Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post sebelum ini kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) beberapa peringatan, antaranya: pertama, mengakui bahawa kita orang Islam tidak mempunyai apa-apa erti. Yang membezakan kita dengan orang yang tak Islam hanyalah bahawa amalan dan ibadah kita, serta kebaikan kita sesama manusia, diberi pahala oleh Allah (a.w), selagi kita tidak jatuh kafir. Orang yang tidak Islam segala amalan dan ibadah serta kebaikannya tak berguna untuknya, dan di akhirat kelak, masuk neraka takkan mendapat syurga sama sekali.
Saudara, ada banyak kemungkinan kita jatuh kafir. Kalau kita meninggalkan satu solat fardu dengan sengaja, kita jatuh kafir. Kalau kita tidak yakini atau kita syah wasangka satu ayat al-Quran atau sepotong hadith, kita juga jatuh kafir. Kita menolak satu ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, kita juga jatuh kafir. Maka dengan itu, memangnya ramai orang Islam yang kelihatan lahiriah Islam tetapi hakikatnya kafir! Wal iya zubillah. Justeru itu, hendaklah kita sentiasa berwspada supaya kita tidak menjadi kafir tanpa kita sedari. Malah, kita menjadi kafir kalau kita mengamalkan sesuatu yang ersifat bid'ah. Ini tak ramai orang Islam tahu. Kalau tahupun mereka tidak yakin dengan ketetapan sedemikian. Jelaslah, mereka menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w), walhal Allah (a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang mentaati perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) pastilah dia mentaati ketetapan Allah (a.w). Sebaliknya adalah counter factual: sesiapa yang menolak atau tidak mahu terima ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka dia tidak menerima ketetapan Allah (a.w)! Ramai umat Islam dalam kategori ini. Kenapa, mereka tak sedar? Mereka tak yakin dengan ketetapan as-Sunnah. Malah, ada yang tidak yakin bahawa ketetapan as-Sunnah itu adalah sama utama dan wajib dipatuhi dengan ketetapan al-Quran. Kedua, Islam tidak menjamin kita mendapat syurga dan selamat dari nerka! Ini jelas. Segala sesuatu yang ditegah atau dilarang oeh Allah (a.w) dalam al-Quran dan yang dtegah dan dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, jika kita lakukan, pasti kita berdosa dan setiap dosa itu meeajibkan kita dibersihkan dahulu dalam neraka dari segala dosa-dosa kita. Kita mungkin hidup melakukan banyak yang dilarang dan mengerjakan amat sedikit apa yang disuruh atau diperintah. Maka kita Islam tapi adalah calun neraka! Ketiga, Islamnya kita tidak secara otomatis mendapat syurga. Di dalam al-Quran disebutkan banyak kali dalam banyak surah, bahawa syurga itu diwarisi oleh orang yang mengerakan amalan soleh - buat segala yang diwajibkan, kerjakan juga apa-apa yang disunahkan dan tinggalkan apa-apa yang ditegah atau dilarang, yakni kita tergolong orang yang bertaqwa. Seseorang yg Islam tetapi tak solat, tak puasa, tak keluarkan zakat, bila mampu tak tunaikan haji dan bila kaya pula tidak infaqkan sebahagian harta kekayaannya untuk fi sabilillah, tetap tak dapat syurga.Saudara, janganlah sauadara berangan-angan bahawa Islam adalah pasport ke syurga. Pasport ke syurga itu adlah mematuhi Ayat-ayat al-Quran berikut: Pertama, Ayat 13, Surah an-NIsa' - kita taati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, kita amalkan Islam secara berjema'ah atau Islam yang bentuknya berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Ketiga, dalam mengamakan Islam secara berjema'ah atau bentuk pengamalannya adalah secara berjema'ah, kita wajib taatkan 'ulil amri', yakni kepimpinan jema'ah kita - Ayat 59, urah an-Nisa, dengan syarat, selagi kepimpinan jema'ah kita tidak memerintahkan kita mengerjakan sesuatu yang bersifat maksiat. Keempat, kita wajib akur dan patuh dengan ketetapan atau perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Srah ak-Haysr - wajib akur dengan ketetapan as-Sunnah. Kelima, kita Islam tetapi kita tidak pula menyediakan diri menjadi seorang Islam yang benar-benar Islam! Kenapa, kita Islam tapi tak bersedia? Kita menjadi Islam kerana 'accident of birth' lahir di kalangn keluarga Islam, maka secara otomatis kita Islam. Ramai keluarga Islam tetapi cara hidup dan gayahidup atau resmi hidup mereka takda beza dengan orang yang bukan Islam! Kita mungkin memeluk Islam kerana sebelum ini kita adalah bukan Islam. Tapi, kita trtarik kepada Islam, kerana, mungkin, meyakini hakikat ketetapan mutlak Allah (a.w) bahawa kalau kafir tak kan dapat masuk syurga, kecualilah boleh masuk melalui lubang jarum seekor unta! An impossibility!
Sehubungan itulah, kalau nakkan syurga, hendaklah menjadi Islam terlebih dulu. Selepas Islam kita tak patuhi ketetapan Allah (a.w), anataranya: pertama, segala amalan dan ibadah kita hanya sah dan diterima atau diberi ganjaran pahala kalau kita kerjakan amalan dan ibadah tersebut berdasarkan ilmu. Kita tak boleh beramal secara ikut-ikutan - orang buat kita buat, orang kata begitu begini, kita buat dan seumpamanya. Kita tidak boleh kerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan ilmu. Kita beramal dan beribadah atas dasar kejahilan ilmi, kemudian kita mengharapkan diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w). Mustahil! Kita wajib akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam perkara amalan dan ibadah ini berdasarkan firmanNya: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmu' (Yg bermaksud: Janganlah engkau kerjakan (i.e. amalkan dan ibadahkan) sesuatu yang kamu belum tahu ilmu mengenainya (i.e. mengenai amalan dan ibadah tersebut)' - Ayat 57, Surah al-Isra'. Kedua, kita wajib faham bahawa amalan dan ibadah yang membolehkan Allah (a.w) terima hanyalah kerana kemukhlisan kita mengerjakannya, bukan keikhlasan. Kemukhlisan itu merangkumi keikhlasan dan kepatuhan kepada ketetapan Allah (a.w). Ketetapan Allah (a.w) merangkumi bentuk, cara dan kaedah beramal dan mengikuti ketetapan serta contoh yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w), sendiri, buka memodelkan amalan dan ibadah kita kepada ketetapan selain apa yang didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka niat itu sudahpun ditentukan oleh Allah (a.w) -tak payah cari dahpun disediakan, kerana niat yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) iaitu: 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna azabahu' (Yg bermaksud: kerana mencari kerahmatan Allah (i.e. syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. takutkan azab dalam neraka).' - Ayat 36, Surah al-Isra'. Bukan keikhlasan tetapi kita niatkan semata-mata mencari keridhaan Allah (a.w) - kerjakan yg disuruh dan tinggalkan yang ditegah, dan kita lakukan semuanya kerana kita takutkan neraka! Ketiga, Semua amalan dan ibadah dalam Islam ditetapkan dan ditentukan serta dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) bukan kita kerjakan amalan atas contoh atau cara dan kaedah yang diamalkan atau diajarkan oleh manusia! Sesuatu ketetapan dalam Islam itu hanya benar dengan didasari oleh ayat al-Quran dan hadith Rasulallah (s.a.w). Tanpa, nas dan dalil yang sedemikian itu, semuanya batil. Yang haq hanyalah keteapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah kita disuruh aur dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Wa-ma takumur-rasula fa-khuzuhu, wa-ma nahakum fan-tahu' (Yg bermaksud: Apa-apa yang didatangkan (i.e. dibawakan syariatnya oleh) Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w), hendaklah kamu tinggalkan.' Kita tidak boleh jadikan ajaran atau contoh amalan manusia kecualilah manusia itu beramal dan beribadah menepati ketetapan as-Sunnah.
Keempat, dlam Islam untuk mendapatkan syurga itu, hendaklah kita beramal dan beribadah dan menjalani kehidupan sebagai seorang iman - lelaki atau perempuan - dengan didasari ilmu yang haq atau benar. Malahan, sebagai seorang Islam itu kita diwajibkan belajar ilmu, kerana hanya dengan ilmu kita tidak tersesat dan tidak terpengarauh serta kita faham amalan dan ibadah - bentuk, cara dan kaedah - mengenmalkannya. Tanpa ilmu kita pasti sesat dan menyimpang. Kita beramal dan beribadah dalam persangkaan tanpa di dasari ilmu. Mungkin amalan dan ibadah kita itu betu, namun tetap dikiran salah atau batil, kerana tanpa didasari oleh ilmu.Dalam Islam ilmu itu hanyalah tiga sahaja, tiga ilmu ini memandu kita ke arah beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah dan ilmu faraid (pebahagian harta waris yang adil). Walaupun ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu ilmu yang hak, tetapi umat Islam itu sah ilmunya kalau dia belajar secara berguru dari orang yang menerima ilmunya juga secara berguru. Berguru brerti guru dan murid belajar secra berdepan membuka al-Quran atau kitab hadith. Bukan, ilu itu di dapatpi dari ceramah dan tazkirah di masjid, di malis ilmu umum atau dari cermaha agama atau mendengar tape dan kaset atau video atau forum dan seumpamnya dan dalam apa jua media. Sah ilmu itu dipelajari dan diterima dan dijadikan asas amalan dan ibadah apabila ilmu itu dipeljari secara berguru dengan kitab-kitabnya dibuka. Inilah kaedah belajar ilmu dalam Islam sebagaimana Rsulallah (s.a.w) belajar tentang Islam melalui gurunya Jibril (a.s) atau terus melali wahyu dari Allah (a.w), namun tetapp al-Quran itu diajarkan kepada Rasulallah (s.a.w) secara berdepan - murid (Rasulallah (s.a.w)) mengadap guru (Jibril (a.s)), selama 23 tahun lamanya.
Saudara, penting ilmu itu dalam Islam. Ilmu mengesahkan segala amalan dan ibadah kita. Melalui ilmu kita tahu betapa pemurahnya Allah (a.w) menyediakan begitu banyak pahala dengan mengerjaka sesuatu yang kecil, malah ringan pada kita. Banyk contohnya. Pertama, kalaulah belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara berguru tersebut, setiap ayat al-Quran yang kita pelajari, kita mendapat pahala seumpama mengerjakan soat sunat 100 rakaat. Setiap bab as-Sunnah yang kita pelajari, kita mendapat pahala seumpama mengerjakan solat sunat 1,000 rakaat. Fikirkanlah, mampukah kita mengerjakan solat sunat dalam hidu kita sebanyak 1,000 rakaat itu? Kedua, setiap kali kita menyempatkan masa keluar rumah untuk belajar ilmu, maka kita dikira seumpama dalam fi sabilillah. Ditakdirkan kita mati dalam perjalanan itu, kita dianggap sebagai mati syahid. Ketiga, setiap perjalanan kita untuk mencari dan mengejai ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu, sangat-sangat dimuliakan oleh para malaikat, mereka merendahkan sayap mereka ridha akan kita, emndoakan untuk kita. Malah kesemua makhuk di bumi mendoakan kesejahteraan kepada kita, sehinggakan ikan-ikan dalam airpun mendoakan kita. Keempat, kita rujuk hadith berikut, yang pernah kita temui dalam blog ini, betapa hebatnya pahala bagi orang yag faham agama dalam perkara ilmu: Diriwayatkan
hadith dri Sahal b Said berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ghadwatu war-rauhatu fi sabilillahi azza
wa-jalla afdhalu minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud:
Sesaat/seketika diwaktu pagi atau sesaat/seketika diwaktu petang di dalam
urusan fi sabilillah kerana Allah Zat yang maha mulia lagi maha agung adalah
lebih utama dari nilai dunia dan segala isinya.) [Hadith an-Nasa’ie].[Nota: Dalam Islam perkara fi
sabilillah adalah mengikut sepotong hadith merangkumi segala sesuatu amalan
atau perbuatan bagi mengimarahkan agama Allah (a.w), dan mencari atau mengaji
ilmu al-Quran dan as-Sunnah adalah satu-satunya perkara yang termasuk dalam
urusan fi sabilillah. Dalam hadith yang lain pula disebutkan bahawa para
malaikat sangat menghormati orang iman yang keluar rumah/kediamannya kerana
mengaji/belajar ilmu, maka mereka mendoakan orang yang keluar rumah kerana
mencari ilmu ata belajar ilmu, sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun berdoa
kesejahteraan kepada orang yang keluar menuntut ilmu.]
Dan, lebih dari itu. Dalam hadith berikut malah lebih banyak keuntungannya bagi kita yang menyempatkan masa belajar ilmu:
Diriwayatkan hadith dari Anas b
Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza
jalsal-mu’allimu baina yadailal-‘alima fatahallahu ta’ala ‘alaihi sab’ina baban
minalr-rahmatin; wa-la yaqumu min ‘indihi illa kayaumi waladathu ummuhu;
wa-‘atahullahu bikullii harfin thawaba sittina syahidan; wa-kutiballahu lahu
bikulli hadithin ‘ibadatan sab’ina sanatan; wa-banallahu lahu bikulli waraqati,
kullu waraqati madinatin mithlad-dunya ‘asyaratan marratan.’ (Yang
bermaksud: Ketika duduk seorang yang mencari ilmu (yakni, belajar ilmu
al-Quran dan as-Sunnah) antara dia orang yang mengajarkan ilmu (maksudnya guru
yang mengajarkan ilmu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) (pahala
yang didapatinya adalah) (pertama) membuka Allah (a.w) zat yang maha tinggi
atasnya (yakni, baginya) enam puluh (60) pintu-pintu kerahmatan; (kedua) dan
tidaklah berdiri dia di sisinya kecuali seumpama seorang bayi yang dilahirkan
oleh ibunya (yakni, dalam keadaan fitrah, tanpa dosa); dan (ketiga)
mendatangkan oleh Allah (a.w) dengan setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala
tujuh puluh (70) orang yang mati syahid; dan (keempat) ditulis oleh Allah (a.w)
baginya dengan setiap hadith (yang dipelajarinya) ibadah tujuh puluh (70)
tahun; dan (kelima) dibangunkan oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap wang
kota (yang dibelajakan olehnya), setiap matawang (yakni, ringgit), seumpama
nilai dunia seisinya digandakan sepuluh (10) kali ganda.) [Hadith ad-Dailami]
[Nota: Hadith ini memberitahu betapa
banyaknya dan besarnya pahala yang diperolehi oleh seseorang yang melapangkan
masa atau menyempatkan dirinya untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah;
iaitu: pertama, dibuka baginya 60 pintu kerahmatan. Kerahmatan adalah
sebab yang membolehkan seseorang itu masuk syurga. Amalan dan ibadah tidak
membolehkan seseorang yang Islam dan beriman itu mendapat syurga. Yang
membolehkan seseorang Islam dan beriman itu mendapat syurga adalah kerahmatan
Allah (a.w) semata-mata. Kerhamatan menunjukkan kasih sayang Allah (a.w)
terhadap seorang hambaNya. Namun, seseorang itu tidak akan mendapat kerahmatan
Allah (a.w) kalau dia tidak mengerjakan ibadah dan amalan yang ditetapkan oleh
Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itulah syurga itu hanya diberikan kepada
seseorang keranana amalannya semasa hidupnya. Kedua, dihapuskan dosanya
seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang dosa sebagaimana seorang bayi
dilahirkan dalam keadaan fitrah (= bersih dari sebarang dosa). Ketiga,
dia mendapat pahala seumpama pahala 70 orang yang mati syahid. Orang yang mati
syahid pahalanya adalah mendapat syurga.
Keempat, apabla dia belajar satu hadith (= satu ketetapan
as-Sunnah) diberikan pahala seumpama beribadah – fardu dan sunat – selama 70
tahun. Dan kelima, setiap ringgit (unit wang) yang dibelanjakannya
kerana belajar atau pergi ke tempat ilmu untuk belajar ilmu itu, diberikan
ganjaran pahala senilai dunia dan seisisnya dengan digandakan pula 10 kali ganda
lagi. Justeru itu, amat ruginya dan amat rugilah seseorang yang akui dirinya Islam
dan beriman serta menginginkan kejayaan akhirat itu tidak melapangkan sedikit
masanya untuk mencari dan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Ilmu al-Quran dan as-Sunnah tidak boleh
didapati dengan mendengar ceramah agama di masjid atau dimana sahaja. Tidak
juga didapati dengan melayari internet. Tidak juga didapati dengan membaca buku
dan kitab karangan manusia. Atau, mendengar ceramah atau tazkirah atau kuliyah
di TV, spt TV al-Hijrah atau TV9 atau apa saja media. Ilmu itu hanya sah
diperolehi secara berguru, yakni ada orang yang mengajarkan secara berdepan (mangkul atau manqul = ada orang menyamaikan), ilmu itu didasari oleh musnad (yakni, ada urutan sumber ilmu
tersebut sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Kerana ilmu al-Quran an as-Sunnah
(atau al-Hikmah) itu diterima oleh (atau, disampaikan kepada) Rasulallah
(s.a.w) melalui wahyu terus dari Allah (a.w) atau disampaikan oleh malaikat
Jibril (a.s) yang menyampaikan wahyu tersebut apakala perkara yang disampaikan
memerlukan praktikal, hendak didemokan atau dicontohkan. Ilmu itu hendaklah
memenuhi syarat mutassil, yakni ilmu itu diwarisi secara bersambung sehingga
sampai kepada Rasulallah (s.a.w), kerana bagi kita manusia biasa urutan
sumbernya sampai kepada Rasulallah (s.a.w). Ilmu itu tidak boleh ditokok
tambah. Wajib murni, yakni sebagaimana yang diterima oleh Rasulallah (s.a.w)
tanpa diubasuai atau dipinda atau dimodifiksi sekehendak hati. Kerana tidak
seorangpun diberi hak atau laluan untuk mengubah keaslian atau kemurniaan ilmu
yang disampaikan oleh Allah (a.w) secara terus melalui wahyu atau disampaikan
atas perintah Allah (a.w) melalui UtusanNya, malaikat Jibril (a.s). Mana-mana
ilmu yang tidak menepati 3 pra-syarat ini – mangkul, musnad dan mutassil – tidak
sah dan tidak benar, dan beramal dengannya juga tidak mendapat pahala. Dalam
mempelajari ilmu, guru (atau ustaz) dan murid hendaklah membuka al-Quran atau
kitab hadith bukan membuka kitab karangan manusia. Ilmu yang diperolehi dengan
cara dan kaedah lain, tanpa dipelajari secara berdepan, tanpa membukan al-Quran
(atau kitab-kitab hadith) adalah tidak mengesahkan amalan. Rasulallah (s.a.w)
memberitahu bahawa sebaik-baik kitab rujukan dan panduan adalah al-Quran dan sebaik-baik petunjuk
adalah petunjuk yang didapati dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni,
as-Sunnah). Tidak ada kitab ata rujukan yang mengatasi keutamaan al-Quran dan
as-Sunnah.]
Saudara, rebutlah peluang yang disediakan oleh Allah (a.w) sementara nyawa masih dalam badan kita. Apabila ajal kita sampai - kita tak tau bila - kita akan kerugian yang amat besar ...
Jazakallahu khairah