Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telah lihat apa yang wajib jema'ah haji lakukan semasa berada di Mina (i.e. bermalam di Mina) - melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah waktu dhuha, untuk Tahlul Awal, dan kemudian melontar ketiga-tiga jamrah - Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah (atau Jamrah Akbar) - pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, untuk keluar dari Mina kembali ke Mekah untuk menyelesaikan proses ibadah haji iaitu mengerjakan Tawaf Ifadhah dan Sa'i Haji di Baitullah dan akhirnya bertahlul, Tahlul Thani.
Cara dan kaedah mengerjakan Ibdah Haji
(Sambungan)
6. Tawaf Ifadhah/Haji
(-) Cara memakai kain ikhram ketika Tawaf
Saudara, bagi Jema'ah haji setelah Tahlul Awal - iaitu selepas selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, mereka boleh menanggalkan kain ikhram dan memakai kain biasa sahaja (spt baju Melayu). Maka dengan itu, ketika melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, cukup memakai pakaian biasa saja. Maka ketika ke Mekah untuk Tawaf Ifadhah (atau Tawaf Haji) dan Sa'i Haji, tak perlu memakai kain ikhram. Yang wajib ada wudu' sahaja ketika bertawaf.
(-) Bagaimana Tawaf
Saudara, Jema'ah haji tidak diperlukan memakai ikhram ketika melakukan Tawaf Ifadhah dan Sa'i haji, kerana telah Tahlul Awal. Yang perlu pakaian biasa sahaja.
Tetapi, bagi membuat umrah - sebelum haji dan sesudah haji - mereka wajib memakai kain ikhra.
Wajib diingatkan bahawa kita memulakan Tawaf itu di Sudut/Rukun Hajar Aswad, dan dimulakan dengan berlari-lari anak
pada tiga pusingan pertama – yakni pusingan 1, 2 dan 3 - dari Sudut Hajar Aswad
ke Sudut Yamani. Dan berjalan biasa tanpa berlari di antara Sudut Yamani sampai ke Sudut Hajar
Aswad semula. Kelakuan sedemikian meliputis kesemua jenis tawaf – Tawaf Umrah
dan tawaf sunat. Dengan membaca tasbihnya.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa
Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan
menyelubungkan kepada (ketiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap
Hajar Aswad lalu bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau
berlari-lari kecil (lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam
Tawaf). Apabila sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais,
mereka berjalan biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh
orang Qurais (musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu
Abbas (r.a): ‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan)
Rasulallah (s.a.w).’ - Hadith Abu Daud.
Nota: Jema’ah Haji yang telah selesai melontar Jamrah Aqabah
pada 10 Zulhijjah semasa di Mina, telah Tahlul Awal, maka boleh
mananggalkan ikhram dan memakai pakaian biasa selepas itu. Setelah melontar
ketiga-tiga jamrah – Ula, Wusta dan Aqabah - dua hari Tasyrik – pada 11 dan 12
Zulhijjah – pada waktu dhuha, boleh meninggalkan Mina untuk mengerjakan Tawaf
Ifadah (i.e. Tawaf Haji) pada petang hari tersebut atau keesokan harinya,
tanpa memakai Ikhram, dengan memakai pakaian biasa sahaja. Yang diwajibkan
hanyalah ada Wudu’ yang sah. Perbuatan
ini disebut Nafar Awal dengan syarat dia meninggalkan daerah Mina
sebelum masuk waktu ‘Asar
Jema’ah Haji yang
ingin megerjakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) selepas dua hari melontar,
diwajibkan keluar dari Mina pergi menghala ke Mekah sebelum masuk waktu ‘Asar -
membuat Nafar Awal. Jika tidak sempat keluar Mina sebelum masuk waktu
‘Asar. Jika terlewat, maksudnya sudah masuk waktu ‘Asar, maka dia wajib tinggal
di mina sehari lagi untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah, baru
dibolehkan meninggakan Mina. Ini disebutkan membuat Nafar Thani. Mereka
bolehlah mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dan Sa’i Haji
selepas melontar. Justeru itu, dalam
musim haji jema’ah haji tidak diwajibkan memakai ikhram ketika mengerjakan
Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) kerana telah dibolehkan menaggalkan kain Ikhram
setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah itu. Tahlul Awal itu berlaku
ketika jema’ah haji selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah. Maka
mengerjjakan Tawaf Haji dengan pakaian biasa sahaja. Jema'ah haji membaca Talbiah dalam
perjalaanan ke Mekah dari Mina, dan berhenti membaca Talbiah ketika telah
kelihatan Ka’abah. Ketika masuk Masjidil
Haram (dan masjid Nabawi, Masjid Quba) bacalah Do’a masuk Masjid sebagaimana
Rasulallah (s.a.w) contohkan.
(-) Do’a masuk/keluar Masjid
Saudara, apabila sampai ke Masjidil Haram, kita hendaklah masuk mendahulukan kaki kanan dan membaca do'a masuk masjid. Masih membaca Talbiah. Ketika ternampak bekas air zam zam maka ambillah dan minumlah dan bacalah taniat dan do'a minum zam zam. Kemudian berjalan terus sehinggan sampai ke Ka'abah barulah kita berhenti membaca Talbiah.
Diriwayatkan hadith dari Fatimah bte Rasulallah (s.a.w)
berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika masuk masjid bersabda (maksudnya,
membaca do’a): ‘Bismillah, wa-salamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfirli
zunubi waftahli abwaba rahmatika.’(Yang bermaksud: Dengan nama Allah
(a.w); Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni dosa-dosaku, dan semoga
membuka Engkau beberapa pintu kekerahmatanMu (maksudnya, semoga Allah (a.w)
melimpahkan kerahmatanNya sebaik-baiknya) dan, ketika dia (Nabi (s.a.w) keluar
masjid bersadba (maksudnya, membaca do’a): ‘Bismillah, was-salamu ‘ala Rasulillahi;
Allahammuaghfirli dunubi, waftahli abwaba fadlika.’ (Yang bermaksud:
Dengan nam Allah (a.w), Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau mengampuni
dosa-dosaku, dan semoga membuka Engkau beberapa pintu kefadhalanMu) - Haditth
ibnu Majah, Kitab Masjid dan Jema’ah.
(-) Do’a ketika melihat Ka’abah
Dan, ketika kelihatan Ka’abah bacalah do’a berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibni Juraijin (berkata):
‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika melihat Baitullah mengangkat kedua-dua tangannya
(seumpa berdo’a) dan bersabda (maksudnya, berdoa): ‘Allahumma zed haza baita
tasrifan wa-ta’ziman wa-takriman wa-mahabatan wa-zid man syarafahu wa-karamahu
mimman hajahu awi’tamarahu tasrifan wa-takriman wa-ta’ziman wa-birran.’ (Yang
bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Semoga Engkau muliakanlah ini rumah
kemashorannya dan keagungannya dan kemuliaannya, kewibawaannya, dan semoga
Engkau menambah kemuliaan orang-orang yang memakmurkannya dan (orang-orang
yang) memuliakannya dari kalangan jema’ah haji dan umrah akan kemasyhurannya
kemuliaannya, keagungannya dan ekbaikannya) – Hadith al-Baihaqi
Dan, kemudian mulakanlah Tawaf (Ifadah atau Tawaf
Umrah/Tawaf Sunat) dengan berniat untuk tawaf, bermula di Sudut/Rukun Hajar
Aswad dengan mengangkat kedua tangan dan beristilam ‘Bismillah, Allahu Akbar’,
mulakan pusingan pertama. Jangan lupa berlari-lari anak untuk pusingan 1,2 dan
3, dari Sudut Hajar Aswad hingga sampai Sudut/Rukun Yamani, meneruskannya
sampai Sujud Hajar Aswad, menyempurnakan pusingan pertama, berjalan biasa. Dan,
seterusnya.
Perhatian: Bagi jema’ah haji yang selesai Nafar Awal
atau Nafar Thani ketika di Mina, mereka telah menanggalkan ikhram dan
kesemua pantang larang berikhram gugur, kecuali 3 pantang larang yang
berat-berat, iaitu hubungan suami isteri. Jema’ah haji dibolehkan memakai
pakaian biasa (maksudnya, tanpa ikhram). Maka pergilah ke Mekah untuk
mengerjakan Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) dan kemudiaan Sa’i Haji,
selepas itu bertahlul (yakni, bercukur/menggondolkan kepala), maka
selesailah ibadah haji.
(-) Bila berhenti membaca ‘Talbiah’?
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) hadith
dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yulabbi mu’tamiru hatta yastalima hajaru’ (Yang
bermaksud: Membaca ‘Talbiah’ bagi orang yang umrah sampai menjamah (yakni,
mengusap) Hajar Aswad.) - Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi (sebagai hadith
hasan).
Nota: Jika tidak
dapat menjamah atau mengusap Hajar Aswad, hendaklah ‘Istilam’ (yakni, melambai tangan kanan yang
diangkat tinggi ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian mengucup telapak tangan selepas
itu.
(-) Perlakuan semasa Tawaf
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a)
bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap (yakni, menyapu
dengan tangan kanan) dari (dinding) Baitullah kecuali dua rukun (iaitu) Rukun
Yamani dan Rukun Hajar Aswad.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa
Nabi (s.a.w) memasukkan kain ikhramnya dari bawah ketiak kanannya dan menyelubungkan
kepada (katiak atau bahunya) yang kiri, setelah itu mengusap Hajar Aswad lalu
bertakbir (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian beliau berlari-lari kecil
(lari-lari anak) tiga kali pusingan (yang mula-mula dalam Tawaf). Apabila
sampai ke Rukun Yamani dan tidak terlihat oleh orang Qurais, mereka berjalan
biasa, kemudian keluar terlihat berlari-lari kecil pula oleh orang Qurais
(musyrik) berkata: ‘Mereka seolah-olah bagai kijang’. Kata Ibnu Abbas (r.a):
‘Maka cara yang demikian itu adalah sunnah (yakni, perlakuan) Rasulallah
(s.a.w) ketika Tawaaf).’ - Hadith Abu Daud.
Perhatian:
Berlari-lari anak itu adalah untuk 3 pusingan pertama
(i.e. pusingan 1, 2 dan 3) dari Rukun Hajar Aswad hingga sampai Rukun Yamani.
Dari Rukun Yamani ke Rukun Hajar Aswad berjalan seperti biasa. Bagi pusingan 4
seterusnya sampai 7 tak perlu berlari-lari anak, dan hanyalah berjalan seperti
biasa. Satu pusingan itu dikira mulai dari Rukun Hajar Aswad sampai semula ke
Rukun Hajar Aswad. Ketika memulakan pusingan Tawaf di Rukun Hajar Aswad
memulakan dengan beristilam (melambai ke Sudut itu sambil menyebut ‘Bismillah,
Allahu Akbar’ dan mulakan perjalanan (counter clockwise). Bila sampai ke
Rukun Yamani beristilam (melambai) semula dengan mengangkat tangan kanan sambil
menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’ dan kemudian mengucup telapak tangan
kita.
Semasa berjalan dari Rukun Hajar Aswad ke Rukun
Yamani membaca Tasbihnya, diulang-ulang beberapa kali yang dapat. Kemudian
mulai dari Sudut Yamani pula ke Sudut Hajar Aswad membaca Tasbihnya yang lain
pula. Bacaan-bacaan tasbh itu diperjelaskan dalam hadith-hadith di bawah.
Setelah beristilam, yakni melambai ke Sudut-sudut tersebut, mengucup telapak tangan
kanan.]
(-) Mengusap/Beristilam Dua Sudut Ka’abah
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a)
bahawasanya dia berkata: ‘Tidak ada Rasulallah (s.a.w) mengusap Baitullah
kecuali dua rukun (iaitu) Rukun Yamani (dan Rukun Hajar Aswad).’ - Hadith
Muslim, Kitab Haji.
(-) Ucapan ketika mengusap/melambai dua
sudut
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari
Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya
Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain beristilam (yakni,
melambai kepada Hajar Aswad) sambil membaca: ‘Bismillah, Allahu Akbar’
dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun Hajar Aswad. - Hadith Muslim,
Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Ikrimah
hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Tawaf Nabi (s.a.w) di Baitullah ...
ketika datang kepada rukun (maksudnya, Rukun Hajar Aswad dan Rukun Yamani) memberi
isyarat (maksudnya, beristilam) kepadanya dengan sesuatu ada disisinya (maksudnya,
tongkatnya) dan menyebut ‘Bismillah) Allahu Akbar’.’ - Hadith
Bukhari, Kitab Haji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab hadith dari
Ubaidillah bin Abdullah bin ‘Utbah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya
Rasulallah (s.a.w) tawaf dalam haji wada’ atas dengan selain beristilam (yakni,
melambai kepada Hajar Aswad sambil menyebut: ‘Bismillah, Allahu Akbar’
dan kemudian mengucup telapak tangan di rukun (Hajar Aswad) dengan hajinya. -
Hadith Muslim, Kitab Haji.
(-) Berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga
3 sampai Sudut/Rukun Yamani
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa
Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat beliau melakukan Umrah dari (Miqat) Ja’ranah,
mereka berlari-lari kecil (yakni, berlari-lari anak) mengelilingi Baitullah
(semasa Tawaf) tiga kali (pusingan yang mula-mula –pusingan 1 hingga pusingan
ke-3) dan berjalan biasa empat kali (pusingan) selebihnya. - Hadith Abu Daud
dan juga Ibnu Majah.
(-) Bacaan Tasbih/Do’a ketika Tawaf
Tawaf itu mengililingi Ka’abah sebanyak tujuh (7)
kali bermula dari sudut Rukun (Sudut) Hajar Aswad sampai kembali ke Rukun Hajar
Aswad, iaitu dikira satu pusingan. Ketika hendak memulakan Tawaf, pusingan
pertama, beristilam ke arah Hajar Aswad, dengan kalimah ‘Bismillahi, Allahu
Akbar’. Bagi keliling yang pertama hingga ketiga, hendaklah berlari-lari
anak, sambil membaca sebanyak mungkin Tasbih (i.e. Do’anya) ‘Subhanallah,
wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’ kemudian baca ‘wala
haula wala quata illa billahi) apabila dari Rukun Yamani (i.e. Sudut
ketiga), sampai ke Rukun Hajar Aswad berjalan kaki seperti biasa, sambil
membaca do’a ‘Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal-afiata fid dunya
wal-akhirati. Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina
‘azabannar’ sebanyak mungkin pula. Kelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali.
Dan, ketika sampai ke Rukun Hajar Aswad maka usaplah Rukun itu (atau,
beristilam, yakni melambaikan tangan kanan ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi,
Allahu Akbar’. Lihat nas dan dalil hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Humaid b Abi Sawiyah
berkata: ‘ Aku mendengar ibna Hisyam bertanya kepadaa ‘Ata’ b Abi Rabah
mengenai Rukun Yamani, dan dia sedang Tawaf di Baitullah, maka berkata ‘Ata’:
‘Menceritakan hadith oleh Abu Hurairah sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda:
‘Disertai oleh 70 malaikat bagi sesiapa yang membaca: ‘Allahumma inni
asalukal-‘afwa wal-afiata fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan,
wa-qina ‘azaban-nari’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya tuhanku! Sesungguhnya
aku memohon padaMu keampunan dan kesihatan di dunia dan di akhirat kebaikan dan
semoga Engkau jauhi daku dari siksaan neraka) mereka para malaikat) menjawab:
‘Amin’ (Semoga Allah (a.w) mengqabulkan)). Maka ketika sampai di Rukun Hajar
Aswad berkata ibnu Hisyam: ‘Wahai Aba Mhammad! Apakah yang engkau baca ketika
sampai engkau di ini Rukun (Hajar Aswad)?’ Maka berkata ‘Ata’: ‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya
dia mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa yang melebihinya (Rukun
itu) sesungguhnya dia mncium tangan Tuhan ar-Rahman.’ Berkata kepadanya ibnu
Hisyam (bertanya): ‘Wahai Aba Muhammad! Maka Tawaf?’ Berkata ‘Ata’:
‘Menceritakan kepadaku Abu Hurairah sesungguhnya dia mendengar Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Man tofa bil-baiti sab’an wa-la yatakallamu illa bi-‘subhanallahi
wal-hamdulillahi wa-la-ilaha illallahu akbar, wal haula wa-la quata illa
billahi’, muhiyat ‘anhu ‘asru saiyiatin wa-kutibat lahu ‘asru hasanatin
wa-rufi’alahu ‘asyarata darajatin, waman tofa fatakallama wa-hua fi tilkal-hali
khadha fi rahmatin bi-rijlaihi ka-khoidhil-ma-i bi-rijlaihi.’ (Yang
bermaksud: Barangsiapa Tawaf di Baitullah 7 pusingan dan tidak
berkata-kata/bercakap-cakap dia kecuali dengan (membaca) ‘Subhanallah … illa
billahi’) dihapuskan baginya 10 keburukannya dan ditulis baginya 10
kebaikan dan diangkat darjatnya 10 tingkat; dan barangsiapa Tawaf dan
bercakap-cakap/berkata-kata dia sedangkan dia begitu keadaannya (i.e. sedang
Tawaf) masuk dia kerahmatan Allah (a.w) dengan dua kakinya seperti masuk dia ke
dalam air dengan dua kakinya. ) – Hadith Ibnu Majah dalam Kitab Manasik Haji (Peraturan
Haji).
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Saib berkata:
‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. membaca) antara dua
rukun/sudut (Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) ‘Rabbana atina fid-dunya
hasanatan wa-fil akhiratu hasanatan, wa-qina ‘azaban-nari’ – Hadith Abu
Daud, dalam Kitab Manasik
Nota dan Perhatian:
Dua
hadith di atas itu menjelaskan apa yang harus dibuat dan baca ketika Tawaf –
berjalan antara Rukun Hajar Aswad ke Rukun Yamani dan dari Rukun Yamani ke
Rukun Hajar Aswad semula (satu pusingan). Dan, tidak dibolehkan bercakap-cakap
atau membaca selain bacaan. Kerana bercakap-cakap mengurangkan pahalanya.
Ketika hendaklah menyedikitkan berkata-kata/bercak-cakap. Ini ketetapan Nabi
(s.a.w) sejajar dengan perintah beliau ‘Khuzu ‘anni manasikakum …’ (Yang
bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji
(atau umrah).
(-) Bacaan antara Sudut Yamani hingga Rukun
Hajar Aswad
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Abi Saib (r.a)
berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) berkata (yakni, berdo’a) antara dua
rukun (yakni, Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad) (kalimah do’a): ‘Rabbana
atina fid-dunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina ‘azabannar’ (Yang
bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku, Engkau datangkanlah kepadaku kesejahteraan
di dunia dan kesejahteraan di akhirat). - Hadith Abu Daud dan an-Nasa’i.
(-) Solat sunat dua rakaat selepas selesai
Tawaf
Di belakang Makam Ibrahim, kita hendaklah bersolat solat sunat dua rakaat dan setelah selesai solat kita membaca sekurang-kurangnya dua do'a, iaitu Do'a Nabi Adam (a.s) dan Do'a Nabi Ibrahim (a.s) - do'a yang amat mustajab.
Diriwayatkan hadith dari Jabir b
Abdullah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) nescaya apa-apa berjalan dia
(selepas Tawaf) menuju ke Makam Ibrahim membaca dia: ‘Wat-takhizu mim
maqamii ibrahima musalla ...’ (Yang bermaksud: Jadikanlah dari
(yakni, pada) Makam Ibrahim tempat bersolat ...) - Ayat 125: al-Baqarah, maka
bersolat dia dua rakaat maka membaca dia al-Fatihah dari Kitab (al-Quran), dan
‘Qul ya aiyuhalla kafirun’ dan ‘Qula huallahu ahad’ kemudian
berjalan ke rukun Hajar Aswad ... kemudian keluar menuju Bukit Safa (untuk
mengerjakan Sai) - Hadith an-Nasa’i.
(-) Do’a selepas solat sunat dua rakaat di
belakang Makam Ibrahim
Diriwayatkan hadith dari Buraidah
berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lamma ahbatallahu Adama
ilal-ardhi tofa bilbaiti usubun’an wa-solla hiza-al-baiti rak’ataini, thumma
qala: ‘Allahumma anta ta’lamu sirri wa-‘alaniati faqbil ma’zirati wa-ta’lamu
hajjati fa-‘atini sukli wa-ta’lamu ma ‘indi faghfirli zunubi asaluka imanan yubahi
qalbi wa-yaqinan sodiqan hatta ‘alama annahu innahu la yusibuni illa ma katabat
li wa-raddini biqada-ika.’) (Yang bermaksud: Ketika apa-apa
menurunkan Allah (a.w) Nabi Adam (a.s) ke bumi Tawaf dia di baitullah (Kaabah)
tujuh pusingan dan solat dia lurus dekat
Baitullah dua rakaat, kemudian berkata (yakni, berdo’a): Ya Allah ya Tuhanku!
Engkau tahu rahsiaku (yakni, sesuatu yang samar atau disembunyikan) dan (Engkau
tahu) apa-apa yang aku zahirkan (sebutkan), semoga menerima Engkau keperluanku
maka memberikanlah Engkau kepadaku permintaanku dan tahu Engkau apa-apa di
sisiku (yakni, dosa-dosa yang ada padanya) maka mengampunilah dosa-dosaku; aku
minta kepada Engkau keimananku (yakni, ketinggian iman) aku minta pengertian
(kefahaman tentang agamaMu dalam) hatiku dan semoga memberi Engkau keyakinan
yang benar hingga tahu aku (bahawa) tidak mengenai (yakni, mendapat) aku (sesuatu)
kecuali apa-apa yang telah dituliskan (yakni, qada’kan) Engkau untukku dengan
beberapa qadar Engkau’. Maka diwahyukan Allah (a.w) keatasnya (jawapanNya): ’Ya
Adamu innaka da’autani biduain fastajabtu laka fihi walan yadghuni bihi ahadun
min zurriatikan illa istajabtu lahu wa-ghafartu lahu zanbihi wa-farrajtu
hammahu wa-ghammahu wat-tajartu lahu min warai kulli tajiri wa-atathud-dinya raghimatan,
wain kana la yuriduha.’ (Yang bermaksud: Wahai Adam! Sesungguhnya
engkau telah berdo’a padaKu maka telah aku kabulkan bagi kamu di dalamnya (yakni,
do’a engkau), dan tidak akan berdo’a kepadaKu dengan ini do’a seseorang dari
kalangan keturunanmu (yakni, cucu cicit keturunan Adam, yakni kita semua) kecuali
Aku kabulkan baginya dan Aku mengampuni baginya dosa-dosanya dan Aku mengeluarkan
dia dari kesusahan (yakni, cita-cita dan hasrat) dia dan (mengeluarkan) musibah
dia dan jualbelinya dan di belakangnya tiap-tiap jualbeli (yakni, kebolehan dan
kejayaan berniaga) dan datang pada orang dunianya hina (yakni, Allah (a.w) membuka
dunia untuk manusia) (dunianya tidak penting pada Allah (a.w)), dan jikapun ada
(walaupun) tidak siapa berkehendakkan pada dunia (Allah (a.w) tetap memberinya
dan tidak mengira siapa yang diberikanNya) - Hadith at-Tobrani dalam Kitab al-Usita
wabnis Asakar.
Nota: Selain Do’a Nabi
Adam (a.s) dibacalah Do’a Nabi Ibrahim (a.s). Do’ Nabi Ibrahim (a.s)
adalah: ‘Allahumma haza baladuka wal-masjidul haramu … fa’firli war-hamni
innaka ‘ala kulli syai-in qadirun.’ Sila rujuk buku kecil ‘Do’a dalam ibadah
haji dan umrah’. Dan ditambah dengan do’a lain apa-apa do’a yang dihasratkan
dibaca, termasuklah do’a yang dikirimkan oleh orang untuk dibaca bagi pihaknya.
(-) Mustajabnya do’a selepas solat di
belakang Makam Ibrahim
Apabila kita berdo’a dengan
kalimah-kalimah do’a tersebut, Allah (a.w) perkenankan banyak perkara yang
dipinta melalui do’a tersebut:
(i) Mengampuni
dosa-dosa kita;
(ii) Dibebaskan
dari sebarang kesusahan dan kesulitan yang dihadapi;
(iii) Dihapuskan musibah yang terkena kepada diri kita;
(iv) Ditingkatkan
ilmu jualbeli dan diberinya kejayaan dalam perniagaan;
(v) Jika
diminta kejayaan dunia diberikan oleh Allah (a.w).
Setelah selesai solat di belakang
Makam Ibrahim, mengadap Baitullah/Ka’abah beristilam sekali dengan membaca ‘Bismillahi,
Allahu Akbar’, kemudian berjalan ke arah Bukit Safa untuk mengerjakan
Sa’i Haji, sambil membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir
rahamnir Rahim. Innas safa wal-umrata
min syaa’irillahi’ (Ayat 158: al-Baqarah).
(-) Jika Haid belum Tawaf Ifadah
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qasim hadith
dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya berkata: ‘Datang aku ke
Mekah dan aku haid, dan tidak Tawaf aku mengelilingi Baitullah dan tidak antara
Bukit Safa dan Bukit Marwah.’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Maka melapurkan aku
demikian keadaan kepada Rasulallah (s.a.w), bersabda dia (Nabi): ‘Berbuatlah
engkau seperti berbuat orang-orang yang mengerjakan haji selain bahawasanya
tidak Tawaf engkau mengelilingi Baitullah sehingga suci engkau.’ - Hadith
Bukhari, Kitab Haji.
Nota dan peringatan: Kalau sudah berikhram untuk Haji, tiba-tiba datang
haid, maka jema’ah haji perempuan dibolehkan Wukuf, Mabit di Muzdalifah,
kemudian bermalam di Mina dan melontar jamrah, dan mengerjakan Sa’i Haji/Umrah,
tetapi tidak boleh mengerjakan Tawaf Ifadah, maka menunggulah sehinggai bersih,
barulah kerjakan Tawaf Ifadah (i.e Tawaf Haji) dan berTahlul.
Jazakallahu khairah