Sunday, February 26, 2012

Vincent! If only ...

Assalamualaikum,
In many papers yesterday (Sabtu, 25 February 2012), especially the Sun, the charitable papers of Vincent Tan, Vincent Tan - a well-known philantrophist - was reported to have said that he would retire from business, i.e. as Chairmen of BJ Corp and its many outfits and subs. That he would donate some RM 600.0m to charity. 
Lets look at today's write-up of Vincent Tan in the Star Onlie. Let's ponder, has he really achieved anything from the viewpoint of his salvation after his death? He is proud of, many achievements, not least of all, the following: 
[KUALA LUMPUR: Billionaire Tan Sri Vincent Tan plans to list the chain of 7-Eleven convenience stores, under a company called 7-Eleven Malaysia Bhd, and also MOL Global Bhd which has shares in Internet giant Facebook, within the next two years."I think 7-Eleven and MOL will be worth more than RM1bil (combined) when they are listed," he told reporters during the second Berjaya Founder's Day celebration held at Berjaya Times Square today.The founder and controlling shareholder of the Berjaya Corp Bhd (BCorp) group of companies had stepped down as chairman of BCorp on Thursday, and said he wanted to devote more time and energy to promote more charitable initiatives and social programmes.Tan said he would like to donate at least 10% (of 7-Eleven and MOL), after the companies are listed, to his Better Malaysia Foundation (BMF)."So, the foundation will be better funded to carry out charitable efforts," he said.BMF was founded a few years ago by the tycoon, and was formerly known as the Vincent Tan Chee Yioun Foundation.Tan also pledged to donate RM600mil in the form of securities and shares to BMF this year.At the celebration, BMF contributed RM11.6mil to 61 charity organisations. The organisations that benefitted the most included Science of Life Studies 24/7 (RM1mil), Utar Education Fund (RM1mil), Mercy Malaysia (RM500,000) and the Tan Sri Vincent Tan Merit Scholarship Fund(RM500,000). [End of story] 
This writer/blogger for one found it a news element worth reporting in this blog. Not for any thing, but as a reminder to him and many others like him. What? For as long as death is not seeking him, as Allah (a.w) has pre-determined his length of stay in this world, he still has an option. What? Is he willing to prepare himself for a permanent joy in the life after death and in the life at Hereafter? He has an easy opportunity to reserve for himself the best abode in Heaven, if and only if, he is willing to do it. It would be easy for him. The value of his wealth in the Hereafter is nothing compared to what he can reserve for himself. In fact what he ahas achieved is nothing compared to a day of easy living in the Hereafter, if he chooses to do what he should consider doing before death comes! 
This blogger invites him to Heaven, if only he thinks about his life after death. It is not a matter of belief. It is a matter of understanding life and making the choice. For man the choice is ether to become the Hell dweller or the dweller of Heaven. It's easy. IThat is the only choice - Do we want Hell or Heaven? It is our choice. There  is no middle or third choice. The choice is made easier for him, now that he is 60 years. He can erase all his past sins, if he makes the choice. He can ensure his lofe of comfort after death,. If he make the choice, death is only to facilitate his early enjoyment of the life in the grave, then at the Great Congregation (Padang Makhsyar) and then being rewarded with Heaven. This choice easier for him. Because, he has the means ...
What he needs to accept is that, no one is safe after death unless he accept Allah (a.w) as his God. He accept Muhammad (sa.w) as the Apostle of God. And, that he accept Allah's command that He (Allah) created jinn and man for the sole purpose of being His servant or to serve Him as God. If he refuses to acknowledge and accept that, his wealth and the greatness of his achievements and the greatness of his successor, his son, and the glorious worldly achievements of his Charitable outfit (Better Malaysia Foundation) are all meaningless, if only he knows and try to understand life. This blogger can help, if he wants help. This blogger can help all those who are like him - those who are proclaimed by man  or society as the richest men in the world or in Malaysia today. Granted Vincent Tan has done many things but in the eys of Allah (a.w), it is meaningless unless those who did all those adopt Allah's command, i.e. be  Muslims. If you are not a Muslim, do not think that you are to be rewarded after your death. Death is the beginning of all your misery, which your wealth and your children and your charity cannot help ease your pain ...That's is the ultimate reality, if those of the like of Vincent Tan want salvation in the Hereafter, come and be guided. 

Jazakallahu khairah

Thursday, February 23, 2012

Mengumpat dan Memfitnah - Terhakis Pahala

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita lihat bagaimana seorang Islam menganianya dirinya sendiri tanpa menyedari akbibat apa yg dikatakan atau diucapkan atau difikirkan. Semua ini berlaku kerana kejahilan ilmu dalam Islam.
Saudara, dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini - 23 Feb. 2012 - terpampang di muka depannya tajuk 'Bai'at hanya kpd Allah' dan komen yg katanya dari Dr Mahathir Mohamed 'Pemimpin PAS manusia biasa, bukan nabi atau rasul ' tentang perbuatan kepimpinan PAS dan anggota partinya tentang isu 'bai'at' terhadap pemimpin PAS.
Dalam Islam ada bai'at disebutkan. Ada tiga potongan ayat al-Quran atau firman Allah (a.w) yg membenarkan perbuatan Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat berbai'at kpd Rasulallah (s.a.w) dalam Islam zamannya. Malah kalau saudara mengaji ilmu as-Sunnah saudara akan mengetahui dua perspektif wajib dalam pemerintahan dan kepimpinan Islam iaitu: pertama, sistem kepimpinan dalam Islam, dan kedua, ikrar taat setia atau bai'at oleh jema'ah umat Islam terhadap kepimpinan. Ini bermula dari proses mengangkat khalifah Abu Bakar as-Siddik sebagai khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg pertama selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w). Apabila Omar (r.a) mencadangkan agar jema'ah umat Islam mengangkat Abu Bakar (r.a) sebagai khalifah pertama Islam , umat Islam sepakat bersetuju mengangkat Abu Bakar (r.a) dan kemudiannya mereka berbai'at berikrar akur dgn moto 'sami'na, wa-ato'na mas-tota'na' (yg bermaksud: Kami dengar apa kata pemimpin, kami taat sekuat mampu kami'. Itulah ikrar janji taat setia dalam Islam. Dgn bai'at tersebut maka setiap anggota jema'ah Islam adalah terikat untuk mengotakan apa yg mereka bai'atkan, selagi pemimpin yg diangkat sebagai 'khalifah' atau 'Amirul mukminin' (= pemimpin kaum mukmin), atau 'imam' atau 'amir' tidak memerintahkan atau menyuruh mereka sesuatu yg bersifat maksiat atau kemaksiatan. Apakah perintah pemimpin yg bersifat maksiat atau kemaksiatan? Kemaksiatan adalah sesuatu ketetapan atau perintah atau suruhan atau keputusan kepimpinan yg bertentangan dgn atau menyalahi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menentang atau menyalahi ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Contoh: kalau dalam ibadah kita sebagai anggota jemaah umat Islam disuruh mengerjakan sesuat yg ebrsifat bid'ah, maka itu adalah kemaksiatan. Kerana Allah (a.w), dalam Surah al-Haysr, memerintahkan manusia supaya akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) melarang umat Islam mengerjakan sesuatu amalan bid'ah.
Saudara, dalam perkara bai'at ini, ramai umat Islam yg jahil dan silap faham. Termasuklah Dr Mahathir sendiri. Manusia tidak berbai'at kpd Allah (a.w). Manusia yg Islam itu telahpun berikrar melalui dua kalimah syahadah yg diikrarkannya bahawa Allah (a.w) itu sahaja tuhan yg esa yg berhak dan wajib disembah. Maksudnya, ikuti segala ketetapan Allah (a.w), tanpa sebarang pengecualian - without exception. Dan, umat Islam itu juga mengakui bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah hamba Allah dan PesuruhNya (=RasulNya = Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu mereka wajib akur dan taat dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah. Maka dgn itu tidak betul jika seseorang itu berkata bahawa bai'at hanya kpd Allah (a.w)! Tidak ada bai'at dgn Allah (a.w). Yg ada syahadah yg merupakan  ikrar janji manusia yg Islam terhadap Allah (a.w) dan RasulNya.
Ada bai'at dgn Rasulallah (s.a.w). Itu disebutkan dalam al-Quran. Maksudnya telahpun dibenarkan oleh Allah (a.w). Al-Quran menyebutkan perkara bai'at ini dalam 3 ayat, iaitu: pertama, Ayat 10, Surah al-Fath (Allah (a.w) mengesahkan bahawa para sahabat yg berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) itu hakikatnya berbai'at kerana Allah (a.w), maksudnya diterima Allah (a.w) ikrar janjinya dan dijaga oleh Allah (a.w)); kedua, Ayat 18, Surah al-Fath (para sahabat yg berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) dijamin Allah (a.w) kemenangan, maka dgn itu dalam hadith disebutkan mereka kesemuanya mendapat syurga di ahirat kelak), dan ketiga, Ayat 12, Surah al-Mumtahannah.(Allah (a.w) dalam ayat ini menetapkan apakah isi ikrar taat setia orang yg hendak berbai'at dgn Rasulallah (s.a.w) - lelaki ataupun perempuan). kalau saudara mengaji dan belajar as-Sunnah akan kita dapati bahawa  dua perkara yg menjadi ketetapan pokok dalam Islam dan pra-syarat aqidah Islam tidak lagi menjadi amalan umat Islam zaman ini; iaitu pertama kewajipan umat Islam mempunyai pemimpin atas mereka. dan kedua, bahawa umat Islam yg menjadi jema'ah tersebut hendaklah berbai'at dgn pemimpin yg mereka angkat untuk memimpin mereka.
Justeru itu, kita dapati apa yg disebutkan oleh Dr Mahathir tentang bai'at itu adalah suatu kesilapan dalam mentafsirkan syariat Islam.
Tapi, beliau bercakap dalam konteks politik. Tidak ada salahnya mana-mana parti politik atau mana-mana perkumpulan, jika mereka ingin meniru syariat Islam dalam perkara kepimpinan dan ketaatan atau bai'at tersebut. Tidak salah anggota sesuatu perkumpulan berbai'at yakni membutat ikrar janji taat setia terhadap pemimpin perkumpulan tersebut asalkan tidak berikrar mereka menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Seseorang yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya, walaupun hanya suatu perkara yg kecil pastilah mereka terkeluar dari Islam. Atau, kalau sesuatu perkumpulan itu terdiri dari orang yg tidak Islam, tidak ada hakikat bai'at, yg ada hanyalah ikrar janji biasa. Bagi perkumpulan Islam, apakala mereka berbai'at, mereka sebenarnya ingin menobatkan syariat Islam. Maka jika begitu, bai'atnya adalah menepati amalan syariat Islam.
Saudara, seperkara lagi yg amat berleluasa berlaku zaman wabak pilihanraya ini adalah orang Islam - pemimpin dan rakyat biasa - yg mengumpat dan memfitnah satu sama lain. Dalam Islam seseorang itu dikatakan mengumpat apabila dia berkata sesuatu terhadao orang lain (yg Islam) di belakang orang yg mereka bercakap mengenai sesuatu itu. Yg dikatakan mungkin benar, namun jika tiada subjek yg dikatakan itu berdepan dgn kita, itu merupakan suatu umpatan. Maka mendapat dosa. Kalau, apa yg dikatakan pula tidak benar atau suatu pembohongan, maka dia melakukan suatu fitnah atau dia memfitnah sabjek tersebut. Kerana yg disebutkan ceritanya tiada berdepan dan cerita yg disebutkan adalah persangkaan atau suatu pembohongan. Orang yg melakukan sedemikian itu telah dgn sengaja menghapuskan atau mengikis sebarang pahala yg dia dapati dari amalannya. Tak guna dia bersolat. Tak guna dia berpuasa. Tak guna dia berzakat dan menginfaq. Tidak guna segala amalan soleh atau makruf yg dikerjakannya selama ini. Maka di akhirat kelak, mereka muflis. Wal iya zubillah.
Hari ini kesemua orang yg terlibat dalam politik caci mencaci, kata megata, tuduk menuduh, sumpah menyumpah, laga melaga  dan seumpamanya ... tak sedar pahala amalan dan ibadahnya cair dan terhapus tanpa mereka sedari ...Meereka hanya akan sedar kelak di akhirat bahawa mereka sudah muflis, wal iya zubillah. Mudah-udahan, janganlah saudara terikut-ikut dengan gelagat mereka.

Jazakallahu khairah

Saturday, February 11, 2012

Cerita-cerita Dalam al-Quran

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat pula beberapa tafsir ayat-ayat al-Quran yg menceritakan tentang para nabi, masyarakat, dan peristiwa zaman-zaman silang yg menunjukkan kekuasaan Allah (a.w) atau apakah yg akan berlaku di zaman-zaman akhir sebelum kiamat serta apa yg berlaku ketika ditiup sangkala dan manusia dibangkitkan dan apa berlaku di akhirat - kesudahan manusia.

Cerita Kurang Kekayakinan Nabi Uzir (a.s) 
Firman Allah (a.w): ‘Au kallazi marra ‘ala qaryatin wa-hiya khawyatun ‘ala urusyiha; qala anna yuhyi hazihillahu ba’da mautiha; fa-amatahullahu miata ‘amin thumma ba’athahu; qala kam labithta; qala labithtu yauman au ba’da yaumin; qala bal labithta miata ‘amin fanzur ila to’amika wa-syarabika lam yatasanna; wan-zur ila himarika; wa-linaj’alaka ayatan linnasi wan-zurl-‘izami kaifa nunsyizuha thumma naksuha lahman; falamma tabaiyana lahu; qala ‘alamu annallaha ‘ala kulli syai-in qadirun.’ (Yg bermaksud: Atau (bermaksud, pada orang yg) lalu atas suatu negeri/desa/kampong (iaitu Nabi Uzir (a.s) dan ia (desa itu) telah roboh (kosong atau musnah) atas desa itu; berkata dia (Nabi Uzir): ‘Bagaimana menghidupkan ini (desa) oleh Allah (a.w) setelah mati (i.e. musnah) ia (kampong ini).’) Maka Allah (a.w) mematikan dia 100 tahun (kemudian) menghidupkannya semula. (Berfirman Allah): ‘Berapa lama engkau berdiam (i.e. tidur)?’ Berkata (Uzir): ‘Nescaya diam (i.e. tidur) aku sehari atau setengah sehari.’ Berfirman Allah (a.w): ‘Bahkan diam (i.e. tidur) engkau 100 tahun. Maka engkau lihatlah kpd makanan dan minuman engkau, tidak berubah? Lihatlah kpd kaldai (tunggangan) kamu; nescaya menjadikan bagi kamu ayat-ayat (yakni, tanda-tanda kekuasan Allah) supaya kamu melihat tulang belulangnya bagaimana menyusunnya (semula) kemudian membungkusnya dgn daging.’ Maka ketika telah jelas padanya, berkata (Uzir): ‘Mengertilah aku sesungguhnya Allah (a.w) itu atas segala sesuatu zat yg maha berkuasa.’ [Ayat 259, Surah al-Baqarah] [Nota: Ayat ini menceritakan bagaimana Uzir b Abdullah (a.s) yg dilantik menjadi Nabi masih kurang yakin dgn kekuasaan Allah (a.w). Dia lalu di suatu perkampungan atau negeri yg telah dimusnahkan oleh tentera raja Buhtaniswa menjadi sebuah padang jarak padang tekukur (yakni, musnah sama sekali tanpa penduduk dan kayu kayan atau pokok).  Maka dia berkata sendirian apakah mungkin dibangunkan semula negeri tersebut. Maka Allah (a.w)menunjukkan kpdnya kekuasaan Allah (a.w) supaya memantapkan lagi keimanannya. Allah (a.w) matikan dia selama 100 tahun, kemudian dihidupkan semula. Tatkala ditanya Allah (a.w) berapa lamakah dia sudah tidur (i.e. mati), katanya hanya sehari atau kurang serauh hari. Sebab? Makanannya dan minumannya kekal tak jejas, belum basi. Kemudian dia melihat kpd kaldai tunggangannya, sudahpun mati hanya tinggal tulang belulang sahaja. Jelasnya, ada sinaro yg contrasting – makan yg begitu mudah reput dan basi tetap kekal seolah-olah baru dimakan dan diminum, tetapi kaldainya yg jauh lebih teguh dari makanan dan minumannya sudahpun tinggal tulang belulang semata-mata. Jelaslah sudah mati lama sehinggakan tiada daging lagi, yakni bukan bangkai lagi. Kemudian, untuk menunjukkan kekuasan Allah (a.w), Uzir melihat bagaimana tulang-tulang kaldai tu disusun dan disaluti pula dgn daging dan kaldai tersebut menjadi seperti sediakala, hidup. Perbubahan sifat dari tulang menjadi kaldai yg hidup semua melalui prosesnya, menunjukkan kekuasan Allah (a.w). Maka barulah mantap imannya tentang kekuasaan Allah (a.w).
Jelaslah, tidak mustahil bagi Allah (a.w) menjadikan Maryam mengandungkan Isa (a.s) tanpa berbapa. Tidak mustahillah pula Isa (a.s) ketika kecil boleh bercakap. Tidak mustahillah pula Isa (a.s) diberikan mukjuzat yg hebat termasuk mengihudpkan manusia yg sudah mati. Tidak hairanlah pula Nabi Daud (a.s) diberi Allah (a.w) mukjizat di tangannya yg boleh melentur dan melembutkan besi. Begitu juga Nabi Sulaiman (a.s) boleh terbang atau diterbangkan oleh angin. Dan, tidak hairanlah Allah (a.w) menyerupakan Isa (a.s) sebagai salah seorang sahabatnya yg munafiq menyerupai mukanya, yg disalib oleh orang Yahudi, dan kemudian Isa (a.s) diangkat ke langit dan hidup sehingga sekarang dan akan diturunkan semula ketika dunia akan kiamat dan membunuh Dajjal sebelum kiamat dunia.
Di dalam al-Quran disebutkan bahawa kaum Yahudi dalam kepercayaan agamanya bahawa Uzir (a.s) adalah anak tuhan. Uzir dianggap anak tuhan kerana kebolehan istimewanya antaranya hafal Kitab Taurat.]

Jazakallahu khairah

Friday, February 10, 2012

Jangan Meminta-minta (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi penelitian kita atas tajuk di atas - meminta dari orang sesuatu untuk diri kita. Kita sudahpun lihat dalam post sebelum ini bahawa orang yg melazimkan dirinya meminta dari orang lain untuk kehidupannya - spt peminta sedekah atau orang yg mampu tetapi kekal meminta-minta - dibangkitkan di padang makhsyar tanpa sebarang atau sepotong dagingpun pada wajahnya. Mukanya seumpama tengorak. Tengkorak adalah tulang dan kepala muka tanpa daging. Apa kata Rasulallah (s.a.w) lagi? Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Zur'ah hadith dari Abi Hurairah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man sa-alan-nasa amwalahum takathuran fain-nama yasalu jamran fal-yastaqilla au liyastakthir.' (Yg bermaksud: Barangsiapa atau sesiapa yg meminta-minta dia pada manusia harta mereka kerana ingin memperbanyakkan harta milik mereka, maka sesungguhnya apa-apa yg diminta mereka adalah bara api (neraka), maka menyedikitkan atau memperbanyakkan mereka meminta.) [Hadith Muslim, Kitab Zakat]
 [Nota: Hadith ini menegah orang Islam mencari harta atau memperbanyakkan hartanya dgn cara meminta-minta dari orang lain. Di akhirat kelak yg didapatinya adalah bara api neraka. Tak kiralah dia minta sedikit ataupun banyak. Swedikit dia dapat sedikit bara api dan kalau banyak dapatlah dia banyak bara api. Penting diingatkan adalah hanya ahli atau penghuni neraka yg mendapat bara api. Justeru itu, orang yg meminta-minta itu pastilah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, wal iya zubillah.]

Jazakallahu khairah

Jangan Meminta-minta

Assalamualaikum,
Saudara, ada sesetengah orang Melayu (i.e. Islam) yg sempurna anggota fisikal mereka, mampu bekerja mencari rezki yg halal, tetapi menumpukan perhatian kpd jalan mudah untuk mendapat wang ringgit - melalui meminta sedekah atau menagih belas kasihan orang untuk menyedekahkan wang ringgit kpd mereka atau menggunakan pelbagai muslihat dan kkaedah untuk mendapat wang atau untuk mengayakan diri mereka melalui jalan yg batil tanpa usaha sendiri. Orang-orang yg sedemikian itu wajar memhami ketetapan Islam melalui hadith apakah akibatnya di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abi Jaafar hadith dari hamzah b Abdillah ibni Omar bahawasanya mendengar dia (Hamzah) bapanya (Abdillah b Omar) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma yazalur-rajulu yasalun-nasa hatta yakti yaumal-qiamati wa-laisa fi wajhihi muz'atu lahmin.' (Yg bermaksud: 'Tidak henti-hentilah (i.e. akan berterusan) seorang lelaki (ataupun perempuan) meminta-minta pada manusia sehingga datang dia di hari kiamat tiada di wajahnya potongan daging.) [Hadith Muslim, Kitab Zakat]
[Nota: Hadith ini menegah orang Islam (lelaki dan perempuan) janganlah jadikan tabiat meminta kpd orang lain wang ringgit atau apa saja, tanpa berusaha sendiri, kerana diakhirat kelak (ketika kiamat dunia), dia dibangkitkan tanpa daging di atas wajahnya. maksud tiada daging di wajahnya adalah rupa mukanya seumpam tengkorak tanpa berdaging!. Ingatlah bahawa ahli syurga itu tidak cacat anggotanya. maka seseorang yg dibangitkan cacat mana-mana anggotanya pastilah dia ahli atau bakal penghuni neraka, wal iya zubillah.]
Saudara, dalam Islam itu kita disuruh untuk berusaha dgn titik peluh sendiri mencari rezki yg ditaburkan Allah (a.w) di bumui. Maka usahakanlah sekuat mampu untuk mendapat rezki yg halal untuk menyara diri dan keluarga. Janganlah menjadi peminta sedekah atau orang yg kaya tetapi haloba dgn keinginan untuk lebih kaya dgn cara dan muslihat berbagai mendapatkan sesuatu yg mudah. Akibatnya buruk dalam Islam. Dan, ini akan diterima di padang makhsyar kelak. Oleh itu jalani kehidupan yg murni, dgn berusaha sendiri untuk mencari rezki walaupun sedikit tetapi halal dan berkat dan pastilah Allah (a.w) memberikan peraaan merasa cukup sentiasa di dunia walaupun tidak mewah.
Islam menyebutkan bahawa tangan yg di atas (yg memberi) adalah lebih baik dai tangan yg dibawah (yg menerima). Namun, kalau kita diberikan sesuatu oleh seseorang atas keikhlasannya dan bukan kerana motif tertentu, baik kita terima. Tetapi, janganlah kita melakukan sesuatu yg menyebabkan orang memberi kpd kita tanpa keihlasannya sendiri.

Jazakallahu khairah

Membenci Kedua Ibubapa Menjadi Kafir

Assalamualaikum,
Saudara, di zaman akhir ini kita terbaca berbagai berita dari berbagai media bagaimana generasi muda bertindak terhadap orang tua, termasuklah bagaimana anak-anak melayani (treat) kedua ibubapa mereka. Sudahlah mereka tidak mahu menjaga kedua ibubapa mereka - mereka tak sanggup. Mereka boleh mengadakan wang dan belanja meminta pihak lain - rumah orang-orang tua - menjaga kedua ibubapanya, tapi sebagai anaka mereka sendiri tak mahu. Adakalanya anak mencederakan, malah membunuh ibu bapa mereka.
Saudara, dalam post yg lepas dalam blog ini kita telah lihat bahawa Rasulallah (s.a.w) menyebutkan seorang anak yg berkesempatan memiliki kedua ibu bapa mereka masih hidup, rugi kerana kedua orang tuanya tidak dapat mengirim mereka, sebagai anak, ke syurga, di akhirat kelak. Kenapa, kedua ibunya tidak ridha terhadap mereka. Atau, kedua ibu bapa mereka tidak mendoakan kesejahteraan untuk mereka sebagai anak. Doa kedua ibu bapa itu makbul. Dan, keridhaan Allah (a.w) hanya diberikan oleh Allah (a.w) kpd anak yg kedua ibu bapanya ridha terhadap mereka. Justeru itu, kalau kedua ibu bapa masih hidup, anak-anaknya tidak melakukan segala sesuatu demi mendapat keridhaan kedua ibu bapanya, rugi sergi-ruginya. Si anak itu mungkin seorang yg alim - alim ulama' atau ternama atau berkedudukan hebat, dan mengerjakan amalan yg tidak tertinggal satupun, tapi kalau kedua ibubapanya tak ridha terhadanya kerana sesuatu sebab, rugilah dia. Tak dapat syurga. Pasti masuk neraka.
Selain itu, kita diperingatkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ja'far b Rabi'ah hadith dari 'Iraki b Malik bahawasanya dia (Iraki) mendengar Abi Hurairah berkata: 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'La targhabu 'an abaikum, fa-man raghiba 'an abihi fahua kufrun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu membenci pada bapa kamu sekelian, maka sesiapa yg bencikan bapanya maka dia kafir.' [Hadith Muslim, Kitab Iman.]
[Nota: dalam hadith ini digunakan kalimah 'bapa'. Rujuk kpd hadith lain bahawa seorang anak itu wajib berbuat baik kpd kedua ibubapanya - perintah al-Quran dan as-Sunnah. Malah ibu diutamakan dari bapa tiga kali lebih. maka dgn itulah ketika ditanya oleh sahabat siapa diantara kedua ibubapa yg wajib anak itu berbuat baik, disebut Rasulallah (s.a.w) ibu dahulu tiga kali,kemudian baru bapa. Maka dgn itu, sesiapa yg membenci ibubya adalah tiga kali ganda kafirnya, wal iya zubillah.]
Mudah-mudahan saudara (atau saudari) sebagai anak janganlah lepaskan peluang untuk berbaik, menghormati, menolong, menjaga dan mengutamakan kedua ibu bapa saudara ketika mereka masih hidup. Mudah-mudahan sebagai anak kita mendapat keridaan mereka, dan atas keridaan itu, Allah (a.w) rida terhadap kita sebagai anak. Keridaan ibubapa itu menentukan keridaan Allah (a.w), dan mereka menghantarkan kita ke syurga. Itulah pelaburan terbaik untuk akhirat.

Jazakallahu khairah

Ketika Datang Kiamat ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita telah sebutkan beberapa tanda dunia akan kiamat. Umat Islam wajib yakin atau berimankan hakikat bahawa kiamat itu adalah suatu kepastian, sebagai kematian - kiamat kecil setiap manusia - adalah suatu kepastian. Yg tak pasti bila dan dimana dan bagaimana kita akan mati. Mati tetap mati. Demikian jugalah benarnya hakikat bahawa apabila mati manusia itu - Islam ataupun tak Islam - tempatnya adalah satu sahaja, iaitu neraka atau syurga, tidak ada tempat ketiga. Yg ada, kalau Islam, kerana banyak dosa dan dosa tidak diampunkan Allah (a.w) perlu dibersihkan dalam neraka, sebelum diberi peluang masuk syurga. Kalau tak Islam, sudah pasti apapun kebaikan kita ketika hidup, pasti masuk neraka dan tidak akan sekali-kali dapat masuk syurga! Itulah bezanya. Jadi, bodoh dan dungulah orang yg Islam murtad, kerana orang Islam yg murtad itu tidak akan mendapat syurga, walau bagaimana hebat jasa dan sumbangannya kpd manusia dan Islam ketika hidup di dunia.
Saudara, Allah (a.w) mengingatkan kita hambaNya bahawa Dia itu adalah zat yg maha pengasih dan penyayang dan penagmpun. Kalau kita berdosa, kita pohon keampunan dan kita bertaubat. Allah (a.w) menyebut Dia akan mengampunkan kita segala dosa-dosa kita. Malahan tak perlu mintapun keampunan kerana dalam Islam segala amal makruf (kebaikan) dan segala amalan dan ibadah yg kita kerjakan akan menghakis dosa-dosa kita secara otomatis. Contoh: Mengambil wudu' menghapuskan dosa. Bersedekah menghakis dosa. Melalukan kebaiakn apapun menghapuskan dosa. Dan banyak lagi. namun, ketika sudah datang tiga perkara - events agung dalam hidup manusia - manusia (Islam) yg berdosa tidak lagi diterima taubatnya. Apa dia tiga events tersebut?
Menceritakan hadith oleh ibnu Fudailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah berkata:'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Thalathun iza kharajna la yanfa'u nafsan imanuha lam takun amanat min qablu au kasabat fi imaniha khairan tulu'us-syamsi min maghribiha wa-ddajalu wad-dabatul-ardi.' (Yg bermaksud: Tiga perkara ketika (atau apakala) terjadi (atau berlaku) tidak bermanfaat (yakni, tidak akan membawa sebarang kebaikan kpd) diri (seseorang) keimanannya jika tidak/belum beriman dia sebelumnya (i.e. sebelum berlakukan tiga perkara tyersebut) atau tidak memberi kemanfaatan kpd diri seseorang apabila beriman dia tidak mengamalkan apa-apa yg iman dia terhadapnya (jika tidak mengerjakannya sebelum terjadinya tiga perkara tersebut), (pertama) terbitnya matahari dari tempat terbenamnya (i.e. matahari terbit di sebelah Barat, sekarang ini tempat terbenamnya matahari), (kedua) keluar Dajjal; (dan ketiga) keluar sejenis binatang yg melata di dbumi (yg dipanggil 'Baddatul-ardhi'). [HadithMuslim]
Saudara, dalam blog ini apakala kita bangkitkan isu kematian dan kehidupan di akhrat, dan kiamat, kita dibertahu beberapa tanda-tanda hdunia hampir kiamat. Ada banyak tandanya. Antaranya, bilangan wanita berbanding lelaki (ratio females to males) adalah seorang lelaki 50 wanita (maka akan terjadi 50 orang wanita berebut-rebut meminta seorang lelaki memuaskan keinginan naluri mereka, banyaknya perzinaan di muka bumi, orang berzina secara terbuka tanpa berselindung dari pandangan orang ramai, wanita-wanita berbaju atau berpakaian tetapi telanjang bogel (i.e. pakaian yg ketat dan nipis kelhatan jelas aurat mereka), genarasi muda tidak menghormati orang tua atau generasi tua, anak-anak derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka, terhapusnya 'ilmu al-Quran dan as-Sunnah' dan para ulama' membuat fatwa atas kebijaksanaan mereka tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah (atau tidakpun mengendahkan al-Quran dan as-Sunnah), pemimpin yg nampak begitu baik tetapi garang, bengis dan sangat zalim seumpama tubuh manusia tetapi perangai dan peribadi serigala, manusia berlumba-lumba membangunkan menara pencakar langit, dan banyak lagi. Dalam hadith di atas itu disebutkan peristiwa terakhgirnya. Apabila berlaku, tak guna iman dan amalan, taubat tidak lagi laku!
[Nota: 'dabbatul ardi' itu dijelaskan dalam hadith sebagai binatang komposit, kepalanya bentuk unta, lehernya bentuk haiwan lain, badannya bentuk haiwan lain, ekornya pula bentuk haiwan lain, kaki depannya bentuk haiwan lain dan kaki belakangnya bentuk haiwan lain - satu haiwan komposit yg tak pernah wujud sebelum itu di dunia! Diceritak dalam hadith ketika terjadi matahari terbit dari Barat, seorang yg beriman akan bangu membuat qiamul-lail, kemudian tidur bangun semula, tak berbah keadaan, sehinggakan kurang tidurnya, banyak solatnya menunggu siang. Dajjal itu adalah seorang makhluk atau segolongan makhluk Allah (a.w) sebagai ujian terakhir terhadap keimanan mansuia yg Islam. Kerana Dajjal hanya akan mencari orang Islam yg hidup untuk dikafirkan atau orang Islam yg sudah mati digali dan dikorek kuburnya dihidupkan seketika untuk dikafirkan oleh Dajjal. Dajjal akan tahu kubur-kubur orang Islam melalui tanda-tanda atau binaan yg dibina di atas kubur mereka. Maka dgn itulah Islam melarang umatnya membuat bangunan atau binaan atau tanda di atas kubur mereka, kerana ditakuti akan ditemu oleh Dajjal dan dikafirkannya kerana rapuhnya keimanan umat Islam akhir zaman. maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita dalam doa kita membaca doa: 'Allahumma inni a'uzubika min 'azabii jahannama wa-'azabil qabri wa-a'uzubika min fitnatil-masihid-Dajjal wa-a'uzubika min fitnatil-mahya wal-mamati' = Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu dari 'azam neraka dan 'azab dalam kubur dan sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari fitnah (atau cubaan dan huruhara) Dajal dan aku memohn perlindunganMu dari fitnah (atau cubaan huruhara) kehidupan dan ketika mati.]
saudara, kita merasai kita Islam dan beriman. Tapi, hanya dua pihak yg tahu keimanan dan ketaqwaan kita dalam Islam yg sebenarnya iaitu - kita sendiri dan Allah (a.w). Malah malaikat yg mencatat Kitab Catatan Amalan kita tak sempurna tahu, kerana Rakib dan Atid hanya menulis apa yg dia nampak dan dengar, tidak apa yg terbuku dalam hati kita - i.e. keikhlasan kita sebenarnya dalam beriman, bertaqwa dan beramal serta beribadah. Justeru itu, pabila keluar Dajjal, misinya mencari orang Islam yg hidup unti dikafirkan. Dan, mencari orang Islam yg sudah mati untuk dikafirkan. kalau kita sudah di kubur yg menentukan kita boleh bertahan di hadap Dajjal hanyalah kekokohan keimanan kita tatkal disiksa oleh Dajjal. Maka dgn itu para rasul dan para nabi semenjak zaman selepas Adam sehinggalah zaman Rasulallah (s.a.w) tidak terlupa menasihatkan umatnya supaya jangan sekali-kali menandai kubur mereka kerana takut ditemui oleh Dajjal dan dikafirkannya yg mati dgn mudah kerana kerapuhan iman mereka semasa mereka hidup dahulu ... Malangna, hari ini para ulama' arus perdana tidak menghiraukan perkara ini. malah orang Islam yg berkedudukan, berpangkat dan memunyai nama dan kerabatan terulung kononnya membuat binaan di kubur mereka dan keluarga mereka. Mereka menampah bencana ketika datangnya Dajjal.

Jazakallahu khairah

Pencuri Teragung ... dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, semua kita yg Islam dan mereka yg tidak Islam tahu bahawa dalam Islam Allah (a.w) menghukumkan bahawa mencuri atau pencuri itu jika sahih dihukum memotong tangannya. Kerana apa? Mencuri adalah suatu jenayah yg berat dalam Islam. Kerana Allah (a.w) perintahkan bahawa janganlah kita mengambil atau memakan dari harta yg bukan milik atau hak kita.
Saudara, kalaulah di Malaysia hari ini dijalankan hukuman syariat yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pemerintah atau kerajaan Islam laksanakan, maka sudah barang tentu tidak akan berlaku pencurian - curi yg kecil spt meragut atau curi yg besar spt menipu dalam projek, termasuk 'milking the government' (apabila harga projek ditop-up oleh orang yg berkuasa. Projek RM 100.0juta menjadi RM 250.0 juta) - tidak akan berlaku. Mudah membuktikan insiden kecurian. 
Walaupun pencuri itu dikenakan hukuman yg berat dalam Islam - di potong tangannya, namun mencuri yg lebih besar dan lebih serius - yg sering orang Islam lupa atau kurang faham - dianggap remeh dan sering tidak diberi perhatian adalah 'mencuri dalam solat.' kalau mencuri dalam solat dikira lebih serius, maka pastilah hukumannya lebih berat lagi dari tangan yg dipotong! Tidak disebutkan dalam Islam apakah denda atau hukumannya. Yg disebutkan solat yg dikerjakan tanpa menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) pastilah ditolak. Apakala satu solat fardu ditolak, samalah tak mengerjakan solat. Dan, sesiapa yg tinggalkan satu waktu solat fardu dikira jatuh kafir dalam Islam. Kalau kafir maka wajiblah menjalani hukuman dibersihkan dalam neraka! Berat akibatnya mencuri dalam solat sehinggakan terbatal solat dan menjermuskan kita ke dalam neraka, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Yahya b Kathir hadith dari Abdillah b Abi Qatadah hadith dari bapanya (yakni, Qatadah) berkata: 'Telah bersabda Rasullah (s.a.w): 'Aswaun-nasi sariqatanl-lazi yasriqu solatahu.' (Yg bermaksud: Seburuk-buruk manusia yg mencuri adalah orang yg mencuri dalam solatnya (atau, mencuri ketika bersolat)). Berkata (yakni, bertanya para sahabat kerana tak faham sabda Rasulallah (s.a.w) itu) : 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana mencuri seseorang dalam solatnya?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La yutimmu ruku'aha wa-la sujudaha.' (Yg bermaksud: 'Tidak menyempurnakan dia (yg solat) akan Rukuknya dan Sujudnya.) [ Hadith Imam ad-darami]
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa mencuri dalam solat itu bermaksud seseorang itu bersolat tetapi tak sempurna Rukuk dan Sujudnya, maka dgn itu tak sempurna solatnya. [Nota: Tak sempurna dalam Islam bermaksud tak ada guna solatnya, tak dapat pahala sedikitpun, seolah-olah tak bersolatpun.] Kita Rukuk dan Sujud tapi tak sempurna menagapa? Dalam solat yg utama adalah 'tomakninah' dalam Rukun Fe'li solat selain tertib dalam Rukun Qauli solat (spt bacaan yg tidak tergesa-gesa dan tertib dalam solat). Tomakninah dalam Rukuk dan Sujud atau amnya dalam kesemua Rukun Fe'li solat adalah kita Rukuk, pandang ke tempat Sujud, kemudian setelah tetap tanpa bergerak barulah membaca Tasbih Rukuk (= 'Subhana rabbial 'azim) sekurang-kurangnya sekali dan lazimnya 3 kali, selesai membacanya, baru kita bangun untuk Iktidal. Begitu juga ketika Sujud, kita lakukan dgn mempastikan bahawa tujuh anggota Sujud kita mencecahi tempat Sujud (= dahi dan hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan hujung jari-jari kaki kanan dan kiri), apabila telah pasti dan tetap barulah kita baca Tasbih Sujud (= 'Subhana rabbial 'ala) sekurang-kurangnya sekali, lazimnya 3 kali, selesai, barulah kita bangun untuk Dududk diantara Dua Sujud pula, sebelum Sujud kembali.
Justeru itu, seseorang yg bersolat seumpama ayam mematuk makanannya di atas tanah adalah solat yg tiada tomaknnahnya. Maka, takda gunanya. Dalam solat wajib kita tertib dan sentiasa ingatkan bahawa kita berdepan dgn Allah (a.w), seolah-olah kita melihat Allah (a.w), walaupun kita tak nampak Allah (a.w), Dia nampakkan kita.
Komen: Saudara dalam Siri Mukaddimah hari ini di TV9 pagi ini (10 Februari 2012) penceramah menyebutkan bahawa kita hendaklah ketika berdiri dalam solat menumpukan pandangan kpd tempat Sujud, ketika Rukuk kita tumpukan pandangan kita ke celah antara dua kaki kita, bila Dududk diantara Dua Sujud hendaklah kita tumpukan permanadangan kita kpd tangan kita (yg akan 'menunjuk', i.e. tangan kanan). Tah mana dia belajar/mengaji wallahu 'alam. Tapi dalam as-Sunnah disebutkan atau dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa untuk mencapai kekhusyukan dalam solat, hendaklah kita tidak liarkan mata dan tumpukan permanadangan kmata kita ke satu tempat sahaja, iaitu tempat kita Sujud.
Saudara, dalam islam, wajib kita beramal dan beribadah dgn sandaran ilmu yg haq (i.e. benar) iaitu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan pandnagan atau pendapat orang yg menulis kitab-kitab agama ...

Jazakallahu khairah

Wednesday, February 8, 2012

Menarik hari ini ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam the Star on-line hari ini (Rabu, 8 Feb. 2012) keluar satu berita menarik tentang program nikah berkelompok anjuran Obedient Wives Club (OWC) yg pernah menimbulkan kontroversi suatu ketika dulu kata akhbar masa itu menyarannya 'supaya isteri dalam hubungan mereka dgn suami mereka bertindak sebagaimana seorang pelacur melayan pelanggan mereka'! Kelmarin, OWC menganjurkan program tersebut di Kota Kinabalu, Sabah - upacara perkahwinan berkelompok seramai 8 pasangan muda bertemakan nikah dgn penjodohan oleh ibubapa mereka. Yg menarik ada seorang suami yg berusia, dilapurkan 22 tahun, kawin kedua - berpoligami. 
Kindergarten teacher Nuaimah Jafar, 20, had never met Mohd Farijan Andan, three years her senior, until the day he took her as his wife. “He was chosen by my family and I never met him till our ‘nikah’ last Sunday. “We have fallen in love since then,” said the beaming bride at herbersanding ceremony yesterday. Joining them were eight other couples aged between 18 and 25 in what was one of the largest mass weddings organised by the controversial Obedient Wives Club (OWC) and Global Ikhwan Sdn Bhd


New journey: Newlywed couples posing for a photograph during their mass wedding ceremony in Kota Kinabalu Monday.Nuaimah said she had no qualms in agreeing to an arranged marriage as she was confident of her parents’ choice.Farijan, a Global Ikhwan employee, said he did not think it was odd for his bride to be chosen by his parents, adding that looks were not important as there were other traits to consider such as being polite and religious. For businessman Mohd Amirul Mutaqin, 22, this was his second experience sitting on the pelamin (dais).The Sarawakian met kindergarten teacher Zahaidah Muhasim, 21, on Facebook and said they remained friends until their parents decided to match them in marriage. “We are not embarrassed that ours is a polygamous marriage. “This is after all allowed in Islam,” Mohd Amirul said, He added that his first wife had no problem with him taking another spouse. OWC Sabah chapter chief Roslina Sulaiman said the couples had to fork out only RM500 for their nikah and bersanding ceremonies, with other costs borne by the group and Global Ikhwan. “This is our way of promoting the institution of marriage,” she said, adding that the club was providing courses to couples to prepare them for married life. “One of the important ways to ensure the success of any marriage is that the wife must be obedient to the husband in all aspects,” Roslina added. 
Mudah-mudahan perkahwinan mereka itu berlanjutan . Yg jelasnya, OWC nampaknya menyokong dua lagi perkara dalam Islam, iaitu kahwin yg dijodohkan oleh ibubapa sebagaimana zaman dulu. Malah Islam melarang hubungan lelaki perempuan belum kahwin. Yg kedua OWN menyokong poligami. 

Jazakallahu khairah

Monday, February 6, 2012

Komen: Program 'Tanyalah Ustaz' 'TV9'

Assalamualaikum,
Saudara, pagi tadi (6 Feb. 2012) secara kebetulan penulis mendengar ceramah Abu Hassan Din al-Hafiz dalam program 'Tanyalah Ustaz' di TV 9 bertajuk 'Uswa Hasana'. Malangnya, terlambat setelah program itu berlalu lebih 20 minit, jadi banyaklah perkara-perkara yg dicakapkan olehnya terlepas.
Saudara, siapa dia Abu Hassan Din al-Hafiz? Dulu dia sekian lama menjadi Penasihat Agama kpd SPB Yg DiPertuan Agung. Beliau, sebagai yg jelas di namanya, seorang 'al-Hafiz', yakni orang yg hafal 30 juzu' al-Quran. Beliau bukan sahaja hafal, tetapi faham apa yg dihafalnya. Jelaslah di Malaysia, dia merupakan seorang ulama' yg besar. Siapa yg tak kenal beliau. Dia adalah adik pula kpd seorang ulama' Malaysia yg terserlah dan mahaguru universiti suatu masa dulu, iaitu Dr. Harun Din al-Hafiz, juga seorang yg unggul di Malaysia. Katanya ada seorang lagi abangnya yg juga seorang ulama' tetapi taklah terserlah sebagaimana beliau dan abangnya, Harun. Harun Din adalah juga seorang tokoh pemimpin PAS, sebagai Penasihat PAS. Beruntunglah kedua ibu bapa mereka kerana dapat menghasilkan tiga orang anak yg bijak dalam ilmu  agama Islam.
Saudara, yg menarik dalam ceramah beliau adalah isu 'bid'ah hasanah'. Sehubungan dgn hadith itu, seorang hadirin bertanya inginkan penjelasan  tentang 'bid'ah'. Abu Hasssan Din meneyntuh tentang sepotong hadith tentang segala sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai bid'ah. Seperti yg dijangkakan, sebagaimana para ulama' arus perdana di Malaysia ini, berpegang kpd fahaman Mazhab as-Syafie. Apakah beliau mengikuti amalan kemazhaban as-Syafie di Malaysia sepenuhnya? Wallahu 'alam, Allah (a.w) -Dia yg tahu sebenarnya. Tapi, yg penting nak penulis sebutkan adalah pendapat beliau dgn menggunakan nas hadith menyebut tentang tajuk 'bid'ah hasanah' sebagai menjawab soalan hadirin yg hadir (jema'ah umat Islam dari Singapura) di Masjid as-Syakirin (tempat program itu direkodkan).
Saudara, soalan yg di'tanya' [Nota: Kesemua soalan dalam program TV selalunya disediakan oleh penceramah berkenaan kerana untuk menjelaskan beberapa isu, terutama isu yg bersifat kontroversial.] oleh seorang hadirin adalah: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma in tamasiktum bihima, kitabbalahi wa-sunnatu nabiyi' (Yg bermaksud: Aku tinggalkan kpd kamu (manusia umumnya atau umat Islam khususnya) dua perkara, yg kalau kamu sekelian berpegang kpd kedua-duanya, pasti tidak akan sesat kamu selama-lamanya.) [Hadith]
Beliau berkata hadith ini sahih, tetapi tergolong dalam hadith-hadith yg bersifat perintah atau ketetapan umum. Beliau merujuk kpd pandangan KH Sirajuddin dari Indonesia. Maka dgn itu, dari segi pelaksanaannya, hendaklah ditakrifkan pula berdasarkan hadith-hadith lain, apakah itu perintah atau ketetapan yg mutlak. Umumnya, hadith ini menyebutkan bahawa umat Islam wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa, merujuk kpd as-Sunnah, seseorang itu tidak akan tahu bagaimana hendak mengerjakan amalan dan ibadah. Belau memberi contoh tentang perintah al-Quran 'aqimus-solah' (Yg bermaksud: Dirikanlah solat.). Tanpa, as-Sunnah, kita tak mungkin tahu bagaimana nak solat - bagaimana rukun-rukunnya. Maka dgn itulah orang Islam wajib berpandukan juga as-Sunnah. As-Sunnah itu adalah: 'Segala kata-kata, perbuatan dan segala sesuatu yg didiamkan oleh beliau apabila para sahabat berkata mengenai sesuatu atau apakala sahabat membuat sesuatu'. [Nota: Definisi 'as-Sunnah' yg rengkas tetapi jelas.]. Maka dgn itulah seseorang yg Islam itu wajib berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah. Dgn itu sahaja caranya tidak sesat dalam kehidupan beragama.
Katanya, ada banyak hadith yg bersifat umum. Dia berikan satu contoh: 'Kullu bani Adama kattun ...'(yg bermaksud: Setiap anak Adam membuat dosa/berdosa ...). Justeru itu, katanya, hadith itu adalah umum maka melibatkan semua manusia, termasuk Nabi (s.a.w) sendiri, walhal, Nabi (s.a.w), katanya tak berdosa. Jadi, hadith tersebut umum tetapi perlu dilihat dalam konteks hadith-hadith yg khusus. Tapi, saudara, sering diberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah seorang yg 'maksum', yakni tiada dosa. Kalau begitu, katanya, ada pengecualian dalam pemakaian ketetapan hadith umum tersebut! Maka dgn itulah dalam kelaziman masyarakat Islam sekarang mereka belum boleh dikatakan ahli neraka kalau mengamalkan sesuatu yg berlainan dari as-Sunnah. Mengikut hujjah sedemikian ini, maka hadith umum tersebut belum boleh dijadikan ketetapan mutlak dalam Islam. Sekiranya ketetapan hadith umum dijadikan ketetapan mutlak, maka akan bercanggah dgn hadith-hadith khusus lain, yg menyebutkan ketetapan yg berlainan dan mungkin bercanggah. Itulah yg dapat kita rumuskan dari huraian beliau.
Beliau berkata bahawa ada hadith (Riwayat Muslim) yg menyebut: 'Barangsiapa mencipta suatu sunnah yg baik, maka dia mendapat pahala dan orang lain yg beramal dgn sunnah tersebut juga mendapat pahala ...'. Maka, justeru itu, ada perkara yg tidak termasuk dalam sunnah Rasulallah (s.a.w), yg berupa sunnah yg baru boleh dicipta dan diamalkan dan adalah baik dan yg mencipta dan mengamalkannya diberi pahala ... Itulah sebenarnya yg berlaku sekarang iaitu wujudnya 'bid'ah hasanah'. 
Saudara, kalau kita berpegang dgn penjelasan beliau, jelaslah asas dan logik betapa lumrahnya perkara-perkara yg disebutkan 'bida'ah hasanah' menjadi amalan lazim di Malaysia - malah di Nusantara ini, dan mengapa begitu kuatnya penolakan para ulama dan umat Islam arus perdana terhadap mereka yg mengetakan 'semua pembaharuan adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan, dan semua yg sesat tempatnya di neraka' itu.
Saudara, dapat kita rumuskan dari ceramah Abu Hassan Din al-Hafiz itu bahawa umat Islam itu memangnya wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah supaya tidak sesat dalam beragama. Namun, dalam beragama, mereka boleh memencipta dan mengamalkan sesuatu yg baik (i.e. bid'ah hasanah), tidak mengapa, di bolehkan. Inilah asas amalan umat Islam dan panduan amalan para ulama' Malaysia (malahn dalam Nusantara) sekarang ini.
Saudara, kita memang terima hadith yg menyebutkan bahawa 'Semua anak Adam adalah berdoa', kerana semua para nabi dan rasul pernah melakukan dosa dan berdoa. Nabi Adam (a.w) berdosa kerana melanggar perintah Allah (a.w) jangan makan buah khuldi, maka dikeluarkan dari syurga dan terpaksa hidup di dunia. Nabi Musa (a.s) berdosa juga, kerana melanggar ketetapan Allah (a.w) ketika disuruh betapa sebagai membersihkan diri sebelum bertemu Allah (a.w) untuk menerima Kitab Taurat. maka beliau disuruh berpuasa 10 hari lagi menjadikan jumlah hari puasanya 40 hari. Tapi, apakala mereka bertaubat - kalimah taubat itu sendiri diajarkan oleh Allah (a.w) - maka mereka tidak lagi berdosa. Nabi Muhammad (s.a.w) adalah 'maksum' yakni tidak berdosa. [Nota: Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa kesemua dosa Rasulallah (s.a.w) yg dahulu dan yg akan datang telahun diampunkan Allah (a.w). maka pastilah Rasulallah (s.a.w) tidak berdosa lagi kerana telahpun Allah (a.w) hapuskan sebelum dikerjakan apa-apa yg berdosa.]. Itulah kelebihan Rasulallah (s.a.w). Maka kata Abu Hassan itulah wujudnya pengecualian dalam ketetapan umum as-Sunnah. Ketetapan as-Sunnah, justeru itu, katanya, tidak mutlak. Demikian jugalah hadith tentang bid'ah.
Saudara, Abu Hassan merujuk kpd beberapa perkara yg dilakukan oleh khalifah awal -selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w) - tentang amalan yg tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) yg bersifat bid'ah kerana tak dibuat oleh Nabi (s.a.w) sebagai perbuatan yg bersifat 'bid'ah hasnah'. Antaranya: pengumpulan musyaf al-Quran oleh Othman ibni Affan (r.a) dan dua azab bagi Solat Jum'at zaman Othman, malah dua azan Subuh zaman sekarang di Arab Saudi, sebagai bid'ah tetapi baik dan diterima oleh umat Islam. Demikianlah seterusnya segala sesuatu yg bersifat 'bid'ah' tapi baik, seperti juga amalan berzikir beramai-ramai, membaca Yasin malam Jum'at beramai-ramai, majlis tahlil dan sebagainya - kalau kita teruskan senarai amalan yg tiada dalam as-Sunnah tetapi diterima oleh umat Islam hari ini.
Saudara, apakah benar ketetapan dalam hadith umum tidak boleh dijadikan ketetapan mutlak? Sebaliknya, apakah kita berani mengambil risiko mengamalkan sesuatu yg bersifat bid'ah - kerana tiada dalam as-Sunnah - semata-mata kerana kita fikirkan amalan itu baik, walhal amalan kita ditolak atau taubat kita tidak diterima atau kita terkeluar dari Islam, kerana semua amalan kita dicemari oleh id'ah? manakah risiko yg paliung minima? Meninggalkan bid'ah, maka pasti kita betul dalam beramal dan beribadah, dan kesemua amalan dan ibadah kita diterima. Atau, kita pilih nak dapatkan sedikit pahala kerana melakukan pembaharuan yg kononnya 'baik' tetapi amalan dan ibadah yg lebih utama (spt solat, puasa, haji dll yg wajib) tidak diterima Allah (a.w)? Jelaslah suatu kebodohan dalam membuat pilihan. Pilihlah yg selamat, tinggalkanlah yg meragukan. Kankah kita diberitahu bahawa yg halal itu jelas dan yg haram itupun jelas, dan yg selainnya tidak ditentukan. Kita wajib terima ketetapan yg halah dan tinggalkan yg haram. Yg 'harus' yakni selainnya, wajib kita berwaspada supaya tidak menyebelah kpd yg haram, yg jelas. Membuat bid'ah adalah suatu yg tidak dibolehkan dalam ketetapam umum as-Sunnah dan ketetapan khusus as-Sunnah. Lebih selamat, kita tinggalkan. Tak dapat untung sebanyak mana dalam pahala dan lebih mungkin kpd dosa, kalaupun ada kebaikannya. Samalah sebagai seorang yg melabur di pasar saham, atau projek. Manakah lebih baik: melaksanakan projek yg pulangannya bukan sahaja besar tetapi utama, kerana tak buat, kita akan disenarai-hitamkan selama-lamanya, berbanding membuat projek yg pulangan/keuntungan kecil, kalau tak buat tak rugipun, kalau kita buat tak menepati spesifikasinya, risikonya besar, kerana syarikat kita diblack-list dan tidak diterima selama-lamanya mendapat projek. Pastilah pilihan pertama yg bijak. dalam Islam janganlah ambil risiko, apakala telah jelas sepesifikasinya.

Jazakallahu khairah

Sunday, February 5, 2012

Kiamat: Tanda-tanda Akhirnya Zaman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun bicarakan sepotong hadith yg memberitahu kita beberapa perakara yg akan berlaku yg menunjukkan kiamat itu sudahpun hampir. Kita sambung lagi perbincangan kita seterusnya. 

Tanda-tanda Kiamat Sudah Hampir
Apabila manusia itu menjadi bertambah jahil dan dikuasai oleh kemahuan nafsunya, maka itulah satu daripada tanda-tanda Qiamat itu hampir tiba. Qiamat itu sudah hampir. Tanda-tandanya sudahpun berbagai. Antaranya banyak fitnah (yakni, cobaan, kekacauan, huruhara, pembunuhan, dll): 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda (Qiamat sudah dekat apabila): ‘Masa bertambah cepat, amalan (yang sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah) semakin berkurangan, kekikiran (yakni, sifat kedekut dan bakhil) banyak ditemui, fitnah (yakni, cobaan dan kekacauan) terjadi dan ‘huruhara’ bertambah banyak.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Ya Rasulallah (s.a.w): (huruhara) Yang mana?’ Dijawab Nabi (s.a.w): ‘Pembunuhan! Pembunuhan!’ [Hadith Bukhari] . 
Di dalam hadith di atas disebutkan lima tanda-tanda qiamat sudah hampir, dan tanda-tanda tersebut sudahpun berlaku dewasa ini, iaitu: 
PertamaMasa itu berlalu dengan cepat, sebagaimana yang kita alami ketika ini, begitu cepat masa berlalu, sehinggakan kita rasa tak sempat menyudahkan sesuatu keraja waktu pagi sudahpun petang; Kedua, rata-rata kita dapati orang Islam kurang amalan syaiat agamanya, terutama amalan wajib seperti solat, apatah lagi amalan sunat; ketiga, manusia kedekut atau bakhil semakin banyak kerana sukar untuk mendapatkan manusia yang mampu menolong mereka yang fakir, miskin dan memerlukan bantuan; keempat, bermacam-macam kekacauan berlaku di merata-rata tempat dalam masyarakat umat Islam; kelima, huruhara demi huruhara yg pelbagai berlaku sama ada dibuat oleh manusia mahupun yang berlaku kerana dugaan dan cobaan Allah (a.w), seperti bangunan runtuh, tanah runtuh tsunami dan sebagainya. 
Ada banyak hadith menyebutkan tentang tanda-tanda Qiamat itu akan datang, yakni sudah menghampiri manusia: 
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq (r.a) berkata: ‘Aku bersama-sama dengan Abdullah dan Abi Musa dan kedua-duanya mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya sebelum saat (yakni, Qiamat) ada beberapa hari (yakni, masa atau zaman) yang ketika itu kejahilan bertambah, ilmu berkurangan dan huruhara banyak terjadi. Dan huruhara itu adalah pembunuhan.’ [Hadith Bukhari] 
Hadith di atas ini juga memberikan beberapa alamat sudah hampirnya Qimat itu, iatu: pertama, kejahilan bertambah, yakni manusia semakin tidak arif tentang agamanya, mereka bertambah jahil terhadap syariat agamanya; kedua, ilmu mengenai syariat agama Islam itu semakin berkurangan (kerana di dalam hadith lain disebutkan kerana banyaknya orang yang faqih tentang agama Islam itu mati dan tiada pengganti, kerana tiada siapa yang sanggup belajar agama); dan ketiga, terjadinya banyak huruhara, iaitu pembunuhan di kalangan orang Islam. 
Kita sentiasa terbaca tentang pembunuhan. Contohnya, kes yang melibatkan pegawai MBSA yang membunuh perempuan simpanannya, kes pegawai Petronas membunuh isterinya, dan banyak lagi. 
[NotaSebagai tambahan, apakah hukumannya terhadap orang yang mengaku Islam membunuh seorang Islam? Ini dijelaskan di dalam hadith bahawa orang Islam yang membunuh seorang Islam yang lain jatuh kafir. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Mencaci orang Islam itu adalah satu kejahatan (berdosa), dan membunuhnya adalah kekafiran (yakni, jatuh kafir).’ [Hadith Bukhari]. 
Hadith berikut pula memberikan beberapa tanda-tanda atau alamat-alamat Qiamat yang lain: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Musa asy-Syaari (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Akan datang atas manusia suatu zaman apabila dikeliling seorang lelaki dengan membawa sedekah daripada emas kemudian tidak menjumpai seseorang (orang yang) ingin mengambil (atau menerima)(sedekah) darinya, dan diketahui oleh lelaki yang seorang mengikuti padanya empat puluh (40) perempuan yang meminta kelazatan (yakni, inginkan berkahwin atau mendapat nikmat dunia melalui hubungan jenis) dengannya dari sedikit lelaki dan banyaknya perempuan.’ [Hadith Bukhari] 
Di dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa qiamat itu hampir atau akan berlaku dalam sedikit masa lagi: 
Diriwayatkan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya (antara) dari tanda-tanda qiamat itu bahawasanya terangkat ilmu (mengenai syariat Islam) dan banyaknya (yakni, ramainya) orang-orang yang jahil (tentang syariat agama Islam), dan banyaknya berlaku zina, dan banyaknya manusia minum arak, dan sedikitnya lelaki dan banyaknya perempuan sehingga akan ada bagi setiap 50 perempuan inginkan seorang lelaki.’ [Hadith Bukhari] Qiamat itu hampir berlaku apabila kita ketumui keadaan berikut, iaitu apabila: pertama, seseorang Islam yang membawa sedekah berupa emas untuk disedekahkan, tiada siapa yang mahu terima, bukan kerana tidak ada nilainya, tetapi, di dalam hadith disebutkan ketika itu umat Islam terlalu kaya dan kesemuanya kaya dan tiada yang faqir atau miskin untuk menerima sedekah atau zakat atau fitrah; dan kedua, pada zaman itu seorang lelaki akan diikuti oleh 40 orang perempuan, yakni begitu ramainya perempuan berbanding dengan lelaki sehinggakan nisbahnya 40:1. Seorang lelaki beristerikan 40 perempuan. 
Di dalam hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya supaya bersedekahlah selalu sekarang kerana apabila hendak Kiamat nanti, tiada yang mahu menerima sedekah: 
Diriwayatkan hadith daripada Haritsah bin Wahab (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Bersedekahlah kamu, kerana nanti akan datang suatu zaman bagi manusia, bilamana seseorang berjalan membawa sedekahnya, tetapi tidak diperolehinya orang yang mahu menerimanya.’ [Hadith Bukhari] 
Bersedekah adalah salah satu suruhan Allah (a.w) dan RasulNya terhadap umat Islam. Apabila hampir Kiamat, tidak ada orang yang mahu menerimanya. Kerana, zaman itu umat Islam sudahpun kaya dan mewah tak lagi mmerlukan pertolongan kewangan orang lain. Maka sesiapa yg ingin menginfaq dan bersedah untuk menambah pelaburan akhirat mereka, tidak dapat melakukannya.

Jazakallahu khairah


Kiamat: Tanda-tanda Akhirnya Zaman ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini tak berapa lama dahulu, kita telahpun lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai tajuk di atas itu. Namun, spt biasa manusia itu dijadikan dgn sifat yg suka melawan dan suka lupa. Maka wajarlah kita ulangi kembali supaya mengingatkan kita bahawa apabila tamat hidup kita di dunia, bererti bermulalah kehidupan yg sebenarnya, iaitu alam barzah dan alam ahirat. Alam barzah itu jauh lebih panjang dan lebih lama dari alam dunia kita sendiri, iaitu saat kita dilahirkan sehinggalah saat kita dimatikan - mengikut kiraan jangka waktu di akhirat tak lebih dari seminit sahaja! Fikirlah, Nabi Adam (a.w), Hawa (a.s) dan anak-anaknya telahpun berkurun mati, dan berada d kubur. Umat Nabi Nuh (a.s) yg dikaramkan oleh Allah (a.w), sudahpun berkubur di lautan banjir sampai sekarang. Firaun dan kaumnya telah mati di Laut Merah zaman Musa (a.s) sekian lama pula. Allah (a.w) memberitahu bahawa kiraan jangkawaktu di akhirat - di padnag mahsyar, ketika manusia yg Islam berkumpul di padang mahsyar itu selama 50,000 tahun. Dan, sehari zaman itu sama dengan 1,000 tahun zaman ini. Oleh itu, tidaklah menguntungkan bahawa memaksimumkan keserokan di dunia sekarang, melupakan kehidupan dua zaman yg mendatang tanpa persediaan, disiksa dalam kubur, dibasuh di dalam neraka kelak!
Saudara, setiap kita akan menemui kiamat kecil - kematian. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umur umat Muhammad (s.a.w) hanyalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Terkadang ada yg dipanjangkan umur oleh Allah (a.w) sampai 125 tahun. Tapi, on average, antara 60 hingga 70 tahun.Hari ini kerana gaya dan cara hidup moden manusia, ramai yg tak sampaipun umurnya 50 tahun sudah sakit tenat, kalaupun belum mati.
Dan, kiamat yg sebenarnya akan berlaku, entah bila tiada siapa yg tahu. Namun, Rasulallah (s.a.w) telahpun diwahyukan oleh Allah (a.w) untuk memberitahu manusia, bahawa kiamat itu sudah hampir. Tanda-tandanya sudahpun banyak dan berbagai. Insya Allah,dalam post ini dan beberapa post yg akan datang, kita teli tajuk 'Kiamat' supaya kita ingat dan disedarkan dari lamunan kehdupan dunia yg serba menyeronokan, tetapi tetap akan terhenti.

Tanda-tanda Qiamat 
Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa di akhir zaman kelak akan kembali semula masyarakat jahiliah, kerana umat Islam ketika itu jahil dengan agamanya (berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah): 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amr bi ‘As (r.a) berkata bahawa dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mencabut ilmu (mengenai syariat agama Islam) dengan mencabutnya dari hati manusia, dan akan tetapi tercabutnya ilmu itu dengan mematikan para ulama’ (yakni, mereka yang berilmu tentang syariat agama Islam). Sehingga ketika tiada lagi orang-orang yang berilmu (ilmu, mengenai syariat Islam yang haq), maka mengangkat manusia (yakni, masyarakat umat Islam) sebagai pemimpin mereka orang-orang yang jahil (tentang syariat yang haq itu, yakni ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) di tempat mereka bertanya (yakni, mendapatkan keputusan) tentang agama mereka. Maka, orang-orang jahil tersebut akan mengeluarkan fatwa atau keketapan mengenai agama Islam tanpa ilmu (yakni, sedangkan mereka jahil tentang ketetapan Allah (a.w) yang terdapat dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah), maka mereka itu (yakni, yang memberi fatwa atau ketetapan itu) sesat dan menyesatkan pula orang lain (yakni, orang yang meminta fatwa atau ketetapan agama, yakni masyarakat mereka).’ [Hadith Bukhari] 
Sudahkah berlaku perkara ini sekarang? Jika kita amat-amati kita ketahui ramai pemimpin kita yang tidak mempunyai ilmu mengenai syariat agama Islam tetapi mereka tidak segan dan silu bercakap tentang hukum-hukum agama Islam. Mereka pula melantik para ulama’ untuk mentadbirkan syariat agama Islam dan hal ehwal masyarakat Islam orang-orang yang tidak cukup faqih tentang syariat agama Islam. Mereka ini mengeluarkan fatwa dan membuat ketetapan mengenai sesuatu tentang agama Islam. Atau, lebih serius lagi mereka mencari sesuatu pentafsiran di dalam agama Islam yang boleh mereka gunakan untuk membenarkan sesuatu tindakan yang tidak sejajar dengan syariat Islam yang dibuat atau diputuskan oleh pemimpin mereka. Maka timbullah sinario yang disebutkan di dalam hadith ini, iaitu manusia yang jahil tentang syariat Islamnya memberi fatwa atau keputusan atau ketetapan dalam kejahilan tentang agama Islam. Mereka sememangnya sesat disebabkan kejahilan mereka dan kerana fatwa atau ketetapan atau keputusan yang mereka buat bersandarkan pendapat, dan tidak berlandaskan ilmu, maka mereka pula menyesatkan orang yang lain, yakni umat Islam yang dipimpinnya!
[Nota: Hari ini begitu ramai ulama' yg sudahpun menyesatkan umat Islam kerana ceramahnya, kuliyahnya atau tazkirahnya, yg disampaikan oleh mereka menggunakan kebijaksanaan akal fikirannya, tanpa mengaji dan memahami al-Quran dan as-Sunnah atau kalau fahampun secara sedar atau tidak sedar menentang ketetapan as-Sunnah.]
Oleh sebab itulah terkadang kita dengar pemimpin bercakap tentang ‘aurat’ dan tentang beberapa hukum Allah (a.w) dan beberapa amalan umat Islam yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai tidak sesuai untuk zaman sekarang. Mereka berhujjah bahawa ‘norma-norma’ sedemikian adalah untuk umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w), yakni sesuai untuk masyarakat 1,400 tahun lalu. Sekarang masyarakat telah maju ke depan. Maka kerana itu perlu perubahan. Islam itu, kata mereka, adalah agama untuk semua zaman. Maka kehendak syariat Islam juag berubah mengikut zaman! Namun, Allah (a.w) memberitahu bahawa Islam dan syariatnya sebagaimana yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) tetap tidak akan berubah. Yg wajib berubah adalah manusia, khususnya umat Islam sendiri, yg wajib menyesuaikan diri mereka dgn ketetapan Islam. Bukan sebaliknya.
Jelaslah satu contoh pemikiran yang logik dan mengikut zaman. Satu pemikiran yang berlandaskan kebijaksanaan akal manusia. Satu pandangan yang dipengaruhi oleh reality dunia manusia. Soalnya, adakah syariat agama Islam yang ditetapkan oleh Allah (a.w) perlu berubah dan idisesuaikan dengan reality manusia dan reality dunia? Atau, sebaliknya? Sudah pastilah yang perlu menyesuaikan diri adalah manusia dan reality dunia itu hendaklah dibentuk kepada ketetapan syariat Islam. Kerana syarikat Islam itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w). Realiti hidup itu dicipta manusia supaya jauh berlainan daripada fitrah syariat Islam dan manusia diperintah oleh nafsu mereka. Masakan Allah (a.w) itu mempunyai ilmu yang begitu cetek dan manusia lebih bijak daripadaNya? Hakikatnya, barangsiapa yang memikirkan bahawa syariat Islam itu perlu disesuaikan dengan zaman dan bukannya zaman perlu dibatasi oleh syariat Islam sememangnya sudah sesat jauh. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith di atas tadi.

Jazakallahu khairah

Thursday, February 2, 2012

Kematian: Saat-saat Akhir, apa Tanda-tandanya?

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti apakah peradaban kita ketika menziarahi orang sakit, terutama orang yg sakit tenat atau orang sedang naza', dan berkemungkinanan besar akan mati. Kita disuruh membaca Surah Yaasin dan mengajarkan sisakit kalimah Talqin i.e. 'lailaha ilallah'. Jangan sekali-kali kita membuat bising disisinya atau bertanya kpdnya seolah-olah untuk 'comfortkan' dia, atau buat lawak, kerna segala itu akan melalaikannya dan membuatkan dia lupa menyebut kalimah Talqin tersebut.
Saudara, apakah tanda-tanda seseorang itu hampir mati atau rohnya akan keluar dari tubuhnya? Kita lihat beberapa tanda yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w):

Keadaan Ketika Akan Mati: Saat-saat Akhir 

Sesetengah kita pernah berdepan secara terus dengan saudara kita yang akan mati. Atau, kita berada disebelah seseorang Islam dalam keadaan naza’. Adakah kita memerhatikan apa yang berlaku? Atau, kita terlalu sebok untuk membantu saudara kita yang naza’ mudah-mudahan dapat dipanjangkan atau dilanjutkan sedikit nyawanya?
Justeru itu, sudah tentu kita dalam kekalutan yang amat sangat. Tidaklah kita memerhati apa yang berlaku. Di dalam beberapa hadith berikut kita diberitahu apa yang berlaku. 

(a) Berpeloh Di pipinya 
Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita mengikut hadith ini bahawa seseorang yang beriman yang hampir hendak mati, nyawanya, akan dicabut, akan keluar peluh di sebelah atas pipinya. Belah manakah itu? Bagi orang lelaki yang biasa menyimpan ‘sideburn’ di kawasan itulah mula berpeluh meleleh ke bawah. Saat-saat itu hampir nyawanya dicabut malaikat: 
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah, hadith daripada Abi Buraidah (r.a), hadith daripada bapanya berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adapun orang mukmin yang hendak mati itu keluar peluh di pelipisnya (yakni, di bahagian sebelah atas pipinya).’[Hadith sahih Ibnu Majah] 

(b) Putus penglihatan ketika melihat malaikal maut 
Dijelaskan di dalam hadith berikut pula bahawa mata seseorang itu akan mengikuti pergerakan malaikat maut. Maka dengan itulah apakala ternampak seseorang yang hendak mati itu malaikat maut, maka pergerakan matanya akan kelihatan jelas. Tidak akan diendahkannya apa-apa yang lain sama ada teguran atau percakapan atau perbuatan kita. 
Matanya akan bergerak-gerak, air mukanya mungkin berubah, wallahu alam. Tetapi, matanya akan merenung arah malaikat maut: 
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Qais, daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa (r.a) berkata: ‘Aku tanyakan Rasulallah (s.a.w) pada putusnya penglihatan seseorang hamba dari manusia?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika melihat dia (malaikal maut).’ [Hadith sahih Ibnu Majah] 
Hadith di atas ini menjelaskan apakala ternampak seseorang yang hendak mati itu akan malaikal maut, maka terputuslah hubungannya dengan manusia sekelilingnya dan dunianya. Disebutkan di dalam hadith-hadith lain bahawa air muka malaikal maut itu sendiri dapat memberitahu simati sama ada dia adalah calun syurga atau calun neraka, yakni di akhirat kelak masuk syurga atau neraka, atau sama ada dia akan mendiami satu daripada lubang api neraka atau satu daripada taman-taman syurga semasa di dalam kubur. 
[Nota: Hadith menyebutkan bahawa kubur itu mungkin menjadi satu daripada lubang api neraka atau satu daripada taman-taman syurga, bergantung pada amalan seseorang itu semasa di dunianya.] 
Justeru itu, segala sesuatu yg kita lakukan semasa hidup kita akan dibalas mula-mulanya ketika dalam kubur - siksaan kubur - kemudian di akhirat semasa di hisab segala amalan kita. Namun, jika kita disiksa dalam kubur, maka pastilah diakhirat kita akan diazab, yakni tak dapat syurga. Fikirkanlah, berapa lamakah sudah berada dalam kubur spt anak Nabi Adam (a.s) yg membunuh adiknya? Orang pertama membunuh? Berapa lamakah Abu Jahal berada di kubur dan disiksa sebanyak-banyaknya, antara orang yg amat dimurkai Allah (a.w)? Orang pertama yg masuk neraka selain syaitan, adalah firaun yg hidup zaman Nabi Musa (a.s), sekarang sedang disisksa setiap saat dan ketika dalam kuburnya ...

Jazakallahu khairah

Wednesday, February 1, 2012

Menziarahi Orang Sakit (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita membicarakan sedikit tentang peradaban kita ketika melawat orang yg sakit, terutama yg sakit tenat. Kita telah teliti 3 perlakuan yg disuruh oleh Islam kita lakukan; iaitu: pertama, kita ajarkan dia kalimah Talqin', iaitu kalimah 'Lailaha illallah' (yg bermaksud; tiada tuhan yg berhak disembah atau dijadikan sembahan kecuali Allah (a.w) yg esa. Dalam hadith disebutkan bahawa sesiap yg Islam dan kalimah terakhir yg terkeluar dari mulutnya ketika sampai sakratul mautnya, adalah kalimah 'lailaha ilallah', maka di akhirat kelak dia akan masuk syurga (setelah dibersihkan dari dosa-dosanya dalam neraka, kalau dia masih berdosa). Kedua, jangan menambah kerunsingan dalam hatinya. Setiap orang yg menghadapi sakratul maut itu terlalu runsing hatinya, kerana teringat dia akan dosa-dosanya, kalau-kalau belum diampunkan oleh Allah (a.w) dan mula penyesalannya tentang amalan dan ibadah yg belum disempurnakannya. Atau, teringat dia bahawa sekian lama dia hidup, dia tidak pula membuat persedian yg secukupnya untuk menghadapi kehiupan dalam kuburnya dan kemudian kehidupan di ahiratnya pula. Dan, ketiga, mendoakan semoga Allah (a.w) mengurniakan kesejahteraannya di akhirat.
Saudara, dalam post ini kita lihat pula perlakuan yg setrusnya kita buat ketika melawat si sakit.

(d) Mendoakan Orang Yang Sakit 
Salah satu peradaban yang ditetapkan di dalam syariat Islam adalah apabila menziarahi seseorang yang sakit, maka hendaklah doakan dia kesejahteraan. Disebutkan bahawa doa yang dipinta bagi pihak sisakit itu mustajab. Dan, doa sedemikian adalah memberi manfaat kepada si sakit: 
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Muhammad bin Ibrahim Taimiyi, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika masuk kepada orang yang sakit, maka melonggarkanlah padanya (yakni, janganlah kedekut berdoa baginya) di dalam mendoakan pada waktu (menjengoknya). Maka sesungguhnya demikian (i.e. mendoakan sesuatu kepada si sakit) tidak menolak sedikitpun sesuatu. Dan dia (i.e. doa itu) baik dengan diri orang yang sakit.’ [Hadith ibnu Majah] 
Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita peradaban semasa mengunjungi pesakit, terutama pesakit dalam keadaan tenat. Hendaklah kita tidak menyusahkan pula hati dan fikirannya kerana di saat-saat yang genting itu eloklah kita bercakap-cakap perkara-perkara yang baik, yang boleh menenangkan fikiran dan hatinya. Sebaik-baiknya didoakan baginya kesejahteraan semasa didalam kubur sementara menunggu qiamat dan akhirat, dan kita diberitahu apabila kita doakan sedemikian, malaikat yang hadhir mengaminkan doa kita: 
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq, hadith daripada Ummu Salamah (r.ah) berkata: ‘Telah bersadba Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika datang kamu kepada orang sakit atau orang yang hampir mati maka berkata-katalah perkara yang baik-baik. Maka sesungguhnya para malaikat mengaminkan atas apa-apa yang diucapkan.’ ‘Maka apabila mati Abu Salamah, datang aku kepada Nabi (s.a.w), maka berkata aku: Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya Aba Salamah sungguh-sungguh sudah mati.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berkatalah kamu 'Allah-hummaghfirli walahu, wa’aqibni minhu u’ba hasanah’. [Maksud doa: Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku dan (dan ampunilah) baginya. Semoga menggantikan bagiku darinya pengganti yang baik’]. Berkata aku (kata Ummu Salamah (r.ah)): ‘Maka mengerjakanlah aku (seperti yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu). Maka mengganti Allah (a.w) orang yang dia lebih baik daripadanya, Muhammad Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith bnu Majah] 
Apakah doa yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) dibaca? Ini disebutkan di dalam hadith di atas. Doa ini lebih baik jika didoakan oleh suami (atau isteri) jika orang yang sakit itu adalah isteri (atau suami). Namun begitu tidak disebutkan bahawa hanya mereka itu sahaja yang wajar berdoa. Sesiapa saja yang ingin berdoa, maka boleh berdoa. Tambahan pula kebaikan akan juga diperolehi oleh orang yang mendoakan si sakit, seperti hadith di atas doa  Ummu Salamah (r.ah) semasa kematian suaminya, yang berdoa semasa suaminya, Abi Salamah (r.a) sakit tenat

(e) Berikanlah Kehendaknya 
Seseorang yang sakit tenat itu berkemungkinan besar inginkan sesuatu atas kehendak hatinya, kerana kemungkinan dia akan mati. Dengan itu, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berikan apa yang dikehendakinya atau dipintanya, atau kita tanyakan dia apa-apa kemahuannya, dan apabila diberitahu maka kita dapatkan dan berikan kepadanya: 
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas (r.a) katanya bahawasanya Nabi (s.a.w) menjengok seorang lelaki sedang sakit, maka bersabda dia: ‘Apa-apa yang engkau kehendaki?’ Berkata lelaki: ‘Teringin aku roti gandum.’ Bersabda Nabi (s.a.w) (kepada para sahabat yang hadhir bersama): ‘Barangsiapa yang ada padanya roti gandum maka memberilah kepada saudaranya.’ Kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika teringin seseorang sakit kepada salah seorang daripada kamu sesuatu, maka memberikanlah (yakni, perkenankan apa-apa kehendak atau keinginannya).’ [Hadith ibnu Majah] 
Berapa ramaikah, mengikut hemat kita orang yang menziarahi pesakit itu bertanyakan kehendak si sakit? Perbuatan yang kerap kita perhatikan adalah membawa apa sahaja barng yang kita sendiri fakir sesuai diberikan kepada si sakit. Selalunya pula, jika barang makanan, maka membazir, tidak dimakannya. Kalau si sakit ditanya, sekurang-kurangnya kita tahu apakah yang perlu kita cari dan dapatkan, dan berikan kepada sisakit. Hadith berikut juga memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya carikan atau dapatkan apa-apa yang dikehendaki oleh sisakit: 
Diriwayatkan hadith daripada Zaid Raqasi, daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Nabi (s.a.w) atas seorang sakit menjengoknya. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah ingin engkau sesuatu? Adakah ingin kamu kek (kueh)?’ Berkata (sisakit): ‘Ya.’ (Bersabda kepada para sahabat) Maka mencarikanlah bagi sisakit (apa yang dikehendakinya).’ [Hadith ibnu Majah] 
Selain menjaga peradaban semasa berada di sisi si sakit, hendaklah kita mendokan kesejahteraan baginya, menyenangkan hatinya, hadith di atas menyuruh kita carikan apa-apa yang diingini oleh si sakit.
Justeru itu, janganlah kita pula bercakap banyak setelah sisakit itu membaca kalimah  tauhid 'lailaha ilallah', kerana ditakuti dia dirasuk syaitan pula, maka lupa dia menyebut kalimah tersebut di saat akhir nyawanya keluar dari jasadnya. Malah janganpun bacakan al-Quran atau Yasin kerap, sekali dah cukup untuk mengingatkan dia menyebut kalimah Tauhid tersebut.

Jazakallahu khairah