Assalamualaikum,
Saudara, dua hari dahulu dan kelmarin tersebar luas dalam akhbar - banyak akhbar - tentang cerita majlis atau pesta menyayangi anjing. Dalam akhbar tersebut dimuatkan gambar seorang wanita Melayu muda yang Islam (?) memakai tudung, memeluknya dengan penuh kasih sayang seumpama orang yang sayangkan kucing, memeluk kucing! Apakah wanita itu Melayu? Nampaknya Melayu! Adakah dia Islam? Nampaknya Islam! Kecualilah ada orang Melayu (atau, bumiputera) yang namanya Islam tetap lahir dan batinnya tidak Islam. Contohnya: di sebuah perkampungan di Sabah, kesemua penduduknya memakai nama-nama seumpama nama nama orang Kristian, tetapi mereka anuti agama Islam. Dan, ada pula suatu perkampungan lain yang penduduknya memakai nama-nama lazim Islam, tetapi kesemua mereka beragama Kristian. Jelaslah, nama tidak melambangkan agama seseorang itu. Walaupun begitu, umumnya orang Melayu berbangga kononnya merekalah satu bangsa yang 100% menganuti agama Islam. Kerana, bangsa Arabpun ada yang tidak Islam, hanyalah kemungkinan besar Arab yang berada di Arab Saudi yang 100% Islam, di Mesir (Egypt, hanya 80% Islam). Di Indonesia, 85% orang Indonesia keturunan pelbagai suku kaum Indonesia yang Islam. Yang hakikinya orang Melayu dilahrkan Islam, bukan dia memilih Islam sebagai agama mereka!
Dalam pesta memeluk anjing itu, katanya ada juga ulama' yang hadhir. Kenapa mereka hadhir, wallahu a'lam. Mungkin untuk mewujudkan kredibiliti bahawa majlis atau pesta memeluk atau menyayangi anjing itu dibolehkan oleh Islam! Jelaslah bukan sahaja gadis yang dipamirkan di muka akhbar itu jahil agamanya, kalaulah dia Islam, atau gadis itu melambangkan generasi baru umat Islam yang berani mencabar Allah (a.w), kerana melakukan terang terangan menentang ketetapan dan perintah Allah (a.w) dalam suatu hukum-hakam Islam! Sayang, sesiapa menentang suatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah dihukumi sebagai menentang Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w), termasuk dalam golongan orang yang disebutkan dalam Ayat 14: an-Nisa' - sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w) dan melanggar batasan-batasan ketetapan Islam (yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah), dimasukkan ke dalam neraka. Maka dinasihatkan si comel molek dan para ustaz yang hadhir di majlis atau bertaubatlah mengharap agar Allah (a.w) ampuni dosa mereka kerana perbuatan tersebut.
Saudara, apakah ketetapan Islam daam perkara anjing dan kucing ini? Islam membenarkan umatnya memelihara kucing, termasuklah memegang dan memeluk kucing. Hanyalah umat Islam yang terlibat hendaklah berwaspada kerana tabiat kucing itu - sebagamana tabiat haiwan sejenisnya seperi hiramau - akan kencing disekeliling tempat yang dia jadiikan 'wilayah'nya supaya kucing atau karimau lain tidak berada dalam kawasan wilayahnya itu. Kencing kucing adalah najis. Tapi, tidaklah sampai dikategorikan sebagai najis mughallazah yang perlu disamak apabila hendak membersikannya. Namun tetap najis berat. Jika anjing itu menyebabkan najis tempat, kain, pakaian yang membatalkan solat kita. Oleh itulah seorang yang akui dirinya Islam, sebaik mungkin janganlah meniru kaum dan agama lain menjadikan haiwan - walau bagaimanapun cantik dan comelnya - dijadikan haiwan 'pet' atau mainan.
Bagaimana pula dengan anjing? Bagi seseorang yang mengaji/belajar ilmu yang haq iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia pasti tahu ketetapan Islam dalam urusan hubungan manusia dengan anjing, ada tiga situasi. Pertama, anjing hanya boleh dipelihara oleh seorang Islam jika untuk tujuan berburu. Dalam perkara ini anjing itu hendaklah sentiasa terkawal supaya tidak menjejaskan si pemiliknya dalam urusan agama kerana najisnya - berak dan kencingnya - yang dikategorikan sebagai najis mughallazah - najis yang hanya suci dalam Islam ketika dibersihkan dengan membasuhnya/membasuh tempat atau pakaian yang terkena 7 basuhan dan satu daripada basuhan itu dengan air bercampur tanah. Kedua, anjing itu boleh dipelihara kerana tujuan untuk menjaga keselamatan ternakan yang dipelihara - seperti pemilik/penternak unta, lembu atau kambing, supaya selamat tidak diganggu gugat oleh orang yang ingin mencurinya atau semata-mata untuk mengawal ternakan ketika dipindahkan meragut dari suatu kawasan ke suatu kawasan ragut lain. Jelasnya, anjing tidak boleh dipelihara kerana tujuan selainnya, termasuk kononnya menjaga keselamatan tuannya atau keselamatan rumah atau kediaman tuannya. Apatah lagi anjing dipelihara sebagai 'haiwan kesayangan' atau pet. Ketiga, jika seseorang Islam memelihara anjing samada berada dalam kawasan rumahnya atau kediamannya, maka setiap hari si pembela anjing itu akan kehilangan pahala sebanyak satu qirat. Satu qirat itu seumpama sebesar Gunung Uhud. Maka setiap hari, kerana memelihara anjing, pahalanya berkurangan atau dikurangkan setiap hari sebayak satu qirat. Sebagai bandingan, sesiapa yang menziarahi mayat saudaranya yang Islam yang meninggal dia mendapat pahala satu qirat kalau dia pula memandikam dan mensolatkan dan mengiringin jenazh ke kubur, pula dapat lagi satu qirat, yakni dapat dua qirat. Banyak manakah pahala satu qirat itu?? Sesiapa yang pernah ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan haji atau umrah akan dibawa melawat banjaran gunung Uhud itu, yang panjangnya melebihi 9 kM dan lebarnya pula lebih dari 5 kM. Justeru kalau dikuantifaikan pahala yang diberikan Allah (a.w) satu qiarat (=sebesar Uhud) itu, pastilah banyak.
Begitu besarnya pahala yang diperolehi dan betapa besarnya pula pahala yang dikurangi. Kalaulah kita takpun jadikan amalan mengerjakan amalan dan ibadah sunat, pengurangan (deduction) dari tabung pahala kita satu qirat setiap hari untuk menjadikan kita muflis pahala, dan bila muflis simpanan pahala, maka pahala amalan dan ibadah wajib juga akan terjejas. Pastilah orang yang memelihara anjing kerana hobby menempah tempat pasti di neraka. Apatah lagi kalau memeluk anjing itu. Islam menghukumi air liur anjing itu adalah najis mughallazah - wajib disucikan dengan 7 basuhan yang satu daripada basuhan itu hendaklah air bercampur tanah. Air liur anjing sama dengan najis daging babi. Anjing hanya dibolehkan disentuh kalau yang menyentuh itu tangannya kering dan bulu anjing itu juga kering. Mustahil. Kerana setiap yang hidup pastilah telapak tangannya lembab dengan peluh! Justeru itu, wanita yang ditonjolkan memeluk anjing itu samalah dengan seorang yang mengendong anak atau daging babi ...
Begitu besarnya pahala yang diperolehi dan betapa besarnya pula pahala yang dikurangi. Kalaulah kita takpun jadikan amalan mengerjakan amalan dan ibadah sunat, pengurangan (deduction) dari tabung pahala kita satu qirat setiap hari untuk menjadikan kita muflis pahala, dan bila muflis simpanan pahala, maka pahala amalan dan ibadah wajib juga akan terjejas. Pastilah orang yang memelihara anjing kerana hobby menempah tempat pasti di neraka. Apatah lagi kalau memeluk anjing itu. Islam menghukumi air liur anjing itu adalah najis mughallazah - wajib disucikan dengan 7 basuhan yang satu daripada basuhan itu hendaklah air bercampur tanah. Air liur anjing sama dengan najis daging babi. Anjing hanya dibolehkan disentuh kalau yang menyentuh itu tangannya kering dan bulu anjing itu juga kering. Mustahil. Kerana setiap yang hidup pastilah telapak tangannya lembab dengan peluh! Justeru itu, wanita yang ditonjolkan memeluk anjing itu samalah dengan seorang yang mengendong anak atau daging babi ...
Demikianlah, musibah dan fitah yang dihadapi oleh orang Islam yang jahil ilmu, termasuklah ustaz yang hadhir sama dalam pesta tersebut. Bertaubatlah. Janganlah membazirkan tabungan pahala yang sedikit dengan meniru perangai orang yang kafir dan fasiq dalam Islam.
Semoga nasihat ini difahami oleh mereka yang Islam. Janganlah sengaja menghancurkan diri kerana meniru perbuatan orang Islam yang jahil atau meniru orang yang kafir dan adat dan kebiasan orang yang kafir.
Jazakallahu khairah