaklah berdegil dan keras hati bahawa Islam itu sama dgn fahaman kemazhaban. Tidaklah mereka menokok tambah kpd syariat Islam sebagaimana yg dibawakan,diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tidaklah mereka membelakangkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dan megutamakan fahaman dan ajaran kemazhaban spt as-Syafie atau Hanbali atau Maliki atau Hanafi atau Wahhabi atau salafi atau salafus-Soleh atau apa jua jenama, bagi masyarakat lain di dunia, fahaman as-Sunni dan Syiah. Kesemua itu adalah branmd Islam yg akan menyesatkan pengikut-pengikut mereka sekiranya terdapat sesuatu ajaran yg sama sekali bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam wajib faham bahawa Islam atau 'siratul mustaqim' itu hanyalah berpandukan dan mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. Apa-apa yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah pastilah batil, jika dijadikan panduan dan diikuti pasti sesat, tidak akan dapat syurga!  
Saudara, adalah menjadi tanggung jawab pemimpin umat Islam bahawa mereka berilmu dan faham Islam. Mereka wajib berdakwah memberi kefahaman kpd umat Islam, apabila mereka sendiri sudah berilmu dan faham. kalau mereka memimpin umat Islam dgn sesuatu yg batil (i.e. bertentang dgn al-Quran dan as-Sunnah) mereka akan menerima dosa dan kiriman dosa dari mereka yg dipimpin, kerana setiap kebatilan yg diajarkan, akan mendatangkan dosa dan orang yg mengerjakan kebatilan yg kita dakwahkan akan mengirim dosa kpd kita sebagai pemimpin umat. Sebaliknya, setiap yg haq yg kita ajarkan dan bimbing pengikut kita, yakni umat Islam, kita mendpat ganjaran pahala, dan kiriman pahala pula. Bukankah ini lebih utama bagi mereka yg menjawat jawatan memimpin dan memandu umat Islam? Sebenarnya, jikalah dakwah orang-orang yg menganggotai badan-badan ugama tersebut, jikalah program yg diamanahkan kpd badan-badan tersebut, dilaksanakan menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, kita tak perlu ragu dgn umat Islam, kerana mereka faham bagaimana mungkin hnedak selamat di dalam alam barzah dan di alam akhirat. Kejahilan di kalangan kepimpinan dan dikalangan ummahlah yg menyebabkan orang yg akui dirinya Islam mencari sumber ilmu dan sumber keselamatan dunia dan akhirat dari pihak-pihak yg bukan Islam.
Mudah-mudahan, dgn kejutan gereja tersebut, kepimpinan ummah sedar dan disedarkan. janganlah, keran seumpama orang yg terlalu lena dgn tidurnya, setelah digegarkan atau diketukan, ltak lama kemudian akan terlena semula dan mimpikan kesenangan dunia, tanpa menyedari bahawa akahiratnya tergugat ... Sesal dahulu pendapatan, kata pepatah Melayu, sesal kemudian takda gunanya. Oleh itu semaklah diri, perbetulkan ilmu dan kefahaman diri, dan perbetulkanlah amalan, dan tindaktanduk kita, supaya jangan berlainan dari al-Quran dan as-Sunnah, bertindaklah menyempurnakan amanah masing-masing, kerana pengurusan ilmu, termasuk pengurusan zakat adalah urusan fi sabilillah, yg tidak boleh dianggap enteng dan diremehkan. Dan, tidak boleh disalahgunakan. Tambahan pula, ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah tidak boleh diremehkan.

Jazakallahu khairah

Sunday, August 7, 2011

JAIS, Islam & Kristian (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin kita tlah komen berita (Berita Harian keluaran 5 Aug 2011) menarik tentang katanya 'pencerobohan' oleh JAIS premis greja (Greja Methodist Damansara Utama) di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 4 Aug 2011 (?). Pastor/padri Greja tersebut adalah Dr Daniiel Ho, rakan SU Agung MCA, Kong Chu Ha. Padri ini seorang yg dari segi akademik agaknya cerdik. 
Kelmarin dalam akhbar Berita Harian dan Metro, kita dapat lagi maklumat disiarkan mengenai episod tersebut. Kata Pengarah JAIS yg baru, Marzuki Hussin, (yg menggantikan Dato' Mohd Husrin, kini SUK Selangor), yg membuat gemparan yg lebih hebat, bahawa ada bukti greja dan padri yg mengetuai greja tersebut, yg dikenal oleh beberapa tokok kuat politik MCA, cuba mengalihkan aqidah sekumpulan orang Melayu (yg 'Islam') untuk menukar ugama dgn diberikan bantuan untuk mengurangkan kesukaran hidup mereka. [Nota: Gemparan hebat kerana beliau lebih berani drpd Husrin. Malah tindakannya boleh memudaratkan kewibawaan barisan pemerintah kerajaan negeri di bawah kesepakatan antara Keadilan, PAS dan DAP dan mungkin pula menguntungkan Barisan (UMNO, MCA dan MIC dll)! Dan, boleh juga menunjukkan bahawa tiada kesepakatan halatuju antara wakil PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan PAS Selangor, kerana terdapat percanggahan antara kepimpinan PAS Selangor (melalui komen Khalid Samad, MP PAS) dgn Ex-Co PAS Kerajaan Selangor Dr Hassan Ali. Dan, tiada penyelarsan tindakan kerajaan negeri apabila MB, Khliad Ibrahim, pula nampaknya (seemingly) tidak diberitahu oleh Dr Hasan Ali. Wallahu 'alam].
Saudara, dikatakan terdapat 50 orang 'Islam' (kebanyaknnya ibu tunggal) yg sering hadir program di greja tersebut yg dibantu setiap bulan oleh greja berkenaan, dgn syarat mereka hadir kursus pengajian dua kali seminggu. Ketika serbuan dibuat hanya 12 orang didaftarkan, yg lainnya sempat melarikan diri, katanya. Ketika serbuan di buat, seorang drp yg Islam itu sedang berceramah dgn merujuk kpd  petikan al-Quran. Seorang wanita yg ditemubual, katanya, memberitahu bahawa orang 'Islam'yg melanggan bantuan greja tersebut diberikan kitab-kitab ajaran Kristian (ditunjukkan gambarnya, iaitu: 'al-Kitab - Berita Baik' dan 'Kitab Suci Zabur dan Injil') dan tape dan kaset lagu-agu mengagungkan Jesus dan ugama Kristian dan menjatuhkan al-Quran dan Nabi (s.a.w).
Saudara, ada beberapa isu penting yg perlu kita yg islam kedepankan; antaranya: pertama, tidakkah ada program bantuan oleh pihak pertubuhan atau badan ugama (atau kerajaan) sebagaimana JAIS untuk membantu dan membela orang Islam yg miskin dan sulit hidupnya, terutama di kalangan ibu-ibu tunggal, yg ditinggalkan oleh suami mereka atau yg diceraikan oleh suami mereka tanpa diberi nafkah anak-anak mereka? Kedua, apakah JAIS, contohnya, tidak mempunyai sumber untuk megadakan sebua pusat untuk pembelaan terhadap kaum ibu yg mempunyai anak yg sempit hidup mereka untuk mendakwa si suami yg curang dari menjelaskan tanggungjawab terhadap anak-anak yg mereka tinggalkan, sebuah Pusat Pembelaan Penganianyaan Ibu Tunggal? Ketiga, mengapakah begitu sukar bagi JAIS, contohnya, untuk mengadakan program bantuan kewangan bagi orang Islam yg memerlukan bantuan? Dan, mengapakan sumber kutipan zakat, sebagai contoh, tidak dimanfaatkan untuk membantu fakir miskin dan orang yg dalam kesusahan mendapat rezki (spt ibu tunggal dan anak-anak mereka)? Keempat, mengapakan JAIS, sebagai contoh, tidak mengdakan program pengilmuan yg terancang dan tersusun serta berterusan kpd golongan-golongan yg jahil tentang Islam (termasuk mereka yg terdesak hidup spt ibu tunggal, anak-anak muda yg rosak akhlaknya (yg merempit dan yg belajar di menara gading yg sering tidak melaksanakan tugas mereka terhadap Allah (a.w)), mereka yg bekerja yg dangkal ilmunya terhadap Islam, termasuklah mengilmukan wanita-wanita yg terlanjur, termasuklah yg bekerja di rumah/tempat maksiat spt SPA, rumah urut dan sebagainya? Kelima, mengapakah JAIS, sebagai contoh, tidak meneliti keutamaan (priority) program dan aktivitinya supaya tidaklah songsang, supaya mengutamakan yg lebih wajib (spt menyampaikan ilmu dan menghapuskan kebutaan ugama di kalangan umat Islam, termasuk diri mereka sendiri) dan meninggalkan yg kurang wajib (seperti mencari orang berbuat maksiat)?
Saudara, dalam isu terakhir ini, kita wajarlah teliti al-Quran dan as-Sunnah. Apakah Rasulallah (s.a.w) dan khalidfah ar-rasyidin al-mahdiyin - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, r.an) - menyuruh kita utamakan apa yg JAIS uatamakan? Yg ebih utama adalah menghapuskan kejahilan ilmu dalam diri mereka dan dalam diri orang Islam yg lain. Kerana, kejahilanlah yg membuatkan mereka tidak faham 'priority' dalam menjalankan tanggung jawab dan tugas. Mengapa tidak? Mengapakah JAIS menghalangi pengajaran ilmu al-Quran dan as-Sunnah oleh kumpulan-kumpulan persendirian dan berkelompok, jika yg diajarkan adalah al-Quran dan as-Sunnah? Mengapakah tidak JAIS memantau sahaja ajaran ugama masyarakat Islam supaya dipastikan yg diajarkan tidak lari dari dan tidak menyalahi al-Quran dan as-Sunnah? Nak tahu apakah sesuatu ajaran itu lari dari al-Quran dan as-Sunnah, mudah! Orang JAIS wajar berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah. kalau mereka faham al-Quran dan as-Sunnah, maka golongan spt yg diserbu di greja itu tak timbul, kerena mereka diberi kefahaman ilmu bahawa sesiapa yg anuti ugama selain Islam pasti, apabuila mati disiksa dalam kubur, dan apabila kiamat dunia, pasti masuk neraka. Dan, orang-orang JAIS pasti memberi keutamaan kpd program dan proises dahwah dan pengilmuan. Kedua, tanpa ilmu tidak mungkin umat Islam di Malaysia hari ini dan di masa depan boleh dikawal prilaku mereka - spt orang-orang yg tidak bersolat, terutama Solat Jum'at, tidak berpuasa, minum arak, lelaki menceraikan isteri tanpa membayar nafkah anak, lelaki yg menggantung isteri tanpa bertali, berjudi, berpoya-poya, membiarkan media TV serta selebriti, spt pelakon dan penyanyi, mempengaruhi minda muda mudi dan kanak-kanak dgn gayahidup yg bukan Islam, dan sebagaimnya. Tanpa ilmu, kepimpinan Islam tidak faham tentang zakat dan penggunaan zakat. Mereka tidak faham tentang konsep dan hakikat infaq fi sabilillah yg lebih kerap dirujk oleh Allah (a.w) dan Rasullah dalam al-Quran dan as-Sunnah berbanding zakat! Ketiga, tanpa ilmu yg haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah, orang yg akui dirinya Islam atau menganggap atau berhayal bahawa dia Islam tidak akan mendapat hidayah. Tanpa hidayah, kepimpinan Islam, termasuk para ulama' dan ilmuan dan penjawat jawatan ugama di dalam organisasi spt JAIS, MAIS dan JAKIM, sebagai contoh, akan melaksanakan pelbagai program yg sama sekali tidak membantu umat Islam yg memerlukan dan dahagakan bantuan, pertolongan, bimbingan dan panduan hidup sebagai seorang iman yg benar, yg berjaya selamat dari siksa kubur dan selamat dari neraka. Ilmu akan memberi kesedaran dan kesedaran yg mendatangkan hidayah dan permasalahan umat Islam boleh ditangani oleh badan spt JAIS.
Saudara, memang suatu yg sukar untuk selamat dari siksa kubur dan selamat dari neraka. Kerana, di kalangan orang yg akui diri mereka Islampun, tak pasti berjaya mendapat syurga. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu di zaman kita ini, terdapat 73 golongan atau kategori umat Islam, semuanya beranggapan mereka Islam menjalani kehidupan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, Rasulallah (s.a.w) memberitahu 72 golongan atau kategori umat Islam yg mengerjakan amalan dan ibadah dan berusaha sebaik mungkin menjalani kehidupan sebagai orang Islam, kekal gagal dapat syurga, tetapi dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Dalam golongan ini termasuklah mereka yg bertugas di dalam organisasi spt JAIS. Hanya satu golongan yg berjaya mendapat syurga! Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita tahu lebih 1,400 tahun yg lampau iaitu umat Islam yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg berpandukan kpd as-Sunnah (iaitu sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan mereka berjema'ah dalam Islam. Kita boleh tanya diri kita sendiri adakah kita menepati spesifikasi orang Islam yg akan mendapat syurga itu? Kita semak segala panduan amalan dan ibadah kita, niat kita dalam beramal dan mengerjakan amal-soleh, dan tujuan kita dalam berdakwah, semak pula amalan dan ibadah kita, cara hidup kita, apakah kita mencontohi Rasulallah (s.a.w)? Adakah kita lakukan perkara-perkara yg ditegah oleh al-Quran dan dilarang oleh as-Sunnah? Contohnya: kalau al-Quran berikan kita laluan atau 'tauliah besar' iaitu bila ada ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg kita belajar dan fahami, kita wajib sebarkan dan kita ditegah sembunyikan, maka kita tidak sebarkan, malah kita punya tegah atau halangi orang lain sebarkan atau sampaikan? Kalau as-Sunnah suruh kita sampaikan  ilmu yg kita pelajari dan fahami, walaupun secebis ayat al-Quran atau sepotong hadith, kita tak sampaikan, kita halangi pula orang yg ada ilmu sedemikian sampaikan? Kedua-dua perbuatan ini melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Apakah kita benar-benar Islam?
Saudara, kalaulah 50 orang Melayu yg dikatakan Islam yg hadir program pengilmuan di greja yg di'ceroboh' itu diajarkan dan digahamkan tentang Islam, pasti mereka boleh mendapat hidayah dan petunjuk. Hanya dgn ilmu seseorang itu mendapat hidayah. Hidayah bukanlah suatu warisan sebaimana raut wajah kita kita warisi dari kedua ibubapa dan nenek myang kita. Hidayah tidak datang dgn bergolek. Kita belajar di Azhar dan Maninah atau Jordan, tanpa mengaji al-Quran dan as-Sunnah sepenuhnya, tak mungkin orang yg ada Ph D dari Azhar, Madinah, Jordan dsanya itu 'alim tentang Islam dan faham tentang Islam dan boleh mendapat hidayah. Orang Melayu  Islam kerana keturunan. Namun mereka kekal Islam nama sahaja tanpa ilmu. Malah, ramai orang Melayu menjadi kafir tanpa disedari. Contoh: meninggalkan satu solat fardu dgn sengaja pasti kafir. Tidak berpuasa pasti kafir, kerana puasa adalah perintah wajib atas orang Islam, maka dgn itulah jika kita tinggalkan satu hari puasa Ramadhan dgn sengaja, pahala berpuasa dgn penuh keimanan dan ketaqwaan selama setahunpun tidak boleh mengimabngi pahala sehari tersebut. Orang Islam itu wajib dia solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan menepati syahdahnya iaitu akur dia dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya. Jika dia tidak akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah maka dia belum Islam, jauh sekali beriman.
Saudara, mungkin orang Islam - terutama orang Melayu - beranggapan bahawa Islam itu mudah. Memang mudah jika mereka mengaji al-Quran dan as-Sunnah dan faham al-Quran dan as-Sunnah dan mengamalkannya atau melaksanakan tuntutan kedua-dua panduan haq tersebut. Kalam umat Islam lupakan atau ketetpikan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka berpandukan ajaran dan kitab selain al-Quran dan al-Hadith, maka lambat laun mereka akan sesat. Itu kepastian. Ramai umat Islam yg sesat - yg kononnya berilmu apatah lagi yg jahil - pasti sesat. Jika tidak mengapakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahwa drp 1,000 orang yg akui diri mereka Islam, hanya seorang dapat syurga?
Oleh itu berwaspadalah. Sebelum terlamat perbetulkan diri dan isilah dada dgn ilmu yg haq dan penuhilah dan perbetulkanlah tanggungjawab yg diberikan kpd kita - sama ada kita di dalam organisasi seperti JAIS atau manusia biasa spt penulis, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Friday, August 5, 2011

Menarik hari ini: JAIS, Islam dan Kristian.

Assalamualaikum,
Saudara, menarik mendengar berita semalam tentang pencerobohan orang JAIS ke sebuah gereja di PJ. Hari ini dilapurkan sedikit lagi kenapa dan mengapa. Mengikut akhbar Berita Harian (5 Ogos 2011) dikatakan gereja tersebut menghidangkan makan minum kpd beberapa orang yg 'kononnya Islam' dan mengikut kata-kata salah seorang 'orang Islam' yg terlibat tu, dia mendapat bantuan ikhsan dari gereja tersebut sekian lama untuk membantu kedudukan ekonominya yg tak kokoh. Katanya lebih 100 orang Islam, termasuk ibu tunggal mendapat bantuan gereja tersebut. Mereka dah minta dari JAIS bantuan, katanya, tapi tak diberi. Katanya, mereka diberi minum 'sejenis air' (mungkin apa yg sering dikenal dgn holy water) dan mereka yg mendapat bantuanatau ingin kekal mendapat bantuan, hendaklah menghadiri program gereja tersebut. Dilapurkan juga bahawa Hassan Ali, Ex-Co Ugama Selangor terlibat memberi arahan dan Khalid MB pula seolah-olah tak tahu serbuan itu dijalankan, dan minta Padri yg mengetuai gereja tersebut datang jumpa dia selepas dia dapat lapuran lengkap JAIS nanti.
Saudara, suatu yg anih. Bagi mereka yg kenal dgn Hassan Ali dan Khalid dan kenal dgn kepimpinan JAIS, mereka tidak merasa pelik. Suatu masa dulu - tahun lepas kalau tak silap - JAIS menyerbu sebuah tempat dijadikan tempat bersolat Jum'at oleh sekumpulan orang Islam yg faham tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang syariat Solat Jum'at. Mereka mengadakan Solat Jum'at bukan di tempat yg ditauliahkan atau diistiharkan oleh JAIS atau MAIS, pihak berkuasa ugama, maka perkumpulan itu dikira salah mengikut perundangan Ugama Islam Selangor. Mungkin, kerana tidak mengadakan Solat Jum'at di tempat yg diiktiraf, pihak JAIS mungkin membuat ketetapan bahawa Solat tersebut tak sah atau tidak mengikuti syariat Islam! Apakah begitu?
Saudara, bagi mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah - dan faham al-Quran, contohnya, dari ayat pertama Surah al-Fatihah sehinggalah ayat terakhir Surah an-Nas - akan tahu, beberapa perintah pokok Allah (a.w); antaranya: pertama, umat Islam, termasuklah organisasi Islam yg menguruskan umat Islam, wajib faham dan akur bahawa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu adalah ketetapan yg tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana kuasa atau individu ataupun perundangan yg dimaktubkan oleh manusia, walau warak macam mana sekalipun. Kedua, Allah (a.w) menghukumkan bahawa setiap ketetapan Allah (a.w) - malah ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah - wajib diambil pakai dan diterima dan dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan orang yg menentang pelaksanaannya adalah digolongkan orang yg kafir atau fasiq atau menzalimi diri mereka sendiri. Maka dgn itu mereka, di akhirat kelak, wajib masuk neraka. Ketiga, Allah (a.w) perintahkan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, itu wajib diambil pakai dan dijadikan panduan yg bukan saja haq tetapi mutlak, maksudnya wajib di laksanakan oleh orang yg akui diri mereka Islam. As-Sunnah tidak boleh ditolak. Keempat, amalan dan ibadah dalam apapun bentuk, cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, wajib berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, jika tidak, amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w) walaupun mereka beranggapan mereka adalah Islam. Justeru itu, al-Quran dan as-Sunnah adalah Perlembagaan Islam. Maka dgn itu setiap peraturan atau ketetapan (spt peraturan MAIS atau JAIS) yg bersalahan dgn atau berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah secara otomatis terbatal. Maksudnya: undang-undang JAIS dan MAIS hendaklah dinilai dan diteliti dalam konteks ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah! Apakah selari atau sejajar?
Dalam konteks perbezaan atau kelainan ugama pula, orang Islam dan orang bukan Islam wajib tahu atau diberitahu bahawa hanya ugama Islam yg diterima Allah (a.w) sebagai ugama bagi manusia. Ugama selainnya tidak diterima. Ugama Islam itu bukan sebarang cara dan kaedah atau sistem yg dibentuk manusia, tetapi sebagaimana yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Secara fundamentalnya, orang Islam dan bukan Islam wajib tahu dan diberitahu beberapa perkara; antaranya, pertama, oleh kerana Islam adalah ugama Allah (a.w), maka orang yg menganuti ugama selain Islam, pasti tidak akan mendapat syurga. Walau bagaimana baiknya mereka atau waraknya mereka, spt padri dan Pope di Romepun, atau dermawannya seorang yg tidak Islam, tidak ada gunanya untuk kebajikan mereka di akhirat, kerana segala kebaikan mereka di dunia, tidak diberi ganjaran pahala. Di akhirat, mereka secara otomatik dicampakkan ke dalam neraka. Malahan, dalam kubur lagi sudah disiksa sampai kiamat dunia. Kedua,  orang Islam yg menentang atau menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong orang yg dimurkai Allah (a.w) kerana mengagungkan atau menerima apa yg diperkecilkan oleh Allah (a.w) dan menolak atau mempersoalkan apa-apa yg diutamakan oleh Allah (a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau JAIS atau MAIS beranggapan bahawa undang-undang syariat Islam negeri Selangor itu lebih baik dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tergolong dari golongan orang yg sama spt orang yg meremehkan al-Quran dan as-Sunnah yg diagungkan oleh Allah (a.w) dan mengutamakan pula ketetapan manusia! Ketiga, dalam konteks bantuan kpd orang Islam yg berhaq, semua kutipan zakat dan fitrah tahunan sewajarnya diagihkan kesemuanya kpd orang yg tergolong dalam asnaf yg lapan. Kalau pihak berkuasa ugama Islam sumpama MAIS dan JAIS faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kesemua kutipan zakat dan fitrah sepatutnya dihabiskan setiap tahun, sebelum tiba Ramadhan tahun depan. Tapi, hari ini begitu banyaknya wang kutipan zakat dilaburkan dgn membina pencakar langit atau wisma yg memanfaatkan golongan yg tak sepatutnya mendapat manfaat dari agihan zakat dan fitrah. Lihat sajalah berapa banyaknya bangunan tersergam yg dibangunkan dgn membelanjakan wang zakat. Hanya zakat fitrah yg, agaknya, dihabiskan setiap tahun. Dan, kalau kita teliti senarai mereka yg menerima bantuan kebajikan daripada organisasi seumpama MAIS dan JAIS, kita akan dapati gereja Kristian yg diserbu itu lebih mampu memberi bantuan kpd orang yg perlukan bantuan dan orang yg lebih wajar menerima bantuannya! Maka tidak hairanlah mereka ikuti program gereja tersebut demi mendapatkan bantuan! Mereka mungkin Islam secara hakiki, tanpa menyamakan mertabat Islam dgn ugama peloporan gereja, Kristian, wallahu 'alam. Namun, keperluan mereka dan keperitan hidup mereka dapat dikurangkan oleh pihak gereja.
Saudara, pihak organisasi spt MAIS dan JAIS, malah kerajaan-kerajaan negeri yg diberi tanggungjawab tentang Islam dan masyarakat Islam, sewajibnya mengkaji al-Quran dan as-Sunnah dan membuat ketetapan yg wajar dan sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Atau, kalau malas mengkaji al-Quran dan as-Sunnah, kajilah kebaikan sistem bantuan gereja tersebut. Mungkin mengikut prinsip-prinsip yg terdapat dalam Kitab Bible mereka, mereka telah laksanakan suatu sistem yg baik. Harus ingat walaupun Bible bukanlah Kitab Injil yg dibawakan oleh Nabi Isa (a.s), namun dalam perkara kebajikan manusia atau umat, sebahagian besar ketetapan dan prinsip Injil telah diguna pakai dalam Bible. Maka dgn itu, kalau kita teliti budi pekerti dan ukhuwah serta semangat setia kawan orang yg berugama Kristian, mereka lebih baik dari beberapa golongan orang Melayu yg akui diri mereka Islam. Mereka lebih menghormati orang tua, suka membantu, tidak sombong dan membangga diri, muda-mudi mereka lebih sopan, dan banyak lagi perlakuan dan keperibadian baik yg gereja ajarkan mereka.
Saudara, sistem dakwah Kristian lebih baik dan lebih mudah diterima oleh orang. Cuba bandingkan dakwah orang-orang yg menjadi anggota organisasi Islam. Kita dapati mereka lebih suka melaksanakan program yg tidak langsung bersifat dakwah. Kalau mengajar dan menyampaikan ilmu perlu diberi imbuhan yg banyak. Jika tidak, program pengilmuwan terbantut. Mereka kurang ilmu tetapi menghukum orang yg berilmu salah dan sesat. Contoh: adakah ketetapan Islam yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah menyebut atau mensyaratkan bahawa Solat Jum'at hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut: pertama, dibuat hanya di tempat yg diiktiraf atau ditauliahkan oleh MAIS atau JAIS? Adakah pra-syarat sedemikian dalam al-Quran atau as-Sunnah? Kedua, adakah al-Quran dan as-Sunnah mensyaratkan bahawa Solat Jum'at hanya boleh didirikan jika terdapat seramai empat puluh orang jema'ah? Apakah tidak boleh disolatkan oleh tiga orang? Rasulallah (s.a.w) sering mensolatkan Solat Jum'at hanya bertiga atau bersama jema'ah yg kurang dari 12 orang? Apakah sunnah Nabi (s.a.w) sedemikian tidak boleh diambil pakai dan diikuti? Ketiga, bukankah khutbah Jum'at itu sebahagian drp Solat Jum'at - sebahagian yg hakiki - maka wajib dibacakan dalam bahasa Arab? Kalau tak boleh bercakap Arab, bagaimana? Maka dgn itulah khutbah itu wajib dibaca bukan disyarahkan! Keempat, bukankah mengikut as-Sunnah Khutbah Jum'at, sebagaimana juga lain-lain khutbah, adalah nasihat mengenai ugama, mengenai keimanan, kepatuhan kpd ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, mengenai segala sesuatu tentang persediaan dan menyediakan diri untuk menghadap Allah (a.w), membetulkan amalan dan ibadah dan meningkatkan amalan dan ibadah dan ketakwaan? Maka hendaklah nasihat mengenai akhirat dimuatkan dalam khutbah, termasuklah kebajikan dalam kubur dan di alam akhirat, dan kejayaan mendapat syurga terselamat dari neraka, setelah matinya manusia? Nasihat tentang dunia itu bukanlah forumnya khutbah. Tambahan pula wajib kita ingat bahawa pada Allah (a.w) dunia itu tak ada nilainya - kesenangan yg sedikit atau kesenangan yg melalaikan manusia, kesenangan akhirat itu lebih utama, kerana tidak ada waktu penamat! Malah Allah (a.w) memberitahu kita melalui NabiNya bahawa kalaulah dunia itu pada Allah (a.w) sama nilainya dgn kepak seekor nyamuk, maka orang yg kafir, i.e. tidak akui Allah (a.w) tuhan mereka dan Muhammad (s.a.w), UtusanNya, tidak akan diberi seteguk airpun untuk diminum. Oleh kerana pada Allah (a.w) dunia itu tiada nilainya, orang kafir dan kufurpun diberi rezki - malah diberi lebih banyak rezki pula - kerana berjaya di dunia tak penting pada Allah (a.w). Allah (a.w) inginkan manusia itu berjaya di akhirat. Tak siapa boleh berjaya di akhirat kalau mereka membelakangi atau mengubah atau meninggalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Sepatutnya, orang-orang yg berada dalam organisasi spt MAIS dan MAIS, wajib ilmukan semua orang Islam supaya mereka sendiri bertindak mengikut landasan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka mengilmukan umat Islam supaya mereka dapat bezakan yg haq dan yg batil dalam Islam, dan mereka faham apakah mereka akan selamat apabila menganuti fahaman ugama selain Islam, dan apakah mereka benar-benar mengamalkan dan mengibadahkan syariat Islam yg haq mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini sepatutnya menjadi misi mereka dalam organisasi spt JAIS dan MAIS dan JAKIM. 
Oleh kerana itu, sebelum menghukum mereka yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah di Kajang itu dan juga, baru-baru ini, di Padang Jawa, sebagai golongan menyimpang atau sesat, mereka wajib faham Islam. Mereka wajib ilmukan diri mereka sepenuhnya dgn al-Quran. Mereka wajib teliti as-Sunnah dgn mempelajari Kuttubul Sittah. Jangan memandai-mandai tanpa ilmu atau bertindak dalam kejahilan. Akibatnya, kesilapan kita tanggung sendiri. Orang yg menghalang proses dan program pengilmuan Islam yg hak besar dosanya dan besar siksaannya dalam kubur dan di akhirat...
Semoga sdr yg membaca komen ini sedar dan faham, insya Allah.

Jazakallahu khairah